You are on page 1of 64

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

SANJUNG SEMPURNA SDN. BHD.

MEDAN ISTANA 6, BANDAR IPOH RAYA

MUHAMMAD FARHAN NAJMI BIN SALMAN

AA190512

SEMESTER I/20212022

PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


KANDUNGAN

1.0 Pengenalan
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif Latihan Industri
1.3 Pengenalan Syarikat
1.4 Latar Belakang Syarikat
1.5 Lokasi Syarikat
1.6 Carta Organisasi
1.7 Kakitangan Syarikat
1.8 Perkhidmatan Utama
1.9 Proses Kerja

2.0 Skop Latihan


2.1 Senarai Tugasan Umum Latihan Industri

3.0 Kandungan Latihan


3.1 Penyediaan dokumen bagi projek yang dijalankan

3.2 Pengurusan bekalan barangan bahan pembinaan


3.2.1 Mengenal pasti bahan binaan daripada lukisan
3.2.2 Mendapatkan jumlah barangan yang diperlukan

3.3 Kerja Ukur Aras


3.3.1 Mendapatkan ketinggian lantai dewan
3.3.2 Ukur aras di kawasan perimeter jalan
3.4 Pengukuran dan penandaan kawasan pembinaan
3.4.1 Penandaan peg
3.5 Pemasangan besi bar tetulang dan BRC
3.5.1 Penyusunan besi BRC
3.6 Kerja-kerja konkrit
3.6.1 Penyediaan Konkrit
3.6.2 Ujian konkrit yang dijalankan
3.6.3 Kerja penuangan bancuhan konkrit
3.7 Penyertaan dalam perbincangan, mesyuarat tapak dan
perjumpaan

4.0 Hasil dapatan dan Cadangan


4.1 Hasil Dapatan
4.2 Cadangan

5.0 Kesimpulan
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Program Latihan Industri (LI) merupakan suatu komponen penting kurikulum program diploma
dan sarjana muda yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Program LI diwajibkan kepada semua mahasiswa bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknikal serta berupaya menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang bakal
diceburi.

Sehubungan itu, saya Muhammad Farhan Najmi Bin Salman nombor matrik
AA190512 telah menjalani latihan industri semester satu bagi sesi 2021/2022 yang berjalan
selama 16 minggu bermula dari 6 September 2021 sehingga 24 Disember 2021. Sepanjang
tempoh 16 minggu ini, saya ditempatkan di syarikat Sanjung Sempurna Sdn Bhd sebagai
pembantu penyelia tapak. Dalam tempoh itu juga, saya berpeluang untuk mempelajari dan
melihat kerja-kerja infrastruktur sesuatu binaan. Saya didedahkan dengan suasana alam
pekerjaan yang sangat membantu saya pada masa hadapan.
1.2 Objektif

Objektif utama latihan indutri adalah untuk mengalakkan mahasiswa mempraktikkan ilmu teori
dan pengetahuan bidang sebenar dalam sektor industri. Terdapat beberapa objektif lain yang
menjadi fokus mahasiswa semasa sesi latihan industri adalah seperti berikut:

i. Memahami dan mempelajari aspek pengurusan industri yang berkaitan, proses dan operasi
sesuatu sistem secara menyeluruh.

ii. Mengaplikasi aspek-aspek yang bersesuaian dengan subjek-subjek yang berkaitan dengan
kejuruteraan awam dan pembinaan.

iii. Mengetahui dan memahami struktur organisasi jabatan, pengagihan tugas dalam kerja
harian, perancangan, tanggungjawab seorang juruteknik, penyelia tapak dan jurutera,
keperluan jenis tenaga sumber manusia.

iv. Melatih mahasiswa untuk kemahiran interaksi dan komunikasi yang efektif dengan semua
yang berbeza organisasi peringkat dalam bidang industri.

v. Melatih mahasiswa dalam menyediakan dokumentasi dan mengendalikan projek. Dalam


pada itu, menggalakkan semangat kerja pasukan antara pakar di bidang perindustrian.

vi. Melengkapkan mahasiswa untuk menjadi sebahagian daripada pekerja yang profesional di
masa hadapan.
1.3 Pengenalan Syarikat

Nama Syarikat : Sanjung Sempurna Sdn. Bhd

Tarikh Ditubuhkan : 24 Januari 1997


Alamat : 25,Medan Istana 6, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak.
No. Telefon Pejabat : 05-2416857

Emel : sanjungsempurna@yahoo.com
Aktiviti Syarikat : Pembinaan bangunan, pembangunan komersial dan perumahan, pembinaan jalan
dan jambatan dan pengurusan projek
1.4 Latar Belakang Syarikat

Sanjung Sempurna Sdn Bhd telah ditubuhkan pada Januari 1997. Syarikat Sanjung
Sempurna Sdn Bhd telah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai Kelas
A, iaitu tahap perkhidmatan kontraktor tertinggi di Malaysia. Selain itu, Sanjung Sempurna
Pte Ltd. Syarikat berhad itu telah diluluskan dan didaftarkan secara sah dalam kategori G7
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Syarikat itu telah berada
dalam pasaran pembinaan selama 24 tahun dan merupakan antara syarikat terbesar yang
telah bertahan lama. Sanjung Sempurna Sdn Bhd berkembang pesat dengan globalisasi
yang menggalakkan kemajuan teknologi. Kejayaan dan pembangunan yang diwujudkan
sebahagian besarnya disebabkan oleh dasar dan prosedur pengurusan yang berhemat dan
komprehensif. Dengan asas yang kukuh dan pengurus yang berpengalaman, SSSB telah
menetapkan misi korporat untuk merancang hala tuju masa depan yang lebih cemerlang
untuk organisasi. Melalui organisasi dan pengurusan yang baik dan teliti, majikan akan
mendapat banyak faedah. SSSB telah berjaya memperoleh pensijilan sistem pengurusan
kualiti ISO 9001: 2015 yang dikeluarkan oleh URS, yang diiktiraf oleh United Kingdom
Accreditation Service (UKAS).Keputusan pensijilan yang diperoleh ini memberi peluang
kepada SSSB mengembangkan organisasi ke pasaran yang lebih tinggi. Pensijilan sistem
pengurusan kualiti ISO 9001: 2015 membolehkan SSSB menembusi pasaran antarabangsa
di luar negara. Pelbagai tugas yang boleh dilakukan oleh majikan untuk mencapai misi dan
visi yang telah ditetapkan. SSSB mempunyai keupayaan untuk menyampaikan projek yang
kos efektif dan berkualiti tinggi berdasarkan kesesuaian yang diperlukan oleh pelanggan.
1.5 Lokasi Syarikat

Berikut ialah kedudukan dan lokasi Pejabat Sanjung Sempurna Sdn. Bhd..
Kedudukannya amat strategik kerana ia berdekatan dengan kawasan pekan Ipoh. Hal
ini memudahkan pergerakan ke setiap kawasan berkenaan bagi tujuan pembinaan dan
penyelenggaraan struktur serta tinjauan keadaan pembinaan mereka.

Rajah 1.5 : Kedudukan pejabat (Google Earth)


1.6 Carta Organisasi
1.7 Kakitangan Syarikat
KETUA EKSEKUTIF
1. DATO’ SHEIKH AHMAD BIN SHEIKH LONG
B.Eco (Hons) MU
Cert. In Project Planning (Bradford, UK) M.sc (Eco.UDP) London

PENGARAH
1. DATIN NORAINI BINTI JAAFAR
Dip. Town and Country Planning (UITM)
2. SHEIKH IZAT AZHAR BIN SHEIKH AHMAD
Bachelor of IT Management (MMU) Master of Engineering (Construction Management (UTM))

KAKITANGAN UTAMA
1. HO MOOK SING
B.Sc Civil Engineering (USA)
KEWANGAN

2. MOHAMAD IZRAIE UMAR


B.Sc Civil Engineering (New York) Dip. Acc. & Finance (ITTAR)
PENGURUS PROJEK

3. SHEIKH LUQMAN AQEEL


Dip. Civil Engineering (PUO) Bachelor Civil Engineering (UNITEN)
PENGURUS BESAR

4. TENGKU NUR AZALIAH


Bachelor Civil Engineering (UITM)
JURUTERA TAPAK
1.8 Perkhidmatan Utama
Syarikat kumpulan Sanjung Sempurna Sdn. Co., Ltd. (SSSB) mampu menyediakan semua pelanggan
SSSB dengan perkhidmatan bersepadu dan bekerja dalam bidang kejuruteraan, pembinaan dan
pembangunan. Perkhidmatan yang diberikan adalah selaras dengan kategori kerja peringkat G7 yang
diperoleh melalui Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(CIDB). Kategori ini termasuk pembinaan bangunan (B), pembinaan kejuruteraan awam (CE), dan
elektromekanikal (ME). Perkhidmatan yang disediakan syarikat itu tidak terhad di Perak, malah turut
melibatkan projek yang diterima di seluruh negara. Hasil daripada memberikan perkhidmatan yang
cemerlang, SSSB memperoleh sijil penyiapan kontraktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kejuruteraan
Malaysia (KKR).
Bil. Ringkasan Projek No. Kontrak
1. Membina dan menyiapkan 63 unit rumah LA 01/09/99
teres jenis A di Medan Pengkalan Bidari, Fasa

1B, Mukim Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan


2. Membina dan menyiapkan loji rawatan LA 01/10/98
kumbahan untuk Medan Pengakalan Bidari di

Mukim Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan


3. Membekal dan memasangan jentera untuk MBSB/SSSB/K/4252
dua unit kilang di Kawasan Perindustrian
Gerik, Daerah Hulu Perak, Perak Darul

Ridzuan
4. Kerja-kerja pengubahsuaian di Kediaman N/PK/308/2003
Rasmi Menteri Besar Perak
5. Penambahbaikan Jalan Slim Lama (A 121), N/PK/308/2003
Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan
6. Membina dan menyiapkan Koleh Komuniti KP/BPB/PEM(2)
/KK(13)/2002
Gerik di Lot 7406, Daerah Hulu Perak, Perak
Darul Ridzuan
7. Cadangan Menaiktaraf, Membina Dan UPSI/T/13/2006
Menyiapkan bangunan-bangunan Sedia Ada
Kepada Dewan-Dewan Kuliah, Makmal
Komputer Dab E-Learning, Dewan
Konvensyen, Bilik-Bilik Pensyarah Dan
Lain-Lain Kemudahan, Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak


8. Membina jalan dan jambatan dari pekan PERS/PK/360/2007

Chikus/Langkap, Daerah Hilir Perak, Perak


Darul Ridzuan
1.9.1 Pembinaan Bangunan

a) Membina dan menyiapkan bangunan sedia ada di Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Rajah 1.9 – 3: Pandangan hadapan bangunan utama


b) Pembangunan Sekolah Kebangsaan Proton City, Daerah Batang Padang, Perak.

Rajah 1.9 – 4: Pandangan hadapan Sekolah Kebangsaan Proton City

1.9.2 Pembangunan Komersial dan Perumahan

a) Menyiapkan 5 lot kilang di Kawasan Perindustrian Gerik, Daerah Hulu Perak.

Rajah 1.9 – 6: Tapak projek pembinaan 5 lot kilang


b) Projek Turnkey di Mukim Sg. Terap,Daerah Kinta, Perak.

Rajah 1.9 – 8: Pandangan hadapan projek turnkey yang dijalankan


1.9.3 Pembinaan Jalan dan Jambatan

a) Jambatan Sultan Iskandar, Jalan Hugh Low, Ipoh, Perak.

Rajah 1.9 – 12: Pandangan sisi jambatan Sultan Iskandar


b) Membina jalan dari pekan Chikus, Langkap, Perak.

Rajah 1.9 – 13: Jalan yang telah disiapkan di Chikus


1.9.4 Pengurusan Projek

a) Cadangan pembangunan kampus 2, Institut Penilaian Negara (INSPEN) di Selangor


Darul Ehsan.

Rajah 1.9 – 16: Pandangan hadapan cadangan pembangunan


BAB 2

2.0 Skop Latihan

2.1 Senarai Tugasan Umum Latihan Industri

Skop tugasan yang telah dijalankan sepanjang menjalani latihan industri ini merangkumi
pelbagai aspek mengikut kepada bidang utama. Skop latihan yang pelbagai ini
memberikan impak besar kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih
banyak tentang bidang yang diceburi malah mempelajari bidang yang lain tanpa
meninggalkan tujuan utama latihan industri.

Antara latihan yang dijalankan sepanjang latihan industri ini termasuklah :

1. Menyiapkan dokumentasi projek untuk rekod di pejabat utama.

2. Mendapatkan pembekal untuk beberapa barangan yang dikehendaki untuk


menyiapkan sesuatu projek

3. Mempelajari cara menentukan sesuatu ukuran yang lebih tepat di tapak


pembinaan berdasarkan maklumat yang disediakan di lukisan pembinaan

4. Membantu mengira barangan yang perlu ditempah kepada pembekal mengikut


kepada spesifikasi yang telah ditetapkan

5. Menghadiri perbincangan, mesyuarat tapak dan perjumpaan bersama dengan


pihak JKR.
BAB 3

3.0 Kandungan Latihan

3.1 Penyediaan dokumen bagi projek kerajaan JKR

Bagi projek-projek kerajaan yang dipantau oleh pihak JKR, kontraktor yang dilantik
hendaklah sentiasa melakukan kemas kini berkaitan status perjalanan projek yang
diterima menggunakan format borang dan prosedur yang telah ditetapkan bagi
memudahkan urusan di kedua-dua belah pihak.

3.1.1 Menyediakan Set Borang JKR

Sepanjang tempoh pelatih industri membantu dalam mengawal selia projek yang
dijalankan, kami telah diminta untuk menggunakan satu sub prosedur iaitu Prosedur
Pembinaan dan Penyeliaan Tapak Bina [JKR.PK(0).04].
Senarai lampiran yang disediakan oleh pihak JKR :

Lampiran 1 - Borang Verifikasi Harta Pelanggan


Lampiran 2 - Pelan Kualiti Pembinaan (C-Plan)
Lampiran 3 - Agenda Mesyuarat Pra Pembinaan
Lampiran 4 - Borang Kalibrasi Peralatan

Lampiran 5 - Borang Kelulusan Bahan/Peralatan/Pemeriksaan Mock-up


Lampiran 6 - Borang Pemeriksaan Bahan/ Peralatan di Tapak

Lampiran 7 - Borang Kelulusan Pengujian


Lampiran 8 - Borang Pemeriksaan Kerja Pembinaan
Lampiran 8a - Borang Kelulusan Kerja Pembinaan
Lampiran 9 - Borang Pemeriksaan Produk Siap
Lampiran 9a - Borang Kelulusan Produk Siap
Lampiran 10 - Borang Pertanyaan Teknikal
Lampiran 11 - Agenda Mesyuarat Tapak

Lampiran 12 - Senarai Semakan Audit Pembinaan Projek R&B


Lampiran 13 - Senarai Semakan Pengujian dan Pentauliahan
Lampiran 14 - Borang D.A 3(P)Lampiran 15 -

Lampiran 16 - Borang Senarai Aset Tak Alih Mengikut Ruang


Lampiran 17A - Borang Pindaan Rekabentuk (Konvensional Dalaman)
Lampiran 17B - Borang Pindaan Rekabentuk (Konvensional Perunding)
Lampiran 17C - Borang Pindaan Rekabentuk (Reka dan Bina)
Lampiran 18 - Rekod Validasi Rekabentuk
Rajah 3.1 – 1: Penyediaan Set Borang JKR

Rajah 3.1 – 2: Melengkapkan Set Borang JKR


3.1.2 Penghantaran Borang kepada pihak JKR

Selepas menyiapkan sesuatu set borang JKR, borang tersebut perlulah dihantar secara
fizikal ke pejabat bagi tujuan pengesahan dan tindakan lanjut daripada pihak JKR
tentang permasalahan yang berlaku di tapak bina. Setiap borang yang dihantar juga
perlulah mempunyai pengesahan dari pengurus projek bagi mengelakkan perselisihan
faham kelak.

Rajah 3.1 - 4 : Pejabat JKR Bagan Datuk, Hutan Melintang


3.2 Pengurusan bekalan barangan bahan pembinaan

Dalam setiap kerja pembinaan, sudah pasti pencarian pembekal yang terbaik
adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana ia memainkan peranan besar dalam
menyiapkan sesuatu binaan. Sebagai contoh, setiap pembekal mempunyai kos yang
berlainan untuk setiap barang. Selain itu, tempoh penghantaran dari pihak pembekal ke
tapak bina juga berbeza-beza. Maka, pemilihan pembekal haruslah dilakukan dengan
teliti agar setiap proses jual-beli yang berlaku menjadi mudah dan pantas serta
menjimatkan kos.

3.2.1 Mengenal pasti bahan binaan daripada lukisan

Ketika projek sedang berjalan, tugas mencari pembekal perlulah dilakukan


dengan teliti. Bahan binaan yang diperlukan ini hendaklah diolah dan dikeluarkan
daripada lukisan pembinaan bangunan yang dibekalkan kepada pihak kontrakor. Proses
yang selanjutnya adalah mengeluarkan serta melakukan senarai pendek untuk semua
bahan binaan yang dinyatakan dalam lukisan. Senarai pendek yang telah siap
dilengkapkan akan diserahkan kepada jurutera projek dan juga pengurus projek untuk
semakan dan pengesahan sebelum melanjutkan kepada kerja-kerja yang seterusnya iaitu
mendapatkan syarikat yang menyediakan bahan binaan yang disenaraikan. Selepas proses
semakan telah selesai, pelatih industri diamanahkan untuk mencari beberapa buah syarikat
yang menyediakan bekalan bahan binaan yang telah dipersetujui untuk mendapatkan
katalog dan sebutharga untuk penilaian pihak kontraktor.
3.2.2 Mendapatkan jumlah barangan yang diperlukan

Kemudian, proses pengiraan jumlah barangan yang diperlukan akan dilakukan.


Pengiraan bahan binaan ini haruslah dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar dapat
mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan barang binaan yang dipesan kelak
mempunyai masalah seperti tidak mencukupi atau terlampau berlebihan yang boleh
menyebabkan kerugian akibat daripada pertambahan kos.

Rajah 3.2 – 3: Pengiraan Jumlah Bahan binaan

Rajah 3.2 – 4: Penjumlahan Bilangan Bahan binaan


3.2.3 Mendapatkan sebutharga daripada pembekal

Sebutharga barang merupakan satu istilah yang digunakan dalam mendapatkan satu
pernyataan berkaitan kos dan barang dari pihak pembekal kepada pihak pembeli iaitu
kontraktor. Kebiasaannya akan terdapat dokumen sebutharga yang akal diberikan kepada
pihak pembeli yang merangkumi jenis barang dan setiap harga barang yang ditawarkan
oleh pihak pembekal. Kemudian, setelah berjaya mendapatkan dokumen seperti katalog
harga, pelatih industri akan menyerahkannya kepada jurutera projek untuk sesi penialian
produk yang dijual menepati spesifikasi yang dikehendaki atau tidak.

Rajah 3.2 – 6: Perbualan bersama pembekal


Rajah 3.2 – 7: Contoh dokumen daripada pembekal
3.3 Kerja Ukur Aras

Kedudukan dua titik di atas permukaan bumi boleh ditentukan dengan pengukuran sudut
dan jarak. Maklumat kedudukan titik ini masih dikira tidak lengkap jika data perbezaan
ketinggian antara dudatitik ini tidak diketahui. Oleh itu, pengukuran bagi menentukan
perbezaan ketinggian antara titik di atas permukaan bumi yang dipanggil ukur aras perlu
dijalankan. Prinsip ukur aras adalah bahawa dengan penggunaan alat ukur aras, kita akan
dapat membentuk satu garis pandangan, iaitu garis kolimatan bagi alat ini yang terletak
dalam suatu satah ufuk melalui bebenang ufuk bagi alat. Operasi ukur aras lebih terletak
kepada menentukan jarak pugak dari garisan ini kepada titik-titik yang ukuran tinggi
atau perbezaan ketinggian berkait antara satu sama lain.

Rajah 3.3 – 1: Penggunaan alat aras untuk kerja ukur aras


3.3.1 Mendapatkan ketinggian lantai dewan

Bagi mendapatkan aras akhir bagi kawasan lantai dewan selepas selesai kerja-kerja konkrit
dijalankan, ukur aras hendaklah dilakukan pada kawasan panas yang mempunyai
ketinggian yang luar biasa. Pada projek yang dijalankan ini, terdapat beberapa masalah
yang timbul. Pelatih industri telah ditugaskan untuk mendapatkan perbezaan ketinggian
terhadap aras akhir yang telah ditetapkan dalam lukisan dengan keadaan di tapak
pembinaan. Beberapa titik pada kedudukan yang tinggi berbanding kawasan yang lain
telah diambil bacaannya untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang sebelum kerja-
kerja konkrit dapat dijalankan. Pihak kontrakor memerlukan penjelasan daripada pihak
klien iaitu pihak JKR berkenaan aras akhir yang baharu kerana terdapat permasalahan pada
rasuk tanah.

Rajah 3.3 – 2: Kerja ukur aras untuk lantai bangunan


Rajah 3.3 – 3: Mendapatkan ketinggian bagi aras akhir yang diperlukan
3.3.2 Ukur aras di kawasan perimeter jalan

Kawasan perimeter jalan yang dicadangkan memerlukan aras ketinggian yang sesuai,
merujuk kepada ketinggian akhir bangunan di tapak pembinaan. Ketinggian yang
diperlukan perlu mengambil kira beberapa aspek utama untuk mencapai tujuan
pembinaan jalan di sekitar dewan. Satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah air larian
di jalan raya. Paras hujung jalan perlu direndahkan sedikit dari satu hujung ke hujung
yang lain supaya mempunyai cerun yang boleh digunakan sebagai medium air larian.
Terdapat banyak pilihan semasa menentukan laluan larian air dengan permukaan yang
tinggi antara cerun di sebelah jalan atau antara cerun di kedua-dua belah jalan dan
tengah jalan.

Rajah 3.3 - 4 : Mendapatkan permulaan jalan di tepi dewan


3.4 Pengukuran dan penandaan kawasan pembinaan

Pihak kontraktor haruslah memastikan bahawa kedudukan sempadan tapak bina adalah
tepat mengikut kepada pelan tapak yang dibekalkan oleh pihak klien. Perkara ini penting
supaya kerja pembinaan sesebuah bangunan akan dilakukan dengan tepat iaitu di dalam
kawasan yang dicadangkan dan tidak mengambil ruang yang tidak sepatutnya seperti
memasuki ke dalam lot tanah milik jiran di sekeliling tapak pembinaan. Bagi tujuan ini,
kerja-kerja pengukuran hendalah dimulakan dengan mencari dan menentukan kedudukan
sempadan dengan teliti oleh pekerja mahir dan berpengalaman dengan menggunakan
peralatan yang berkaitan seperti alat ukru, peg penanda, pelan lukisan tapak pembinaan,
alat penukul dan lain-lain.

Rajah 3.4 – 1: Menyemak lukisan pembinaan


3.4.1 Penandaan Peg

Kerja-kerja persempadanan semula hendaklah dijalankan dengan meletakkan


paku jernih di kawasan sempadan tanah yang ditentukan. Tujuan utama kerja menanda
pancang adalah untuk membolehkan semua pihak memahami dengan lebih jelas
sempadan tanah yang diambil dan memudahkan kontraktor menjalankan kerja
selanjutnya. Pancang biasanya menggunakan kayu 1/2 inci dan kawasan hujung kayu
akan diasah supaya kayu boleh ditanam di bawah tanah. Bahagian atas spike akan dicat
merah untuk menunjukkan bahawa rod berfungsi sebagai sempadan kawasan pembinaan.
Paku yang dipilih mestilah mempunyai panjang yang mencukupi untuk menampung
kedalaman yang agak tinggi bagi mengelakkan kayu mudah tercabut dan tidak
mengganggu kerja yang akan dilakukan.

Langkah-langkah untuk kerja-kerja pengukuran dan penandaan:-


i. Mengetahui jarak yang perlu diukur berdarkan lukisan pembinaan
ii. Mengambil titik yang akan dilakukan pengiraan
iii. Membuat anggaran jarak di tapak bina.
iv. Mengukur jarak menggunakan pita pengukur
v. Menanda jarak yang diperolehi menggunakan kayu pancang
Rajah 3.4 – 2: Membuat penandaan pada kayu pancang

Rajah 3.4 – 3: Menanam kayu pancang pada titik yang dikenal pasti
Rajah 3.4 – 4: Membuat penandaan kedudukan jambatan baharu
3.5 Pemasangan besi bar tetulang dan BRC

Untuk semua jenis bar keluli yang akan digunakan, perlu dipastikan bahawa
bahan tidak berkarat teruk, terdapat lapisan koyak, cat, lumpur, tanah, atau bahan yang
boleh digunakan sebagai medium untuk mengelakkan lapisan konkrit. daripada melekat
pada keluli. Besi digunakan. Jenis bar keluli termasuk bar keluli lembut (Mild Steel Bar),
bar/corak keluli keras (bar hasil tinggi/bar tegangan tinggi) dan bar mesh persegi (British
Rool Coil (BRC)). Bar keluli yang digunakan dalam struktur bangunan akan mempunyai
bentuk yang ditetapkan oleh jurutera bangunan. Bentuk setiap reka bentuk memberikan
kesesuaian dengan bentuk bangunan untuk mengawal kekuatan kerangka bangunan.

Rajah 3.5 - 1 : Tempat BRC diletakkan di tepi dewan


3.5.1 Penyusunan besi BRC

Bagi kerja-kerja pemasangan besi BRC pada lantai dewan, kerja-kerja awalan seperti
pengisian pasir atau tanah untuk mendapatkan lapisan yang tinggi dan juga aras yang
bersesuaian. Penambakan tanah adalah perlu sekiranya aras lantai dewan yang sediaada
adalah tidak mencukupi atau tidak mencapai aras akhir apabila telah siap dikonkrit.
Kerja penambakan ini perlulah mengambil kira beberapaa faktor utama seperti keadaan
tanah, aliran air hujan, kedudukan rasuk tanah dan sebagainya. Selepas proses
penambakan berlaku, kawasan lantai bangunan mestilah dijalankandengan rawatan anai-
anai Tujuan rawatan ini dijalankan adalah untuk mengelakkan daripada serangan anai
anai apabila bangunan telah siap dibinasepenuhnya. Lapisan plastik membran juga akan
dilampirkan selepas kawalan anai anai dijalankan. Plastik membran digunakan sebagai
penghalang untuk konkrit bersentuhan secara langsung dengan permukaan pasir yang
ditambak dan juga menghalang daripada air bumi untuk diserap ke dalam konkrit.
Rajah 3.5 – 1: Lantai bangunan yang telah ditambak

Rajah 3.5 – 2: Damp Proof Membrane (DPM)


Rajah 3.5 – 3: Pemasangan besi BRC

Rajah 3.5 – 4 : Pembuatan spacer block ukuran 2x2 inci


Rajah 3.5 – 5: Saiz spacer chair dengan ketinggian 2 inci

Rajah 3.5 – 6 : Keadaan lantai bangunan yang telah siap dipasang


3.6 Kerja-kerja konkrit

Konkrit adalah satu elemen struktur yang dicampurkan dengan beberapa bahan utama
iaitu simen, batu halus, batu kasar dan air mengikut kepada nisbah yang tertentu.
Kekuatan konkrit dipengaruhi oleh tindak balas kimia yang berlaku antara air dan simen
mengikut tempoh masa yang tertentu.

Dalam industri pembinaan, terdapat beberapa jenis konkrit yang dibahagikan


mengikut kepada penggunaanya. Antara jenis konkrit yang berada dalam industri
pembinaan adalah seperti berikut:-

i. Konkrit simen
ii. Konkrit bertetulang
iii. Konkrit kapur
3.6.1 Penyediaan konkrit

Terdapat beberapa jenis bancuhan konkrit yang boleh digunakan di tapak bina dalam
penyediaan konkrit.

i. Membancuh secara manual menggunakan penyodok


ii. Membancuh menggunakan “mixer”
iii. Membeli konkrit siap bancuh daripada kilang

Jika jumlah konkrit yang akan digunakan dalam nisbah yang sedikit, kebiasaanya
pekerja akan membancuh secara manual menggunakan penyodok ataupun dengan
menggunakan mesin bancuh konrit. Jika untuk kerja-kerja yang menggunakan jumlah
konkrit dalam nisbah yang besar pula, konkrit siap bancuh akan digunakan bagi
mempercepatkan kerja konkrit dapat dijalankan bagi sesuatu struktur bangunan. Konkrit
siap bancuh ini boleh didapati daripada pembekal konkrit siapbancuh yang terdekat bagi
memudahkan urusan penghantaran.
Rajah 3.6 – 1: Lori konkrit siap bancuh di tapak bina

Rajah 3.6 – 2: Lori konkrit berdekatan kawasan ingin dikonkrit


3.6.2 Ujian konkrit yang dijalankan

Bagi kerja-kerja konkrit yang dijalankan, ujian konkrit hendalah dilakukan ke atas konkrit
yang telah dibancuh untuk mengetahui kekuatan yang akan dihasilkan oleh bancuhan
konkrit tersebut. Terdapat beberapa jenis ujian konkrit yang biasa dijalankan:-

i. Ujian runtuh
ii. Ujian kiub
iii. Ujian Vebe Consistometer

Rajah 3.6 – 3 : Ujian runtuhan dijalankan di tapak bina


Rajah 3.6 – 4 : Keputusan ujian runtuhan

Rajah 3.6 – 5 : Konkrit siap bancuh diisi ke dalam petak acuan


3.6.3 Kerja penuangan bancuhan konkrit

Rajah 3.6 - 6 : Pekerja mengawal konkrit yang dituang ke atas plywood

Rajah 3.6 – 7 : Kerja konkrit sambil diperhatikan oleh pihak JKR


3.7 Penyertaan dalam mesyuarat tapak dan perjumpaan

Sepanjang pelaksanaan menyiapkan projek, terdapat pelbagai pihak yang akan terlibat.
Pihak-pihak ini mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam memastikan
projek ini siap dengan jayanya.

Rajah 3.7 - 1 : Perjumpaan di tapak


3.7.1 Mesyuarat Tapak dan perbincangan dengan pihak JKR

Tujuan mesyuarat tapak dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemajuan kerja


di tapak bina, membentangkan permasalahan yang dihadapi di tapak bina dan
membincangkan jalan penyelesaian yang terbaik supaya tidak berlaku sebarang
kelewatan dalam menyiapkan projek yang dijalankan. Dalam pengurusan projek
pembinaan, beberapa siri perjumpaan akan diadakan di tapak bina bagi memastikan
kerja-kerja dijalankan dengan betul dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul di
tapak bina.

Rajah 3.7 – 2: Perbincangan bersama pihak JKR


Rajah 3.7 – 4: Pemeriksaan di tapak bina bersama pihak JKR

Rajah 3.7 - 5 : Pihak JKR berkumpul


3.7.2 Perjumpaan bersama pihak pembekal portal frame

Setiap kerja-kerja yang dijalankan memerlukan bahan binaan yang bersesuaian serta
menepati kelulusan daripada pihak berkuasa seperti SIRIM. Hal ini membuatkan pihak
kontraktor mestilah melakukan lawatan untuk bertanya status dan memeriksa keadaan
portal frame yang dibuat oleh pembekal. Perkara ini penting bagi memastikan bahan
yang ditempah dibuat dengan betul dan menepati kehendak seperti dalam lukisan
pembinaan yang disediakan.

Rajah 3.7 - 6 : Lawatan ke kilang Portal Frame di Teluk Intan


Rajah 3.7 - 7 : Keadaan susunan Portal Frame di kilang

Rajah 3.7 - 8 : Memeriksa saiz Portal Frame yang ditempah


BAB 4

4.0 Hasil Dapatan dan Cadangan

Menerusi latihan industri di Sanjung Sempurna Sdn. Bhd, terdapat banyak pelajaran
dan pengalaman yang telah diperoleh. Berikutan situasi pandemik COVID-19, terdapat
pelbagai kekangan yang dihadapi oleh mahasiswa dan pihak pentadbiran UTHM sendiri.
Setelah banyak pemerhatian dilakukan, terdapat beberapa perkara yang boleh
dipertimbangkan daripada sudut pentadbiran, pengurusan dan operasi. Segala aktiviti
yang dilakukan sewaktu menjalani latihan industri bersama dengan majikan yang telah
dipilih akan memberikan nafas baharu kepada para pelajar untuk meningkatkan
kebolehan masing-masing. Perubahan kuasa ekonomi global yang berteraskan kepada
kreativiti, keaslian dan imaginasi para ilmuwan memerlukan para pelajar berusaha
dengan lebih gigih demi meningkatkan taraf hidup pada masa akan datang. Oleh yang
demikian, para pelajar perlulah mencari peluang untuk menimba pengetahun dengan
sebanyak yang boleh untukmenjamin kelangsungan hidup yang lebih berkualiti.
4.1 Hasil Dapatan

Antara hasil dapatan yang diperoleh sepanjang menjalani latihan industri ialah :

1. Mempelajari menentukan kerja-kerja yang kritikal untuk mendapatkan perhatian


yang lebih.
2. Mempelajari langkah-langkah untuk pengurusan projek yang baik dalam
mencapai kualiti yang ditetapkan.

3. Mempelajari secara langsung berkenaan kerja-kerja pembinaan

4. Mengukuhkan kemahiran berkomunikasi bersama dengan pihak profesional


5. Meningkatkan kemahiran dalam membaca lukisan kejuruteraan, lukisan
pembinan dan lukisan arkitek

6. Meningkatkan keyakinan diri untuk membuat sesuatu keputusan

7. Melatih diri untuk sentiasa berani mencuba perkara-perkara yang baharu

4.2 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan bagi memperbaiki sistem operasi semua pihak


untuk melancarkan proses latihan industri.
4.2.1 Fakulti – Pusat Pengajian Diploma (CeDS)

1. Memberikan maklumat dengan lebih berkesan berkenaan proses untuk menjalani


latihan industri.
2. Menambah tempoh masa untuk latihan industri dijalankan agar para pelajar dapat
menimba lebih banyak pengetahuan di Industri kejuruteraan.

3. Melantik penyelia industri dengan lebih awal bagi membantu dalam permasalahan
pelajar sepanjang latihan industri dijalankan.

4. Menyediakan platform untuk mahasiswa menyuarakan permasalahn yang berlaku


sepanjang menjalani latihan industri.

5. Menyediakan kursus/libat urus bersama para pelajar dan pihak industri bagi
memberikan sedikit sebanyak pendedahan berkenaan latihan yang akan dijalankan.

4.2.2 Syarikat – Sanjung Sempurna Sdn. Bhd.

1. Menyediakan etika kod pemakaian syarikat bagi memberikan imej yang berkualiti
terhadap klien dan pihak profesional yang lain
2. Menyediakan orientasi awal untuk pelatih industri yang baharu berkenaan dengan
proses kerja yang dijalankan oleh pihak syarikat
3. Mengadakan program khas untuk semua pelatih industri mempelajari perkara-
perkara yang berkaitan dengan kursus yang diambil
BAB 5

5.0 Kesimpulan

Sepanjang tempoh latihan industri yang telah saya jalani di Sanjung Sempurna Sdn.
Bhd, terdapat banyak perkara yang dipelajari secara langsung dan tidak langsung. Ilmu
yang diperoleh di sini amatlah berguna dalam membantu memberikan pelbagai
kemahiran dan menambah keyakinan diri untuk menguruskan sesuatu perkara. Selain itu,
ilmu yang diperoleh juga akan digunakan dan dipraktikkan sebaik mungkin untuk masa
akan datang terutamanya apabila sudah masuk ke alam pekerjaan yang sebenar.
Pendedahan yang diberikan oleh pihak majikan amatlah dihargai kerana banyak
membantu dalam kerja-kerja pembinaan di tapak bina. Hal ini demikian kerana telah
ditempatkan di tapak bina sepanjang latihan industri berlangsung. Di samping itu,
persekitaran kerja yang kondusif yang diterapkan oleh pihak majikan memberikan
keselesaan kepada para pelatih industri melaksanakan latihan mereka dengan lebih
berkesan bagi mencapai tujuan utama yang diinginkan.

Akhir sekali, sebagai mahasiswa, saya juga telah diterapkan dengan pelbagai ilmu
insaniah yang dapat memajukan diri sendiri serta meningkatkan daya fikir yang lebih
kritis dan dapat membuat keputusan dengan lebih yakin. Keputusan yang dibuat pula
mestilah akan lebih matang dari semasa ke semasa. Selain itu, ilmu berkomunikasi juga
dapat ditingkatkan dengan lebih profesional oleh kerana terdapat banyak komunikasi
yang perlu dilakukan sepanjang menjalani latihan di sini. Segala objektif latihan industri
ini juga dapat dicapai dengan jayanya. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam program latihan industri ini terutamanya pihak majikan kerana
menerima saya sebagai seorang pelatih di syarikat tersebut serta memberikan banyak
tunuk ajar yang berguna.
LAMPIRAN

Sijil dan Surat

Penghargaan Syarikat

You might also like