You are on page 1of 8

MODUL 3

AKTIVITI : PENGURUSAN MESYUARAT

MASA : 2 JAM

OBJEKTIF :

1. Peserta tahu tatacara mesyuarat.

2. Peserta boleh bertindak secara efektif dalam mesyuarat.

3. Peserta boleh mengendalikan mesyuarat dengan baik.

LANGKAH-LANGKAH

1. Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan.


2. Setiap kumpulan diedarkan borang senarai AJK, Contoh Minit Mesyuarat, Borang Takwim
perancangan aktiviti dan senarai bidang tugas setiap AJK.
3. Setiap kumpulan dikehendaki :
1.1 Membentuk AJK
1.2 Menyediakan label peranan setiap ahli
1.3 Membincangkan agenda setiap mesyuarat
1.4 Mengendalikan mesyuarat
4. Setiap kumpulan diberikan masa selama 1 jam 30 minit untuk mengendalikan langkah 3.
5. Peserta dikehendaki mengendalikan satu mesyuarat dalam kumpulan dan membentuk AJK
(berdasarkan format yang diberikan) serta merancang bagaimana untuk mempertingkatkan
peranan dan tanggungjawab pemimpin asrama sekolah secara berkesan. Antara perkara yang
dibincangkan :
a. Masalah/kelemahan yang dihadapi oleh badan pimpinan asrama sekolah.
b. Mengenalpasti punca masalah/kelemahan badan pimpinan asrama sekolah
c. Cara mengenalpasti kelemahan badan pimpinan asrama sekolah.
6. Fasilitator akan memberi komen berkenaan dengan persembahan peserta dan peserta
memberi respon.
7. Fasilitator membuat rumusan akhir.

FALSAFAH :

1. Sesuatu yang terarah, menghasilkan tindak balas yang jitu.

2. Keyakinan diri boleh mengendalikan sesuatu organisasi dengan baik.

3. Dapat mencungkil ciri-ciri kepimpinan dalam diri peserta.

4. Setiap individu mempunyai tugas, peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan

baik.
Lampiran 1

SENARAI BIDANG TUGAS


AHLI JAWATANKUASA

1. PENGERUSI :

 Mengarah setiausaha memanggil Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.


 Mempengerusikan Mesyuarat badan pimpinan asrama sekolah.
 Bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran pengurusan organisasi badan pimpinan asrama
sekolah.
 Memastikan perjalanan aktiviti seperti yang telah dirancangkan.

2. NAIB PENGERUSI :

 Membantu pengerusi dalam melaksanakan fungsi-fungsi dan tanggungjawab pengerusi semasa


ketidakhadirannya.
 Mempengerusikan Mesyuarat AJK sekiranya pengerusi tiada.

3. SETIAUSAHA :

 Mengeluarkan notis panggilan mesyuarat AJK atas arahan Pengerusi.


 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat AJK badan pimpinan asrama sekolah.
 Membentangkan Laporan Tahunan organisasi semasa Mesyuarat Agong.
 Menulis surat jemputan atau lain-lain.

4. NAIB SETIAUSAHA :

 Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas.


 Mencatat dan menyediakan minit Mesyuarat semasa ketidakhadiran setiausaha.

5. BENDAHARI

 Menyimpan rekod/akaun terperinci dan sistematik berkaitan pergerakan masuk dan keluar wang.
 Memungut yuran pendaftaran dan yuran keahlian.
 Membentangkan Laporan Kewangan organisasi.

6. AHLI JAWATANKUASA KECIL :

 Melaksanakan tugas yang diberikan.


 Menjayakan program/aktiviti yang telah dirancangkan.
 Memberi idea/pendapat semasa mesyuarat AJK.
AHLI JAWATANKUASA ORGANISASI

BIL JAWATAN NAMA AJK

01 PENGERUSI

02 NAIB PENGERUSI

03 SETIAUSAHA

04 PENOLONG SETIAUSAHA

05 BENDAHARI

06 AHLI JAWATANKUASA KECIL : (BIRO-BIRO)

6.1 BIRO DISIPLIN

6.2 BIRO AKADEMIK

6.3 PERHIMPUNAN

6.4 SIARAYA / PA SISTEM

6.5 BIRO PENERBITAN

6.6 BIRO EKONOMI


CONTOH MINIT MESYUARAT

TARIKH : …………………………………………………

MASA : …………………………………………………

TEMPAT : …………………………………………………

BIL AGENDA PERKARA TINDAKAN

01 Ucapan Pengerusi 1.1


1.2
1.3
02 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1
yang lalu* 2.2
2.3
03 Perkara Berbangkit* 3.1
3.2
3.3
04 Perlantikan AJK 4.1
4.2
4.3
05 Perbincangan Bagaimana 5.1
Meningkatkan Peranan dan 5.2
Tanggungjawab Pemimpin
5.3
06 Hal-hal lain 6.1
6.2

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

……………………………. …………………………….
( ) ( )
SETIAUSAHA PENGERUSI

BAGAIMANA MENINGKATKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ORGANISASI


EXCO KEPIMPINAN ASRAMA

PERANAN & TANGGUNGJAWAB MASALAH / KELEMAHAN PEMIMPIN


PEMIMPIN

KENAL PASTI PUNCA CARA-CARA MENGATASI


KELEMAHAN PEMIMPIN KELEMAHAN PEMIMPIN
MODUL 4

AKTIVITI : KEMBARA MINDA

MASA : 2 JAM

OBJEKTIF :

1. Peserta dapat membentuk sahsiah diri.

2. Dapat menimba pengalaman baru dan menyerlahkan kepimpinan pelajar.

3. Membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri.

4. Menyemai sikap mementingkan masa.

5. Menguasai kemahiran asas untuk meneruskan hidup dalam pelbagai situasi.

6. Memupuk kerjasama antara ahli-ahli dalam kumpulan.

7. Mewujudkan daya saing yang sihat antara peserta.

LANGKAH-LANGKAH

1. Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan.


2. Terdapat 8 stesen di sekitar kawasan Teluk Kumbar dan setiap satu mempunyai arahan yang
berbeza-beza.
3. Peserta dilepaskan mengikut kumpulan setiap 20 minit.
4. Setiap kumpulan perlu ke stesen yang telah ditetapkan dan melakukan setiap arahan yang
diberikan.
5. Setiap stesen akan dijaga oleh seorang fasilitator.
6. Setiap satu kumpulan akan diberi masa mengikut kesesuaian masa yang ditetapkan untuk
menyelesaikan tugasan.
7. Setiap kumpulan mestilah mengumpul beberapa bahan untuk dijadikan bukti bahawa mereka
berjaya menyiapkan arahan yang telah diberikan oleh fasilitator.

ARAHAN : Kerjasama semua ahli adalah sangat penting.


TEMPAT :

KUMPULAN TEMPAT AKTIVITI

SATU Masjid Membantu membersihkan masjid


dan kawasan sekitarnya

DUA Ayu mee udang Membantu menyediakan bahan-


bahan masakan serta
menguruskan kebersihan kedai

TIGA Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar Membantu membersihkan


kawasan sekolah dan bilik khas

EMPAT Klinik Kesihatan Membantu membersihkan klinik


kesihatan dan kawasan sekitarnya

LIMA Kedai makan yang berdekatan Membantu menyediakan bahan-


bahan masakan serta
menguruskan kebersihan kedai

ENAM Sekolah agama Membantu membersihkan


Sekolah Agama dan kawasan
sekitarnya

TUJUH Tadika Membantu membersihkan Tadika


dan kawasan sekitarnya

LAPAN Kedai runcit Membantu membersihkan dan


menyusun atur barangan yang
terdapat di kedai berkenaan

FALSAFAH :

1. Menggunakan kemahiran berfikir dan bermusyawarah dengan setiap ahli.

2. Menggilap pemikiran kritis dan kreatif.

3. Membina semangat berpasukan yang aktif.


MODUL 5

AKTIVITI : PEMBENTANGAN HASIL KEMBARA MINDA

MASA : 2 JAM

OBJEKTIF :

1. Dapat menyerlahkan kepimpinan pelajar.

2. Membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri.

3. Menyemai sikap mementingkan masa.

4. Menguasai kemahiran asas untuk meneruskan hidup dalam pelbagai situasi.

LANGKAH-LANGKAH

1. Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk membuat persiapan akhir
pembentangan hasil dapatan kembara minda.

2. Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan keseluruhan selama 20 minit.

3. Fasilitator akan memberi komen berkenaan dengan persembahan peserta dan peserta
memberi respon.

4. Fasilitator membuat rumusan akhir.

FALSAFAH :

1. Melahirkan pelajar yang berdaya saing

2. Dapat berkongsi pengalaman yang berbeza

3. Membina dan meningkatkan keyakinan diri pelajar

You might also like