You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA (2)

JALAN 22/48, 47400 PETALING JAYA, SELANGOR

MEMO DALAMAN

Kepada : Semua murid, ibu bapa/penjaga, guru-guru SKDJ (2)

Daripada : Unit Disiplin SKDJ (2)

Salinan kepada : Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKDJ (2)

Tarikh : 17 Januari 2023

Perkara : LARANGAN PENGGUNAAN PENSEL MEKANIKAL DI


SEKOLAH

Tuan,

Merujuk kepada perkara di atas.

Satu kes pelanggaran disiplin, di mana seorang murid telah mencederakan rakan
sekelas menggunakan pensel mekanikal hari ini di SKDJ2.

Oleh yang demikian, sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan perkara ini
berulang pada masa hadapan, maka pihak sekolah telah membuat penetapan
MELARANG penggunaan pensel mekanikal di kalangan murid-murid SKDJ(2)
semasa berada di sekolah.

Sehubungan itu, pihak sekolah akan menjalankan pemeriksaan mengejut (spot


check) pada 18 Januari 2023 bersamaan hari Rabu.

Semua pensel mekanikal yang dijumpai akan dirampas tanpa dikembalikan.

Mohon ibu bapa / penjaga cakna dan memastikan tiada murid yang membawa atau
menggunakan pensel mekanikal di sekolah.

Sekian, harap maklum.

TERIMA KASIH.

MOHAMAD ILHAM BIN HANIFAH


GURU BESAR
SKDJ2

#SKDJ2PRIHATIN
#BERUBAHMENJADIBAIK

You might also like