You are on page 1of 3

SK TAMAN TUN AMINAH 2

KERTAS KERJA PEMBELIAN SISTEM AUTOMASI PS-SENTRAL

1.0 PENGENALAN

Sebuah pusat sumber yang berjaya memerlukan sistem pengurusan yang sistematik
teruatamannya dari segi pemprosesan bahan-bahan yang terdapat di pusat sumber.
Sehubungan dengan itu Pusat Sumber SK Assunta Satu bercadang untuk membuat
penambahbaikan terhadap sistem automasi yang lama kepada satu sistem yang lebih efisien
dan terkini iaitu sistem automasi ps-SENTRAL. Tarantula merupakan kerangka kerja
(framework) Pusat Sumber Digital yang telah dinilai dan diperaku oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia ( surat-akuan-BTP). Sistem ps-SENTRAL ini
berkonsepkan moden library yang mengguna pakai internet sebagai media capaian bagi
tujuan perkongsian maklumat antara pusat sumber. Sistem ini terintegrasi sepenuhnya
dengan i-NILAM dan boleh dicapai 24 jam sehari 7 hari seminggu dari mana-mana sahaja
yang mempunyai capaian internet.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memudahkan kerja-kerja merekod bahan pusat sumber seperti bahan buku dan
bahan bukan buku.
2.2 Mempercepatkan kerja kerana proses automasi kerana boleh dilakukan pada
mana-mana komputer yang mempunyai capaian internet.

3.0 CIRI – CIRI UTAMA SISTEM PS-SENTRAL

3.1 Pengkatalogan — auto search maklumat bibliografi bahan (seperti Judul,


Nama Pengarang, Penerbit, dll) berdasarkan No.ISBN/No.ISSN atau judul semasa
proses pendaftaran bahan baru hendak didaftarkan. Ini menjimatkan masa key-in
bahan baru. Ini bermakna anda boleh copy maklumat bahan dari pusat sumber lain
dengan membuat carian berdasarkan ISBN/ISSN atau judul. Boleh upload
gambar kulit depan buku/bahan.
3.2 Label Barcode — No.Barcode dijana secara auto oleh sistem
(boleh key-in manual sekiranya perlu) dan boleh dicetak di atas kerta kosong atau

kertas sticker label menggunakan semua jenis pencetak.

3.3 Label Tepi — boleh dicetak di atas kertas kosong atau kertas stiker
label menggunakan semua jenis pencetak.

3.4 Kad Ahli — boleh upload gambar murid, guru dan staf. Boleh cetak kad

ahli bergambar/tanpa gambar beserta barcode No.Ahli menggunakan semua jenis


pencetak.
3.5 Sirkulasi — proses sirkulasi secara online. Ahli boleh booking secara online
dari mana-mana sahaja dan ahli boleh memberi review/komen/rating bahan yang
dibaca.

3.6 Laporan — cetakan slip kerja (slip kerja tidak perlu diisi secara manual),
rekod perolehan, slip pinjaman , analisis, dll.

3.7 WebOPAC — Online Public Access Catalogue. Carian bahan PSS boleh
dibuat secara online worldwide. Semua orang boleh melihat Katalog bahan PSS
yang anda publish secara online dan membuat booking online sekiranya anda
benarkan.

4.0 SASARAN :
Memproses/merekod sebanyak mana bahan pusat sumber dalam masa yang singkat.

5.0 TEMPAT PELAKSANAAN :


Pusat Sumber SK Taman Tun Aminah 2.

6.0 WAKTU PELAKSANAAN :


Sistem ps-Sentral boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana komputer yang
mempunyai talian internet.

7.0 KOS PERBELANJAAN :

Harga promosi RM950 termasuk langganan tahun pertama, barcode scanner dan barcode
sticker label.
Harga tambahan sebanyak RM200 untuk perpindahan data dari sistem esource ke Sistem
ps-Sentral.

8.0 PENUTUP :
Diharapkan perancangan untuk pembelian sistem automasi ps-SENTRAL ini mendapat
sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah seterusnya kos pembelian dapat dibiayai
oleh PIBG SK Assunta Satu. Semoga dengan adanya sistem automasi yang baru ini, pusat
sumber akan bergerak dengan lebih maju.

DISEDIAKAN OLEH

___________________________________

(MAZLINA BINTI MAZLAN)


GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

You might also like