You are on page 1of 2

1.

0 PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan pada tahun
2014 genaplah 50 tahun penubuhan sekolah ini. Bersempena 50 tahun penubuhan SMK
Cheras pihak PIBG bersama-sama pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Majlis
Makan Malam Amal bertujuan untuk menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan SMK
Cheras. Pada masa yang sama diharap majlis ini dapat mengumpul sejumlah dana bagi
menampung perbelanjaan pembangunan sekolah demi kebaikan warga SMK Cheras. Selaras
dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, peranan
PIBG perlu diperkasakan seperti dalam inisiatif Sarana Ibu Bapa. PIBG perlu memainkan
peranan secara lebih aktif dan bersepadu dalam memastikan visi dan misi sekolah tercapai.
Adalah menjadi hasrat PIBG untuk membantu membangunkan sekolah ini dari segi
kemudahan fizikal serta aktiviti kecemerlangan murid dalam akadenik, ko-kurikulum dan
pembentukan akhlak. Sehubungan itu, PIBG bercadang untuk menganjurkan Majlis Amal
Makan Malam PIBG 2014 untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai projek-
projek yang dirancang. Hasil sumbangan daripada majlis ini diharapkan akan dapat menaik
taraf pelbagai prasarana bagi kemudahan dan keselesaan murid dalam proses pembelajaran
dan pengajaran bagi melahirkan generasi modal insan yang bertaraf dunia.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Majlis Amal Makan Malam PIBG SMK Cheras adalah untuk menambah dana
PIBG bagi membantu pihak sekolah untuk membiayai dan menaik taraf pelbagai kemudahan
dan prasarana sekolah serta membantu pihak sekolah untuk membiayai aktiviti akademik dan
ko-kurikulum murid.

3.0 OBJEKTIF

Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Cheras ini dilaksanakan bagi mencapai objektif-
objektif berikut :
3.1 Menambah dana tabung PIBG.
3.2 Menceriakan surau, bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas dan papan-papan kenyataan.

You might also like