You are on page 1of 18

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT
30 November 2011 GAZETTE
30 November 2011
P.U. (A) 388

KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU


(MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN
PENGAGIHAN) 2011

RENEWABLE ENERGY (RECOVERY OF MONEYS BY


DISTRIBUTION LICENSEE) RULES 2011

DISIARKAN OLEH/
PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 388

AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG


LESEN PENGAGIHAN) 2011

____________

SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH
___________

Kaedah
1. Nama dan permulaan kuat kuasa

2. Tuntutan bagi mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh


Baharu

3. Pihak Berkuasa menentusahkan tuntutan

4. Tuntutan yang berlebih-lebihan

5. Penemuan tuntutan yang berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan


6. Tuntutan berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan dengan sengaja
7. Penemuan tuntutan yang terkurang oleh pemegang lesen pengagihan
8. Pembayaran tuntutan

9. Pembayaran balik bayaran yang terlebih

10. Pembayaran bagi kekurangan

11. Kos pembekalan

2
P.U. (A) 388

AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG


LESEN PENGAGIHAN) 2011

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 19 dan perenggan 61(e) Akta
Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725], Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
Malaysia membuat kaedah-kaedah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh


Baharu (Mendapatkan Wang oleh Pemegang Lesen Pengagihan) 2011.

(2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2011.

Tuntutan bagi mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh


Baharu

2. (1) Seorang pemegang lesen pengagihan hendaklah, tidak lewat dari hari
ketujuh pada setiap bulan, mengemukakan suatu tuntutan bertulis kepada Pihak
Berkuasa bagi mendapatkan daripada Kumpulan Wang suatu jumlah yang bersamaan
dengan perbezaan antara—

(a) jumlah tariff galakan yang dibayar oleh pemegang lesen pengagihan
kepada pemegang kelulusan galakan mengikut seksyen 16 Akta;
dengan

(b) kos yang selainnya kena ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan
itu untuk menjana amaun elektrik yang sama dengan yang dijana oleh
pemegang kelulusan galakan itu berdasarkan kos pembekalan yang
ditentukan mengikut kaedah 11,

berkenaan dengan jumlah yang telah dilakukan dalam bulan yang terdahulu.

3
P.U. (A) 388

(2) Seseorang pemegang lesen pengagihan yang membuat suatu tuntutan di


bawah subkaedah (1) hendaklah menberikan maklumat yang berikut kepada Pihak
Berkuasa:

(a) butir-butir tentang tarif galakan yang dibayar oleh pemegang lesen
pengagihan itu kepada setiap pemegang kelulusan galakan di
bawah seksyen 16 Akta bagi bulan yang terdahulu;

(b) butir-butir tentang kuantiti elektrik yang dibeli oleh pemegang


lesen pengagihan daripada setiap pemegang kelulusan galakan
sebagai balasan bagi tarif galakan yang disebut dalam
perenggan (a);

(c) pengiraan pemegang lesen pengagihan tentang perbezaan antara


jumlah tarif galakan yang disebut dalam perenggan (a) dan kos
yang selainnya kena ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan
itu untuk menjana kuantiti elektrik yang sama yang dibeli di bawah
perenggan (b) berdasarkan kos pembekalan yang terpakai pada
masa pembelian itu sebagaimana yang ditentukan mengikut
kaedah 11; dan

(d) apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(3) Walau apa pun subkaedah (1), jika seseorang pemegang lesen
pengagihan tidak membuat suatu tuntutan pada atau sebelum hari ketujuh bulan itu,
pemegang lesen pengagihan itu boleh memasukkan jumlah yang tidak dituntut itu pada
atau sebelum hari ketujuh pada bulan yang berikutnya.

Pihak Berkuasa hendaklah menentusahan tuntutan

3. Pihak Berkuasa hendaklah menentusahkan apa-apa tuntutan yang dibuat oleh


seorang pemegang lesen pengagihan di bawah subkaedah 2(1) sebelum pembayaran
dibuat kepada pemegang lesen pengagihan itu daripada Kumpulan Wang di bawah
kaedah 7.

4
P.U. (A) 388

Tuntutan yang berlebih-lebihan

4. (1) Apabila tuntutan di bawah kaedah 3 ditentusahkan, jika Pihak Berkuasa


mendapati bahawa seseorang pemegang lesen pengagihan telah menyatakan berlebih-
lebihan tuntutan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1), Pihak Berkuasa boleh meminta
pemegang lesen pengagihan itu untuk menjelaskan secara bertulis mengenai tuntutan
yang berlebih-lebihan itu dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu
atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(2) Apabila permintaan di bawah subkaedah (1) diterima, pemegang lesen


pengagihan itu hendaklah memberikan penjelasan itu dalam tempoh yang dinyatakan
dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(3) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa
lanjutan masa yang diberikan di bawah subkaedah (1), Pihak Berkuasa hendaklah
membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu dengan mengambil kira perkara yang
berikut:

(a) penjelasan yang diberikan oleh pemegang lesen pengagihan, jika


ada;

(b) sama ada pemegang lesen pengagihan itu telah bertindak dengan
suci hati; dan

(c) apa-apa perkara lain difikirkan berkaitan oleh yang Pihak Berkuasa.

(4) Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (3) adalah muktamad dan
hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

Penemuan tuntutan yang berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan

5. (1) Jika seseorang pemegang lesen pengagihan, pada bila-bila masa,


mendapati bahawa ia telah menyatakan berlebih-lebihan tuntutan yang dibuat di bawah
subkaedah 2(1), pemegang lesen pengagihan itu hendaklah memberitahu Pihak

5
P.U. (A) 388

Berkuasa secara bertulis dan menyatakan jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu
dalam pemberitahuan itu.

(2) Apabila menerima pemberitahuan di bawah subkaedah (1), Pihak Berkuasa


hendaklah menentusahkan tuntutan berlebih-lebihan itu.

(3) Pihak Berkuasa boleh, bagi maksud penentusahan di bawah subkaedah (2),
meminta pemegang lesen pengagihan untuk memberikan apa-apa maklumat dan
dokumen sokongan lain dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu
atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(4) Apabila permintaan di bawah subkaedah (3) diterima, pemegang lesen


pengagihan hendaklah memberikan maklumat dan dokumen sokongan lain itu dalam
tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang
diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(5) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa
lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa dan selepas penentusahan di bawah
subkaedah (2) dijalankan dengan mengambil kira maklumat dan apa-apa dokumen
sokongan lain yang disebut dalam subkaedah (3), jika ada, Pihak Berkuasa hendaklah
membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu.

(6) Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (5) adalah muktamad dan
hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

(7) Jika Pihak Berkuasa memutuskan di bawah subkaedah (5) bahawa


pemegang lesen pengagihan itu telah menyatakan berlebih-lebihan tuntutan di bawah
subkaedah 2(1), Pihak Berkuasa hendaklah—

(a) jika pembayaran masih belum dibuat kepada pemegang lesen


pengagihan itu, memotong jumlah yang dinyatakan berlebih-
lebihan itu daripada tuntutan itu; atau

6
P.U. (A) 388

(b) jika pembayaran yang terlebih telah dibuat kepada pemegang lesen
pengagihan itu, Pihak Berkuasa boleh—

(i) memotong jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu


daripada tuntutan yang berikutnya yang dibuat di bawah
subkaedah 2(1); atau

(ii) menghendaki pemegang lesen pengagihan itu untuk


membayar balik jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu
kepada Pihak Berkuasa tanpa apa-apa bunga dalam tiga
puluh hari dari tarikh notis bertulis di bawah subkaedah (6).

Tuntutan yang berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan dengan sengaja

6. Walau apa pun kaedah 4 dan 5, seseorang pemegang lesen pengagihan yang
menyatakan tuntutan yang berlebih-lebihan dengan sengaja melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penemuan tuntutan pernyataan yang terkurang oleh pemegang lesen pengagihan

7. (1) Jika seseorang pemegang lesen pengagihan, pada bila-bila masa, mendapati
bahawa ia telah menyatakan terkurang tuntutan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1),
pemegang lesen pengagihan itu boleh memberitahu Pihak Berkuasa secara bertulis dan
menyatakan jumlah yang terkurang dinyatakan itu dalam pemberitahuan itu.

(2) Apabila pemberitahuan di bawah subkaedah (1) diterima, Pihak Berkuasa


hendaklah menentusahkan tuntutan yang terkurang itu.

(3) Pihak Berkuasa boleh, bagi maksud penentusahan di bawah subkaedah (2),
meminta pemegang lesen pengagihan untuk memberikan apa-apa maklumat dan
dokumen sokongan lain dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-
apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

7
P.U. (A) 388

(4) Apabila permintaan di bawah subkaedah (3) diterima, pemegang lesen


pengagihan hendaklah memberikan maklumat dan dokumen sokongan lain itu dalam
tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang
diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(5) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa
lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa dan selepas penentusahan di bawah
subkaedah (2) dijalankan dengan mengambil kira maklumat dan apa-apa dokumen
sokongan lain yang disebut dalam subkaedah (3), jika ada, Pihak Berkuasa hendaklah
membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu.

(6) Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (5) adalah muktamad dan
hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

(7) Jika Pihak Berkuasa memutuskan di bawah subkaedah (5) bahawa


pemegang lesen pengagihan itu telah menyatakan terkurang tuntutan di bawah
subkaedah 2(1), pemegang lesen pengagihan itu boleh memasukkan jumlah yang
terkurang dinyatakan itu dalam tuntutannya yang berikut di bawah subkaedah 2(1).

Pembayaran tuntutan

8. Tertakluk kepada kaedah 3, perenggan 5(7)(a) dan subperenggan 5(7)(b)(i), Pihak


Berkuasa hendaklah membuat pembayaran bagi tuntutan di bawah subkaedah 2(1)
kepada pemegang lesen pengagihan tidak lewat daripada hari terakhir bagi bulan yang
tuntutan itu dikemukakan.

8
P.U. (A) 388

Pembayaran balik bayaran yang terlebih

9. (1) Jika Pihak Berkuasa mendapati bahawa terdapat suatu bayaran yang
terlebih kepada seseorang pemegang lesen pengagihan daripada Kumpulan Wang,
Pihak Berkuasa hendaklah, dengan secepat yang mungkin, memberitahu pemegang
lesen pengagihan itu secara bertulis tentang bayaran yang terlebih itu dan meminta
pemegang lesen pengagihan itu supaya membayar balik bayaran yang terlebih itu
kepada Kumpulan Wang.

(2) Pemegang lesen pengagihan itu hendaklah membayar bayaran yang


terlebih di bawah subkaedah (1) itu tanpa apa-apa bunga dalam masa tiga puluh hari
dari tarikh penerimaan pemberitahuan oleh pemegang lesen pengagihan itu.

(3) Jika pemegang lesen pengagihan mendapati bahawa terdapat suatu


bayaran yang terlebih kepadanya daripada Kumpulan Wang selain bayaran yang
terlebih disebabkan pernyataan terlebih oleh tuntutan yang berlebih-lebihan di bawah
perenggan 5(7)(b), pemegang lesen pengagihan itu hendaklah, dengan secepat yang
mungkin, memberitahu Pihak Berkuasa secara bertulis tentang bayaran yang terlebih
itu dan membayar balik bayaran yang terlebih itu kepada Kumpulan Wang tanpa apa-
apa bunga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuannya kepada Pihak
Berkuasa.
(4) Seseorang pemegang lesen pengagihan yang tidak mematuhi
subkaedah (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh
didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pembayaran bagi kekurangan

10. (1) Jika Pihak Berkuasa mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam
bayaran kepada seseorang pemegang lesen pengagihan daripada Kumpulan Wang,
Pihak Berkuasa hendaklah, dengan secepat yang mungkin, memberitahu pemegang
lesen pengagihan itu secara bertulis tentang kekurangan dalam bayaran itu dan
membayar kekurangan itu tanpa bunga kepada pemegang lesen pengagihan dalam
masa tiga puluh hari dari tarikh kekurangan itu ditemui oleh Pihak Berkuasa.

9
P.U. (A) 388

(2) Jika seseorang pemegang lesen pengagihan mendapati bahawa terdapat


kekurangan dalam bayaran kepadanya daripada Kumpulan Wang, pemegang lesen
pengagihan itu boleh memberitahu Pihak Berkuasa secara bertulis, dengan secepat
yang mungkin, tentang kekurangan dalam bayaran itu dan kekurangan itu hendaklah
dibayar oleh Pihak Berkuasa tanpa bunga kepada pemegang lesen pengagihan itu dalam
masa tiga puluh hari dari tarikh kekurangan itu ditentusahkan oleh Pihak Berkuasa.

Kos pembekalan

11. (1) Tertakluk kepada subkaedah (2), kos pembekalan—

(a) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang


disambungkan kepada suatu talian bekalan pada voltan yang
bersamaan dengan atau melebihi 1,000 volt arus ulang-alik, ialah
0.1900 ringgit bagi setiap kilowatt jam; dan

(b) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang


disambungkan kepada suatu talian bekalan pada voltan yang kurang
daripada 1,000 volt arus ulang-alik, ialah 0.2641 ringgit bagi setiap
kilowatt jam.

(2) Berikutan daripada tiap-tiap semakan semula tarif yang dikenakan oleh
seseorang pemegang lesen pengagihan di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan
Elektrik 1990 [Akta 447] selepas tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, nilai
kos pembekalan yang dinyatakan dalam subkaedah (1) hendaklah disemak secara
bersamaan oleh Pihak Berkuasa, dengan persetujuan Suruhanjaya, bagi menunjukkan
perubahan dalam tarif yang disebabkan oleh perubahan dalam kos bahan api dan
pengendalian pemegang lesen pengagihan

Dibuat 29 November 2011


[SEDA:SS007; PN(PU2)693/II]

TAN SRI DR FONG CHAN ONN


Pengerusi
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari Malaysia

10
P.U. (A) 388

RENEWABLE ENERGY ACT 2011

RENEWABLE ENERGY (RECOVERY OF MONEYS BY


DISTRIBUTION LICENSEE) RULES 2011

_________________________________

ARRANGEMENT OF RULES
________________________________

Rule
1. Citation and commencement
2. Claim for recovery of moneys from Renewable Energy Fund
3. Authority to verify claim
4. Overstatement of claim
5. Discovery of overstatement of claim by distribution licensee
6. Overstatement of claim by distribution licensee intentionally
7. Discovery of understatement of claim by distribution licensee
8. Payment of claim
9. Refund of overpayment
10. Payment of shortfall
11. Displaced cost

11
P.U. (A) 388

RENEWABLE ENERGY ACT 2011

RENEWABLE ENERGY (RECOVERY OF MONEYS BY DISTRIBUTION LICENSEE) RULES


2011

IN exercise of the powers conferred by section 19 and paragraph 61(e) of the


Renewable Energy Act 2011 [Act 725], the Sustainable Energy Development Authority
Malaysia makes the following rules:

Citation and commencement

1. (1) These rules may be cited as the Renewable Energy (Recovery of Moneys by
Distribution Licensee) Rules 2011.

(2) These Rules come into operation on 1 December 2011.

Claim for recovery of moneys from Renewable Energy Fund

2. (1) A distribution licensee shall, not later than the seventh day of each month,
submit a written claim to the Authority for the recovery from the Fund a sum equivalent
to the difference between—

(a) the amount of feed-in tariffs paid by the distribution licensee to


feed-in approval holders in accordance with section 16 of the Act;
and

(b) the cost which the distribution licensee would have otherwise had
to incur to generate the same amount of electricity generated by
such feed-in approval holders based on the displaced cost which is
determined in accordance with rule 11,

in respect of such sum incurred in the previous month.

(2) A distribution licensee who makes a claim under subrule (1) shall provide
the Authority with the following information:

12
P.U. (A) 388

(a) details of the feed-in tariffs paid by the distribution licensee to


each feed-in approval holder under section 16 of the Act for the
previous month;

(b) details of the quantity of electricity purchased by the distribution


licensee from each feed-in approval holder in consideration of the
feed-in tariffs referred to in paragraph (a);

(c) the distribution licensee’s calculation of the difference between the


amount of the feed-in tariffs referred to in paragraph (a) and the
cost which it would have otherwise had to incur to generate the
same quantity of electricity purchased under paragraph (b) based
on the applicable displaced cost at the time of such purchase as
determined in accordance with rule 11; and

(d) such other information as may be determined by the Authority.

(3) Notwithstanding subrule (1), if a distribution licensee fails to make a claim


on or before the seventh day of the month, the distribution licensee may include the
unclaimed amount on or before the seventh day of the following month.

Authority to verify claim

3. The Authority shall verify any claim made by a distribution licensee under
subrule 2(1) before payment is made to the distribution licensee from the Fund under
rule 7.

Overstatement of claim

4. (1) Upon verification of a claim under rule 3, if the Authority finds that a
distribution licensee has overstated a claim made under subrule 2(1), the Authority
may request the distribution licensee to explain in writing regarding the overstatement
of claim within a period specified in the request or any extension of time granted by the
Authority.

13
P.U. (A) 388

(2) Upon receiving the request under subrule (1), the distribution licensee
shall provide the explanation within the period specified in the request or any extension
of time granted by the Authority.

(3) Upon the expiry of the period specified in the request or extension of
time granted under subrule (1), the Authority shall make a decision on the claim having
regard to the following matters:
(a) the explanation provided by the distribution licensee, if any;

(b) whether the distribution licensee acted in good faith; and

(c) such other matters as the Authority may deem relevant.

(4) The decision of the Authority under subrule (3) shall be final and shall, by
written notice, be informed to the distribution licensee.

Discovery of overstatement of claim by distribution licensee

5. (1) If a distribution licensee, at any time, finds that it has overstated a claim
made under subrule 2(1), the distribution licensee shall notify the Authority in writing
and specify the overstated amount in the notification.

(2) Upon receipt of the notification under subrule (1), the Authority shall
verify the overstatement of claim.

(3) The Authority may, for the purpose of verification under subrule (2),
request the distribution licensee to provide any information and other supporting
documents within a period specified in the request or any extension of time granted by
the Authority.

(4) Upon receiving the request under subrule (3), the distribution licensee
shall provide such information and other supporting documents within the period
specified in the request or any extension of time granted by the Authority.

(5) Upon the expiry of the period specified in the request or any extension
of time granted by the Authority and after the verification under subrule (2) is carried

14
P.U. (A) 388

out by taking into consideration the information and other supporting documents
referred to in subrule (3), if any, the Authority shall make a decision on the claim.

(6) The decision of the Authority under subrule (5) shall be final and shall, by
written notice, be informed to the distribution licensee.

(7) If the Authority decides under subrule (5) that the distribution licensee
has overstated the claim under subrule 2(1), the Authority shall—

(a) if payment has not been made to the distribution licensee, deduct
the overstated amount from the claim; or

(b) if overpayment has been made to the distribution licensee, the


Authority may–

(i) deduct the overstated amount from the subsequent claim


made under subrule 2(1); or

(ii) require the distribution licensee to refund the overstated


amount to the Authority without any interest within thirty
from the date of the written notice under subrule (6).

Overstatement of claim by distribution licensee intentionally

6. Notwithstanding rules 4 and 5, a distribution licensee who intentionally overstates


a claim commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding
three hundred thousand ringgit or to an imprisonment for a term not exceeding three
years or to both.

Discovery of understatement of claim by distribution licensee

7. (1) If a distribution licensee, at any time, finds that it has understated a claim
made under subrule 2(1), the distribution licensee may notify Authority in writing and
specify the understated amount in the notification.

15
P.U. (A) 388

(2) Upon receipt of the notification under subrule (1), the Authority shall verify
the understatement of claim.

(3) The Authority may, for the purpose of verification under subrule (2),
request the distribution licensee to provide any information and other supporting
documents within the period specified in the request or any extension of time granted
by the Authority.

(4) Upon receiving the request under subrule (3), the distribution licensee
shall provide such information and other supporting documents within the period
specified in the request or any extension of time granted by the Authority.

(5) Upon the expiry of the period specified in the request or any extension of
time granted by the Authority and after the verification under subrule (2) is carried out
by taking into consideration the information and other supporting documents referred
to in subrule (3), if any, the Authority shall make a decision on the claim.

(6) The decision of the Authority under subrule (5) shall be final and shall, by
written notice, be informed to the distribution licensee.

(7) If the Authority decides under subrule (5) that the distribution licensee has
understated the claim under subrule 2(1), the distribution licensee may include the
understated amount in its subsequent claim under subrule 2(1).

Payment of claim
8. Subject to rule 3, paragraph 5(7)(a) and subparagraph 5(7)(b)(i), the Authority
shall make the payment of the claim under subrule 2(1) to the distribution licensee not
later than the last day of the month in which the claim was submitted.

16
P.U. (A) 388

Refund of overpayment
9. (1) If the Authority discovers that there has been an overpayment to a
distribution licensee from the Fund, the Authority shall, as soon as possible, notify the
distribution licensee in writing of the overpayment and request the distribution
licensee to refund the overpayment to the Fund.

(2) The distribution licensee shall pay the overpayment under subrule (1)
without any interest within thirty days from the date of receipt of the notification by the
distribution licensee.

(3) If a distribution licensee discovers that there has been an overpayment to it


from the Fund other than an overpayment under paragraph 5(7)(b), the distribution
licensee shall, as soon as possible, notify the Authority in writing of the overpayment
and refund the overpayment to the Fund without any interest within thirty days from
the date of its notification to the Authority.

(4) A distribution licensee who fails to comply with subrule (2) or (3) commits
an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three hundred
thousand ringgit or to an imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Payment of shortfall

10. (1) If the Authority discovers that there has been a shortfall in the payment to
a distribution licensee from the Fund, the Authority shall, as soon as possible, notify the
distribution licensee in writing of the shortfall in the payment and pay the shortfall
without interest to the distribution licensee within thirty days from the date of the
shortfall being discovered by the Authority.

(2) If a distribution licensee discovers that there has been a shortfall in the
payment to it from the Fund, the distribution licensee may notify the Authority in
writing, as soon as possible, of the shortfall in the payment and such shortfall shall be
paid by the Authority without interest to the distribution licensee within thirty days
from the date of the shortfall being verified by the Authority.

17
P.U. (A) 388

Displaced cost
11. (1) Subject to subrule (2), the displaced cost—

(a) in respect of a renewable energy installation connected to a supply


line at a voltage equal to or exceeding 1,000 volts alternating
current, shall be 0.1900 ringgit per kilowatt hour; and

(b) in respect of a renewable energy installation connected to a supply


line at a voltage less than 1,000 volts alternating current, shall be
0.2641 ringgit per kilowatt hour.

(2) Following every revision in the tariffs levied by a distribution licensee


under subsection 26(1) of the Electricity Supply Act 1990 [Act 447] after the date of
coming into operation of these Rules, the displaced cost values specified in subrule (1)
shall be correspondingly revised by the Authority, with the concurrence of the
Commission, to reflect the change in tariffs due to changes in the fuel and operational
costs of the distribution licensee.

Made 29 November 2011


[SEDA: SS007; PN(PU2)693/II]

TAN SRI DR FONG CHAN ONN


Chairman
Sustainable Energy Development Authority Malaysia

18

You might also like