You are on page 1of 5

K OSLEEKJ OTLI A

NAMA NHG K ATA N E N A M P U C H O N G

TAJUK : LAPORAN AMALI 1 (PENGURUSAN SUKAN)


SUB TAJUK : PENGURUSAN PERTANDINGAN (FUTSAL)
TEMPAT : GELANGGANG SUKAN WHITE FAIRY
TARIKH : 11 OKTOBER 2023
BIL PESERTA N A:

1. Laporan persediaan pengurusan pertandingan.


Bagi persediaan pengurusan pertandingan, kami mengadakan mesyuarat pelantikan
Ahli Jawatan Kuasa di kelas Usain Bolt yang diadakan pada 18 September. Tujuan
mesyuarat ini ialah untuk melantik Ahl-i Jawatanuasa induk dan Ahli Jawatan Kuasa
pelaksana.Pada 9 Oktober, Kaveenaz Ann A/P Joseph dan Divaakaran A/L Jayakumar
mengedarkan poster kepada setiap kelas di KTEP. Pada 10 Oktober, AJK peralatan
iaitu Amirul Asyraff Bin Afendi dan Thivyeshwaran A/L Arjunan menyemak semula
barang-barang yang diperlukan bagi hari pelaksanaan iaitu jam randik, papan markah,
bola futsal, kerusi, meja, wisel dan sebagainya.

2. Laporan pelaksanaan pengurusan pertandingan.


Pada 11 Oktober 2023, setiap AJK bagi pertandingan futsal bergerak ke tempat pertandingan
yang dibincangkan iaitu White Fairy. Setelah berkumpul di White Fairy, AJK keselamatan
bagi futsal iaitu saya, Muhammad Hazim Qawiem dan AJK keselamatan bagi badminton iaitu
Azam Muqriz menjaga jalan laluan peserta pertandingan tersebut agar tiada kecederaan yang
berlaku pada mereka. Pada 9:30 A.M. peserta bergerak dari Kolej Tingkatan Enam Puchong ke
White Fairy tanpa sebarang masalah. Setelah peserta-peserta telah sampai di White Fairy, AJK
pendaftaran iaitu Aruna dan Vizayendra mengambil kehadiran setiap peserta pertandingan
futsal. Pada pukul 10:00 A.M. pertandingan futsal bagi lelaki dan perempuan bermula pada
masa yang sama, AJK siaraya iaitu Dzulhaikal dan Chung Wai Rong mengumumkan pasukan-
pasukan yang sepatutnya berlawan pada pusingan pertama dan mengarahkan mereka untuk
masuk ke gelanggang. Setiap perlawanan diberi masa cuma 12 minit sahaja, 2 perlawanan
terakhir bagi kumpulan lelaki terpaksa dipendekkan kepada 10 minit sahaja disebabkan
kekangan masa. Setelah pertandingan futsal tersebut berakhir, iaitu pada 12:00 P.M. setiap
peserta dikehendaki untuk kembali ke kolej bagi sesi penyampaian hadiah.

3. Laporan post-mortem pengurusan pertandingan.


Pada 12 Oktober 2023 , semua pelajar 6 Usain Bolt berkumpul di kelas dan sama-sama
membincangkan tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kami juga membincangkan
langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan isu kelemahan dengan Cikgu Malisa.

K O L E J T I N G K ATA N E N A M P U C H O N G
NAMA SEKOLAH

1. Ringkasan butiran pertandingan sukan/permainan.


Pertandingan Futsal tersebut dianjurkan di White Fairy Futsal & Badminton Court yang
berdekatan dengan kolej Tingkatan Enam Puchong pada 11 Oktober. Pertandingan tersebut
bermula pada pukul 10:00 A.M. sehingga pukul 12:00 P.M. Setiap pasukan hanya terdiri
daripada 6 orang sahaja gelanggang.

2. Kelebihan/kekuatan.
- Semua ahli melaksanakan tugas dengan sangat bagus.
- Setiap ahli saling membantu satu sama lain dalam hal yang melibatkan pertandingan futsal
tersebut.

3. Kekurangan/kelemahan.
- Terdapat beberapa kesalahan disebabkan ahli-ahli kurang berkomunikasi.
- Masa yang diambil bagi menguruskan masalah di dalam gelanggang terlalu lama.

4. Cadangan penambahbaikan.
- Setiap ahli kumpulan Futsal perlu berkomunikasi dengan lebih banyak supaya tiada
ahli yang ketinggalan info.
- Ajk kepegawaian harus lebih peka dalam menyelesaikan masalah di dalam gelanggang
supaya tiada pembaziran masa yang berlaku.
5. Laporan kewangan.

WANG MASUK WANG KELUAR

PENDAPATAN PERBELANJAAN
i. Kutipan Keahlian i. Perkara : ………………..
RM ……… x ……. orang Jumlah : RM ………
Jumlah : RM ……… ii. Perkara : ………………..
ii. Sumbangan Jumlah : RM ………
Jumlah : RM ………. iii. Perkara : ………………..
iii. Perkara : ………………… Jumlah : RM ……….
Jumlah : RM ………

(A) JUMLAH BESAR : (B) JUMLAH BESAR

(A) – (B) : BAKI : RM …………….

Disediakan Oleh :
Tandatangan : …………………………………
Nama : ………………………………………..
Jawatan :………………………………………

LAMPIRAN
1.0 Pembentukan jawatankuasa 2.0 Mesyuarat pengurusan pertandingan

3.0 Pelaksanaan pertandingan


4.0 Gambar mesyuarat post-mortem pengurusan pertandingan

_________________ _________________

Disediakan Oleh : Disemak Oleh: Cik Malisa Bt Abdul Majid


(Pelajar Sains Sukan 6 Usain Bolt/2024 KTEP (Guru Akademik Tingkatan Enam Sains Sukan)
Tarikh : 13 OKTOBER 2023 Tarikh. :

You might also like