You are on page 1of 1

SMK SACRED HEART, SIBU

JALAN BROTHER ALBINUS


96000 SIBU, SARAWAK.
YFB3102
TEL : 084-335451 FAX : 084-340645
Ruj Kami : PSV/KRSV(8)
Tarikh : 17 Mei 2023

Kepada ,

Ibu/Bapa/Penjaga ,
Calon SPM Tahun 2023 Pendidikan Seni Visual
SMK Sacred Heart, Sibu.

Tuan/puan

MAKLUMAN MENJALANKAN KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERTAS 2611/3 BAGI CALON SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA 2023 YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas .

2. Adalah dimaklumkan bahawa calon mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia 2023
diwajibkan menyiap dan menghantar kerja kursus Kajian Rekaan Seni Visual ( Kertas 2611/3).

3. Calon dikehendaki memilih dan menghasilkan folio serta produk dengan bimbingan guru yang perlu diselia
mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kerjasama tuan/puan juga dipohon untuk menasihatkan anak jagaan tuan/puan
agar menyempurnakan tugas sebaik mungkin.

4. Alat dan bahan bagi menghasilkan kerja kursus adalah ditanggung sendiri oleh calon dan kertas lukisan
dibekalkan kepada pelajar mengikut keperluan sahaja.

5. Kegagalan menghantar dan melengkapkan kerja kursus folio dan produk sebagaimana ketentuan tarikh akan
meyebabkan calon mendapat keputusan tidak hadir dalam slip peperiksaan SPM walaupun menghadiri kertas 2611/1
(Teori Seni) dan kertas 2611/2 ( Seni Halus).

Kerjasama dan komitmen tuan/puan memantau perkembangan tugasan anak jagaan tuan/puan sangat kami hargai
untuk mencapai keputusan cemerlang dan lulus.

Sekian Terima Kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘AKADEMIK CEMERLANG DITUNJANGI, SAHSIAH TERPUJI DITELADANI’

…………………………………………………
(Encik David Teo Wu)
Pengetua SMK Sacred Heart, Sibu,
96000 Sibu, Sarawak.

s.k Fail PBS/ KRSV 2611/3/2018 PANITIA PSV SHS

You might also like