You are on page 1of 8

BAB 9: WARISAN KERAJAAN KEDAH,

KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN


PERLIS

Sistem Pemerintahan Beraja


1. Penggunaan Gelaran Pemerintah
- Kedah, Kelantan: Sultan, Perlis: Raja

2. Cara Pelantikan Pengganti Pemerintah


- pelantikan putera Sultan atau Raja sebagai pengganti,
daripada jurai keturunan pemerintah pengasas

3.. Sistem Pemerintahan Beraja


- Sultan atau Raja merupakan hierarki tertinggi.
Dikekalkan dengan kedudukan Sultan atau Raja sebagai
ketua bagi negeri, bertanggungjawab sebagai ketua
agama Islam dan merupakan lambang perpaduan
- Pembesar dilantik sebagai wakil pentadbir bagi pihak
kerajaan dan bertanggungjawab terhadap jajahan atau
daerah
- Penghulu merupakan penguasa pada peringkat
mukim, berperanan orang perantaraan antara rakyat
dengan pemerintah. Ketua kampung pada masa kini
yang mentadbir unit yang lebih kecil
Adat Istiadat
- keputeraan, perkahwinan, pertabalan,
penganugerahan darjah kebesaran, pemakaman
pemerintah
- Pertabalan bertujuan memaklumi rakyat dan bagi
mengabsahkan kedaulatan raja

1. Majlis Pemasyhuran Pengganti Sultan atau Raja


- sebelum jenazah pemerintah dimakamkan

2. Istiadat Pertabalan
- dimulai dengan mempersembahkan naskhah al-Quran
dan alat kebesaran diraja, Sultan/Raja yang
dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan
mengucup keris kuasa. Menteri Besar mengetuai
seruan “Daulat Tuanku”.

3. Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran


- oleh Sultan/Raja merupakan lambang hubungan
pemerintah dengan rakyat. Lazimnya, penganugerahan
ini disempurnakan bersempena hari sambutan
keputeraan. Darjah kebesaran dianugerahkan sebagai
pengiktirafan Sultan/Raja, kerabat diraja dan rakyat
yang berjasa
Perundangan
- Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah Daruiaman,
Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis, Undang-undang
Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
- Penggantian Pemerintah: Sultan atau Raja hendak
lelaki, berketurunan raja, berbangsa Melayu, Beragama
Islam
- Peranan Sultan/Raja: Ketua Negeri, ketua agama Islam
- Badan Penasihat Sultan/Raja: kuasa Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar sebagai
Yang Dipertua membantu mentadbir negeri dan rakyat.
- Tanggungjawab Sultan atau Raja: larangan kepada
Sultan/Raja, Menteri dan Jemaah Menteri menyerahkan
negeri atau kuasa kepada kerajaan lain
- Hak Rakyat dalam Pentadbiran: warganegara 21 tahun
atau lebih yang tinggal di dalam negeri layak menjadi
Ahli Dewan Undangan Negeri mengikut Perlembagaan
Persekutuan

Pemantapan Undang-undang Islam


- Kedah memperkenalkan enakmen zakat yang
diuruskan menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa
1955
- Kelantan memperkenalkan enakmen dan pekeliling
berkaitan undang-undang jenayah Islam dan busana
cara Islam dalam kehidupan
- Hukum Maksiat di Kelantan ditulis pada abad 19 yang
melarang perbuatan laga lembu dan persembahan
menora

Persuratan

- Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Muhammad Hassan


bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1927.
Mencatatkan sejarah istana dan pentadbiran Perlis.
Mengisahkan pengasasan dan senarai pemerintah,
pembukaan ibu kota , alat kebesaran diraja dan
pengislaman pemerintah Kedah
- Hikayat Merong Mahawangsa: 1821, mengisahkan
pengasasan kerajaan Kedah, pembukaan Kota
pentadbiran dan pengislaman pemerintah
- Salasilah atau Tarikh Kerajaan Kedah: Wan Yahya bin
Wan Muhammad Tabib 1911, mencatatkan secara
kronologi maklumat jurai pemerintah Kedah dari 630M
HINGGA1911, memaparkan perkembangan ekonomi
dan pentadbiran kerajaan Kedah menerusi
pembahagian daerah
- Syair Sultan Maulana: zaman pemerintahan Sultan
Ahmad Tajuddin Halim Shah II 91804-1845) kisah
perang tentera Kedah bentuk syair
- Hikayat Seri Kelantan: ditulis pada 1914,
mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak
zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong, Raja
Abdullah hingga 1900
- Detik detik Sejarah Kelantan: Sa’ad Shukri bin Haji
Muda 1971, mencatatkan sejarah pengasasan kerajaan
Kelantan dan peristiwa penting setiap pemerintah.

Kesenian
1. Seni Ukir: Kelantan, Kedah, motif haiwan digantikan
dengan motif alam yang bersesuaian dalam agama
Islam
2. Seni Bina: berupa binaan istana serta hiasan ukiran
daripada kayu berkualiti, keunikan binaan rumah
tradisional Melayu yang tebar layar berbentuk”V”
terbalik yang dihiasi ukiran bermotif alam. Banyak
tiang menggunakan hasil hutan tempatan dan berdaya
tahan dengan perubahan cuaca.
3. Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan daripada
emas dan perak: menyerlahkan kreativiti masyarakat
tempatan. Pertukangan senjata tradisional seperti keris
berkembang pesat terutamanya di Kelantan
4. Seni Kraf Tangan: kreativiti hasil kraf tangan
masyarakat seperti anyaman tikar dan bakul rotan.
Kelantan terkenal dengan perbuatan wau dan batik.
5. Seni Persembahan: keunikan pada setiap kerajaan.
Awang Batil merupakan penglipurlara Perlis. Wayang
kulit telah diangkat sebagai warisan kebangsaan di
bawah kategori warisan tidak ketara. Mek Mulung
merupakan teater tradisional negeri Kedah yang kekal
hingga kini.
6. Seni Silat: seni atau kepandaian berjuang dengan
menggunakan ketangkasan menyerang dan
mempertahankan diri. Kini, sebagai persembahan
istimewa dan sesuatu majlis dan menjadi acara
dipertandingkan pada peringkat antarabangsa

9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI


SEMBILAN

Keunikan Adat Perpatih

1. Jurai Keturunan Sebelah Ibu: kaum perempuan


dianggap Ibu Soko, iaitu ibu yang melahirkan anggota
masyarakat. Setiap anak merupakan anggota suku
ibunya. Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal
daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu.
2. Pelaksanaan hukuman: bersifat pemulihan dengan
memberikan pertimbangan terhadap pesalah ke arah
kebaikan. Mengutamakan perasaan dan kepentingan
pesalah. Sekiranya berlaku kesalahan kecil, maka boleh
diselesaikan dengan saling bermaafan ataupun denda
ringan.
3. Perkahwinan: sesama suku tidak digalakkan kerana
dianggap sebuah keluarga besar dan bersaudara.
Menggalakkan perkahwinan luar suku bagi
mewujudkan persaudaraan antara suku. Lelaki
berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku isteri,
digelar “orang semenda” (orang mendatang). Wanita
berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi
pusaka, lelaki pula hilang hak untuk menyandang
jawatan dalam adat. Jika hendak mengembalikan ak
perlu menjalankan adat memulih pusaka.
4. Upacara kedim: menerima orang suku lain atau
orang luar menjadi ahli suku. Bersumpah taat setia dan
bersaudara dengan ahli suku yang akan disertai serta
dibuat penghebahan “Darah dicecah, doa ditampung,
sumpah dilabuh, Quran dijunjung”.
5. Wanita mewarisi pusaka: termasuk tanah dan rumah
bertujuan supaya wanita tidak terabai. Diwarisi secara
turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan

Keunikan Pemerintahan di Negeri Sembilan


- perut, suku, luak berkuasa melantik penyandang
pesaka adat atau pemimpin
- Penyandang pesaka adat pada semua peringkat
dipilih melalui hasil permuafakatan
- Luak: daerah atau jajahan, merupakan kumpulan
ketiga dan terbesar dalam susunan masyarakat
Minagngkabau
- Suku: merupakan unit kedua dalam sosiopolitik Adat
Perpatih, dibentuk oleh beberapa Perut yang
menjadkan keluarga berkenaan semakin besar
- Perut: unit terkecil yang ahlinya terdiri daripada
keturunan sebelah ibu
- Penghulu merupakan Ketua Luak atau Daerah bagi
Inas, Terachei, Jempol, Ulu Muar, Gunung Pasir
- Ibu Soko: dikenali dengan beberapa nama.
Contohnya, di Luak Johol dikenali Ibu Waris, di Luak
Tampin sebagai Ibu Telapak dan di Minangkabau
sebagai Bundo Kandung
1. Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan: dipilih oleh Undang Yang Empat, berperanan
sebagai ketua negeri, menjadi lambang kesatuan dan
persekutuan

2. Undang: ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga,


Undang yang Empat ialah Undang Sungai Ujong,
Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau.
Undang yang Empat akan berkerapatan bagi seorang
yang layak daripada keturunan Yamtuan Radin untuk
menjadi Yamtuan Besar atau Yang diPertuan Besar

3. Lembaga: Ketua Suku dan dilantik oleh Buapak.


Memilih Undang dan Penghulu, menjaga keamanan dan
keselamatan, menyelesaikan pertelingkahan antara
Suku, mengurus pembahagian harta pusaka

4. Buapak: anak buah dalam Perut akan melantik


seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak menjadi
ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan
hukum

5. Ibu Soko: mengetahui, memahami dan menghafal


adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang
diwakilinya. Terlibat secara langsung dalam pemilihan
dan pelantikan Buapak dalam kelompok yang
diwakilinya. Jika tiada Ibu Soko, semua peringkat
pelantikan pemimpin adat di Negeri Sembilan tidak
boleh dilaksanakan

You might also like