You are on page 1of 3

MAKTAB NASIONAL

KOTA KINABALU

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 3
2023

TAJUK :
KEGIATAN EKONOMI DI TAMAN
LUYANG PERDANA, JALAN PENAMPANG,
KOTA KINABALU, SABAH

NAMA PELAJAR: ABBYGALE WONG SIEW ING


KELAS: 3 HOPE
GURU GEOGRAFI: CIKGU JENNEFER CHIN
TARIKH PENGHANTARAN:
Peta Google Map:
Tafsiran peta kawasan kajian di Taman Luyang Perdana

Peta lakar di kawasan Taman Luyang Perdana ini telah saya lukis berpandukan Peta Google
Map Taman Luyang Perdana yang telah saya ambil. Kawasan ini mempunyai dua jenis
perumahan kegiatan ekonomi iaitu rumah teres dan banglo.

Kawasan Taman Luyang Perdana mempunyai kedai perniagaan kecil seperti salun, kafe dan
kedai dandahan haiwan peliharaan. Kedai-kedai perniagaan kecil ini terletak di pintu masuk
pengurusan Taman Luyang Perdana.

Selain itu, kawasan ini juga mempunyai satu bulatan jalan raya iaitu dari pintu masuk ke jalan
raya utama, menuju ke arah Jalan Wisma Pertanian. Fungsi bulatan di kawasan Taman
Luyang Perdana adalah untuk memudahkan perhubungan penduduk Taman Luyang Perdana
melalui jalan raya.

Di samping itu, mengambil jalan ke-3 dari pintu masuk Luyang Perdana akan membawa
pemandu ke Galeri Seni Sabah.

Akhir sekali, terdapat kaki lima sekitar Taman Luyang Perdana untuk orang yang tinggal di
taman untuk berjalan atau berjoging. Terdapat juga orang yang menunggang basikal di jalan
raya.

You might also like