You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

KENINGAU
KERJA KURSUS GEOGRAFI
TINGKATAN 4/2023

Tajuk:
PETEMPATAN DI KAMPUNG KOTA AYANGAN,
KENINGAU, SABAH.

Nama:
Tingkatan:
No.Kad Pengenalan:
Nama Sekolah:
Nama Guru:
Senarai Kandungan
No. Tajuk Muka Surat

1 Penghargaan 1

2 Pendahaluan 2

3 Objektif Kajian 3

4 Kawasan Kajian 4-6


- Peta Daerah
- Peta Kawasan Kajian

5 Kaedah Kajian 7

6 Dapatan Kajian 8-14

8.1 Jenis Petempatan


8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan di Kawasan Kajian
8.3 Fungsi Petempatan di Kawasan Kajian
8.4 Masalah Petempatan di Kawasan Kajian
8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan di Kawasan
Kajian
8.6 Bahan Grafik

7 Rumusan 15

8 Rujukan 16

10 Lampiran 17
Penghargaan

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi, saya telah

mendapat banyak bantuan daripada pihak-pihak lain. Bantuan yang diberikan oleh mereka amat

saya hargai kerana dengan bantuan merekalah saya dapat menyiap kerja kusus bagi mata

pelajaran Geografi ini.

Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya,

_________. __________ telah memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja

kursus ini. Dengan beliaulah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam menyiapkan kerja

kursus ini. Antara rakan-rakan saya yang telah membantu saya adalah ___________. Saya amat

menghargai pertolongan yang diberikan oleh mereka.

Saya juga ingin memberikan penghargaan kepada guru besar, _________. Beliau telah

membenarkan saya untuk menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Tanpa bantuan beliau, sudah

pasti saya tidak dapat melakukan kerja kursus ini.

Pendahaluan
Saya __________ yang bersekolah di ________ telah menjalankan kajian saya di Kampung

Kota Ayangan, Keningau. Saya menjalankan kajian tentang petempatan di kawasan kajian

tersebut. Saya telah memilih Kg. Kota Ayangan kerana kedudukannya yang dekat dengan

rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu

berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh. Tempoh kerja kursus Geografi

ialah dari 10 Mac 2023 hingga 12 Mac 2023.

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

• Mengenal pasti jenis dan pola petempatan

• Menjelaskan faktor yang mempengaruhi petempatan

• Menghuraikan fungsi petempatan

• Menerangkan masalah petempatan

• Menyenaraikan langkah mengurangkan masalah petempatan

• Menerapkan nilai patriotisme terhadap kawasan kajian

3
Kawasan Kajian

Dalam kajian ini, saya telah memilih kawasan tempat tinggal iaitu Kg. Kota Ayangan sebagai

kawasan kajian kerana ia terletak berhampiran dengan tempat tinggal. Oleh itu ia mudahkan

saya mengumpul maklumat yang diperlukan. Selain itu, Kota Ayangan kian pesat membangun.

Kg. Kota Ayangan terletak di Keningau, Sabah, Malaysia. Ia mempunyai penduduk kira-kira

2000 orang. Kota Ayangan di bawah penguasaan MBPJ iaitu Majlis Bandaraya Keningau.

Kota Ayangan terletak berdekatan dengan pekan Keningau.

PETA KAMPUNG KOTA AYANGAN


5

Kaedah Kajian
Ketika menjalankan dan menyiapkan kerja kursus Geografi ini, saya telah menggunakan

beberapa kaedah untuk menyiapkan kajian ini. Antaranya ialah kaedah pemerhatian,rujukan dan

soal selidik.

Bagi kaedah pemerhatian, saya telah menjalankan permerhatian untuk mengetahui sistem

petempatan di Kota Ayangan. Saya telah memerhatikan pemerhatian untuk mengetahui sistem

petempatan di Kota Ayangan.

Untuk kaedah rujukan, saya telah menggunakan buku teks Geografi Tingkatan dua. Buku

teks ini telah banyak menolong saya. Selain itu, saya telah menggunakan internet untuk

mendapat maklumat tambahan di kawasan kajian seperti apabila mencari peta daerah.

Saya juga gunakan kaedah soal selidik. Saya telah memberi borang soal selidik kepada

responden. Mereka telah mengisi borang tersebut dan ini banyak membantu saya dalam kerja

kursus ini.

Dapatan Kajian
8.1 Jenis petempatan Di Kota Ayangan

Jenis petempatan yang terdapat di Kota Ayangan ialah petempatan berjajar.

Corak susun atur bangunan dan rumah disebut sebagai pola petempatan. Di kawasan perumahan

Kota Ayangan, pola petempatannya berpusat. Pola petempatan berpusat bermaksud rumah-

rumah dibina rapat-rapat dan mengikut susunan yang teratur dan terancang. Pola ini

menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai penduduk yang padat. Kota Ayangan adalah

sebuah kawasan perumahan yang mempunyai pembangunan bandar terancang dari segi lokasi,

fungsi dan fizikal. Dengan pembangunan yang sistematik, banyak kemudahan moden dibina

untuk kegunaan orang ramai.

7
8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di Kota Ayangan

Antara faktor yang mempengaruhi petempatan di Kota Ayangan ialah kegiatan ekonomi.

Kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah perniagaan. Oleh kerana petempatan ini padat dengan

penduduk, terdapat pusat komersil untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan di petempatan

ini. Perniagaan-perniagaan yang dijalankan termasuk restoran, kedai runcit, kedai pakaian dan

sebagainya.

Selain itu, darjah ketersampaian di Kota Ayangan. Ketersampaian bermaksud mudah untuk

sampai ke sesuatu tempat. Darjah ketersampaian di petempatan ini sangat tinggi. Hal ini

demikian kerana terdapat jalan raya dan pengangkutan awam berdekatan dengan kawasan ini.

Selanjutnya, terdapat kegiatan sosial budaya. Penduduk di Kota Ayangan berbilang bangsa.

Mereka mengamalkan pelbagai kegiatan sosial dan budaya berasaskan kepada keturunan

mereka. Kerajaan dan pihak swasta telah menyediakan tempat ibadah seperti surau dan gereja.

Nilai murni yang saya dapati ialah kesyukuran kerana dapat menikmati kemudahan-kemudahan

ini.

8
8.3 Fungsi Petempatan Di Kota Ayangan

Antara fungsi di Kota Ayangan, kawasan ini mempunyai tempat pendidikan iaitu sekolah.

Contohnya terdapat Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud Utama bagi peringkat rendah. Sekolah

ini dibinakan untuk penduduk-penduduk Kota Ayangan kerana tiada sekolah yang berhampiran

untuk menghantar anak-anak mereka.

Saya amat berbangga kerana petempatan saya mempunyai kemudahan tersebut.

9
8.4 Masalah petempatan Di Kota Ayangan

Kota Ayangan memang banyak fungsi. Namun begitu, fungsi-fungsi ini telah membawa kepada

banyak masalah.

Oleh sebab banyak perniagaan dijalankan, terdapat pencemaran darat. Peniaga di Kota

Ayangan membuangkan kertas, botol kaca, aluminium di jalan sahaja. Perkara-perkara ini

dapat dikitar semula daripada dibuang di jalan sahaja.

Selain itu, Kota Ayangan mempunyai masalah kesesakan lalu litas. Masalah ini sangat serius

terutamanya pada masa awal pagi dan petang iaitu semasa penduduk-penduduk ingin ke tempat

kerja. Masalah ini sangat serius kerana jalan-jalan di Kota Ayangan tidak cukup lebar dan tidak

dapat menampung jumlah kenderaan.

Seterusnya, petempatan ini mengalami masalah pencemaran udara. Ini juga disebabkan oleh

kenderaan-kenderaan dan pembakaran terbuka yang tidak terkawal.

Nilai murni yang dapat dipelajari ialah kita mesti prihatin terhadap alam sekitar. Ini adalah

untuk memastikan imej negara tidak tercemar.

10
8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan di Kota Ayangan

Langkah yang pertama ialah mengitar semula. Kertas, plastik, botol kaca, aluminium dapat

dikitar semula. Kerajaan mestilah meletakkan tong-tong kitar semula di hadapan premis

perniagaan. Jika ini menggunakan terlalu banyak wang, kerajaan boleh menguatkuasakan

undang-undang supaya perniagaan mesti mengitar semula sampah mereka. Langkah ini akan

menyebabkan pencemaran darat kurang.

Selain itu, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan mestilah melebarkan jalan raya. Langkah ini

adalah untuk menampung jumlah kenderaan yang semakin meningkat di jalan raya. Langkah ini

dapat dilaksanakan di jalan-jalan yang paling sesak seperti jalan utama Kota Ayangan,

Keningau.

Selanjutnya, kerajaan mestilah menambah kemudahan pengangkutan awam. Jika ada lebih

pengangkutan awam, penduduk tidak perlu menggunakan kenderaan mereka. Ini dapat

mengurang emisi oleh kenderaan. Dengan langkah ini, pencemaran udara dapat dikurangkan.

Nilai yang dapat dipupuk adalah bekerjasama. Penduduk mestilah bekerjasama dengan kerajaan

untuk mengurangkan masalah petempatan di Kota Ayangan.

11
8.6 Bahan Grafik

Jadual Tentang Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan di SS21

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Bilangan Orang

Kegiatan Ekonomi 8
(Pendidikan, Pengangkutan dan Perhubungan dan Perniagaan)

Darjah Ketersampaian 8

Sosial/Budaya 4

Jumlah 20

Sumber: Daripada maklumat 20 orang responden di Kota Ayangan melalui borang selidik

12
Rumusan
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan saya

mempunyai petempatan dan perkembangan yang amat berguna kepada masyarakat setempat.

Perkembangan di kawasan ini semakin maju dan banyak kemudahan yang disediakan untuk

kesenangan dan keselesaan penduduk.

Apa yang saya boleh rumuskan, Kota Ayangan merupakan sebuah pola petempatan yang

berjajar. Kota Ayangan dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu perniagaan dan perkhidmatan.

Kawasan kajian saya mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Kawasan ini mempunyai

masjid, sekolah dan balai polis. Kota Ayangan berfungsi sebagai petempatan perniagaan,

pendidikan dan pengangkutan dan perhubungan. Namun di sebalik faktor yang mempengaruhi

dan fungsi, terdapat juga masalah yang dihadapi penduduk di sini. Antaranya ialah kesesakan

lalu lintas dan pencemaran iaitu pencemaran udara dan darat. Langkah untuk mengatasi masalah

ini adalah melebarkan jalan raya untuk mengurangkan kesesekan lalu lintas. Untuk pencemaran

udara pula, kerajaan mestilah menambah kemudahan pengangkutan awam supaya kurang

pelepasan karbon dari kereta. Langkah untuk pencemaran sampah adalah mengitar semula.

Saya amat bersyukur dan berasa amat selesa tinggal di Kota Ayangan kerana terdapat

pelbagai kemudahan yang disediakan. Ini adalah peringkat pertama bagi memajukan negara kita

supaya setaraf dengan negara maju lain yang terkenal. Saya amat berbanga menjadi rakyat

Malaysia.

13
RUJUKAN

• Buku Teks

-Chong Mui Sen, Azizan bin Hj Abu Samah, 2003, Geografi Tingkatan 2: Percetakan Saufi

• Melawat Tempat Kajian

-Kampung Kota Ayangan, Keningau, Sabah.

• Internet

-maps.google.com

-wikipedia.org/Damansara_Utama

14

You might also like