You are on page 1of 3

PENGANTAR PENULISAN

CA10203

TAJUK :
ESEI KRITIKAN DI SISI RINDA
OLEH: A SAMAD SAID

NAMA PENSYARAH :
DR NORSUHAILA SULAIMAN

AHLI KUMPULAN:
NO NAMA NO MATRIX
1. AZWAZIEZAN BIN LAMKASAH BC22160305
2. MOHD FIRDAUS BIN SAIBIN BC22110107
3. MOHAMMAD AZMIR BIN MISNANI BC22110029
4. RICKY SEAN THADDEUS BC22160251
Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk
daripada kata cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada
'pendek'. Manakala dalam bahasa Inggeris, karya sastera genre ini dinamai short story.
Dari segi kriteria, keperluan, acuan dan teknik atau kaedah penulisan karya pada
penelitian saya, antara cerpen daripada short story sama sahaja. Oleh itu, setiap
cerpen mempunyai keistimewaan dan kelemahan dalam setiap penceritaan untuk di
kriktik. Takrif atau definisi kritikan sastera yang dipegang oleh setiap pengkritik
sastera adalah berbeza-beza. Umpamanya, Hashim Awang dalam bukunya Kritikan
Kesusasteraan: Teori dan Penulisan, 1997 mentakrifkan kritikan kesusasteraan itu
merupakan suatu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan atau
penulis sastera dengan cara yang beralasan serta bersistem dan bertujuan untuk
mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi indah. Beliau juga mengatakan
bahawa takrif bagi kritikan sastera itu ialah suatu kegiatan untuk membuat penilaian,
pertimbangan dan penganalisisan terhadap sesebuah karya sastera
Antara kelebihan cerpen yang dikaji ialah, cerpen ini memperlihatkan dan
memberi gambaran yang khusus berkaitan dengan kesusahan dan keperitan hidup
yang dialami sewaktu zaman perang dan juga bersulamkan mistik mengenai keris
Datuk Ripin yang menyelamatkan anak kecil tersebut sewaktu mereka di buru oleh
tentera Jepun. Kelemahan cerpen ini terletak di penggunaan gaya bahasa yang sukar
untuk di fahami dan ayat yang kurang menarik untuk pembaca. Contohnya, ayat
“burung-burung belegar laut berlegar” serta ayat “aneka kerlip kenangan pasang
surut”. Penggunaan ayat ini membuatkan pembaca sukar untuk memahami tentang
apa yang penulis cuba sampaikan serta pembaca mudah untuk merasa bosan untuk
meneruskan pembacaannya. Kemungkinan juga terdapat segelintir golongan
terutamanya golongan muda yang kurang minat terhadap cerita peperangan seperti
yang termaktub dalam penceritaan cerpen ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pengarang telah menonjolkan
perwatakan seorang insan yang sangat penyayang iaitu watak Jumari Jipan. Jumari
Jipan atau dikenali sebagai Tuk Juma seorang yang penyayang apabila menjaga Dehlia
yang telah kehilangan seluruh ahli keluarga. Beliau telah memelihara Deliah dengan
penuh kasih dan tanggungjawab. Sebagai contoh, Jumari Jipan memeluk seat-eratnya
Dehlia dan menagis Bersama untuk seketika. Beliau tahu Dehlia hanya tinggal
sebatang kara. Jika dia tidak menjaga dan merawat Dehliah siapa lagi akan
menjaganya. Dehlia bersama kucingnya Rinda mengikuti Tuk Juma dan tinggal
bersama-sama.
Kritikan yang seterusnya ialah menunjukkan tentang kelebihan cerpen Di Sisi
Rinda yang menyatakan tentang watak perwatakan berkaitan ketabahan seorang
gadis kecil yang telah kehilangan orang yang tersayang akibat daripada peperangan.
Walaupun telah kehilangan ahli keluarganya Dahlia tetap menujukkan bahawa dirinya
dapat mengatasi kesedihan yang menimpanya. Cerpen ini telah memberikan
gambaran terhadap semua golongan rakyat bahawa peperangan yang terjadi sangat
memberikan impak yang besar. Kelebihan watak yang sedikit pada cerpen ini
memudahkan pembaca untuk mengenal pasti setiap perwatakan yang hendak
disampaikan.
Akhir sekali, kelebihan dalam cerpen ini ialah alur cerita yang sederhana yang
menyebabkan pembaca dapat menangkap tentang apa yang hendak di sampaikan
oleh penulis. Misalnya, terdapat pengunaan ayat " beberapa orang tentera jepun
melepaskan tembakan" yang mengambarkan tentang suasana peperangan tersebut.
Pengarang telah berjaya menarik minat pembaca untuk mengetahui penutup cerita
tersebut. Kita tertanya-tanya akan nasib Tuk Juma, Dehlia dan Rinda setelah dikejar
oleh tentera Jepun.
Sebagai kesimpulan dari tulisan kritikan yang dilakukan, ternyata dalam cerpen
“Di Sisi Rinda” memiliki banyak nilai-nilai sosial yang boleh dipelajari. Para pembaca
cerpen ini haruslah memberi perhatian sepenuhnya tentang pengajaran-pengajaran
yang ada agar masyarakat pembaca dapat membentuk moral yang tinggi dalam
bermasyarakat; bukan hanya dibaca tanpa difahami maksud dan pengajaran-
pengajaran yang ada. A Samad Said merupakan seorang cerpenis yang gemar menulis
tentang realiti kehidupan walaupun gaya penceritaannya begitu berlainan dengan
penulis-penulis yang lain. Berkemungkinan besar ini adalah hasil dari pengaruh bakat
yang sedia ada.

You might also like