You are on page 1of 3

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK

TAMBALANG
TUARAN SESI 2023-2024
Yang berusaha Pn. Dg Anipah Ag Mattiasin (Pen. Kanan
Pentadbiran), Pn. Noor Azizah Osman (Pen. Kanan
Hem), En. Mohamad Ibni Bin Rusdam (Pen. Kanan
Kokurikulum), Pn. Jusmah Binti Saiman (Pen Kanan
Petang)....
Rakan guru seperjuangan, barisan AKP sekolah dan
murid-murid yg cikgu kasihi seklian.
Untuk memulakan majlis penutupan kita pada pagi ini
marilah kita bersama2 menyanyikan 2 buah lagu iaitu lagu
Negaraku Dan Lagu Sabah Tanah Airku. Hadirin sekalian
diminta untuk berdiri tegak. Majlis mengucapkan terima
kasih. Baiklah murid-murid dipersilakan duduk.
Seterusnya majlis menjemput al Fadhil ustaz Mohammad
Hafizuddin Bin Mustaffa untuk membacakan doa,
dipersilakan.

(Bacaan doa)

Amin amin ya rabbal alamin majlis mengucapkan terima


kasih di atas bacaan doa itu tadi.
Majlis kita teruskan lagi dengan menjemput yang berusaha
Pn. Dg Anipah Ag Mattiasin (Pen. Kanan Pentadbiran)
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya
menjadi wakil kepada guru besar untuk merasmikan majlis
penutupan kejohanan merentas desa peringkat sk
tambalang yang kini akan kita kenali sebagai Tambalang’s
Run. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.

Dan diminta puan untuk terus kekal berada di atas pentas


untuk menyampaikan sijil penghargaan sebagai tanda
terima kasih sekolah kepada tetamu jemputan kita pada
pagi ini.
Dijemput...

Terima kasih diucapkan kepada Pen. Kanan Pentadbiran di


atas penyampaian sijil penghargaan itu tadi.
Tanpa membuang masa kita teruskan majlis dengan
penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi
peserta Tambalang Run kita pada pagi ini.
Dan untuk itu majlis dengan suka citanya menjemput yang
berusaha En. Mohamad Ibni Bin Rusdam (Pen. Kanan
Kokurikulum) untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan....
Pemenang bagi Kejohanan Tambalang Run kita pada hari
ini bagi kategori
Perempuan Tahun 3 dipersilakan...
Lelaki Tahun 3
Perempuan Tahun 4
Lelaki Tahun 4
Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyampaian
hadiah itu tadi

Seterusnya majlis dengan suka citanya menjemput......


untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan....
Pemenang bagi Kejohanan Tambalang Run kita pada hari
ini bagi kategori
Perempuan Tahun 5 dipersilakan...
Lelaki Tahun 5
Perempuan Tahun 6
Lelaki Tahun 6
Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyampaian
hadiah sebentar tadi

Seterusnya bagi penyampaian hadiah yang terakhir iaitu


penyampaian piala kejohanan keseluruhan bagi
Tambalang run ini dijemput sekali lagi yang berusaha
Pn. Dg Anipah Ag Mattiasin (Pen. Kanan Pentadbiran)
untu menyempurnakan penyampaian hadiah ini
dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyampaian


hadiah sebentar tadi
Sebelum majlis berakhir sekali lagi marilah kita berdiri
tegak untuk menyanyikan lagu sekolah dengan penuh
semangat. Dipersilakan murid- murid utk berdiri tegak

Dengan berakhirnya lagu sekolah itu tadi. Saya_________


selaku juruacara pada majlis hari ini mewakil seluruh
warga Sk Tambalang Tuaran, Mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua hadirin yang hadir pada hari ini
mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan bahasa,
sebutan dan ketidaksempurnaan sepanjang majlis hari ini.
Sehingga berjumpa lagi, dengan ini majlis penutupan
kejohanan Tambalang Run peringkat sk tambalang saya
tangguhkan. Sekian wabillahitaufik wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullahi taallah hi wabarakatu.

You might also like