You are on page 1of 5

LAPORAN KAWAD PENGUNGSIAN BANGUNAN SEKOLAH

(EVACUATION DRILL AT SCHOOL) SMK TELOK KERANG 2018


1 Pendahuluan

Pengungsian bangunan ialah proses dan tatacara penghuni (mangsa) menyelamatkan diri
dalam keadaan sehelai sepinggang semasa berlaku peristiwa kebakaran. Konsep pengungsian
berbeza dengan pengosongan bangunan kerana jika demikian mangsa perlu membawa sekali
semua alat dan barang yang ada semasa menyelamatkan diri. Kefahaman warga sekolah
tentang konsep pengungsian bangunan perlu dibuat menerusi pengalaman simulasi insiden
kebakaran, iaitu kawad pengungsian bangunan sebanyak dua kali setahun.

2 Tema

'Ke Arah Sekolah Selamat'

3 Rasional

3.1 Warga sekolah masih belum biasa dengan istilah pengungsian bangunan

3.2 Pengalaman simulasi pengungsian bangunan di sekolah masih kurang

3.3 Murid kurang mengambil endah tentang kawad pengungsian bangunan

3.4 Kesedaran tentang risiko kebakaran di sekolah masih di tahap rendah

3.5 Pengetahuan warga sekolah tentang kegunaan alat pemadam api masih belum kukuh

4 Matlamat

4.1 Meningkatkan kepekaan warga sekolah terhadap elemen keselamatan

5 Objektif

5.1 Mangsa mematuhi tempoh maksimum tujuh minit untuk proses pengungsian
bangunan

5.2 Mangsa mematuhi segala arahan Jawatankuasa Kawad Pengungsian Bangunan


sekolah

5.3 Mangsa menerima taklimat dan tatacara melawan kebakaran

6 Tarikh

6.1 Pada 14hb. Mac 2018 (Selasa), bermula pukul 9.00 pagi

7 Tempat

7.1 Bilik darjah

7.2 Dataran Terbuka SMK Telok Kerang.


8 Bidang Program

8.1 Proses pengungsian bangunan

8.2 Demonstrasi penggunaan alat pemadam api

8.3 Taklimat Khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

9 Penyertaan

9.1 Semua murid dan pelajar SMK Telok Kerang. Pontian.

9.2 Semua guru SMK Telok Kerang. Pontian.Johor

9.3 Semua Staff sokongan SMK Telok Kerang.

10 Pegawai Jemputan

10.1 Bahagian Latihan, Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Pontian.

11 Perbelanjaan

11.1 Petrol: 5 liter RM 10.00


11.2 Diesel 5 liter RM 10.00
11.3 Cenderamata @ 3 RM 60.00
11.4 Jamuan pegawai bomba RM 20.00
11.5 Pelbagai RM 20.00

Jumlah RM 120.00

12 Sumber Pendapatan

12.1 Kumpulan Wang Kokurikulum RM 120.00

13 Ahli Jawatankuasa

13.1 Pegawai Insiden : Pengetua


13.2 Timbalan Pegawai Insiden : Penolong Kanan (HEM)
: Penolong Kanan (Pentadbiran)
: Penolong Kanan Kokurikulum
13.3 Penolong Pegawai Insiden : Pegawai Panggilan Baris (Guru PKBM)
: Pegawai Pasukan Pemadam (Guru Kadet Bomba)
: Pegawai Bantuan Kecemasan (Guru PBSM)
: Semua Guru P & P
: Semua Guru Tingkatan
: Pengawal Keselamatan Sekolah
13.4 Penyelia Insiden : Anggota Kadet Bomba Sekolah.
14 Penutup

Pelaksanaan kawad pengungsian bangunan di sekolah memerlukan kerjasama dan sokongan


seluruh warga sekolah, khususnya murid. Ketertiban dalam pergerakan dari lokasi insiden ke
tempat berhimpun dan pelaporan yang tepat menjadi kayu ukur kejayaan simulasi berkenaan.
Pihak sekolah mengharapkan agar program latihan ini mencapai segala objektif yang telah
digariskan.

Disediakan oleh:

SAMANI BIN MASHUDI


Penyelaras Jawatankuasa 3K
SMK Telok Kerang.
Pontian. Johor.
GAMBAR AKTIVITI LATIHAN PENGONGSIAN BANGUNAN

Ahli bomba sedang membuat demonstrasi Demonstrasi pemadaman kebakaran.


penyelamatan

Ahli bomba sedang membuat demonstrasi Beberapa orang pelajar sedang ditunjuk cara
penggunaan tabung ABC pemadaman api.

You might also like