You are on page 1of 1

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1) PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global menyebabkan suhu bumi meningkat dengan banyak.Ia
memberi kesan kepada tumbuh tumbuhan dan haiwan kerana banyak sungai
dan sumber bekalan air berkurang.
Selain itu pemanasan global menyumbang kepada penyakit penyakit seperti
demam,batuk dan strok haba.

2) BANJIR KILAT
Apabila kelestarian alam sekitar tidak terjaga,ia akan menyebabkan banjir
kilat ketika musim tengkujuh.contohnya pembuangan sampah secara tidak
terkawal menyebabkan kadar pengaliran air bekurang sehingga bertakung
dan banjir

3) PENYAKIT BERBAHAYA
Selain penyakit batuk,demam dan strok haba,penyakit lain yang disebabkan
pencemaran alam sekitar ialah demam denggi dan virus zika. Pembuangan
sampah secara terbuka menyebabkan banyak takungan air sehingga
membawa kepada pembiakan nyamuk.

4) HUJAN ASID
Penggunaan kenderaan persendirian dan pembakaran terbuka merupakan
punca utama hujan asid . Ia berlaku disebabkan oleh gabungan gas sulfur
dioksida dan nitrogen dioksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid
sulfuric dan asid nitric.kesannya ia membunuh tumbuh tumbuhan dan
hidupan air serta menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan.

Tuntasnya, pencemaran meninggalkan pelbagai kesan kepada manusia dan alam


sekitar. Kita telahpun menanggung beberapa kesan tersebut pada hari ini kerana
perubahan yang diharap masih belum menjelma. Justeru, semua pihak perlu
menjalankan obligasi masing-masing dalam memastikan pencemaran alam sekitar
dibendung dan setiap tindakan kita tidak menyumbang kepada pencemaran untuk
berlaku

MUHAMMAD ALIF BIN SABARUDIN


AA231396
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

You might also like