You are on page 1of 2

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman damai di samping penduduknya


yang berbilang kaum. Toleransi di antara kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan
India menjadikan negara tercinta ini begitu istimewa. Seharusnya, kita bersyukur
dengan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini. Persefahaman
yang telah dibentuk ini perlu dikekalkan agar tidak ada rasa curiga yang boleh
menggugat keharmonian yang terbentuk.

Sesungguhnya, isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan ini sering


dibangkitkan di dalam media sosial. Namun langkah mengatasinya yang diambil
oleh pihak bertanggungjawab telah berjaya meredakan isu-isu yang berbangkit.
Semoga usaha murni akan terus berkekalan.

Keadaan masyarakat yang aman dan damai membolehkan pebagai aktiiti


harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiiti
keagamaan dengan bebas dan lancar.

Selain itu, perpaduan kaum juga membolehkan pihak kerajaan merancang


dan melaksanakan pembangunan dengan lancar bagi meningkatkan taraf hidup
rakyat. Keadaan negara yang aman dan damai juga dapat menarik kedatangan
pelancong asing ke negara kita yang terkenal dengan keindahan flora dan faunanya.
Kedatangan pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada
rakyat. Ini dapat menjana sumber pendapatan bagi menyara dan meningkatkan taraf
ekonomi rakyat.

Di samping itu, keharmonian antara kaum ini juga dapat menarik kehadiran
pelabur-pelabur untuk datang melabur ke Malaysia. Pelabur asing hadir kerana
yakin dengan keadaan negara kita yang aman dan damai ini. Ini dapat membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat dan membantu meningkatkan pendapatan negara.

Keharmonian kaum ini juga telah meningkatkan imej negara di mata dunia.
Banyak negara telah menjadikan negara kita sebagai contoh dan teladan untuk
diikuti.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan agar keharmonian
dan perpaduan kaum di Malaysia ini dapat dikekalkan. Pelbagai program dan aktiiti
diadakan bagi mengekalkan keharmonian ini.

Sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat ini rapuh dan tergugat, negara
kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman. Rakyat yang berpecah-belah akan
menyebabkan berlakunya huru-hara, kacau-bilau dan pergaduhan kaum. Keadaan
ini akan menjejaskan kestabilan dan kedaulatan negara.

Perpaduan yang kuat dan kukuh merupakan banteng yang kukuh kepada
negara kita. Kita mampu mencapai kejayaan dan kegemilangan. Ini boleh
menjadikan kita membina negara bangsa yang teguh dan bermaruah.

Oleh itu, marilah kita bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi hasil
daripada keharmonian dan perpaduan yang dibentuk hasil toleransi semua kaum
dan etnik di Malaysia hari ini. Bersatu kita teguh, bercerai ita roboh.

You might also like