You are on page 1of 3

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

ISU PENGGUNAAN RHODAMINE B DALAM BELACAN

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan akhbar berhubung


perkara di atas yang disiarkan melalui akhbar-akhbar berikut :

• KOSMO pada 30 Julai 2010 di bawah tajuk "Belacan Guna


Rhodamine B Boleh Sebabkan Kanser - CAP".
• Berita Harian pada 31 Julai 2010 di bawah tajuk "Pewarna haram
masih digunakan"
• Berita Harian pada 2 Ogos 2010 di bawah tajuk "Punca barah
Rhodamine B masih diguna dalam makanan" di ruangan "Surat
Pembaca".

Kementerian Kesihatan juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan


Pengguna Pulau Pinang (CAP) di atas keperihatinan mereka terhadap isu
ini.

Rhodamine B merupakan bahan pewarna yang menghasilkan warna


merah jambu dan banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil. Dari
pandangan mata kasar, kehadiran Rhodamine B dalam makanan sukar
dibezakan daripada bahan pewarna lain yang juga menghasilkan warna
merah jambu. Ia digunakan dalam makanan khususnya belacan untuk
menjadikan makanan tersebut lebih menarik.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa di


bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penggunaan pewarna
Rhodamine B dalam makanan adalah dilarang kerana Rhodamine B
mempunyai potensi untuk menyebabkan penyakit barah (karsinogen).
Penjualan dan penyediaan makanan yang mengandungi Rhodamine B
adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983
dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM
100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau
kedua-duanya. Manakala bagi makanan import, produk yang dikesan
mengandungi Rhodamine B akan disenaraihitamkan (black listed) dan
pengimportan seterusnya adalah tertakluk kepada prosedur "Tahan, Uji
dan Lepas".

Kementerian Kesihatan memang menyedari penggunaan Rhodamine B


dalam belacan oleh pengeluar-pengeluar belacan yang tidak
bertanggungjawab. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan sentiasa
menjalankan pemantauan terhadap penyalahgunaan Rhodamine B dalam
belacan dari semasa ke semasa. Pada tahun 2008, hasil analisis terhadap
384 sampel belacan menunjukkan bahawa sebanyak 4 (1.04%) sampel
dikesan mengandungi Rhodamine B. Tiga daripadanya dikesan di negeri
Sarawak dan satu lagi dikesan di negeri Johor. Kesemua pengusaha yang
terlibat dalam mengeluarkan belacan tersebut telah didakwa di mahkamah
di mana dua orang daripada mereka telah dijatuhi hukuman denda
sebanyak RM7,000.00 setiap seorang, sementara seorang lagi dijatuhi
hukuman denda sebanyak RM1,500.00. Baki satu kes lagi di negeri
Sarawak masih dalam proses tindakan mahkamah.

Manakala pada tahun 2009, hasil pemantauan berterusan oleh


Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa sebanyak 2 (1.74%) sampel
daripada 115 sampel belacan didapati mengandungi Rhodamine B.
Kedua-dua sampel belacan tersebut dibeli daripada 2 buah premis runcit di
Sarawak tetapi belacan tersebut dikeluarkan oleh pengusaha yang sama di
negeri tersebut. Pengusaha yang terlibat dalam mengeluarkan belacan
tanpa jenama tersebut telah didakwa di mahkamah di mana satu kes telah
dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500.00 sementara baki satu kes
lagi masih dalam proses tindakan mahkamah.

Kementerian Kesihatan juga ingin menasihatkan pengusaha makanan


supaya merujuk kepada Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan
Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat sekiranya mereka
merasa ragu dengan status penggunaan bahan-bahan tertentu di dalam
makanan. Kementerian Kesihatan tidak akan teragak-agak untuk
mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha makanan yang melanggar
mana-mana peruntukan di bawah perundangan makanan negara ini.

Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung aktiviti


kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan di laman web http://fsq.moh.gov.my.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI


Menteri Kesihatan Malaysia
10 Ogos 2010

You might also like