You are on page 1of 3

RESEPI BUBUR JAGUNG

Bahan -bahan:
Bil Bahan Kuantiti
1. Jagung frozen 100gm
2. Santan segar/ kotak 50 ml
3. Gula melaka 25
4. Gula pasir 25 gm
5. Daun pandan 1 helai
6. Sagu mata ikan 2 camb
7. Air 500ml
8. Garam Secukupnya

Cara penyediaan:
1. Panaskan air hingga mendidih,bilas sagu mata ikan dan masukkan
dalam air yang mendidih bersama daun pandan.
2. Kacau untuk elakkan sagu melekat, masak hingga sagu jernih.
3. Kukus seketika jagung frozen dalam masa 10 minit.
4. Apabila sagu sudah jernih,masukkan gula melaka dan gula pasir serta
santan, kacau hingga gula larut. Masukkan santan.
5. Ketika santan sudah mendidih masukkan jagung yang telah dikukus,
kacau seketika dan perasakan dengan garam.
6. Hidangkan didalam mangkuk, dan hiaskan dengan sisipan daun
pandan serta santan.
RESEPI CUCUR BADAK
Bahan-bahan:
Bil Bahan Kuantiti
Bahan doh :
1. Ubi keledek 250gm
2. Tepung gandum 4tbsp/camb
Inti :
1. Kelapa parut 70 gm
2. Udang kering * 1 tbsp/camb
3. Bawang putih* 1 ulas
4. Bawang merah* 3 biji
Bahan
5. Cili kering* 5 tangkai
kisar
6. Halia* 1 cm
7. Serai* 1 batang
8. Serbuk kunyit* 1 tsp/camt
9. Gula 2 camb
10. Minyak masak 500 ml

11. Garam Secukupnya

Cara penyediaan:
1. Kupas kulit ubi keledek, basuh dan rebus hingga empuk/lembut.
2. potong dan buang biji cili kering, rebus hingga lembut.
3. Rendam udang kering di dalam mangkuk berisi air.
4. Kupas kulit bawang merah dan bawang putih serta halia. Potong
bahagian serai yang tidak digunakan. Basuh semua bahan tersebut.
Potong kasar bawang putih,bawang merah, halia dan serai.
5. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga halus
6. Panaskan minyak dalam 2tbsp, masukkan bahan kisar, tumis hingga
kering dan pecah minyak, masukkan gula dan perasakan dengan
garam secukupnya.
7. masukkan kelapa parut dan kacau hingga sebati,masukkan inti yang
siap dimasak ke dalam mangkuk untuk sejukkan
8. Untuk membuat doh, selepas ubi keledek empuk/lembut, lenyek ubi
hingga halus menggunakan pelenyek(masher)
9. Masukkan tepung gandum dan perasakan dengan sedikit garam uli
hingga menjadi doh.
10.Gliskan/sapu dulang dengan sedikit minyak dengan menggunakan
berus, sapukan minyak pada tangan untuk membentuk doh menjadi bulat
untuk elakkan doh melekat pada tapak tangan.
11.Masukkan inti dan tutup doh dengan baik untuk elakkan inti terkeluar.
12.Panaskan minyak, dan masukkan cucur badak, goreng hingga
keperangan. Angkat dan toskan.
13.Hidangkan di atas pinggan yang dilapik dengan kertas doli(doli paper).

You might also like