You are on page 1of 2

PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM TAHUN 2023

___________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM

Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform adalah salah satu


program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi melatih murid-murid
untuk lebih berdikari dan memupuk semangat kerja berpasukan. Melalui
program ini murid-murid akan dilatih dengan pelbagai kemahiran yang
memerlukan ketahanan diri yang tinggi, semangat bekerjasama tanpa bersifat
individualistik dan sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.

Program pada kali ini akan diadakan di Forestay Taman Botanikal Melaka,
Ayer Keroh. Perkhemahan ini akan melibatkan seramai 120 orang murid yang
terdiri dari tahap 2 (tahun 4 hingga 6). Murid yang terlibat di dalam
perkhemahan ini adalah terdiri daripada ahli Persatuan Pengakap, Persatuan
Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Tunas Puteri dan
Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


2.1 Memberikan suatu suasana yang berbeza dengan situasi di rumah sendiri.
2.2 Mendedahkan murid-murid kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2.3 Melatih murid untuk berdisiplin, berdikari dan membina imej kendiri serta
mampu menyelesaikan kerja dengan lebih sistematik, teratur dan berfikiran
ositif.
2.4 Bekerjasama serta bertolak-ansur dengan rakan-rakan.
2.5 Menambahkan ilmu pengetahuan kepada murid sepanjang aktiviti
perkhemahan.
2.6 Memberi ruang kepada murid-murid berseronok dan berekreasi dalam
suasana semula jadi yang kondusif.

KUMPULAN SASAR

Murid tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, Melaka
yang terdiri daripada:

i) Ahli Persatuan Pengakap : 24 orang


ii) Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah : 24 orang
iii) Ahli Persatuan Puteri Islam : 24 orang
iv) Ahli Persatuan Tunas Puteri : 24 orang
v) Ahli Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah : 24 orang

Jumlah keseluruhan : 120 orang murid

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh: 24 hingga 26 November 2023.

Hari: Jumaat hingga Ahad

Masa: 3.00 petang (Jumaat) hingga 1.00 tengahari (Ahad)

Tempat: Forestay Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh

5.0 JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI : PN. JAMILAH BINTI ISHAK

TIMBALAN PENGERUSI : EN. AZRUL HISHAM BIN ALI (GPK KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 1 : PN. PAUZIAH BINTI RASUL ( GPK PENTADBIRAN )

NAIB PENGERUSI 2 : PN. SITI FATIMAH BINTI OMAR ( GPK HEM)

NAIB PENGERUSI 3 : PN. SANISAH BINTI ABD WAHAB (GPK PENDIDIKAN KHAS)

PENYELARAS PROGRAM : PN. JUNAIDAH BINTI ABDUL JALEL

SETIAUSAHA : PN. FAZIAH BINTI DOL

AHLI JAWATANKUASA : EN. HAILME BIN OMAR

: CIK NUR SYAZWANI BINTI MASR

: PN. NURUL DIYANA BINTI ABD RAZAK

: CIK NURUL FARHANAH BINTI SHAIFUL BAHARI

: CIK MUNAWWIRAH BINTI MOHD NOR

You might also like