You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KENONG

Kertas Cadangan
Sambutan Maulidur Rasul

2023M / 1445H
Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam
Dengan kerjasama

PSS Bait Al-Hikmah


Tarikh:
3 Oktober 2023
Hari:
Selasa
Masa :
8.00pagi – 1.00 tengahari
Tempat:
Sekolah Kebangsaan Kuala Kenong
﴾ Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2023M / 1445H ﴿

KERTAS KERJA
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

1. PENDAHULUAN
Majlis Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan
terhadap Rasulullah s.a.w. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda
dan berbangga dengan baginda, sebagaimana Allah berbangga terhadap baginda
dengan memuji baginda dalam Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak
yang mulia" (Al-Qalam: 4).

Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung, ia memberi
peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang
dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w.

2. MATLAMAT
Memperingati sirah Nabi Muhammad s.a.w. dan mengambil iktibar daripada
pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan murid
Islam akan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya.

3. OBJEKTIF
Mendidik murid mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w.

Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

4. SASARAN
Semua murid Islam tahun 1 hingga tahun 6
Semua guru
Semua ibu bapa murid dan penduduk kampung.
5. BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM
3 Oktober 2023
Selasa
SK Kuala Kenong
8.00 pagi – 1.00 tengahari

6. JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA

J/Kuasa Induk
Penasihat : En Bakri Bin Musa
Pengerusi : En Muhamad Sabri Bin Ramly
Timb. Pengerusi : En Adam Basyry Bin Abdullah
: Pn. Asniza Bt Hussin
Penyelaras Program : Ust Muhammad Zulhilmi Bin Abu Bakar
Setiausaha : Ust Muhammad Zulhilmi Bin Abu Bakar

J/Kuasa Kerja Guru


Pengerusi : Ust Muhammad Zulhilmi Bin Abu Bakar
Penceramah : Ust Mohd Fadzli Bin Bedu
PA Sistem : En Mohamad Sabri Bin Ramly
Persiapan Tempat : Semua guru
Dokumentasi : En Muhammad Mustakim Bin Suadi
Buku Program : Ust Muhammad Zulhilmi Bin Abu Bakar
Kawalan Murid : Semua guru

7. ATUR CARA
8.00 pagi : Berkumpul di hadapan Balai Raya kampung
: Mulakan perarakan.
9.00 pagi : Ceramah Maulidur Rasul
12.00 tengah hari : Jamuan makan
1.00 tengahari : Bersurai
8. IMPLIKASI KEWANGAN
BI JUMLAH
PERKARA
L RM
Jamuan makan pagi
RM 45.00
9 x RM5
1.
Jamuan makan tengah hari
RM 90.00
9 x RM10
Hadiah @ hamper murid
2. RM 270.00
9 x RM30
Hadiah cabutan bertuah
3. RM45.00
9 unit x RM5
Jumlah keseluruhan RM 450.00

9. SUMBER KEWANGAN
1- RM150.00 : Kewangan Panitia Pendidikan Islam & Aktiviti Panitia Pendidikan
Islam
2- RM300.00 : Pusat Sumber Sekolah

10. ULASAN PPD/JPN (SEKIRANYA PERLU)

................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
...........................................................................................

11.PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat menambahkan cinta
kepada baginda Nabi dalam kalangan murid, seterusnya meningkatkan pengetahuan
murid tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ __________________________
(MUHD.ZULHILMI BIN ABU BAKAR) (EN MUHAMAD SABRY BIN RAMLY
Pengarah Program PK Kurikulum
Sambutan Majlis Maulidur Rasul SK Dato’ Onn Jaafar
SK Kuala Kenong
KERTAS CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAN KUALA KENONG,

2023/1445H

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan (Sambutan Maulidur Rasul 2023 peringkat sekolah)

Tidak meluluskan Kertas Cadangan (Sambutan Maulidur Rasul 2023 peringkat sekolah)

Ulasan:

........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
...............................................................................................................

..............................................
(BAKRI BIN MUSTAFFA)
Guru Besar,
SK Kuala Kenong,
Tarikh:

You might also like