You are on page 1of 1

NURUL IZZAH BINTI NOR HISHAM (L20222013613)

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR


FORUM 5
Berikan definisi pentaksiran. Nyatakan jenis-jenis pentaksiran yang dilaksanakan dalam
bilik darjah mengikut tahap keupayaan murid. Anda dikehendaki menjawab soalan yang
diberikan dan perlu satu contoh pentaksiran dalam bilik darjah dan cara pelaksanaan
serta penilaian yang digunakan.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan, analisis, dan penilaian maklumat tentang


kemahiran, pengetahuan, perkembangan, dan pencapaian murid. Pentaksiran melibatkan
proses membuat keputusan berdasarkan suatu peraturan atau piawaian. Ia bertujuan untuk
menilai tahap pemahaman dan pencapaian murid dalam proses pembelajaran. Pentaksiran
juga berfungsi sebagai alat bagi guru untuk memantau perkembangan murid, memberi
maklum balas, dan membuat keputusan berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran. Hasil
pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) ialah suatu pelaporan pentaksiran


baharu yang akan digunakan mulai tahun 2018. PPSR dilaksanakan untuk mentaksir
pencapaian semua murid secara holistic pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah)
menggantikan pentaksiran tahun 6 yang sedia ada iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). Mulai 2018, UPSR telah menjadi komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah
Rendah (PPSR) bersama 3 komponen pentaksiran lain. Antaranya, Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan UPSR Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR).

Pentaksiran dalam bilik darjah (PBD) adalah ujian formatif tentang topik matematik,
iaitu "Operasi Penambahan dan Pengurangan." Contohnya, ujian formatif yang terdiri
daripada 10 soalan matematik yang berkaitan dengan operasi penambahan dan pengurangan.
Soalan-soalan ini merangkumi pelbagai tahap kesukaran. Pelaksanaannya adalah dengan cara
guru memberikan ujian kepada murid dalam bilik darjah. Murid diberi masa 30 minit untuk
menyelesaikan ujian. Guru memerhati proses menjawab dan memberikan bantuan jika
diperlukan. Setelah itu, guru akan menilai jawapan murid berdasarkan tahap kebetulan,
kesalahan, dan pemahaman. Guru juga mengambil masa yang diambil oleh murid untuk
menyelesaikan setiap soalan sebagai petunjuk tentang tahap kesukaran. Hasilnya digunakan
untuk menentukan tahap pemahaman murid dalam operasi penambahan dan pengurangan.
Seterusnya, maklum balas diberikan kepada murid. Oleh itu, pentaksiran seperti ini
membantu guru memahami sejauh mana murid memahami konsep matematik tersebut dan
menyediakan peluang untuk memberikan sokongan tambahan jika murid memerlukan.

You might also like