You are on page 1of 5

MOHD KHAIRUL ANUAR BIN AWANG

801106-11-5501
A-1-3 KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN,
SMK TG LUMPUR,
25150 KUANTAN, PAHANG. 17 OGOS 2023

TUAN PENGETUA,
SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
JALAN SULTAN ABU BAKAR,
26600 PEKAN, PAHANG.
(U.P.: GPK KOKURIKULUM)

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MEMBAWA PULANG BERMALAM ANAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya bapa kepada pelajar Umar Jailani bin Mohd Khairul Anuar (A-0-1)
dari kelas 1 Bakti ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi
kebenaran pulang bermalam pada setiap hujung minggu.
3. Hal ini kerana, anak saya perlu menjalani latihan silat pada setiap pagi
Sabtu dan Ahad sahaja di Balai Silat Taman Gelora sehingga selesai
Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Negeri Pahang yang dijadualkan
berlangsung pada 14 September 2023 – 17 September 2023.
4. Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa surat rasmi
pertandingan masih belum diterima. Maklumat pertandingan yang diperoleh
daripada jurulatih anak saya adalah seperti lampiran.
5. Oleh itu, besarlah harapan saya agar pihak sekolah dapat memberi
keizinan untuk saya mengambil anak pada setiap hari Jumaat petang dan
berjanji akan menghantar pulang pada hari Ahad sehingga habis tempoh
pertandingan.
6. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Yang benar,
Khairul Anuar

(MOHD KHAIRUL ANUAR BIN AWANG)


801106-11-5501
Lampiran
Lampiran
Lampiran
Lampiran

You might also like