You are on page 1of 1

Antara salah satu tokoh dan karya sastera dunia yang saya dapati ialah Amy

Tan. Amy Tan lahir pada 19 februari 1952. Beliau merupakan seorang pengarang

Amerika yang terkenal. Salah satu karya beliau iaitu novel The Joy Luck Club, yang

telah diadaptasi ke dalam filem dengan nama yang sama. The Joy Luck Club

sebuah novel yang ditulis oleh Amy Tan pada tahun 1989. Novel tersebut

mengisahkan tentang memberi tumpuan kepada empat keluarga pendatang cina di

San Francisco yang telah memulakan kelab yang dikenali sebagai The Joy Luck

Club. Pada setiap bahagian dalam novel tersebut didahului dengan perumpamaan

yang berkaitan dengan tema dalam bahagian tersebut.

Tokoh yang seterusnya ialah Maxine Hong Kingston. Beliau lahir pada 27

oktober 1940. Beliau juga seorang novelis Amerika. Beliau merupakan Profesor

Emerita di University of California, Berkeley. Antara salah satu karya yang telah

beliau sumbang ialah The Woman Warrior. Karya tersebut membincangkan tentang

jantina dan etnik dan bagaimana konsep ini telah mempengaruhi kehidupan seorang

wanita.

Tokoh yang terakhir ialah Mahmoud Darwish beliau merupakan seorang

penyair kebangsaan dan pengarang di Palestin. Beliau telah memenangi banyak

anugerah bagi karya – karya beliau. Antara karya beliau ialah Ahmad Zaatar 1976

iaitu mengisahkan tentang seorang warga palestin yang kem di Beirut telah

dikepung selama enam puluh hari semasa perang saudara Lubnan. Ahmad Zaatar

bermaksud “bukit thyme” dalam Bahasa Arab dan telah menjadi symbol

penentangan Palestin. Ahmad Zaatar 1976 merupakan watak fiksyen yang mewakili

mangsa tanpa wajah dilemma Palestin.

NAMA: HAIRUNNISA SYAFFIAH BT. HAIRULIZAL


NO MATRIK: 296178

You might also like