You are on page 1of 7

10/23/23, 7:23 AM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2-TATABAHASA

NAME :
BAHASA MELAYU TINGKATAN 2- CLASS :
TATABAHASA
30 Questions DATE :

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik
pada jawapan pilihan anda.

1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang


datang ke rumahnya pada petang tadi.

A keledek goreng B menghidang

2. Encik Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan


menjualnya di pasar malam.

A daripada B dipasar malam

3. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan


setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.

A Para peserta B Peserta peserta

4. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa


amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.

A Beliau B dalam

5. Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal


yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.

A pengurus B hal-hal lain

https://quizizz.com/print/quiz/5ea4cdb3c71d76001c3ac20c 1/7
10/23/23, 7:23 AM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2-TATABAHASA

6. 1. Pilih kata nama Am

A Kuala Lumpur B kucing

C Si Comel D Bahasa Melayu

7. 2. Pilih kata nama Khas

A bilik darjah B kantin

C Padang D Sekolah Kebangsaan Selekoh

8. 4. Pemandangan di sawah padi sangat..........................

A menawan B cantik

C hijau D sunyi

9. 5. ......................sakitnya perut saya!

A Aduh B Amboi

C Oh D Wah

10. 10. Abang Jamilah............................pokok rambutan untuk memetik buah


rambutan.

A memanjat B mencantas

C mengait D menebang

11. Wak Lamin meminta se____________ daun sirih sebagai pengeras untuk
mengubati penyakit Pak Dol.

A Helai B Rumpun

C Batang D Cekak

https://quizizz.com/print/quiz/5ea4cdb3c71d76001c3ac20c 2/7
10/23/23, 7:23 AM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2-TATABAHASA

12. "Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada


Thanush.

A paling sungguh selerak B sungguh selerak

C sungguh teramat selerak D paling selerak

13. Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.

A paling-paling lewat B paling lewat

C paling amat lewat D paling teramat lewat sekali

14. Pemandangan di kawasan sawah itu ______ pada waktu pagi.

A sungguh indah sekali B nian indah

C indah nian D sungguh indah nian

15. 2. Pilih kata nama Khas

A bilik darjah B Sekolah Kebangsaan Selekoh

C kantin D Padang

16. Walaupun Encik Baharum tidak berpelajaran tinggi, beliau mempunyai


pengalaman yang ____________ dalam selok-belok perniagaan.

A luas B besar

17. Mak Long Hajar merebus ubi kayu itu hingga ___________.

A lembut B empuk

18. Maniam ____________ melarikan diri apabila lembu-lembu itu mula


mengejarnya.

A cepat-cepat B pantas-pantas

https://quizizz.com/print/quiz/5ea4cdb3c71d76001c3ac20c 3/7
10/23/23, 7:23 AM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2-TATABAHASA

19. “____________mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri


Gunung Keriang kepada dayang – dayangnya.

A B. Patik B C. Saya

C A. Beta D D. Hamba

20. Hati Nazua _________ akan kata-kata nasihat daripada ibunya.

A menyentuh B disentuh

C tersentuh

21. Fikiran Alif ___________ apabila mengenangkan ibunya yang sakit di


kampung.

A mengganggu B terganggu

C diganggu

22. Motosikal berkuasa tinggi itu __________ dari Itali.

A diemport B diimport

23. Syarikat Proton Edar _______ berjaya memasarkan kereta nasional di


dalam negara __________ luar negara.

A kerana ... tetapi B walaupun ... bahkan juga

C walaupun ... tetapi D bukan sahaja ... bahkan juga

24. __________ hujan turun dengan lebat, Hassan _______ Hisyam tetap datang
ke rumah saya semalam.

A Walaupun ... dan B Bukan sahaja ... lalu

C Sambil ... tetapi D Bahkan juga ... dan

https://quizizz.com/print/quiz/5ea4cdb3c71d76001c3ac20c 4/7
10/23/23, 7:23 AM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2-TATABAHASA

25. ________ kamu duduk sahaja ________ kamu menyelesaikan kerja-kerja


sekolah yang diberi oleh cikgu kamu itu.

A Daripada ... lebih baik B Biarpun ... malahan

C Biarpun ... lebih baik D Dari ... lebih baik

26. _______ miskin _______ Pak Cik Kamarul tetapi berusaha memperbaiki taraf
hidup keluarganya.

A Baik ... mahupun B Walaupun ... mahupun

C Walaupun ... namun D Jangankan ... malahan

27. Tabiat suka menabung _______berfaedah kepada diri sendiri ________ juga
kepada kerajaan.

A sungguhpun ... tetapi B bukan sahaja ... tetapi

C biarpun ... bahkan D walaupun ... namun

28. Dalam proses membina ayat yang gramatis, elemen yang diperlukan
ialah...

A Subjek + Predikat B Subjek + Keterangan

C Predikat + Frasa Kerja D Frasa Nama + Keterangan

29. Buat satu rumusan tentang sebab-sebab guru harus dihormati dan
kelebihannya kepada para pelajar.

Berdasarkan tajuk rumusan di atas, bagaimanakah cara permulaan untuk


menulis bahagian isi tersurat yang betul?

Sebab-sebab guru harus Antara sebab-sebab guru harus


A B
dihormati ialah... dihormati ialah...

Antara sebab guru harus Antaranya ialah...


C D
dihormati ialah...

https://quizizz.com/print/quiz/5ea4cdb3c71d76001c3ac20c 5/7
10/23/23, 7:23 AM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2-TATABAHASA

30. Dalam proses membina ayat yang gramatis, elemen yang diperlukan
ialah...

A Subjek + Keterangan B Frasa Nama + Keterangan

C Predikat + Frasa Kerja D Subjek + Predikat

https://quizizz.com/print/quiz/5ea4cdb3c71d76001c3ac20c 6/7
10/23/23, 7:23 AM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2-TATABAHASA

Answer Key

1. a 2. a 3. a 4. b

5. b 6. b 7. d 8. b

9. a 10. a 11. a 12. b

13. b 14. c 15. b 16. a

17. b 18. a 19. a 20. c

21. b 22. b 23. d 24. a

25. a 26. c 27. b 28. a

29. c 30. d

https://quizizz.com/print/quiz/5ea4cdb3c71d76001c3ac20c 7/7

You might also like