You are on page 1of 3

Muat turun aplikasi

Taip bahan-bahan...
Air Kelapa Laut

Cikgu Faez @cikgufaez


Perak, Malaysia

Isi kelapa laut jarang orang jual. Agak bertuah la kalau dapat
jumpa kat pasar basah atau kat pasar malam. Haritu saya
jumpa dan beli kat pasar malam. Isi kelapa laut ni takde rasa…

Ramuan

10 ketul isi kelapa laut

1 ketul besar gula melaka

2 sdb besar gula pasir (kalau tak nak letak pun takpe)

2 helai daun pandan

2 cawan air

Cara Memasak

Langkah 1

Isi kelapa laut biasanya dijual dalam plastik. Ada kulit nipis pada isi kelapa laut. Hanya perlu
tolak dengan jari je kulit nipis tu. Jadi, bersihkan isi kelapa laut terlebih dahulu.

Langkah 2
Langkah 3

Bila isi kelapa laut telah dibersihkan, potong nipis-nipis isi kelapa laut tersebut. Bila dah selesai,
letak ke tepi terlebih dahulu.

Langkah 4

Seterusnya, potong atau pecahkan ketulan gula melaka kepada bahagian kecil.

Langkah 5

Masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan yang telah diikat dan air dalam periuk. Pasang
api dan biarkan gula melaka melarut dan mendidih.

Langkah 6

Selepas gula melaka larut dan mendidih, masukkan pula isi kelapa laut yang telah dipotong
nipis tadi.
Langkah 7

Kacau perlahan dan biarkan mendidih dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

Langkah 8

Pekatan air kelapa laut telah siap. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam
bekas.

Langkah 9

Bila nak buat air, campurkan satu cawan pekatan air kelapa laut dengan secawan air biasa.
Kacau sehingga sebati kemudiaan letakkan ais. Air kelapa laut sedia dinikmati. Baki pekatan air
kelapa laut tu boleh disimpan kembali ke dalam peti sejuk.

Langkah 10

TIPS: pekatan air kelapa laut juga sesuai diletakkan dalam cendol, ABC dan laicikang ☺ selamat
mencuba....

You might also like