You are on page 1of 17

Ujian Bertutur (1103/3)

(Naskah Pentaksir)

BAHAGIAN A: TAFSIRAN INDIVIDU


[40 markah]
[Masa: 3 hingga 5 minit]

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Pengiktirafan silat sebagai warisan tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengangkat martabat seni pertahanan diri negara
di persada antarabangsa. Pengiktirafan yang diperoleh itu membantu mempromosikan kehalusan seni
persilatan Melayu kepada dunia.
Tidak semua jenis silat diketahui ramai atau biasa didengari kerana sesetengahnya hanya terdapat
di kawasan tertentu sahaja. Antara yang lazim diketahui umum adalah seperti Seni Silat Gayong,
Seni Silat Cekak Hanafi, Seni Silat Lincah, Seni Silat Gayung Fatani dan Buah Pukul Mersing. Silat
juga mempunyai beberapa kategori, iaitu pertama seni silat yang digunakan untuk pertunjukan atau
persembahan teater, kedua silat buah yakni gerak balas keras serta padu untuk menumpaskan lawan
dan digunakan dalam peperangan, manakala silat olahraga untuk pesilat beradu tenaga dan bertanding.

SOALAN RANGSANGAN

1 Gambarkan warisan seni silat yang telah anda baca.


2 Ceritakan tempat dan pengalaman anda menyaksikan atau menyertai seni silat.
3 Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah seni silat ini boleh memberikan banyak manfaat
kepada pengamalnya?
4 Senaraikan silat yang anda ketahui.
5 Mengapakah kita perlu mengetahui tentang seni silat negara kita?

04 Ujian BMF5 3P.indd 1 24/2/2022 11:27:59 AM


BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN

[30 markah]
[Masa: 12 hingga 15 minit]

Tema: Sejarah dan Warisan

Ibu bapa, pihak sekolah, pengamal media dan kerajaan memainkan peranan penting dalam
memastikan generasi muda sentiasa mengambil berat tentang bangunan bersejarah.

Ulaskan pernyataan tersebut.

04 Ujian BMF5 3P.indd 2 24/2/2022 11:27:59 AM


Ujian Bertutur (1103/3)
BAHAGIAN A: TAFSIRAN INDIVIDU
[40 markah]
[Masa: 3 hingga 5 minit]

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Pengiktirafan silat sebagai warisan tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengangkat martabat seni pertahanan diri negara
di persada antarabangsa. Pengiktirafan yang diperoleh itu membantu mempromosikan kehalusan seni
persilatan Melayu kepada dunia.
Tidak semua jenis silat diketahui ramai atau biasa didengari kerana sesetengahnya hanya
terdapat di kawasan tertentu sahaja. Antara yang lazim diketahui umum adalah seperti Seni Silat
Gayong, Seni Silat Cekak Hanafi, Seni Silat Lincah, Seni Silat Gayung Fatani dan Buah Pukul Mersing.
Silat juga mempunyai beberapa kategori, iaitu pertama seni silat yang digunakan untuk pertunjukan
atau persembahan teater, kedua silat buah yakni gerak balas keras serta padu untuk menumpaskan
lawan dan digunakan dalam peperangan, manakala silat olahraga untuk pesilat beradu tenaga dan
bertanding.

04 Ujian BMF5 3P.indd 3 24/2/2022 11:27:59 AM


BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN

[30 markah]
[Masa: 12 hingga 15 minit]

Ibu bapa, pihak sekolah, pengamal media dan kerajaan memainkan peranan penting dalam
memastikan generasi muda sentiasa mengambil berat tentang bangunan bersejarah.

Ulaskan pernyataan tersebut.

04 Ujian BMF5 3P.indd 4 24/2/2022 11:27:59 AM


Ujian Mendengar (1103/4)
(Naskah Pentaksir)

[30 markah]
[Masa: 30 minit]

PETIKAN PERTAMA
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan dalam buku jawapan yang disediakan.

Bencana Sungai Kim Kim Angkara Tangan Manusia

Istilah bencana banjir, tanah runtuh dan pembakaran sering didengari berlaku, tetapi baru-baru
ini rakyat Malaysia sangat terkesan dengan bencana kimia yang disebabkan oleh tangan manusia
sendiri. Bencana kimia ialah satu daripada bencana alam sekitar yang membawa kemudaratan dalam
tempoh yang panjang. Tanpa disedari, sebenarnya bencana kimia telah lama berlaku di beberapa
tempat di negara kita. Sebagai contohnya, racun kimia digunakan sebagai racun serangga dan
baja kimia digunakan untuk baja penanaman juga telah menjadikan tanah mengandungi toksik.
Berdasarkan kajian, pencemaran air sungai yang tertinggi berlaku adalah di tempat pertanian,
seperti di Tanah Tinggi Cameron. Sebanyak 25 batang sungai yang ada di Malaysia dikategorikan
sebagai sungai yang mati kerana mengalami pencemaran yang sangat teruk. Kejadian pencemaran
baru-baru ini sangat menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya di Sungai Kim Kim,
Johor. Ada tiga kesan kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran bahan kimia, iaitu tanah, air
dan udara.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan rencana akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawan soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Rencana)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

04 Ujian BMF5 3P.indd 5 24/2/2022 11:28:00 AM


SOALAN PETIKAN PERTAMA
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan umum yang diperdengarkan.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan bencana kimia? [2 markah]

2 Apakah kegunaan racun kimia dan baja kimia di negara kita?


[2 markah]

3 merupakan pencemaran air sungai yang tertinggi berlaku. [1 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 4.

4 Sebanyak sungai yang ada di Malaysia dikategorikan sebagai sungai yang mati
kerana mengalami pencemaran yang sangat teruk. [1 markah]
A 24
B 23
C 22
D 25

5 Nyatakan tiga kesan kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran bahan kimia. [3 markah]

(i)

(ii)

(iii)

04 Ujian BMF5 3P.indd 6 24/2/2022 11:28:00 AM


PETIKAN KEDUA
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan cerpen berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Cerpen “Mantap”

“Abah mahu engkau jadi hebat sepertinya,” kata abah.


“Seperti siapa, abah?” soal aku.
“Zainal Abidin Ahmad,” jawab abah.
“Siapa sebenarnya Zainal Abidin Ahmad ini bagi abah?” aku betul-betul ingin tahu.
“Abah nak engkau jadi hebat seperti Zainal Abidin Ahmad kerana beliau seorang pencinta seni
sastera dan bahasa. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 dan meninggal dunia pada 23 Oktober
1973. Beliau sasterawan dan pemikir Melayu berketurunan Minangkabau yang giat menulis sekitar
tahun 1940-an,” terang abah perlahan.
“Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau budak kampung yang berjaya
meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah tanah air.”
“Siapa sebenarnya beliau, abah?” naluriku digasak dengan perasaan ingin tahu yang meluap-
luap.
“Beliau ialah cendekiawan Melayu yang dihormati dan aktif dalam kegiatan penulisan termasuk
penterjemahan hampir 40 tahun.”
“Hebat!”
“Aktivitinya juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro
Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris,” Abah terus bercerita panjang lebar.
“Bukan calang-calang oranglah kalau macam itu,” aku cuba mencelah kata abah.
“Orang yang abah suruh engkau menjadi macam dia itu, orang yang gemar membaca dan
memiliki bakat agung dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisan beliau terbit dalam
akhbar dan majalah tempatan seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu dan Pengasuh,” kata abah.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan cerpen akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawapan soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Cerpen)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

04 Ujian BMF5 3P.indd 7 24/2/2022 11:28:00 AM


SOALAN PETIKAN KEDUA
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan.

1 Siapakah Zainal Abidin Ahmad? [2 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 2 dan soalan 3.

2 Bilakah Zainal Abidin Ahmad dilahirkan? [1 markah]


A 16 September 1895
B 23 Oktober 1973
C 23 Oktober 1985
D 16 September 1973

3 Antara berikut merupakan perwatakan Zainal Abidin Ahmad, kecuali [1 markah]


A cendekiawan Melayu yang dihormati.
B aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.
C pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris.
D penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan.

4 Nyatakan akhbar dan majalah tempatan yang menerbitkan hasil penulisan Zainal Abidin Ahmad.
[3 markah]

(i)

(ii)

(iii)

04 Ujian BMF5 3P.indd 8 24/2/2022 11:28:00 AM


PETIKAN KETIGA
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan pidato berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih saya ucapkan


kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu
kehormat, guru-guru, rakan-rakan murid dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia
ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Faedah Permainan Tradisional kepada Remaja.”

Saudara saudari yang dihormati sekalian,


Permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
kerana permainan tradisional dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh
sebab itu, kita mestilah mengetahui faedah permainan tradisional terhadap remaja. Antara faedah
permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa lapang secara berfaedah.
Sebagai contoh, remaja boleh bermain congkak bersama-sama kawan pada masa lapang untuk
memanfaatkan masa yang ada. Permainan tradisional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan
silaturahim antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan
sewaktu bermain permainan tradisional.

Seterusnya, faedah bermain permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat memelihara
warisan budaya bangsa daripada pupus. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja dapat mengenali
dan mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian, seni
warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman dan tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan pidato akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawan soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Pidato)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

04 Ujian BMF5 3P.indd 9 24/2/2022 11:28:00 AM


SOALAN PETIKAN KETIGA
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan pidato yang diperdengarkan.

1 Apakah punca permainan tradisional semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat? [2 markah]

2 Nyatakan hubungan yang dapat dieratkan sewaktu bermain permainan tradisional. [2 markah]

(i)

(ii)

3 Apakah faedah permainan tradisional kepada remaja? [2 markah]

4 Mengapakah bermain permainan tradisional dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada
pupus? [2 markah]

5 Nyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan pidato tersebut. [2 markah]

10

04 Ujian BMF5 3P.indd 10 24/2/2022 11:28:00 AM


PETIKAN KEEMPAT
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan resipi berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Resipi Kuih Lapis

BAHAN-BAHAN:
• 1 ½ cawan tepung gandum
• 1 ½ tepung beras
• ½ cawan tepung ubi
• 1 ½ cawan gula pasir
• 8 cawan santan sederhana pekat (1 ½ biji kelapa parut)
• 1 sudu kecil garam
• pewarna merah, hijau, putih, kuning

CARA MEMASAK:
1 Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
2 Masukkan pewarna ke dalam setiap bahagian.
3 Sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar.
4 Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih
dan kukus lagi selama 5 minit.
5 Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan diikuti warna putih.
6 Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis.
7 Setelah masak, angkat dan sejukkan selama dua jam. Pastikan kuih betul-betul sejuk barulah
dipotong dengan menggunakan pisau plastik.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan resipi membuat kuih lapis akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawan soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (Resipi Kuih Lapis)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

11

04 Ujian BMF5 3P.indd 11 24/2/2022 11:28:00 AM


SOALAN PETIKAN KEEMPAT
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan resipi membuat kuih lapis yang diperdengarkan.
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1.

1 Antara berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih lapis, kecuali
[1 markah]
A 1 sudu besar garam
B 1 ½ tepung beras
C ½ cawan tepung ubi
D 1 ½ cawan gula pasir

2 Selain pewarna hijau dan merah, nyatakan pewarna lain yang digunakan untuk membuat kuih
lapis. [2 markah]

3 Berapa jamkah masa yang diperlukan untuk menyejukkan kuih lapis sebelum dipotong?
[1 markah]

12

04 Ujian BMF5 3P.indd 12 24/2/2022 11:28:00 AM


Ujian Mendengar (1103/4)
Nama:

ANGKA GILIRAN:

[30 markah]
[Masa: 30 minit]

PETIKAN PERTAMA : PETIKAN UMUM


Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan umum yang diperdengarkan.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan bencana kimia? [2 markah]

2 Apakah kegunaan racun kimia dan baja kimia di negara kita? [2 markah]

3 merupakan pencemaran air sungai yang tertinggi berlaku. [1 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 4.

4 Sebanyak sungai yang ada di Malaysia dikategorikan sebagai sungai yang mati
kerana mengalami pencemaran yang sangat teruk. [1 markah]
A 24
B 23
C 22
D 25

5 Nyatakan tiga kesan kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran bahan kimia. [3 markah]

(i)

(ii)

(iii)

13

04 Ujian BMF5 3P.indd 13 24/2/2022 11:28:00 AM


PETIKAN KEDUA: PETIKAN CERPEN
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan.

1 Siapakah Zainal Abidin Ahmad? [2 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 2 dan soalan 3.

2 Bilakah Zainal Abidin Ahmad dilahirkan? [1 markah]


A 16 September 1895
B 23 Oktober 1973
C 23 Oktober 1985
D 16 September 1973

3 Antara berikut merupakan perwatakan Zainal Abidin Ahmad, kecuali [1 markah]


A cendekiawan Melayu yang dihormati.
B aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.
C pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris.
D penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan.

4 Nyatakan akhbar dan majalah tempatan yang menerbitkan hasil penulisan Zainal Abidin Ahmad.
[3 markah]

(i)

(ii)

(iii)

14

04 Ujian BMF5 3P.indd 14 24/2/2022 11:28:00 AM


PETIKAN KETIGA: PETIKAN PIDATO
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan pidato yang diperdengarkan.

1 Apakah punca permainan tradisional semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat? [2 markah]

2 Nyatakan hubungan yang dapat dieratkan sewaktu bermain permainan tradisional. [2 markah]

(i)

(ii)

3 Apakah faedah permainan tradisional kepada remaja? [2 markah]

4 Mengapakah bermain permainan tradisional dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada
pupus? [2 markah]

5 Nyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan pidato tersebut. [2 markah]

15

04 Ujian BMF5 3P.indd 15 24/2/2022 11:28:00 AM


PETIKAN KEEMPAT: PETIKAN RESIPI
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan resipi membuat kuih lapis yang diperdengarkan.
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1.

1 Antara berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih lapis, kecuali
[1 markah]
A 1 sudu besar garam
B 1 ½ tepung beras
C ½ cawan tepung ubi
D 1 ½ cawan gula pasir

2 Selain pewarna hijau dan merah, nyatakan pewarna lain yang digunakan untuk membuat kuih
lapis. [2 markah]

3 Berapa jamkah masa yang diperlukan untuk menyejukkan kuih lapis sebelum dipotong?
[1 markah]

16

04 Ujian BMF5 3P.indd 16 24/2/2022 11:28:00 AM


Jawapan
UJIAN BERTUTUR UJIAN MENDENGAR
Bahagian A Petikan Pertama
1 Gambaran warisan seni silat yang telah dibaca. 1 Bencana kimia ialah satu daripada bencana alam sekitar
• Seni silat merupakan salah satu seni pertahanan diri yang membawa kemudaratan dalam tempoh yang
• Telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, panjang.
Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa 2 Racun kimia digunakan sebagai racun serangga dan baja
Bersatu (UNESCO) kimia digunakan untuk baja penanaman.
• Pelbagai jenis seni silat seperti Seni Silat Gayong, Seni 3 Tempat pertanian
Silat Cekak dan Seni Silat Lincah. 4 D
• Silat mempunyai beberapa kategori, iaitu persembahan, 5 (i) Tanah     
seni buah dan silat olahraga. (ii) Air     
2 Tempat dan pengalaman menyaksikan atau menyertai (iii) Udara
seni silat.
• Persembahan majlis kahwin Petikan Kedua
• Mesyurat PIBG, persembahan Hari Guru, persembahan 1 Seorang sasterawan dan pemikir Melayu yang aktif dalam
Hari Kebangsaan. bidang penulisan.
• Menonton televisyen atau YouTube. 2 A
• Kokurikulum di sekolah. 3 C
3 Seni silat ini memberikan banyak manfaat kepada 4 (i) Utusan Melayu
pengamalnya, iaitu: (ii) Lembaga Melayu
• mempertahankan diri (iii) Pengasuh
• meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan yang
baik Petikan Ketiga
• mempelbagaikan seni dalam diri campuran kelembutan 1 Permainan tradisional semakin lama semakin tidak
dan ketangkasan diri mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana
• menanam jati diri dan semangat cinta akan warisan permainan tradisional dianggap kolot dan membosankan
tradisional oleh sesetengah pihak.
4 Jenis-jenis silat yang diketahui. 2 (i) Hubungan kekeluargaan
• Seni Silat Gayong, Seni Silat Cekak Hanafi, Seni Silat (ii) Hubungan persahabatan
Lincah, Seni Silat Gayung Fatani, Buah Pukul Mersing, 3 Faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah
Seni Silat Sendeng, Seni Silat Cemanden, Seni Silat dapat mengisi masa lapang secara berfaedah dan menjadi
Lincah, Seni Silat Campuran Kilat. ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara satu
5 Kita perlu mengetahui tentang seni silat negara kita dengan yang lain.
kerana: 4 Bermain permainan tradisional dapat memelihara
• identiti dan lambang negara warisan budaya bangsa daripada pupus kerana remaja
• merupakan warisan tradisional masyarakat Melayu dapat mengenali dan mempelajari seni yang terkandung
• menambahkan pengetahuan tentang budaya nenek dalam permainan tradisional.
moyang kita 5 Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Bahagian B Petikan Keempat


Isi-isi penting 1 A
1 Ibu bapa – memberi didikan awal kepada anak-anak sejak 2 Pewarna lain yang digunakan untuk membuat kuih lapis
kecil ialah pewarna putih dan kuning.
2 Pihak sekolah – mengadakan lawatan sambil belajar ke 3 Masa yang diperlukan untuk menyejukkan kuih lapis
bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita sebelum dipotong ialah selama dua jam.
3 Pengamal media – mempromosikan / mengiklankan
dalam media sosial
4 Kerajaan – mengadakan kempen menyeluruh tentang
program “Cintai Warisan Kita”

17 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM- Jawapan

04 Ujian BMF5 3P.indd 17 24/2/2022 11:28:01 AM

You might also like