You are on page 1of 4

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 1(2023)

Tarikh : 20.03.2023

Masa : 1.00 petang

Tempat : Bilik KSSR

Pengerusi : En. Muhamad Shazwan Bin Mohamed Shukri

Kehadiran(Bilangan) : 7 orang

1. EN MUHAMAD SHAZWAN BIN MOHAMED SHUKRI


2. PN AZIDA BINTI MOHD REPAN
3. PN ZAINURIMARIZUANA BAYANI BINTI MAHFODZ
4. PN SHARON A/P SUNGADAH
5. PN NOOR AZEREEN AFSHANIZAM BINTI TUKIMAN
6. CIK NUR FATIN BINTI ITHNIN
7. EN KHAIRUL ANWAR BIN MUDA
8. PN NURULALMAS BINTI SAMAD
9. CIK NURUL ARISYA ANIS BINTI MOHD SAMSI

1 ALUAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau juga
mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam tanggungjawab
menjayakan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Zainurimarizuana Bayani Binti Mahfodz.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Nurulalmas Binti Samad.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1.Tiada perkara berbangkit

Makluman: Guru Panitia PSV

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) FOKUS MESYUARAT

4.1. Perlantikan AJK panitia sesi 2022. Sila rujuk lampiran


4.2 Buku Persediaan Mengajar
- Pengerusi meminta BPM disiapkan bersama RPT, DSKP dan penulisan RPH
dalam tempoh sebulan dan dihantar pada minggu kedua bulan Mac untuk
penyemakan.
- Dasar Penyediaan Buku Rekod – Buku rekod tetap dihantar setiap hari
Khamis dan diingatkan agar dibawa bersama guru di dalam kelas.
- Contoh RPH terkini diberikan sebagai rujukan dan keseragaman.

Makluman: Semua Guru PSV

4.3 Pengurusan Akedemik dan Pentadbiran Panitia

- Panitia Seni Visual perlu membuat pengesanan dan mengenalpasti tahap


penguasaan pembelajaran lalu murid (th2 - th6 2022). Guru-guru Pendidikan
Seni Visual perlu kenal pasti kandungan kurikulum matapelajaran yang
terkesan dan rancang intervensi berdasarkaan:
● kandungan yang tak sempat dilaksanakan.

● keterlibatan PdPR murid yang sangat rendah dan/atau

● tahap penguasaan murid yang rendah

- Ketetapan dalam mesyuarat panitia melaksanakan pengesanan dalam


bentuk:
● sisipan dan

● melaksanakan DSKP penjajaran tahun 2020 sehingga April.

4.4 Pentaksiran

- Pentaksiran PBD berlaku dari hari pertama persekolahan dan berekod.


- Pelbagai bentuk ujian boleh dilaksanakan untuk murid dalam Pendidikan Seni
Visual untuk mengenal pasti bakat, minat dan kebolehan murid.
- Muat turun dokumen penjajaran dan kit pelaksanaan kurikulum dari portal
rasmi BPK.
- JK Kurikulum perlu jalankan pemantauan berstruktur secara berterusan bagi
pastikan pelaksanaan PdP Pendidikan Seni Visual dan pentaksiran
dilaksanakan seperti yang dirancang.
- JK Panitia PSV perlu membuat penambahbaikan dan tingkatkan mutu PdP
dan PdPR serta beri panduan kepada guru untuk pelbagaikan kaedah PdP
Muzik dan sedia bahan pembelajaran yang sesuai.
- Pentaksiran bilik darjah. PBD akan dijalankan untuk semua murid tahap 1dan
tahap 2. Semua guru disarankan untuk menulis penilaian pada setiap kali
pelaksanaan pembelajaran dalam bentuk borang transkrip sebagai bahan
bukti apabila berlakunya pemantauan dan memudahkan penilaian. Penilaian
mestilah berdasarkan semua kemahiran yang telah dirancang dalam RPT.

Makluman: Semua Guru PSV


4.5 Agihan Tugas Guru
Agihan tugas guru dan tanggungjawab.
Melantik AJK Panitia dan memperkenalkan Guru-Guru Sesi 2021

AJK Panitia Pendidikan Seni Visual 2021

Penaung EN AZLIN SHAM BIN ABD AZIS

Penasihat PN NORIAH BINTI ABDUL


AZIZ

Pengerusi EN MUHAMAD SHAZWAN BIN


MOHAMED SHUKRI

Setiausaha CIK NUR FATIN BINTI ITHNIN

AJK 1. PN AZIDA BINTI MOHD REPAN


2. PN ZAINURIMARIZUANA BAYANI BINTI
MAHFODZ
3. PN SHARON A/P SUNGADAH
4. PN NOOR AZEREEN AFSHANIZAM
BINTI TUKIMAN
5. EN KHAIRUL ANWAR BIN MUDA
6. PN NURULALMAS BINTI SAMAD
7. CIK NURUL ARISYA ANIS BINTI MOHD
SAMSI
5

Makluman: Semua Guru PSV

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV

5.1 Guru PSV dikehendaki mengajar teori prinsip asas rekaan dan unsur-unsur
seni semasa PdPc dijalankan.
5.2 Tema dan kemahiran dalam rancangan pengajaran tahunan tidak tetap
tetapi boleh disesuaikan mengikut murid.
5.3 Menggunakan kemudahan Smart TV di dalam kelas bagi menyangkan
6 video demo penghasilan karya bagi guru yang bukan opsyen.

Makluman: Guru Panitia PSV

PENGGUNAAN SKETCH BOOK

6.1 Bermula sesi persekolahan Mac 2023, murid diwajibkan membeli sketch book.
6.2 Murid menyimpan hasil kerja PSV dalam sketch book masing-masing.
6.3 Sketch book memudahkan guru untuk membuat rujukan apabila melaksanakan
pentaksiran PBD.
6.4 Sketch book juga akan digunakan untuk pameran PSV pada akhir tahun.
Makluman: Guru Panitia PSV
6 KEWANGAN SESI 2023

6.1 Pembentangan kewangan sesi 2022. Ketua Panitia akan membeli peralatan dan
bahan pembelajaran yang sesuai. Peralatan untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran berasaskan PAK21 dan barang habis guna.

Makluman: Ketua Panitia

6 HAL-HAL LAIN
6.1 Penggunaan buku rujukan. Melibatkan semua buku di pasaran yang bersesuaian
tetapi tidak boleh mengabaikan buku teks.

6.2 para guru boleh memaklumkan kepada ketua panitia sekiranya terdapat alat dan
bahan seni yang diperlukan dalam PdPc.

PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,

(NUR FATIN BINTI ITHNIN)


SETIAUSAHA
Panitia Pendidikan Seni Visual

Tarikh: 23 Mac 2023

You might also like