You are on page 1of 1

NILAI POSITIF DAN KEMAHIRAN SIKAP

Budaya dan latar belakang masyarakat bergantung kepada tempat berkembangnya


sesebuah tamadun. Menurut Mohammah Jodi et al (2012), nilai sesuatu yang abstrak yang
terdapat dalam sanubari manusia dan menjelma pada sistem sosial. Tambahnya lagi, nilai yang
terdapat pada seseorang terbina melalui faktor dan situasi yang pelbagai di sepanjang proses
kehidupan yang dilalui oleh individu. Etika dan nilai murni ini bukan sahaja untuk
menyampaikan pengetahuan dan kemahiran, akan tetapi ia merupakan asas etika yang kukuh
dalam membimbing seseorang itu ke arah kehidupan yang berakhlak mulia dan bermatlamat.
Ahli Falsafah Timur juga menyatakan bahawa pendidikan merupakan suatu elemen yang amat
penting bagi seseorang individu itu dalam memupuk nilai postif dan kemahiran sikap . Terdapat
beberapa prinsip yang diutarakan oleh Falsafah Pendidikan Timur dalam melahirkan seseorang
yang mempunyai etika yang tinggi seperti berikut :-

1. Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Perubahan ini akan
berlaku akibat daripada konteks dengan guru masing-masing sama ada guru itu seorang
Nabi, Sifu atau Tok Guru.
2. Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian
kebahagiaan.
3. Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi di mana refleksi
kendiri atau muhasabah diri terhadap pemerhatian tersebut akan menimbulkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat.

Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama,
iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India), dan falsafah
pendidikan Islam. Bagi setiap aliran ini telah banyak diterapkan di dalam perkembangan
pendidikan di malaysia, antaranya adalah Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli
falsafah yang terkemuka di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk
memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah
laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua,
menyayangi orang yang lebih mudaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.

You might also like