You are on page 1of 23

Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

1
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

Senarai Bidang Fiqh

Kandungan T4 Haji dan Umrah 8

T4 Sembelihan , Korban & Akikah 10

Kandungan 2 T4 Solat Sunat Dhuha & Solat Sunat Gerhana 12

Bidang Al-Quran T5 Solat Sunat Istikharah & Solat Sunat Tasbih 12

T4 Memahami Sunnatullah T5 Perkahwinan 13


Surah ali Imran, Ayat 137 - 139 3
T5 Kemahiran Keibubapaan 15
T4 Larangan Mempersendakan Agama
Surah al-An’am, Ayat 70 3 T5 Isu-isu Dalam Perkahwinan 15

T4 Dakwah Pemacu Kemajuan


Surah Fussilat, Ayat 33 4 Bidang Sirah dan Tamadun Islam
T5 Memahami Keutamaan Dalam Tindakan T4 Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin 17
Surah at-Taubah, Ayat 19 – 20 4
T5 Kerajaan Uthmaniah 18
T5 Kepelbagaian Bangsa Dalam Islam
Surah al-Hujurat, Ayat 13 5 T4 Tokoh Empat Mazhab 19

Bidang Hadis T5 Keunggulan Tokoh Islam 21

T4 Kemuliaan Berdikari 5
Bidang Akhlak Islamiyyah
T5 Tujuh Golongan Yang Mendapat Naungan Allah
SWT 6 T4 Adab Terhadap Orang Sakit & Orang Kurang
Upaya 22
Bidang Akidah
T4 Wasatiah Menjamin Kecemerlangan Umat 22
T4 Perkara Yang Membatalkan Iman 6
T5 Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa 23
T5 Al-Raqib & As-Syahid 7
T5 Alam Sekitar Penenang Minda 23
T5 Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 7

2
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

BIDANG AL-QURAN : AYAT KEFAHAMAN


TAJUK : T4 MEMAHAMI SUNNATULLAH
SURAH ALI-IMRAN, AYAT: 137-139
1. Nyatakan sebab turun ayat tersebut. [2 markah]
- Ibnu Abbas r.a berkata : Ketika para sahabat Nabi SAW mengalami kekalahan dalam perang Uhud,
- Rasulullah SAW berdoa : “ Ya Allah, janganlah engkau biarkan mereka menewaskan kami, Ya Allah tiada
daya melainkan kekuatanmu, Ya Allah tiada lagi yang akan menyembahmu kecuali kumpulan kami ini, maka
bantulah kami”.
2. Nyatakan maksud sunnatullah. [2 markah]
Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT [1M] terhadap semua makhluk [1M] dan tiada
siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut. [1M]
3. Jelaskan dua konsep sunnatullah. [2 markah]
- Sunnatullah bersifat tetap dan kekal dengan izin Allah SWT.
- Sunnatullah merangkumi semua makhluk.
- Sunnatullah berasaskan kepada konsep sebab, musabbab dan akibat.
4. Jelaskan dua kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah umat terdahulu. [4 markah]
- Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu.
- Dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu.
- Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang teguh pada akidah yang benar dan
berakhlak mulia.
5. Jelaskan dua kesan memahami konsep sunnatullah. [4 markah]
- Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan Allah SWT.
- Merancang strategi dengan teliti.
- Menerima ketetapan Allah SWT dengan positif.
6. Terangkan dua pengajaran ayat. [4 markah]
- Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan manusia [1M] bersesuaian
dengan peraturan dan ketetapan. [1M]
- Kita hendaklah menjadi pengembara di muka bumi [1M] supaya dapat mengetahui dan menyelidiki
sunnatullah. [1M]
- Kita hendaklah menjaga keimanan [1M] agar beroleh kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT. [1M]

BIDANG AL-QURAN : AYAT KEFAHAMAN


TAJUK : T4 LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
SURAH AL-AN’AM, AYAT: 70
1. Nyatakan empat bentuk perbuatan mempersendakan agama Islam. [4 markah]
- Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah SAW.
- Menghina golongan ulama dan orang soleh.
- Menyanjung perbuatan maksiat.
- Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
2. Jelaskan dua cara mencegah kemungkaran mengikut Imam al-Qurtubi. [2 markah]
- Memberikan nasihat dan peringatan.
- Meninggalkan mereka sekiranya nasihat dan peringatan ditolak,
3. Jelaskan dua cara menjaga kesucian Islam. [4 markah]
- Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan disemua lapisan masyarakat.
- Mencontohi keperibadian mulia Rasulullah SAW.
- Meningkatkan kualiti ibadah fardu dan sunat demi menjamin keutuhan akidah.
4. Jelaskan dua kesan perbuatan mempersendakan agama Islam. [4 markah]
- Boleh membatalkan iman.
- Tidak dipandang oleh Allah SWT diakhirat.
- Tidak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
5. Terangkan dua pengajaran daripada ayat tersebut. [4 markah]
- Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama [1M] demi
menjaga kesucian Islam. [1M]

3
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Kita hendaklah sentiasa memberikan peringatan kepada orang yang mempersendakan agama [1M]
berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. [1M]
- Kita hendaklah mempertahankan kesucian Islam [1M] dengan pendekatan yang terbaik. [1M]

BIDANG AL-QURAN : AYAT KEFAHAMAN


TAJUK : T4 DAKWAH PEMACU KEMAJUAN
SURAH FUSSILAT, AYAT: 33
1. Nyatakan maksud dakwah. [2 markah]
Menyeru supaya melakukan perkara yang diperintah oleh Allah SWT [1M] dan meninggalkan
laranganNya. [1M]
2. Senaraikan dua tuntutan Allah SWT dalam ayat tersebut. [2 markah]
- Berdakwah
- Beramal soleh
- Menjadikan Islam sebagai cara hidup
3. Nyatakan dua cara pendekatan terbaik dalam berdakwah. [2 markah]
- Hikmah bijaksana
- Nasihat yang baik
- Berbahas dengan cara yang baik
4. Nyatakan maksud beramal soleh. [2 markah]
Amalan soleh ialah perbuatan baik [1M] yang dilakukan mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah [1M]
dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. [1M]
5. Jelaskan pengertian ‘menjadikan Islam sebagai cara hidup’. [2 markah]
Melaksanakan ajaran Islam [1M] dalam semua bidang kehidupan. [1M]
6. Terangkan dua pengajaran daripada ayat tersebut. [4 markah]
- Kita hendaklah berdakwah [1M] kerana dakwah ialah sunnah rasul. [1M]
- Kita hendaklah beramal soleh [1M] supaya menjadi contoh kepada orang lain. [1M]
- Kita hendaklah menjadikan Islam sebagai cara hidup [1M] yang sempurna. [1M]

BIDANG AL-QURAN : AYAT KEFAHAMAN


TAJUK : T5 MEMAHAMI KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN
SURAH AT-TAUBAH, AYAT:19-20
1. Jelaskan sebab turun ayat 19 surah at-Taubah. [2 markah]
- Menurut Nukman bin Bashir, terdapat beberapa orang sahabat berbincang tentang amalan yang mereka
utamakan selepas pembukaan Makkah.
- Terdapat sahabat yang akan menumpukan kepada memberikan minuman kepada orang yang menunaikan
haji.
- Terdapat juga sahabat yang akan menumpukan usaha kepada memakmurkan Masjidil Haram.
- Selain itu, terdapat sahabat yang akan berjihad di jalan Allah.
- Percakapan mereka ditegur oleh Saidina Umar ra kerana tidak sopan meninggikan suara di sebelah mimbar
Rasulullah SAW.
- Kemudian Saidina Umar ra mengadu hal ini kepada Rasulullah SAW dan turunlah ayat tersebut.
2. Nyatakan maksud fiqh al-Aulawiyat. [2 markah]
Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan [1M] berdasarkan prinsip syarak. [1M]
3. Jelaskan empat prinsip asas dalam fiqh al-Aulawiyat. [4 markah]
- Bersumberkan dalil syarak.
- Mengutamakan perkara yang diutamakan oleh syarak.
- Mengambil kira keperluan semasa dan setempat.
- Mengutamakan keperluan atau manfaat bersama berbanding dengan manfaat peribadi.
- Mengambil kira tahap keupayaan individu.
4. Jelaskan dua aplikasi pelaksanaan fiqh al-Aulawiyat dalam bidang tuntutan syarak. [4 markah]
- Mengutamakan ilmu fardu ain berbanding dengan ilmu fardu kifayah.
- Mengutamakan ilmu fardu kifayah yang menjadi keperluan semasa

4
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Mengutamakan amalan yang banyak manfaat kepada masyarakat berbanding dengan amalan yang
kurang bermanfaat
5. Jelaskan dua kepentingan fiqh al-Aulawiyat terhadap masyarakat. [4 markah]
- Menyeimbangkan kehidupan masyarakat dalam pelaksanaan tuntutan syariat.
- Mewujudkan kesejahteraan sosial dalam melestarikan pengurusan kehidupan.
- Mewujudkan masyarakat yang cekap.
6. Terangkan dua pengajaran daripada ayat tersebut. [4 markah]
- Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT [1M] kerana keimanan ialah
kunci penerimaan segala ibadat. [1M]
- Kita hendaklah sentiasa berazam untuk berjihad dengan tenaga dan harta [1M] supaya kita
mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. [1M]
- Kita hendaklah sentiasa berhijrah kepada yang lebih baik [1M] supaya menjadi insan yang produktif.
[1M]

BIDANG AL-QURAN : AYAT KEFAHAMAN


TAJUK : T5 KEPELBAGAIAN BANGSA DALAM KEHIDUPAN
SURAH AL-HUJURAT, AYAT:13
1. Jelaskan sebab turun ayat tersebut. [2 markah]
- Menurut Ibnu Abbas radhiallahuanhu, Rasulullah SAW telah meminta Saidina Bilal bin Rabah
radhiallahuanhu melaungkan azan semasa pembukaan kota Makkah.
- Terdapat sahabat yang telah memandang rendah kepada Saidina Bilal radhiallahuanhu.
- Jibril as telah memberitahu Rasulullah SAW perbuatan para sahabat tersebut lalu Rasulullah SAW
memanggil mereka dan bertanyakan tentang tindakan mereka.
2. Jelaskan dua tuntutan saling mengenali dalam kalangan pelbagai bangsa. [4 markah]
- Menjalin perpaduan dan perhubungan yang harmoni.
- Mengiktiraf kemuliaan dan harga diri manusia.
- Menggalakkan interaksi dan kerjasama antara satu sama lain.
3. Jelaskan dua keutamaan takwa dalam kehidupan. [4 markah]
- Manusia adalah sama di sisi Allah SWT.
- Allah SWT memandang hati dan amalan hambaNya.
- Meyakini kekuasaan Allah SWT melalui makhluk ciptaanNya.
4. Terangkan dua pengajaran daripada ayat tersebut. [4 markah]
- Kita hendaklah saling bekerjasama [1M] untuk membina kehidupan yang harmoni. [1M]
- Kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya [1M] supaya wujud persefahaman dalam kalangan
masyarakat. [1M]
- Kita hendaklah berusaha untuk membaiki akhlak [1M] supaya menjadi insan bertaqwa. [1M]

BIDANG HADIS
TAJUK : T4 KEMULIAAN BERDIKARI
1. Nyatakan maksud berdikari. [2 markah]
Berusaha sendiri [1M] dan tidak bergantung pada bantuan orang lain. [1M]
2. Jelaskan dua konsep berdikari. [2 markah]
- Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah.
- Membebaskan diri daripada bergantung kepada pihak lain.
- Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan.
3. Jelaskan dua kelebihan berdikari dari aspek agama dan pendidikan. [4 markah]
- Menjadikan Islam dipandang tinggi kerana umatNya rajin berusaha.
- Mendapat sumber pendapatan halal.
- Melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi.
4. Terangkan dua pengajaran hadis. [4 markah]
- Kita hendaklah memandang mulia kepada pekerjaan yang halal [1M] walaupun hasilnya sedikit. [1M]
- Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran [1M] untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
[1M]
5
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan [1M] agar hidup dirahmati. [1M]

BIDANG HADIS
TAJUK : T5 TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT
1. Nyatakan maksud naungan. [2 markah]
Mendapat perlindungan [1M] daripada kepanasan cahaya matahari di padang Mahsyar. [1M]
2. Senaraikan empat golongan yang mendapat naungan Allah SWT. [4 markah]
- Pemimpin yang adil
- Pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah SWT
- Seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid
- Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
- Seseorang yang membenci perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah SWT
- Seseorang yang menyembunyikan sedekahnya
- Seseorang yang mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata
3. Nyatakan maksud pemimpin yang adil. [2 markah]
Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang di bawah pimpinannya [1M]
berpandukan al- Quran dan al-Hadis. [1M]
4. Nyatakan maksud pemuda yang hidupnya beribadat kepada Allah SWT. [2 markah]
Pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT [1M] sama ada ibadah wajib
atau sunat. [1M]
5. Jelaskan dua contoh seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid. [4 markah]
- Menunaikan solat fardu secara berjemaah.
- Menyertai aktiviti di masjid seperti majlis ilmu, program sukan dan riadah.
6. Terangkan dua pengajaran hadis tersebut. [4 markah]
- Kita hendaklah berlaku adil dalam setiap tindakan [1M] kerana sikap tersebut merupakan suruhan Allah
SWT. [1M]
- Kita hendaklah memanfaatkan usia muda [1M] dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. [1M]
- Kita hendaklah berusaha untuk mengimarahkan masjid [1M] agar syiar Islam dapat ditegakkan. [1M]

BIDANG AKIDAH
TAJUK : T4 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. Nyatakan maksud iman terbatal melalui iktikad. [2 markah]
Maksud iman terbatal melalui iktikad ialah tidak percaya atau ragu-ragu [1M] dengan perkara yang berkaitan
dengan al-Uluuhiyyah (ketuhanan) [1M], an-Nubuwwah (kenabian), perkara al-Ghaibiyyat (ghaib) dan as-
Syariah. [1M]
2. Nyatakan maksud iman terbatal melalui perkataan. [2 markah]
Maksud iman terbatal melalui perkataan ialah percakapan yang mengandungi pengakuan kufur [1M], atau
penafian akidah Islam, atau mempersendakan hukum-hukum Islam.[1M]
3. Nyatakan maksud iman terbatal melalui perbuatan. [2 markah]
Maksud iman terbatal melalui perbuatan ialah melakukan perbuatan atau amalan yang jelas menunjukkan
kekufuran. [2M]
4. Jelaskan dua contoh perkataan yang membatalkan iman. [2 markah]
Pengakuan yang mengandungi kufur Penafian akidah Islam
- “Saya tidak lagi beragama Islam”. - “Saya tidak percaya adanya Malaikat Raqib dan
- “al-Quran sudah tidak sesuai lagi diamalkan”. Atid”.
- “Rasulullah SAW pun buat dosa”.
Persendaan hokum hakam Islam
- “Zaman sekarang tidak perlu menutup aurat
lagi”.
- “Bilal itu telah menyalak seperti anjng”.
5. Jelaskan dua contoh perbuatan yang membatalkan iman. [2 markah]
- Sujud kepada berhala dengan sengaja.

6
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Melakukan upacara ibadah agama lain.


- Mengoyak mushaf al-Quran.
6. Jelaskan dua kesan melakukan perkara membatalkan iman. [2 markah]
- Rosak segala amalan soleh.
- Tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT.
- Diharamkan memasuki syurga.
7. Jelaskan dua syarat terbatal iman. [2 markah]
- Mengetahui perkara yang dilakukan membawa diri kepada kufur.
- Mengingkari perkara asas dalam Islam.
- Melakukan perkara yang jelas membawa diri kepada kufur.
8. Terangkan dua cara menjauhi perkara membatalkan. [4 markah]
- Mendalami ilmu akidah Islam [1M] supaya dapat mendalami batas-batas iman dan kufur.[1M]
- Bersahabat dengan orang soleh [1M] yang dapat membimbing diri kepada kebaikan.[1M]
- Melakukan amalan soleh [1M] yang boleh mengukuhkan keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT dan
rasul. [1M]

BIDANG AKIDAH
TAJUK : T5 UNIT 1 AL-RAQIB
1. Nyatakan maksud nama Allah swt Al-Raqib. [2 markah]
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi [1M] semua perbuatan dan keadaan
makhluk.[1M]
2. Terangkan dua bukti Allah swt Al-Raqib. [2 markah]
- Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan laranganNya.
- Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia.

BIDANG AKIDAH
TAJUK : T5 UNIT 1 AL-SYAHID
1. Apakah maksud nama Allah SWT Al-Syahid. [2 markah]
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan [1M] segala perbuatan dan
Mendengar segala ucapan makhluk [1M] serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya.[1M]
2. Terangkan bukti Allah SWT Al-Syahid. [2 markah]
- Allah SWT menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW ke atas umatNya.
- Allah SWT Maha Menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan manusia.
- Allah SWT sahaja yang menjadi saksi atas segala perkara yang nyata atau yang tersembunyi.

BIDANG AKIDAH
TAJUK : T5 AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1. Nyatakan takrif akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. [2 markah]
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah [1M]
menerusi para sahabat [1M] dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip aqidah, syariat dan akhlak.[1M]
2. Jelaskan dua prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. [2 markah]
- Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal
dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.
- Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT.
- Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib .
- Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Tuhannya.
3. Jelaskan sejarah ringkas aliran berikut : [4 markah]
Khawarij :
Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib ra yang berpaling tadah [1M] kerana tidak berpuas hati
dengan keputusan Majlis Tahkim.[1M]
Muktazilah :
Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil Bin Ata’ [1M] setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau

7
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

dengan guru beliau Hasan al- Basri [1M] tentang kedudukan pelaku dosa besar.[1M]
4. Jelaskan prinsip -prinsip utama aliran berikut : [4 markah]
Khawarij :
- Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihan kepada rakyat
- Saidina Ali ra melakukan dosa besar serta kufur.
- Wajib keluar menentang pemimpin atau khalifah yang tidak adil.
Muktazilah :
- AL-TAUHID : Menafikan sifat maani pada zat Allah SWT.
- AL-ADLU : meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada
baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah.
- AL-MANZILAH BAINAL MANZILATAIN : Meyakini bahawa pelaku dosa besar berada pada
satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal di dalam neraka.
5. Jelaskan pandangan kumpulan-kumpulan tersebut tentang perkara tersebut. [4 markah]
Melihat Allah :
- MUKTAZILAH : Mengatakan bahawa adalah mustahil makhluk boleh melihat Allah SWT kerana Allah
tidak menyerupai makhluk.
Pelaku dosa besar :
- KHAWARIJ : Pelaku dosa besar dianggap kafir.
- MUKTAZILAH : Pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan
mereka kekal di dalam neraka.
6. Jelaskan dua kepentingan berpegang pada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. [4 markah]
- Mendapat keredhaan Allah SWT.
- Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan.
- Memelihara kesucian agama Islam.
- Menjamin keamanan negara.
7. Terangkan dua usaha anda untuk memelihara diri daripada fahaman yang bercanggah dengan akidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah. [4 markah]
- Mempelajari asas aqidah [1M] berdasarkan kitab Ahli as-Sunnah Waljamaah. [1M]
- Mendalami ilmu agama [1M] daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang aqidah. [1M]
- Membina ketahanan akidah [1M] dengan memperbanyakkan doa. [1M]

BIDANG FIQH
TAJUK : T4 HAJI DAN UMRAH
1. Nyatakan maksud haji. [2 markah]
Mengunjungi Baitullah al Haram pada bulan Haji [1M] untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut
syarat-syaratnya. [1M]
2. Nyatakan maksud umrah. [2 markah]
Mengunjungi Baitullah al Haram pada bila-bila masa [1M] untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut
syarat-syaratnya. [1M]
3. Nyatakan hukum menunaikan haji dan umrah. [1 markah]
Wajib sekali seumur hidup.
4. Nyatakan dua syarat wajib haji dan umrah. [2 markah]
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Berkemampuan (Istito’ah)
5. Senaraikan empat rukun haji. [4 markah]
- Niat mengerjakan haji
- Wuquf di Arafah
- Tawaf di Kaabah
- Saie

8
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Bergunting atau bercukur rambut


- Tertib
6. Nyatakan dua amalan sunat haji dan umrah. [2 markah]
- Mandi sunat ihram
- Solat sunat ihram
- Talbiah
7. Nyatakan empat perkara wajib haji. [4 markah]
- Niat ihram di Miqat
- Bermalam (mabit) di Muzdalifah
- Melontar 7 anak batu di Jamrah Kubra
- Bermalam (mabit) di Mina
- Melontar 7 anak batu di ketiga-tiga Jamrah
8. Jelaskan dua perbezaan antara haji dan umrah. [4 markah]
Aspek Haji Umrah

Waktu Dilaksanakan pada bulan Haji Dilaksanakan pada bila-bila masa


Rukun Wajib Wuquf Tiada Wuquf
Perkara Melontar 7 anak batu pada ketiga-tiga Tiada melontar Jamrah
Wajib jamrah
Bermalam di Muzdalifah Tiada bermalam di Muzdalifah
Bermalam di Mina Tiada bermalam di Mina
Melontar 7 anak batu di Jamrah Kubra Tiada melontar Jamrah Kubra

9. Nyatakan dua persamaan ibadat haji dan umrah dalam perkara wajib haji. [2 markah]
Aspek Haji dan Umrah

Perkara Wajib *Larangan ihram


*Mempunyai Miqat Makani
10. Nyatakan dua larangan ketika ihram haji dan umrah. [2 markah]
Kecantikan Wangi-wangian
- Menyapu minyak rambut. - Berwangi-wangian sama ada pada pakaian,
- Mencabut bulu atau rambut. badan atau menghidunya.
- Memotong kuku.
Pakaian Alam sekitar
- Memakai pakaian berjahit atau bercantum bagi - Memburu binatang buruan.
lelaki. - Memotong atau merosakkan tumbuhan.
- Menutup kepala bagi lelaki
- Menutup muka bagi perempuan
- Memakai sarung tangan lelaki @ perempuan.
Hubungan seksual
- Berkahwin, mengahwinkan atau wakil untuk menerima nikah.
- Melakukan perbuatan merangsang syahwat.
- Persetubuhan suami isteri.
11. Nyatakan dua larangan ihram dari aspek kecantikan. [2 markah]
- Menyapu minyak rambut.
- Mencabut bulu atau rambut.
- Memotong kuku.
12. Nyatakan dua jenis haji. [2 markah]
- Haji Ifrad
- Haji Qiran
- HajiTamattuk
13. Nyatakan maksud haji Tamattuk. [2 markah]
9
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan Haji [1M] kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama.
[1M]
14. Nyatakan pengertian haji Ifrad. [2 markah]
Mengerjakan haji dahulu kemudian umrah [1M] pada tahun yang sama. [1M]
15. Terangkan dua hikmah mengerjakan haji. [4 markah]
Rohani Sosial
- Menghapuskan dosa dan mendapat syurga - Saling mengenali sesama umat Islam [1M]
[1M] kerana pengorbanan harta dan tenaga agar silaturrahim menjadi kukuh. [1M]
melakukan perintah Allah. [1M]
- Menzahirkan ketaatan melaksanakan
perintah Allah [1M] untuk mencapai rahmat
Allah. [1M]
Politik Dakwah
- Menzahirkan kekuatan umat Islam [1M] agar - Menyemarakkan perkembangan dakwah
Islam disegani oleh umat yang lain. [1M] Islam [1M] ke seluruh alam. [1M]
Ekonomi
- Meningkatkan taraf hidup umat Islam [1M] dengan menabung dalam Tabung Haji supaya dana umat
Islam meningkat. [1M]
- Meningkatkan dana umat Islam [1M] dengan mewujudkan sumber pendapatan baharu. [1M]
16. Jelaskan empat kaifiat pelaksanaan haji Tamattuk. [4 markah]
- Niat ihram Haji
- Wuquf di Arafah
- Bermalam di Muzdalifah
- Bermalam di Mina
- Melontar Jamrah Kubra
- Melontar di ketiga-tiga Jamrah
- Tawaf Ifadah
- Saie
- Bergunting

BIDANG FIQH
TAJUK : T4 SEMBELIHAN/ KORBAN/ AKIKAH
1. Nyatakan maksud sembelihan. [2 markah]
Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya [1M] dengan cara memutuskan urat halkum dan
urat mari’.[1M]
2. Nyatakan hukum sembelihan. [1 markah]
Wajib supaya halal dimakan dagingnya.
3. Jelaskan dua syarat sah sembelihan. [2 markah]
Penyembelih Binatang sembelihan
- Penyembelih beragama Islam atau ahli kitab. - Haiwan masih mempunyai hayat mustaqirrah.
- Melakukan penyembelihan hanya kerana - Putus urat halkum dan mari’ dengan segera
Allah. dan sekali sembelihan.
Alat sembelihan
- Boleh melukakan binatang sembelihan
kecuali kuku, gigi dan tulang
4. Jelaskan dua perkara sunat semasa sembelihan. [2 markah]
Penyembelih Binatang sembelihan
- Menajamkan pisau. - Membaringkan pada rusuk kiri.
- Menyembelih pada waktu siang.
- Menghadap kiblat.
- Membaca basmalah
Alat sembelihan

10
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Tajam seperti pisau.


5. Terangkan dua hikmah sembelihan. [4 markah]
- Membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram [1M] supaya ibadah diterima.
[1M]
- Menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang [1M] kerana toksin dan
bakteria yang terdapat dalam darah binatang telah dikeluarkan. [1M]
- Mempercepatkan proses kematian binatang [1M] kerana binatang disembelih. [1M]
6. Nyatakan maksud korban. [2 markah]
Menyembelih binatang ternakan (al-An'am) pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah)
[1M] bertujuan mendekatkan diri kepada Allah. [1M]
7. Apakah hukum korban?. [1 markah]
Hukum korban ialah sunat muakkad.
8. Senaraikan empat syarat sah korban. [4 markah]
- Berniat korban.
- Dilaksanakan selepas solat Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13
Zulhijjah.
- Binatang cukup umur.
- Binatang bersifat al-An'am.
9. Nyatakan dua binatang ternakan al An’am. [2 markah]
- Unta
- Biri-biri
- Kambing
- Lembu
- Kerbau
10. Jelaskan dua perkara sunat korban. [2 markah]
- Tidak bercukur dan memotong kuku pada pemulaan bulan Zulhijjah hingga selesai korban.
- Melakukan sembelihan korban sendiri.
- Membaca “Bismillahi Allahu Akbar” dan berselawat ke atas Nabi.
11. Jelaskan tiga cara pembahagian daging korban. [3 markah]
- 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin.
- 1/3 dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran.
- 1/3 dimakan oleh orang yang berkorban dan keluarganya.
12. Terangkan dua hikmah ibadat korban. [4 markah]
- Mengagungkan syiar Islam [1M] yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri kepada Allah. [1M]
- Menghayati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim [1M] supaya
semangat tersebut menaikkan semangat jihad. [1M]
- Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam [1M] kerana solat sunat Aidiladha menghimpunkan
seluruh umat Islam. [1M]
13. Nyatakan maksud akikah. [ 2 markah]
Menyembelih binatang ternakan (al-An’am) [1M] sempena kelahiran bayi. [1M]
14 Nyatakan hukum akikah. [1 markah]
Hukum korban ialah sunat muakkad.
15. Jelaskan dua perkara sunat akikah. [4 markah]
- Berdoa semasa menyembelih.
- Menyembelih ketika matahari sedang naik.
- Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.
16. Nyatakan tempoh pelaksanaan akikah. [2 markah]
Setelah kelahiran sehingga bayi baligh.
17. Jelaskan umur binatang al An’am untuk melaksanakan akikah. [1 markah]
- Unta: 5 tahun dan ke atas
- Biri-biri: 1 tahun atau sudah bersalin gigi
- Kambing: 2 tahun dan ke atas
- Lembu: 2 tahun dan ke atas
11
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Kerbau: 2 tahun dan ke atas


18. Jelaskan dua perbezaan antara korban dan akikah. [4 markah]
Korban Akikah
Menyembelih binatang ternakan (al-An'am) Menyembelih binatang ternakan (al-an’am)
bertujuan mendekatkan diri kepada Allah. sempena kelahiran bayi
Dilaksanakan pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari Dilaksanakan pada hari ke 7 kelahiran (afdal)
Tasyrik (13 Zulhijjah) atau sehingga baligh.
19. Jelaskan dua cara pembahagian daging akikah. [2 markah]
- Sunat dimakan oleh orang berakikah.
- Sunat dimasak manis.
- Afdal disedekahkan kepada fakir miskin.
20. Terangkan dua kelebihan menunaikan akikah. [4 markah]
- Menzahirkan kesyukuran kepada Allah [1M] kerana kurniaan cahaya mata. [1M]
- Menghebahkan berita kelahiran [1M] supaya tidak timbul prasangka. [1M]
- Menyuburkan sifat pemurah [1M] agar dapat menjauhi sifat bakhil. [1M]

BIDANG FIQH
TAJUK : T4 SOLAT SUNAT DHUHA/ SOLAT SUNAT GERHANA
1. Apakah maksud solat Dhuha. [2 markah]
Solat sunat Dhuha bermaksud solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi [1M] antara naik matahari selepas
Syuruk sehingga sebelum gelincir matahari.[1M]
2. Nyatakan hukum solat Dhuha. [1 markah]
Hukum solat sunat Dhuha adalah sunat muakkad.
3. Bilakah masa menunaikan solat Dhuha. [2 markah]
Pada waktu pagi antara naik matahari selepas Syuruk [1M] sehingga sebelum gelincir matahari. [1M]
4. Jelaskan dua hikmah menunaikan solat sunat Dhuha. [2 markah]
- Mendekatkan diri kepada Allah.
- Membuktikan ketaatan kepada Allah.
- Mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah.
5. Senaraikan empat kaifiat menunaikan solat sunat Dhuha. [4 markah]
- Membaca lafaz niat :
Usolli sunnatad Dhuha raka'taini lillahi taa'la
“Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 Rakaat kerana Allah Taala"
- Bilangan Rakaat adalah 2, 4, 6 atau 8 rakaat
- Cara pelaksanaan adalah afdal dilakukan sendirian.
- Bacaan dalam Solat :
Rakaat Pertama surah Al-Fatihah dan Surah as-Syams
Rakaat Kedua surah Al-Fatihah dan surah ad-Duha (boleh juga surah lain)
6. Nyatakan maksud solat sunat Gerhana. [2 markah]
Solat sunat Gerhana bermaksud solat sunat yang dilakukan ketika berlaku gerhana [1M] iaitu gerhana
matahari atau gerhana bulan dengan cara tertentu. [1M]
7. Nyatakan hukum solat sunat Gerhana. [1 markah]
Hukum solat sunat Gerhana adalah sunat muakkad.
8. Senaraikan empat kaifiat menunaikan solat sunat Gerhana. [4 markah]
- Membaca lafaz niat solat Gerhana sama ada gerhana bulan atau gerhana matahari.
- Bilangan rakaat 2 dan dilakukan ketika berlaku gerhana.
- Digalakkan dilakukan secara berjemaah
- Bacaan dalam solat
Rakaat Pertama : Al-Fatihah dan surah lain
Rakaat Kedua : Al-Fatihah dan surah lain
9. Terangkan dua hikmah solat sunat Gerhana. [4 markah]

12
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Menginsafi kekuasaan Allah terhadap penciptaan alam semesta [1M] agar sentiasa bersyukur dengan
nikmat kurniaanNya. [1M]
- Memohon keampunan kepada Allah terhadap segala dosa yang dilakukan [1M] agar terhindar
daripada kemurkaanNya. [1M]
- Memberikan peringatan kepada manusia [1M] supaya manusia tidak melakukan kerosakan dan
kemungkaran. [1M]
10. Nyatakan dua amalan yang digalakkan dilakukan semasa gerhana berlaku selain solat sunat Gerhana.
[2 markah]
- Banyakkan istighfar
- Banyakkan berdoa
- Melafazkan takbir
- Memberi sedekah

BIDANG FIQH
TAJUK : T5 SOLAT SUNAT ISTIKHARAH/ SOLAT SUNAT TASBIH
1. Nyatakan maksud solat sunat Istikharah. [2 markah]
Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah [1M] dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara.
[1M]
2. Nyatakan hukum solat sunat Istikharah. [1 markah]
Hukum solat sunat Istikharah ialah sunat.
3. Senaraikan empat kaifiat menunaikan solat sunat Istikharah. [4 markah]
- Membaca Lafaz niat :
Usolli sunnatal Istikharah raka'taini lillahi taa'la
“Sahaja aku solat sunat Istikharah 2 Rakaat kerana Allah Taala"
- Bilangan rakaat adalah 2 rakaat.
- Cara pelaksanaan adalah dilakukan sendirian.
- Bacaan dalam Solat :
*Rakaat Pertama surah Al-Fatihah dan Surah al Kafirun
*Rakaat Kedua surah Al-Fatihah dan surah al Ikhlas
4. Terangkan dua hikmah solat sunat Istikharah. [4 markah]
- Meningkatkan keimanan kepada Allah [1M] kerana menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan.
[1M]
- Sentiasa memohon sesuatu kepada Allah [1M] dalam membuat keputusan. [1M]
- Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik [1M] agar sentiasa memohon bantuan kepada Allah. [1M]
5. Apakah maksud solat sunat Tasbih. [2 markah]
Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih [1M] sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat. [1M]
6. Nyatakan hukum solat sunat Tasbih. [1 markah]
Hukum solat sunat Tasbih ialah sunat.
7. Terangkan dua hikmah solat sunat Tasbih. [4 markah]
- Mendapat keampunan [1M] kerana mengamalkan sunnah Rasulullah. [1M]
- Meraih ganjaran yang besar daripada Allah [1M] kerana banyak bertasbih. [1M]
- Memberi ketenangan jiwa [1M] kerana berzikir. [1M]

BIDANG FIQH
TAJUK : T5 PERKAHWINAN
1. Nyatakan maksud kahwin. [2 markah]
Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan [1M] menurut
hukum syarak.[1M]
2. Terangkan dua hukum berkahwin. [4 markah]
- Haram - Bertujuan untuk menzalimi atau memudaratkan pasangannya.
- Sunat - Mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahir dan batin.
- Harus - Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin.

13
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Makruh - Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah untuk
pasangannya seperti menghidap mati pucuk atau berpenyakit.
- Wajib - Bimbang akan terjerumus ke dalam kemaksiatan sekiranya tidak berkahwin dan mampu
untuk memberikan nafkah zahir dan batin.
3. Jelaskan dua hikmah perkahwinan dalam Islam. [4 markah]
- Memenuhi tuntutan batin yang merupakan fitrah manusia.
- Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala sosial yang boleh mencemarkan
maruah.
- Menghindari perbuatan seks secara bebas yang boleh membawa jangkitan.
4. Nyatakan tiga golongan wanita yang haram dikahwini selama-lamanya. [3 markah]
- Ibu
- Nenek dan ke atas
- Anak perempuan
- Cucu perempuan
5. Nyatakan tiga rukun nikah. [3 markah]
- Bakal suami
- Bakali isteri
- Wali
- Dua orang saksi
- Lafaz akad nikah
6. Nyatakan dua syarat bakal suami. [2 markah]
- Islam
- Lelaki yang telah dikenal pasti
- Bukan mahram
7. Senaraikan dua syarat wali. . [2 markah]
- Islam
- Lelaki
- Baligh
- Berakal
8. Jelaskan dua sebab perpindahan wali nasab kepada wali hakim. [4 markah]
- Tidak mempunyai wali nasab
- Wali hilang dan tidak dapat dikesan
- Saudara baharu yang tidak ada wali nasab
- Anak tidak sah taraf
9. Senaraikan empat ciri pemilihan calon suami isteri. [4 markah]
- Penghayatan agama yang baik
- Rupa paras yang baik
- Akhlak yang mulia
- Keturunan yang baik
- Sekufu
- Pasangan yang sihat
10. Apakah maksud kufu? [2 markah]
Kufu ialah persamaan taraf lelaki dan perempuan daripada pelbagai aspek [1M] seperti agama dan
kesolehan, pekerjaan, keturunan dan keilmuan. [1M]
11. Nyatakan dua aspek kufu. [2 markah]
- Agama dan kesolehan
- Pekerjaan
- Keturunan
- Keilmuan.
12. Nyatakan maksud merisik. [2 markah]
Maksud merisik ialah proses sebelum meminang [1M] untuk mengenal pasti status bakal isteri. [1M]
13. Nyatakan maksud meminang. [2 markah]

14
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

Maksud meminang ialah lamaran seseorang lelaki kepada seorang perempuan [1M] untuk dijadikan calon
isteri menurut u’ruf setempat. [1M]
14. Nyatakan maksud mahar. [2 markah]
Maksud mahar ialah pemberian yang bernilai atau berfaedah [1M] wajib diberikan oleh suami kepada
isterinya dengan sebab akad nikah. [1M]
15. Nyatakan hukum mahar. [1 markah]
Hukum mahar ialah wajib.
16. Nyatakan maksud walimatul urus. [4 markah]
Maksud walimatul urus ialah kenduri yang diadakan sempena perkahwinan.
17. Nyatakan hukum mengadakan walimatul urus. [1 markah]
Hukum mengadakan walimatul urus ialah sunat muakkad.
18. Jelaskan dua tujuan pensyariatan walimatul urus. [4 markah]
- Merapatkan hubungan silaturrahim kerana ketika majlis ramai saudara mara akan hadir dan bertemu.
- Menghebahkan perkahwinan kepada masyarakat untuk menghindari fitnah.
- Mensyukuri nikmat Allah atas perkahwinan yang didirikan.

BIDANG FIQH
TAJUK : T5 KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
1. Jelaskan dua tanggungjawab suami. [2 markah]
- Menyediakan keperluan asas untuk isteri dan anak-anak.
- Memberikan kasih sayang, belas kasihan dan nafkah batin.
- Memberikan didikan agama.
2. Jelaskan dua tanggungjawab isteri. [2 markah]
- Mentaati perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syarak.
- Melakukan perkara yang menyenangkan hati suami.
- Menjaga kehormatan diri (pemakaian, pandangan, pergaulan).
3. Jelaskan dua tanggungjawab suami isteri dari segi akidah. [4 markah]
- Menerangkan didikan akidah Islam yang betul kepada anak sejak kecil lagi.
- Memupuk asas ketakwaan yang mantap kepada ahli keluarga.
- Memelihara akidah keluarga daripada fahaman sesat.
4. Jelaskan dua tanggungjawab suami isteri dari segi ibadah. [4 markah]
- Mendidik keluarga dengan pengetahuan ibadat yang betul.
- Memastikan anggota keluarga menunaikan ibadat.
- Mempergiatkan cara hidup bersyariat dalam keluarga.
5. Jelaskan dua tanggungjawab suami isteri dari segi akhlak. [4 markah]
- Menunjukkan akhlak mulia untuk dicontohi ahli keluarga.
- Menyemai kasih sayang sesama ahli keluarga.
- Menegur ahli keluarga yang melakukan kemungkaran.

TAJUK : T5 ISU-ISU DALAM PERKAHWINAN


1. Senaraikan empat cara boleh berlakunya pembubaran perkahwinan. [4 markah]
- Talak
- Fasakh
- Khuluk
- Li’an
2. Nyatakan maksud talak. [2 markah]
Talak ialah pembubaran perkahwinan oleh suami [1M] dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan. [1M]
3. Jelaskan dua hukum talak berikut : [4 markah]
- Wajib [1M] - Berlaku perbalahan yang tidak dapat didamaikan setelah melalui proses
mahkamah.[1M]
- Sunat [1M] - Apabila isteri bersikap buruk.[1M]
4. Jelaskan dua jenis talak. [2 markah]

15
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Talak raj’ie
- Talak ba’in
5. Nyatakan maksud fasakh. [2 markah]
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim [1M] dengan sebab tertentu. [1M]
6. Nyatakan hukum fasakh. [1 markah]
Hukum fasakh ialah harus.
7. Jelaskan dua kesan fasakh kepada suami dan isteri. [4 markah]
- Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah.
- Boleh berkahwin semula dengan akad baharu dan mahar baharu.
8. Jelaskan maksud khuluk. [2 markah]
Khuluk ialah pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri [1M] dengan persetujuan membayar ganti rugi
kepada suami. [1M]
9. Nyatakan hukum khuluk. [1 markah]
Hukum khuluk ialah harus.
10. Senaraikan tiga contoh bayaran ganti rugi kepada suami bagi pembubaran perkahwinan secara khuluk.
[3 markah]
- Wang Tunai
- Hartanah
- Emas
- Perak
- Saham
- Manfaat
11. Apakah maksud li’an? [2 markah]
Lafaz sumpah suami apabila menuduh isterinya berzina [1M] tanpa empat orang saksi atau menafikan
nasab. [1M]
12. Nyatakan hukum li’an. [1 markah]
Wajib untuk mengelakkan suami daripada hukuman qazaf.
13. Nyatakan maksud iddah. [2 markah]
Maksud idah ialah tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri [1M] selepas pembubaran
perkahwinan atau selepas kematian suami. [1M]
14. Nyatakan hukum iddah. [1 markah]
Hukum iddah wajib.
15. Jelaskan dua larangan semasa iddah. [4 markah]
- Menerima pinangan lelaki lain secara terang atau kiasan.
- Keluar dari rumah yang disediakan suami kecuali untuk keperluan yang dibenarkan syarak.
- Berhias diri kecuali wanita yang dalam iddah Raj’ie.
16. Jelaskan dua situasi iddah bagi isteri yang diceraikan oleh suami. [4 markah]
Situasi Bercerai Hidup
Belum Putus Haid 3 Kali Suci
Telah Putus Haid 3 Bulan Hijrah
Belum Pernah Disetubuhi Tiada Iddah
Sedang Hamil Sehingga Melahirkan Anak
17. Nyatakan maksud rujuk. [2 markah]
Maksud rujuk ialah hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri [1M] yang
diceraikannya dalam tempoh iddah. [1M]
18. Nyatakan hukum rujuk. [1 markah]
Hukum rujuk ialah harus.
19. Nyatakan maksud nusyuz. [2 markah]
Maksud nusyuz ialah keengganan isteri mentaati perintah [1M] atau permintaan suami yang sah. [1M]
20. Nyatakan hukum isteri yang nusyuz. [1 markah]
Hukum nusyuz ialah haram.
21. Nyatakan maksud poligami. [2 markah]
16
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

Maksud poligami ialah amalan beristeri lebih dari seorang [1M] pada satu masa. [1M]
22. Nyatakan hukum poligami [1 markah]
Hukum poligami ialah harus.
23. Nyatakan maksud hadhanah. [2 markah]
Maksud hadhanah ialah penjagaan kanak-kanak yang masih kecil [1M] dan belum berupaya untuk
menguruskan dirinya sendiri. [1M]
24. Nyatakan hukum hadhanah. [1 markah]
Hukum hadhanah ialah wajib.
25. Nyatakan maksud anak angkat. [2 markah]
Maksud anak angkat ialah anak orang lain yang dipelihara [1M] tetapi tidak mempunyai hak seperti anak
kandung yang ditetapkan oleh syarak. [1M]
26. Nyatakan hukum mengambil anak angkat. [1 markah]
Hukum mengambil anak angkat ialah harus.
27. Jelaskan dua hak yang tidak diperoleh oleh anak angkat. [2 markah]
- Wali dalam perkahwinan
- Nasab
- Perwarisan harta pusaka [faraid]
28. Terangkan dua kesan perkahwinan yang tidak mengikut syariat dan undang-undang Islam.
[4 markah]
- Pasangan terpaksa dipisahkan [1M] jika didapati perkahwinan tidak sah mengikut hukum syarak. [1M]
- Pasangan boleh didenda [1M] jika disabitkan dengan kesalahan berkahwin tanpa mengikut saluran yang
betul bagi negeri masing-masing. [1M]
- Isteri tidak mempunyai dokumen yang sah [1M] untuk membuat sebarang tuntutan seperti hadhanah
dan harta pusaka jika berlaku kematian suami. [1M]

BIDANG TAMADUN & TOKOH


TAJUK : T4 KERAJAAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
1. Senaraikan dua ciri kepimpinan Saidina Abu Bakar al-Siddiq. [2 markah]
Dua ciri kepimpinan Saidina Abu Bakar al-Siddiq ialah :
- Bersikap tegas
- Berpandangan Jauh
- Setia dengan arahan Rasulullah SAW
- Mengamalkan syura.
2. Senaraikan dua ciri kepimpinan Saidina Umar al-Khattab. [2 markah]
Dua ciri kepimpinan Saidina Umar al-Khattab ialah :
- Bersikap tegas
- Berfikiran terbuka
- Adil
- Cekap
3. Senaraikan dua ciri kepimpinan Saidina Uthman bin Affan [2 markah]
Dua ciri kepimpinan Saidina Uthman bin Affan ialah :
- Berpandangan jauh
- Berfikiran terbuka
- Prihatin
- Inovatif
4. Senaraikan dua ciri kepimpinan Saidina Ali bin Abi Talib [2 markah]
Dua ciri kepimpinan Saidina Ali bin Abi Talib ialah :
- Bersikap tegas
- Berpandangan Jauh
- Berilmu
- Berani
5. Jelaskan dua pencapaian pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin dalam aspek ketenteraan. [2 markah]
Dua pencapaian pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin dalam aspek ketenteraan ialah :
17
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Saidina Umar telah membuka Baitul Maqdis.


- Saidina Umar meneruskan pembebasan negeri di wilayah Iraq.
- Saidina Uthman menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama.
6. Jelaskan dua pencapaian pemerintahan Khulafa’ar-Rasyidin dalam aspek pendidikan. [2 markah]
Dua pencapaian pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin dalam aspek pendidikan.
- Pengumpulan al-Quran semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar.
- Penubuhan al-Kuttab semasa pemerintahan Saidina Umar.
- Penulisan mashaf al-Quran pada zaman Saidina Uthman.
7. Jelaskan dua pencapaian Saidina Umar al-Khattab dalam pemerintahan. [2 markah]
Dua pencapaian Saidina Umar al-Khattab dalam pemerintahan ialah :
- Menyebarkan dakwah Islam sehingga ke wilayah Mesir, Parsi dan Rom.
- Penubuhan Majlis Syura.
- Penubuhan Jabatan Ketenteraan.
- Penubuhan Jabatan Hasil.
8. Terangkan dua iktibar pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. [4 markah]
Dua iktibar pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin ialah :
- Kita hendaklah mencontohi kepimpinan khalifah [1M] agar kesejahteraan agama terpelihara. [1M]
- Kita hendaklah menggiatkan usaha dakwah [1M] agar kebenaran Islam dapat disebarkan. [1M]
- Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan umat Islam [1M] dengan memelihara hak antara satu sama lain.
[1M]

BIDANG TAMADUN & TOKOH


TAJUK : T4 KERAJAAN UTHMANIYAH
1. Senaraikan dua pemerintah terkenal Kerajaan Uthmaniyah [2 markah]
Dua pemerintah terkenal Kerajaan Uthmaniyah ialah :
- Sultan Uthman bin Ertughrul
- Sultan Murad I bin Urkhan
- Sultan Muhammad al-Fatih bin Murad II
- Sultan Sulaiman al-Kanunname bin Salim
2. Senaraikan secara ringkas sejarah Kerajaan Uthmaniyah. [3 markah]
Sejarah ringkas Kerajaan Uthmaniyah ialah :
- Diambil sempena nama pengasasnya Sultan Uthman bin Ertughrul.
- Tempoh pemerintahan dari 1299-1924 masihi
- Kawasan pemerintahan meliputi sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika.
- Pusat pemerintah di Sogut, Bursa, Edirne dan Istanbul.
3. Nyatakan riwayat hidup Uthman bin Ertughrul. [3 markah]
Riwayat hidup Uthman bin Ertughrul ialah :
- Lahir pada 656 Hijrah / 1258 Masihi
- Mangkat pada 726 Hijrah / 1326 Masihi
- Memerintah selama 27 tahun
4. Nyatakan riwayat hidup Sultan Murad I bin Urkhan. [3 markah]
Riwayat hidup Sultan Murad I bin Urkhan ialah :
- Lahir pada 726 Hijrah / 1325 Masihi
- Mangkat pada791 Hijrah / 1388 Masihi
- Memerintah selama 30 tahun
5. Nyatakan riwayat hidup Sultan Muhammad al-Fatih bin Murad II [3 markah]
Riwayat hidup Sultan Muhammad al-Fatih ialah :
- Lahir pada 833 Hijrah / 1429 Masihi
- Mangkat pada 886 Hijrah / 1481 Masihi.
- Memerintah selama 31 tahun
6. Nyatakan secara ringkas riwayat hidup Sultan Sulaiman al-Kanunname bin Salim. [3 markah]
Riwayat hidup Sultan Sulaiman al-Kanunname ialah :
- Lahir pada 900 Hijrah / 1494 Masihi
18
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Mangkat pada 974 Hijrah / 1566 Masihi


- Memerintah selama 48 tahun
7. Jelaskan dua sumbangan Sultan Uthman bin Ertughrul. [2 markah]
Dua sumbangan Sultan Uthman bin Ertughrul ialah :
- Pengasas kerajaan Uthmaniyyah
- Menjadikan Bursa sebagai ibu negeri
- Menyatukan Wilayah Anatolia Selatan

8. Jelaskan dua sumbangan Sultan Murad I bin Urkhan [2 markah]


Dua sumbangan Sultan Murad I bin Urkhan ialah :
- Membentuk pasukan Janissary
- Memodenkan angkatan tentera laut
- Menjadikan Edirne sebagai Ibu negara
9. Jelaskan dua sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih bin Murad II [2 markah]
Dua sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih ialah :
- Membuka kota Constantinople
- Menyatukan empayar di utara Balkan
- Mewakafkan Aya Sofea sebagai masjid.
10. Jelaskan dua sumbangan Sultan Sulaiman al-Kanunname bin Salim [2 markah]
Dua sumbangan Sultan Sulaiman al-Kanunname ialah :
- Membuka Belgrade
- Membuka Algeria dan Tunisia
- Menyusun undang-undang Kanunname
11. Jelaskan dua faktor kegemilangan Kerajaan Uthmaniyah. [2 markah]
Dua faktor kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah ialah :
- Penguasaan laluan antara benua Eropah dan Asia.
- Masjid menjadi pusat penyebaran ilmu
- Sistem wakaf yang sistematik
12. Jelaskan dua faktor kemerosotan Kerajaan Uthmaniyah. [2 markah]
Dua faktor kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah ialah :
- Teknologi ketenteraan yang agak ketinggalan berbanding kuasa barat
- Persaingan politik dalaman istana / perebutan kuasa dalam kalangan putera raja.
- Kemerosotan ekonomi dan beban hutang yang tinggi
13. Terangkan dua iktibar daripada pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. [4 markah]
Dua iktibar daripada pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah ialah :
- Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa [1M] supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
[1M]
- Kita hendaklah banyak meneroka ilmu [1M] supaya mampu bersaing diperingkat antarabangsa. [1M]
- Kita hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam [1M] supaya hidup diberkati Allah SWT.
[1M]

TAJUK : T4 TOKOH EMPAT MAZHAB


IMAM ABU HANIFAH
1. Nyatakan dua riwayat hidup beliau. [2 markah]
Riwayat hidup Imam Abu Hanifah ialah :
- Nama sebenar Nukman bin Thabit al-Kufi
- Lahir pada 80 hijrah
- Tempat lahir Kufah
- Wafat pada 150 Hijrah
2. Senaraikan dua sifat peribadi beliau. [2 markah]
Dua sifat peribadi beliau ialah :
- Sangat memuliakan ilmu
- Kuat beribadat

19
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Sangat pemurah dan penyayang


- Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan
3. Senaraikan dua hasil karya beliau yang mahsyur. [2 markah]
Dua hasil karya Imam Abu Hanifah yang mahsyur ialah :
- Al-Fikah Al-Akbar
- Faraid
- Al-Alim Wal Mutaalim
4. Jelaskan dua sumbangan beliau. [2 markah]
Dua sumbangan Imam Abu Hanifah ialah :
- Menghasilkan karya Faraid
- Mengasaskan aliran mazhab Hanafi
- Mazhab Hanafi tersebar ke seluruh Asia Tengah dan Eropah.

TAJUK : T4 TOKOH EMPAT MAZHAB


IMAM MALIK R.A
1. Nyatakan dua riwayat hidup beliau. [2 markah]
Riwayat hidup Imam Malik ialah :
- Nama sebenar Malik bin Anas bin al-Madani
- Lahir pada 93 hijrah
- Tempat lahir Madinah
- Wafat pada 179 Hijrah
2. Senaraikan dua sifat peribadi beliau. [2 markah]
Dua sifat peribadi beliau ialah :
- Sangat mencintai Rasulullah SAW.
- Menghormati dan mencintai ilmu.
- Memuliakan majlis pengajian hadis.
- Sanggup berkorban harta demi ilmu.
3. Senaraikan hasil karya beliau yang mahsyur. [2 markah]
Hasil karya Imam Malik yang mahsyur ialah :
- Al-muwatta’
4. Jelaskan dua sumbangan beliau. [2 markah]
Dua sumbangan Imam Malik ialah :
- Menghasilkan karya al-Muwatta’
- Mengasaskan aliran Mazhab Maliki
- Mazhab Maliki tersebar ke beberapa negara seperti Mesir.

TAJUK : T4 TOKOH EMPAT MAZHAB


IMAM SYAFIE R.A
1. Nyatakan dua riwayat hidup beliau. [2 markah]
Riwayat hidup Imam Syafie ialah :
- Nama sebenar Muhammad bin Idris al-Syafie
- Lahir pada 150 hijrah
- Tempat lahir Ghazzah
- Wafat pada 204 Hijrah
2. Senaraikan dua sifat peribadi beliau. [2 markah]
Dua sifat peribadi beliau ialah :
- Sanggup bermusafir jauh untuk mendalami ilmu.
- Berani menegakkan kebenaran ketika difitnah.
- Sangat pemurah kepada fakir miskin
3. Senaraikan dua hasil karya beliau yang mahsyur. [2 markah]
Dua hasil karya Imam Syafie yang mahsyur ialah :
- Ar-Risalah
- Al-Umm
20
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Al- Musnad
4. Jelaskan dua sumbangan beliau. [2 markah]
Dua sumbangan Imam Malik ialah :
- Menghasilkan karya ar-Risalah
- Mengasaskan aliran Mazhab Syafie
- Mazhab Syafie tersebar ke beberapa negara seperti Malaysia.

TAJUK : T4 TOKOH EMPAT MAZHAB


IMAM AHMAD BIN HANBAL R.A
1. Nyatakan dua riwayat hidup beliau. [2 markah]
Riwayat hidup Imam Ahmad bin Hanbal ialah :
- Nama sebenar Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
- Lahir pada 164 hijrah
- Tempat lahir Baghdad
- Wafat pada 241 Hijrah
2. Senaraikan dua sifat peribadi beliau. [2 markah]
Dua sifat peribadi beliau ialah :
- Sangat mencintai ilmu
- Memiliki sifat pemaaf yang tinggi
- Banyak membaca dan menghafaz al-Quran sejak usia 9 tahun
3. Senaraikan dua hasil karya beliau yang mahsyur. [2 markah]
Dua hasil karya Imam Ahmad bin Hanbal yang mahsyur ialah :
- Al-Musnad
- Kitab At-Tarikh
- Kitab Al-Ilah
4. Jelaskan dua sumbangan beliau. [2 markah]
Dua sumbangan Imam Ahmad bin Hanbal ialah :
- Menghasilkan karya al-Musnad
- Mengasaskan aliran Mazhab Hanbali
- Mazhab Hanbali tersebar ke beberapa negara seperti Baghdad.
5. Terangkan dua iktibar daripada keunggulan tokoh. [2 markah]
Dua iktibar daripada keunggulan tokoh ialah :
- Kita hendaklah mencontohi kegigihan Imam Mazhab dalam menuntut ilmu [1M] supaya berjaya dunia
akhirat. [1M]
- Kita hendaklah menghormati perbezaan pandangan mazhab [1M] supaya masyarakat hidup harmoni.
[1M]
- Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari [1M] supaya hidup diberkati Allah SWT. [1M]

TOKOH T5
TAJUK : T5 AHMAD BIN IBRAHIM
1. Nyatakan dua riwayat hidup beliau. [2 markah]
Riwayat hidup Ahmad bin Ibrahim ialah :
- Nama sebenar Ahmad bin Mohammad Ibrahim
- Lahir pada 15 Mei 1916
- Meninggal dunia pada 17 April 1999
2. Nyatakan dua bukti ketinggian akhlak beliau. [2 markah]
Dua bukti ketinggian akhlak beliau ialah :
- Suka menyebarkan ilmu
- Menjaga etika keadilan ketika mendalami kes perbicaraan.
3. Jelaskan dua sumbangan beliau. [2 markah]
Dua sumbangan beliau ialah :
- Penulis buku undang-undang keluarga Islam seperti Family Law in Malaysia.
- Pelopor dan pengasas Jurnal Hukum.
21
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Menghasilkan buku undang-undang seperti Sistem Undang-Undang Malaysia


4. Terangkan dua iktibar daripada keunggulan tokoh. [4 markah]
Dua iktibar daripada keunggulan tokoh ialah :
- Kita hendaklah mencontohi kegigihan tokoh terdahulu dalam menuntut ilmu [1M] supaya berjaya
dunia akhirat. [1M]
- Kita hendaklah cekal memahami Islam [1M] agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. [1M]
- Kita hendaklah menjadi insan yang berkualiti [1M] agar dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.
[1M]

TAJUK : T4 AKHLAK ISLAMIYAH


ADAB TERHADAP ORANG SAKIT & ORANG KURANG UPAYA
1. Nyatakan dua adab terhadap orang sakit dalam aspek ibadat. [2 markah]
Dua adab terhadap orang sakit dalam aspek ibadat ialah :
- Mendoakan kesihatan mereka.
- Membantu mereka dalam melakukan ibadat.
2. Nyatakan dua adab terhadap orang sakit dalam aspek emosi. [2 markah]
Dua adab terhadap orang sakit dalam aspek emosi ialah :
- Memberikan semangat dan motivasi kepada mereka.
- Tidak mengganggu ketenteraman mereka.
3. Nyatakan dua adab terhadap orang sakit dalam aspek fizikal. [2 markah]
Dua adab terhadap orang sakit dalam aspek fizikal ialah :
- Memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih.
- Menyediakan keperluan dan kemudahan asas pesakit.
4. Terangkan dua hikmah beradab terhadap orang sakit. [4 markah]
Dua hikmah beradab terhadap orang sakit ialah :
- Menggembirakan pesakit [1M] agar hatinya tenang menempuh ujian Allah SWT. [1M]
- Melahirkan keinsafan [1M] kerana diberi nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan pesakit. [1M]
- Mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat [1M] agar hidup diberkati Allah SWT. [1M]
5. Jelaskan dua adab terhadap orang kurang upaya. [2 markah]
Dua adab terhadap orang kurang upaya ialah :
- Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk beribadat.
- Memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadat.
- Memberi layanan yang baik dan kasih sayang kepada mereka.
6. Terangkan dua hikmah beradab terhadap orang kurang upaya. [4 markah]
Dua adab hikmah beradab terhadap orang kurang upaya ialah :
- Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya [1M] kerana mendapat perhatian dari orang
lain. [1M]
- Memupuk sifat kebersamaan dalam masyarakat [1M] agar perpaduan dapat diwujudkan. [1M]
- Melahirkan rasa syukur [1M] kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna. [1M]

TAJUK : T4 AKHLAK ISLAMIYAH


WASATIAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT
1. Apakah maksud wasatiah? [2 markah]
Wasatiah ialah pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang [1M] dalam setiap tindakan. [1M]
2. Senaraikan empat prinsip wasatiah. [4 markah]
Empat prinsip wasatiah ialah :
- Kesederhanaan.
- Keseimbangan.
- Keadilan.
- Kecemerlangan.
3. Jelaskan dua aspek kesederhanaan dalam prinsip wasatiah. [4 markah]
Dua adab aspek kesederhanaan dalam prinsip wasatiah ialah :
- Menunaikan tugas dengan sempurna.
22
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022
Nota Intervensi Pendidikan Islam SPM 2022

- Memenuhi syarat dalam menjalankan tugas.


- Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
4. Jelaskan dua aspek keseimbangan dalam prinsip wasatiah. [4 markah]
Dua aspek keseimbangan dalam prinsip wasatiah ialah :
- Istiqamah melaksanakan ibadat fardu dan sunat.
- Menghayati al-Quran dan zikir dengan bersungguh-sungguh.
- Beribadat dengan seikhlas hati.
5. Jelaskan dua aspek keadilan dalam prinsip wasatiah. [4 markah]
Dua aspek keadilan dalam prinsip wasatiah ialah :
- Menunaikan hak kepada mereka yang berhak.
- Mengambil pendekatan dengan cara berhikmah.
6. Jelaskan dua aspek kecemerlangan dalam prinsip wasatiah. [4 markah]
Dua aspek kecemerlangan dalam prinsip wasatiah ialah :
- Melakukan kebaikan dalam kehidupan.
- Mencegah diri daripada melakukan kemungkaran.
- Melakukan tugas dengan penuh keikhlasan.
7. Terangkan dua hikmah melaksanakan wasatiah dalam kehidupan. [4 markah]
Dua hikmah melaksanakan wasatiah dalam kehidupan ialah :
- Syiar Islam dapat ditegakkan [1M] kerana menyempurnakan akhlak dan nilai murni dalam kehidupan.
[1M]
- Ekonomi masyarakat lebih stabil [1M] kerana tidak berlaku pembaziran. [1M]
- Tahap pendidikan dapat ditingkatkan [1M] agar dapat memenuhi keperluan negara. [1M]

TAJUK : T5 AKHLAK ISLAMIYAH


TAWADUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA
1. Apakah maksud tawaduk? [2 markah]
Tawaduk ialah sikap kerendahan hati [1M] kepada Allah SWT dan sesama manusia.[1M]
2. Jelaskan dua contoh sifat tawaduk Rasulullah SAW. [2 markah]
Dua contoh sifat tawaduk Rasulullah ialah :
- Baginda sangat menghormati dan menyayangi kanak-kanak.
- Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan.
3. Terangkan dua hikmah mengamalkan sifat tawaduk. [4 markah]
Dua adab hikmah mengamalkan sifat tawaduk ialah :
- Membentuk sifat bertakwa [1M] kerana mengamalkan sifat mahmudah. [1M]
- Dikasihi dan disenangi masyarakat [1M] kerana tidak sombong. [1M]
- Membudayakan sifat merendah diri [1M] agar Islam dipandang tinggi. [1M]

TAJUK : T5 AKHLAK ISLAMIYAH


ALAM SEKITAR PENENANG MINDA
1. Apakah maksud alam sekitar? [2 markah]
Maksud alam sekitar ialah segala benda hidup dan bukan hidup [1M] yang terdapat disekeliling manusia.
[1M]
2. Jelaskan dua adab menjaga alam sekitar. [2 markah]
Dua adab menjaga alam sekitar ialah :
- Sentiasa mengekalkan ekosistem flora dan fauna.
- Tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar.
- Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar.
3. Terangkan dua hikmah beradab dalam menjaga alam sekitar. [4 markah]
Dua hikmah beradab dalam menjaga alam sekitar ialah :
- Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar [1M] kerana menyedari tanggungjawab yang
diamanahkan. [1M]
- Melapangkan fikiran dan jiwa [1M] kerana melihat keindahan alam. [1M]
- Bebas daripada wabak penyakit [1M] kerana pembudayaan cinta alam sekitar. [1M]

23
@Hakcipta Terpelihara Panitia Pendidikan Islam SMK Pengalat Papar 2022

You might also like