You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK NONG CHIK Kod Sekolah: JBA1057

Nama Guru PN. HARYATI BINTI OTHMAN


1.
Nama Pengarang Dr. HM Tuah Iskandar
Biar Betul-betul
2. Judul/Muka Surat 3. Bidang:Motivasi
m/s 320
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku motivasi ini bersifat santai dan memudahkan para pembaca memperoleh
pendekatan yang bersahaja tetapi memberi manfaat. Seperti buku-buku motivasi yang
lain, beliau lebih suka mengajak para pembaca membina ilmu dan berfikir berteraskan
teladan dan pengalaman melalui kisah-kisah benar.

Nak buat sesuatu, biarlah betul-betul untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Itulah yang ingin beliau sampaikan dalam buku motivasi terbaru ini kerana
beliau berpendapat bahawa manusia ini kurang berdisiplin dalam pemikiran dan
perlakuan.

Selain itu, buku ini juga memotivasikan para pembaca agar sentiasa yakin kepada diri
sendiri, menjadi manusia yang berguna dan sentiasa berfikiran positif. Kesalahan yang
pertama yang pernah dilakukan boleh dibaiki kerana peluang kedua sentiasa terbuka.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Mengambil ikhtibar drpd apa yang disampaikan sebagai panduan dan dorongan untuk
terus menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang demi anak-anak didik.
Sering bersikap positif dalam kehidupan seharian dalam menempuh segala dugaan dan
rintangan yang tidak diduga.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Selalu memikirkan yang terbaik untuk anak-anak didik demi melihat mereka berjaya dan
menjadi insan yang berakhlak mulia dan terpuji pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( PN. HARYATI BT. OTHMAN ) ( )

You might also like