You are on page 1of 12

*SKRIP PENGACARA*

MAJLIS HARI KUALITI & KECEMERLANGAN


SMK PALONG TIMUR KALI KE-5 TAHUN 2022

Mengumumkan Ketibaan Yang dihormati Tn. Hj. Abdul Rahman


Bin Kechik Pegawai Pendidikan Daerah Segamat Diiringi Yang
Berusaha Tuan Pengetua SMK Palong Timur , para tetamu
jemputan dan para pentadbir ke Majlis Hari Kualiti dan
Kecemerlangan SMK Palong Timur 2022.

[Nyanyian Lagu Bangsa Johor]

Para Hadirin sekalian, diminta bersedia untuk menyanyikan lagu


Bangsa Johor dan Negaraku.

[Selesai Nyanyian]

Yang dihormati Tn. Hj. Abdul Rahman, Pegawai Pendidikan


Daerah Segamat, dif-dif jemputan, guru-guru Penolong Kanan,
guru- guru, ibubapa/penjaga serta para Pelajar dipersilakan
duduk.

Sebelum tirai dibuka , Sebelum Majlis Bermula, Marilah Kita


Bersama-Sama Menadah Tangan Memohon Limpah Rahmat Dan
Barakah Agar Majlis Kita Pada Pagi Ini Di Berkati Oleh Yang Maha
Kuasa.

Justeru, Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan Ustaz Mohd


Rashid Bin Hashim Bagi Memimpin Bacaan Doa. Dengan Limpah
Takzimnya Majlis Mempersilakan.
[Selepas Bacaan Doa]

Amin Amin Ya Rabbal Alamin….

Majlis Merakamkan Ribuan Terima Kasih Kepada Ustaz Mohd


Rashid Bin Hashim Atas Bacaan Doa Sebentar Tadi.

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalammualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.

Yang Dihormati,
Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Kechik,
Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Segamat.

Yang Berusaha ,
Encik Abdul Aziz bin Othman,
Pengetua SMK Palong Timur

Yang Dihormati,
Inspektor Muhammad Haziq bin Hamazah,
Pegawai Perhubungan Sekolah dari
Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat

Yang Dihormati,
Encik Azman Bin Hamli
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SMK Palong Timur

Yang Dihormati,
Encik Karim bin Zainuddin
Penyelaras Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Timur,

Encik Supie bin Othman,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Cik Norrizah Binti Mohd Shariff,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Nor Zilla Binti Mohd Idris


Guru Penolong Kanan Ko-Kurukulum,

Encik Muhammad Sarhan Ahzam bin Ab Aziz


Guru Penolong Kanan Tingkatan 6,

Jawatankuasa Pengelola Majlis Hari Kualiti dan Kecemerlangan


SMK Palong Timur Tahun 2022, Warga Pendidik Yang Berdedikasi,
Para Penerima Anugerah Serta Para Pelajar SMK Palong Timur
Yang Dirahmati Allah Sekalian.

CANTIK SULAMAN HASIL SI DARA,


SULAMAN MOLEK BERWARNA MERAH,
DUDUK BERSAMA , KITA BERMESRA,
MERAIKAN SI CEMERLANG PENERIMA ANUGERAH.

Alhamdulillah… Bersyukur Kita Ke Hadrat Illahi Kerana Dengan Izin


Dari –Nya Jua Kita Dapat Bersama-Sama Berhimpun Di Dewan Ini
Bagi Melangsungkan Majlis Hari Kualiti dan Kecemerlangan SMK
Palong Timur 2022.

[ Sebelum Persembahan]

Sidang Hadirin Yang Dihormati Sekalian,


Majlis Kita Pada Pagi Ini Bertujuan Untuk Memberi Penghargaan
Dan Pengiktirafan Kepada Para Penerima Anugerah Atas
Kecemerlangan Dalam Pelbagai Bidang Yang Merangkumi
Kurikulum, kokurikulum serta Kepimpinan Dan Sahsiah Diri.
BEREHAT ARJUNA DI BAWAH DAHAN,
SEBATANG DAHAN SI POHON GAMBIR,
ACARA BERMULA DENGAN PERSEMBAHAN.
AGAR TERUKIR SENYUMAN DI BIBIR.

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,


Marilah Kita Bersama-Sama Menyaksikan Persembahan Daripada
_________________________________________________.
Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

[Selepas Persembahan]

Majlis Mengucapkan Terima Kasih Atas Persembahan Yang


Dipersembahkan Sebentar Tadi.

[Sebelum Ucapan Pengetua]

Bagi Meneruskan Majlis, Dengan Segala Sukacitanya Dipersilakan,

Yang Berusaha,Encik Abdul Aziz bin Othman , Pengetua


SMK Palong Timur Bagi Menyampaikan Ucapan Alu-Aluan beliau.

Dengan Segala Hormatnya Majlis Mempersilakan.

[Selepas Ucapan Pengetua]

PERJALANAN JAUH TERASA PENAT,


NAMUN DITERUSKAN MENYEBERANGI TITI,
MADAH BERMAKNA MENJADI AMANAT,
AKAN DISEMAT KUKUH DI HATI.

Jutaan Terima Kasih Di Ucapkan Kepada Yang Berusaha Encik


Abdul Aziz bin Othman, Pengetua SMK Palong Timur, Atas Ucapan
alu-aluan Sebentar Tadi.
Bagi Meneruskan Majlis, Dengan Segala Sukacitanya Dipersilakan
Yang dihormati, Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Kechik bagi
Menyampaikan Ucapan Perasmian dan seterusnya
merasmikan Majlis Hari Kualiti kali ke-5 tahun 2022.

*GIMIK PERASMIAN*

(selepas ucapan perasmian)

Jutaan Terima Kasih Di Ucapkan Kepada Yang dihormati, Tn. Hj.


Abdul Rahman Bin Kechik kerana sudi menyampaikan Ucapan
Perasmian dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Kualiti dan
Kecemerlangan kali ke-5 tahun 2022.

Hadirin Yang Dikasihi Sekalian, Kini Tibalah Masa Yang Kita Nanti-
Nantikan Iaitu Penganugerahan Sijil Hari Kualiti dan
Kecemerlangan Tahun 2022 Peringkat SMK Palong Timur .

DUDUK BEREHAT MENGAIL IKAN,


TEPIAN SUNGAI DITUMBUHI LALANG,
PINTARNYA SI WATAN DENGAN DIDIKAN,
DIDIKAN DIBERI SI GURU CEMERLANG.

(PENYAMPAIAN ANUGERAH OLEH PERASMI)

Majlis dimulakan dengan mempersilakan


Yang dihormati, Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Kechik bagi
Penyampaian Anugerah Bagi Kategori Akademik Terbaik dan
juga tokoh-tokoh akademik, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Pendidikan Khas dan diiringi oleh tuan pengetua, Cikgu Abdul
Aziz bin Othman
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Mendahului senarai adalah anugerah bagi SUBJEK TERBAIK


(PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2022)…..

**Sila rujuk LAMPIRAN 1 (m/s 1-2)**

Bagi kategori subjek terbaik peperiksaan percubaan 2022:

1) Peringkat SPM, subjek terbaik ialah Pendidikan Seni Visual


dengan GPMP 3.50 dan dianugerahkan kepada Cikgu
Muhammad Mukhlis bin Ahmad Fadzil

2) Seterusnya bagi peringkat STPM semester 1, subjek terbaik


ialah Bahasa Melayu dengan nilai purata 2.00 dan
dianugerahkan kepada Cikgu Norashikin bin Mohamed.

3) Manakala, bagi STPM semester 3, subjek terbaik ialah


Ekonomi dengan nilai purata 2.00..dianugerahkan kepada
En. Mohd Sarhan Ahzam Bin Ab. Aziz.

Seterusnya, bagi kategori Peningkatan GPS (Lonjakan Saujana)


Peperiksaan

1) Peringkat SPM, subjek terbaik ialah Perniagaan dan


dianugerahkan kepada Cikgu Nor Akemal bin Mamat .
Beliau telah berjaya melonjakkan GPS dari 7.25 kepada 3.83
iaitu perbezaan GPMP sebanyak 3.42

2) Seterusnya bagi peringkat STPM, subjek terbaik yang


pertama ialah Pengajian Am dan dianugerahkan kepada
Cikgu Faizul bin A. Rahim iaitu lonjakkan GPS tahun 2020
iaitu 3.04 kepada 3.28 pada tahun 2021.

3) Subjek terbaik kedua ialah Pengajian Perniagaan dan


dianugerahkan kepada En. Mohd Radhi Bin Ismail iaitu
dengan lonjakkan GPS dari tahun 2020 3.00 kepada 3.11.
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan penyampaian
anugerah bagi tokoh-tokoh Kokurikulum tahun 2021 dan 2022.

Mendahului senarai ialah….

**SILA RUJUK LAMPIRAN PENERIMA ANUGERAH**

Seterusnya, majlis diteruskan dengan anugerah tokoh pelajar


Putera dan Puteri bagi sesi 2022. Izinkan kami membaca sedikt
biodata Tokoh Pelajar Putera dan Puteri.

Izinkan saya membacakan biodata TOKOH PELAJAR PUTERA….

Nama diberi Shah Azrul Iman Bin Shahrom Nizam. Di lahirkan


pada 10 Januari 2005 di Hospital Segamat. Beliau merupakan anak kedua
daripada 5 orang adik beradik. Dengan keazaman yang tinggi, menanam
cita-cita untuk menjadi seorang jurutera dan bermain bola sepak
menjadi hobi di waktu lapang.

SK LKTP PALONG TIMUR 1 merupakan sekolah pertama beliau


mendapat pendidikan dan SMK Palong Timur menjadi pilihan beliau
untuk meneruskan Pendidikan di peringkat PT3 dan bakal menduduki
SPM tidak lama lagi. Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan
yang lalu, beliau mendapat 4A 2B DAN 3C.

Dalam bidang kokurikulum, Shah Azrul Iman telah mewakili


sekolah dan daerah dalam permainan …………………………………………………..
dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kelab dan
Persatuan……………………………………………………………………. Beliau juga aktif
melibatkan diri dalam Unit ………………………………………………………….. dan
pada masa yang sama menjadi pengerusi bagi badan tersebut. SELAIN
ITU, BELIAU JUGA MERUPAKAN AHLI KEPADA PERSATUAN BAHASA
INGGERIS DI PERINGKAT SEKOLAH.
Izinkan saya membacakan biodata TOKOH PELAJAR PUTERI …

Dengan ini diumumkan bagi kategori Tokoh Pelajar 2022


(LELAKI) dianugerahkan kepada SHAH AZRUL IMAN BIN
SHAHROM NIZAM.

Seterusnya, diumumkan bagi kategori Tokoh Pelajar 2022


(PEREMPUAN) dianugerahkan kepada NURDIYANA BINTI
MAHADI.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kategori


Pendidikan Khas…….

**SILA RUJUK LAMPIRAN**

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih Terima Kasih Kepada


Yang Dihormati Tn Hj Abdul Rahman Bin Kechik dan juga tuan
pengetua di atas kesudian Menyampaikan Anugerah Sebentar
Tadi.

(PENYAMPAIAN ANUGERAH OLEH PENGETUA)

Majlis kini diteruskan bagi anugerah kategori seterusnya. Majlis


dengan ini menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua, Cikgu
Abdul Aziz dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Supie bin Othman untuk menyampaikan anugerah bagi
kategori seterusnya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian bagi anugerah

Bagi kategori pelajar terbaik Peperiksaan Pertengahan/


Percubaan 2022:
**Sila rujuk LAMPIRAN **

Seterusnya, bagi kategori pelajar STPM terbaik 2021:

**Sila rujuk LAMPIRAN**

Bagi pencapaian dalam Anugerah Program Nilam, senarai


didahului oleh: ** SILA RUJUK LAMPIRAN**

Bagi kategori seterusnya ialah Anugerah Kehadiran Guru 100%


tanpa mengambil cuti sakit atau cuti rehat khas. Senarai
didahului oleh:

** SILA RUJUK LAMPIRAN**

Majlis diteruskan dengan Anugerah Kehadiran Guru 100% tanpa


mengambil cuti sakit. Senarai didahului oleh:

** SILA RUJUK LAMPIRAN**

Bagi kategori Anugerah Penyediaan EBRM terbaik, senarai


didahului oleh:

** SILA RUJUK LAMPIRAN**

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Cikgu


Abdul Aziz dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Supie bin Othman kerana sudi menyampaikan anugerah
berkenaan tadi.
(PENYAMPAIAN ANUGERAH OLEH YDP PIBG)

Majlis kini diteruskan bagi Anugerah Pengurusan Kokurikulum.


Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan YDP PIBG,
Encik Azman bin Hamli dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Cikgu Nor Zilla binti Md. Idris untuk menyampaikan
anugerah bagi kategori seterusnya.

Bagi Anugerah Ahli kelab/persatuan dan unit beruniform terbaik


tahun 2021** SILA RUJUK LAMPIRAN**

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Kokurikulum bagi tahun


2022……mendahului senarai adalah anugerah ** SILA RUJUK
LAMPIRAN**

Bagi Anugerah terakhir bagi unit Kokurikulum ialah Anugerah


Pemakaian Uniform Terbaik 2022

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG , Encik Azman


bin Hamli dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Cikgu Nor Zilla binti Md. Idris kerana sudi menyampaikan
anugerah berkenaan tadi.

(PENYAMPAIAN ANUGERAH OLEH PEGAWAI PERHUBUNGAN


SEKOLAH , INSPEKTOR HAZIQ)

Majlis kini diteruskan bagi Anugerah Pengurusan Hal Ehwal


Murid. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan
Pegawai perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Muhammad Haziq
bin Hamazah dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan HEM, Cikgu
Norizzah binti Mohd Shariff untuk menyampaikan anugerah bagi
kategori seterusnya.
Bagi Unit Pengurusan HEM Terbaik 2021, anugerah ini
dianugerahkan kepada: ** SILA RUJUK LAMPIRAN m/s 2-3**

(diteruskan sehingga kategori KEHADIRAN MURID 100%)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Inspektor Muhammad


Haziq serta Guru Penolong Kanan HEM, Cikgu Norrizah Binti
Mohd Sharif kerana sudi menyampaikan anugerah unit Hal
Ehwal Murid tadi.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian, Kini Kita Telah Pun Tiba Di


Penghujung Majlis.

BERSYUKUR KINI KAMI PANJATKAN,


MAJLIS ANUGERAH TELAH DISEMPURNAKAN,
SEKALUNG PENGHARGAAN KAMI HULURKAN,
SEGULUNG TAHNIAH KAMI UCAPKAN.

Dengan Berakhirnya Upacara Penyampaian Anugerah Sebentar


Tadi, Maka Berakhirlah Sudah Majlis Hari Kualiti dan
Kecemerlangan Peringkat SMK Palong Timur Bagi Tahun 2022.

Tahniah Dan Syabas Diucapkan Kepada Para Penerima Anugerah


Pada Hari Ini. Semoga Kejayaan Ini Menjadi Pendorong Untuk
Terus Cemerlang Di Hari-Hari Yang Mendatang.

KERJASAMA HADIRIN AMAT DIHARGAI,


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI,
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
HARI KUALITI MENJADI MEMORI,

Sebelum Tirai Majlis Dilabuhkan, Majlis Ingin Merakamkan


Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Hadirin Atas Kerjasama Yang
Telah Diberikan.
Kami Selaku Pengacara Majlis, Mewakili Jawatankuasa Majlis
Hari Kualiti dan Kecemerlangan Bagi Tahun 2022 Ingin
Memohom Maaf Di Atas Segala Kekurangan, Terlanjur Kata
Mahupun Tersilap Bicara Sepanjang Majlis Berlangsung.
Sesungguhnya Yang Baik Itu Datang Daripada Allah S.W.T
Manakala Sebaliknya Datangnya Dari Kekhilafan Kami Sendiri.

DI ATAS DAHAN BURUNG TEMPUA,


MELIHAT RUSA TEPIAN PERIGI,
SALAM PERPISAHAN UNTUK SEMUA,
DI LAIN MASA BERSUA LAGI.

Hadirin Dipersilakan Berdiri….


Majlis Diakhiri Dengan Nyanyian Lagu Sekolah …

[Selepas Nyanyian]

Terima Kasih Atas Nyanyian Lagu Sekolah Sebentar Tadi….

Sekian…Wabillahitaufiq ……. Sekian,Terima Kasih

(PERASMIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH)

Majlis kini ingin menjemput tetamu kehormat, Yang Dihormati


Tn Hj Abdul Rahman, dif-dif jemputan diiringi Tuan Pengetua
serta para pentadbir ke Pusat Sumber Sekolah bagi upacara
perasmian pembukaan semula Pusat Sumber Sekolah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

You might also like