You are on page 1of 1

Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM)

untuk Zon Pergigian akan dijalankan pada 14 Jun 2022. Tujuan audit EKSA ini adalah untuk
memastikan etika kerja yang diamalkan oleh anggota di Program Kesihatan Pergigian, Kementerian
Kesihatan Malaysia (PKP KKM) dilaksanakan mengikutkan garis panduan perlaksanaan EKSA. Pada
audit EKSA IPKKM Bil.2/2021 yang telah dijaalankan pada 21 Disember 2021, PKP KKM telah
mendapat pencapaian yang sangat cemerlang iaitu 98.1%

Untuk makluman pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam
dan sentiasa amal dengan penambahan 5 elemen baru iaitu Imej korporat, pembudayaan kreativiti
dan Inovasi, aspek amalan hijau, persekitaran kondusif yang mesra pelanggan dan kepelbagaian
agensi.

Ingin saya mengingatkan kepada semua bahawa Dasar EKSA IPKKM adalah “EKSA menjadi
pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran
kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat”. Sehubungan dengan itu diharapkan anggota
PKP KKM dapat memastikan persekitaran tenpat kerja masing-masing selamat, bersih, kemas dan
selesa. Anggota PKP KKM juga hendaklah sentiasa meningkatkan disiplin dan semangat kerja
berpasukan

Diharapkan semua anggota telah bersedia untuk audit EKSA tahun ini dan semoga kita dapat
mengekalkan pencapaian cemerlang seperti tahun lepas.

You might also like