You are on page 1of 2

Bahagian Audit Sekolah

KETUA JABATAN

Nama :
Encik Azmi Bin Mohammad

LATAR BELAKANG
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 yang dibuat di bawah seksyen 130 Akta Pendidikan 1996
(Akta 550), antara lain, menghendaki sesuatu Institusi Pendidikan Islam atau Institusi Pendidikan Kerajaan atau
Bantuan Kerajaan yang menerima bantuan kewangan, menyediakan dan mengemukakan penyata kewangan
tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum kepada
Ketua Pusat Tanggungjawab. Penyata ini yang kemudiannya hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Audit
Sekolah untuk tujuan pengauditan tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya. Bagi memenuhi peruntukan peraturan
ini, Bahagian Audit Sekolah telah menjalankan tiga (3) jenis kaedah pengauditan seperti berikut: -

Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan


Pengauditan Pematuhan
Pengauditan Terhadap Program Bantuan

Bahagian ini diketuai oleh Setiausaha Bahagian dan mempunyai 466 pegawai-pegawai yang ditempatkan di Ibu
Pejabat Putrajaya dan 21 Bahagian Audit Sekolah cawangan negeri di seluruh Malaysia.

VISI
Cemerlang dalam khidmat pengauditan

MISI
Menyumbang kepada prestasi cemerlang pengurusan kewangan dan akauntabiliti sekolah

OBJEKTIF
Menjalankan pengauditan terhadap akaun sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi memastikan wujud
akauntabiliti dalam pengurusan kewangan serta melaporkan kepada pihak pengurusan.

FUNGSI
Memeriksa dan mengesahkan penyata kewangan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
Menentukan pengurusan dan kawalan kewangan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dijalankan dengan
baik, teratur dan kemaskini serta mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan
Memberi pendapat sama ada penyata kewangan yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan
sekolah yang benar dan saksama
Menentukan sama ada program bantuan kerajaan telah digunakan dengan cekap, berhemat dan dibelanjakan
bagi maksud yang diberi

PIAGAM PELANGGAN
Mengeluarkan Pemerhatian Audit Ringkas semasa sesi exit conference untuk menjelaskan penemuan audit,
kesimpulan dan syor bagi membolehkan sekolah-sekolah untuk mengambil langkah-langkah pembetulan dan
tindakan yang berkesan untuk menangani isu yang dibangkitkan.
Melaksanakan program sekolah angkat untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang memerlukan petunjuk
untuk mengatasi kelemahan dalam pengurusan kewangan mereka.
Bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri / Institut Aminuddin Baki untuk memberi ceramah / kursus /
latihan / bengkel dalam bidang perakaunan dan pengurusan kewangan.

STRUKTUR ORGANISASI
(/images/kpm/carta/CARTA-BAS-2.png)Carta_Organisasi_Bhg_Audit_Sekolah_Ibupejabat_KPM.pdf
(/images/newportal/maklumatbahagian/Carta_Organisasi_Bhg_Audit_Sekolah_Ibupejabat_KPM.pdf)
(/images/kpm/carta/CARTA-BAS-2.png)

HUBUNGI
Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Bahagian Audit Sekolah 03-8872 1721 03-8872 1736 bas


Aras 2, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Hits: 2399

Cetak

You might also like