You are on page 1of 3

Projek individu

Untuk projek individu ini, anda perlu menyediakan Slaid Powerpoint mengikut kreativiti
sendiri berdasarkan tajuk yang telah saya berikan. Anda perlu muat turun fail di bawah
untuk mengetahui apakah tajuk slaid anda nanti. Format slaid mestilah mengandungi;

1. Pengenalan.

2. Isi utama.

3. Pandangan sarjana mengenai peristiwa tersebut.

4. Kesimpulan.

5. Sumber rujukan @ Bibliografi.

Arahan kepada pelajar:

a) Projek individu ini perlu dibuat secara INDIVIDU sahaja dan fokus hanya kepada tajuk
yang telah diberikan.

b) Tuliskan nama penuh, nombor kad matrik dan foto gaya bebas di halaman pertama
slaid (templat dilampirkan)

c) Jumlah minimum slaid adalah 10 halaman dan maksimum adalah 15 halaman sahaja.

d) Anda perlu menyerahkan projek individu tersebut dalam portal PEARL ini sahaja.

e) Projek individu yang telah siap perlu diserahkan selewatnya 14 Januari 2024 (Ahad).

Anda dinasihatkan agar mengambil perhatian serius berhubung tarikh akhir penyerahan
projek ini kerana sebarang kelewatan penyerahan TIDAK AKAN
DITERIMA dan TIADA MARKAH akan diberikan.

Tugasan individu
Untuk tugasan individu ini, anda perlu menyediakan esei tugasan mengikut berdasarkan
tajuk yang telah saya berikan. Anda perlu muat turun fail di bawah untuk mengetahui
apakah tajuk slaid anda nanti. Format esei tugasan mestilah mengandungi;

1. Pengenalan

2. Isi utama

3. Pandangan sarjana mengenai peristiwa tersebut.

4. Kesimpulan

5. Nota kaki

6. Sumber rujukan @ Bibliografi

Arahan kepada pelajar:

a) Tugasan individu ini perlu dibuat secara INDIVIDU sahaja dan fokus kepada tajuk
yang telah diberikan.

b) Penulisan tugasan individu hendaklah ditaip dalam Bahasa Melayu dan jumlah
halaman tidak lebih dari 20 halaman termasuk rujukan @ bibliografi.

c) Anda perlu menggunakan saiz font 12, jenis font Times New Roman dengan langkauan
baris 1.15.

d) Sila guna templat muka hadapan tugasan individu seperti dilampirkan.

d) Gred F akan diberikan jika jumlah Turnitin melebihi 30% serta didapati menggunakan
pihak ketiga atau Chatgpt dalam tugasan ini. Anda tidak perlu lakukan semakan Turnitin
tersebut.

e) Tugasan individu hendaklah dihantar dengan menggunakan Microsoft Word sahaja dan
bukannya dalam bentuk PDF.

f) Anda perlu menyerahkan tugasan individu tersebut mengikut tajuk yang telah diberikan
di dalam portal PEARL ini sahaja.

g) Tugasan individu yang telah siap perlu diserahkan selewatnya 14 Januari 2024 (Ahad).

Anda dinasihatkan agar mengambil perhatian serius berhubung tarikh akhir penyerahan
tugasan ini kerana sebarang kelewatan penyerahan TIDAK AKAN
DITERIMA dan TIADA MARKAH akan diberikan.

You might also like