You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT (M) KAJANG

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


JALAN GEREJA
43000, KAJANG SELANGOR

No.Tel/ Faks : 03-87331525


Email : beb4068@moe.edu.m
Ruj. Kami : SMKCK 100-2/2/5 ( )
Tarikh : 28 DISEMBER 2023
Kepada Ibu bapa / Penjaga Murid-murid ,
SMK Convent (M) Kajang

Tuan/ Puan,

MAKLUMAN PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan / puan pihak sekolah akan mula mengumpulkan semua buku teks
SPBT serta membuat pengagihan buku teks SPBT bagi murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 untuk sesi
persekolahan 2024. Pemulangan buku teks SPBT bagi murid tingkatan 5 (2023) akan dilakukan
setelah tamat peperiksaan SPM.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberikan kerjasama kepada anak jagaan
tuan/puan dan pihak sekolah bagi memastikan proses pemulangan buku berjalan lancar pada
hari yang ditetapkan seperti dalam Lampiran 1. Murid yang gagal memulang dan mengambil
Buku Teks mengikut jadual seperti ketetapan, diminta untuk mengemukakan surat/ dokumen
daripada ibu bapa/ penjaga kepada Pengetua.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan guru tingkatan anak
jagaan tuan puan. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/ puan dalam perkara ini
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
( NORLILA BINTI OMAR )
Pengetua
SMK Convent (M) Kajang
LAMPIRAN 1

JADUAL PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT


TINGKATAN 1, 2, 3 dan 4

TINGKATAN TARIKH/HARI MASA TEMPAT PERKARA


1 24/1/2024 4.30 petang Makmal Beta Agih dan Pulang Buku
(Rabu)
2 2.00 petang

3 9.00 pagi

4* 5/1/2024 8.00 pagi Makmal Gama Pulang Buku


(Jumaat)

JADUAL PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT


TINGKATAN 5

TINGKATAN TARIKH/HARI MASA TEMPAT PERKARA CATATAN


5 Sapphire* 29 Februari 2024 2.00 petang Makmal Pulang Buku
( Khamis) Gama
5 Topaz*
(Biology)

5 Topaz* 5 Mac 2024 8.00 pagi Makmal Pulang Buku Pakaian T-shirt sukan
(P. Akaun) ( Selasa) Gama dan seluar track sekolah

5 Amber*

5 Jade* 1 Mac 2024 8.00 pagi Makmal Beta Pulang Buku Pakaian T-shirt sukan
5 Crystal* (Jumaat) dan seluar track sekolah

ARAHAN KEPADA SEMUA MURID

1. Semua buku hendaklah dibalut dengan pembalut plastik. Mana- mana buku yang tidak dibalut,
perlu diselesaikan proses membalut pada hari berkenaan sebelum dipulangkan kepada unit
SPBT. Koperasi SMKCK ada menyediakan perkhidmatan membalut buku dengan pembalut
plastik pada kadar RM1.00 setiap buku.
2. Murid Tingkatan 5 (2023) yang mengambil peperiksaan terakhir pada 7 Mac 2024, diminta
memulangkan buku teks pada guru penyelaras SPBT pada hari tersebut setelah tamat
peperiksaan
3. *Murid Tingkatan 4 dan 5 yang memulangkan buku diminta mengasingkan dan mengikat
buku mengikut mata pelajaran teras dan elektif. Sila rujuk LAMPIRAN 2.
4. Bagi penggantian buku teks yang rosak atau hilang, harga buku teks boleh dirujuk dalam
senarai yang dilampirkan.

You might also like