You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Pejabat Pendidikan Daerah Baling


Batu 42, Jalan Kulim Baling Tel : 04 4704344
09100 BALING Fax : 04 4703319
KEDAH DARUL AMAN. Emel: adminppdbs@moe.gov.my
___________________________________________________________________________
Rujukan Kami : PPDB.600 – 2 / 3 / 1(12 )
Tarikh : 9 April 2023

Guru Besar
SK / SJKC / SJKT
Daerah Baling

Tuan,

PELAN ANTI RASUAH NASIONAL (NACP) KPM BAGI INISIATIF 2.4.5: MEMBERI PENEKANAN YANG LEBIH
TERHADAP KEPENTINGAN NILAI MURNI DALAM SILIBUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pendidikan Sivik Prasekolah dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu
serta holistik di semua prasekolah. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengambil inisiatif merangka aktiviti
Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang perlu dilaksanakan di prasekolah bagi sesi 2023-2024.

3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon untuk memastikan aktiviti-aktiviti (seperti dalam lampiran) tersebut
dilaksanakan di prasekolah masing-masing.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi Puan Suraiya binti Zainol Abidin, Penolong PPD
Pemulihan Khas (Pegawai Meja Pembelajaran Prasekolah), Sektor Pembelajaran PPD Baling melalui talian 04-
4704344 atau 019-5740643.

Kerjasama tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(MD NOR BIN HASAN)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Baling

MNH/sza

__________________________________________________________________________________
“MENERAJUI TRANSFORMASI”
LAMPIRAN 1

AKTIVITI PELAN ANTI RASUAH NASIONAL (NACP) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

BULAN APRIL 2023

AKTIVITI 1 :-
Pelancaran Pelan Anti Rasuah Peringkat Prasekolah

AKTIVITI 2 :-
Sudut Informasi Anti Rasuah – Dalam / luar bilik darjah

BULAN MEI 2023

AKTIVITI 3 :-
Tayangan Video Anti Rasuah

BULAN JUN 2023

AKTIVITI 4 :-
Pertandingan Poster / Kolaj Pelan Anti Rasuah

You might also like