You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SEMENYIH

43500 SEMENYIH, SELANGOR DARUL EHSAN

தேசிய வகை செமினி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி


43500 செமினி, சிலாங்கூர் டாருள் ஏசான்

KERTAS KERJA

MEMBAIK PULIH & MENAIK

TARAF MAKMAL SAINS

2023

1
1.0 PENDAHULUAN

Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di SJKT Ladang Semenyih
untuk memberikan kepada murid dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan
penyiasatan berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan
bahan dan alatan yang disedikan di dalam makmal untuk digunakan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta
persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat pelajar untuk
mempelajari subjek sains.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengecat dan melukis mural di makmal sains.
2.2 Menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik.
2.3 Melabel bahan dan radas yang di susun mengikut nama dan jenis bahan.
2.4 Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains.
2.5 Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan radas yang terdapat di dalam
makmal sains.
2.6 Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains.

3.0 SASARAN
Guru-guru Sains

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 16-31 Oktober 2023


Masa : Waktu Persekolahan (8.00 pagi - 1.00 petang)
Tempat : Makmal Sains SJKT Ladang Semenyih

2
5.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN.

5.1 Mengecat dan melukis mural di dinding makmal sains

5.2 Membersihkan dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmalsecara sistematik.

5.3 Menceriakan persekitaran makmal sains.

5.4 Melabel bahan dan radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.

5.5 Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains.

5.6 Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada papan kenyataan.

5.7 Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan radas di dalam makmal.

5.8 Membersihkan dan membuang alatan-alatan yang telah pecah dan tidak boleh digunakan

lagi.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT (RM) (RM)
1. Cat (undercoat) 2 (tong besar) 70.00 140.00
2. Cat 4 400.00 400.00
3. 500.00 500.00
4. Mural (di luar dan dalam 2 dinding 3000.00 6000.00
makmal ) panjang
5. Canon PIXMA printer 1 500.00 500.00
6. Desktop PC 1 2500.00 2500.00
7. Kertas laminate 1 15.00 15.00
8. Kertas warna 1 set 12.00 12.00
9. Pita pelekat (heavy duty) 5 8.00 40.00

3
JUMLAH .00

7.0 PENUTUP

Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih teratur
dan lebih ceria. Bilik persediaan makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk
membuat persediaan kepada aktiviti- aktiviti yang melibatkan penyiasatan
saintifik dan eksperimen. Dengan penambahbaikan yang dilakukan, ianya dapat
melancarkan lagi pengurusan makmal yang cekap dan efisien. Semoga
dengan penambahbaikan ini juga dapat meningkatkan tahap keselamatan dan
kesihatan kepada pekerja makmal dan juga guru sains yang terlibat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................... ..............................................

You might also like