You are on page 1of 13

Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan

Sumber

Tugasan 2

1.0 Pengenalan

Sains ialah satu bidang hasil daripada usaha manusia bagi mencari penerangan
yang rasional berkaitan kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam ini. Melalui kajian
dan dapatan-dapatan yang ditemu daripada kajian yang dijalankan, ahli-ahli sains
mengemukakan konstruk dan konsep bagi menerangkan fenomena semula jadi yang
diperhatikan. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli sains yang terdiri daripada pelajar-pelajar
sekolah digalakkan melakukan kajian-kajian sains dengan ‘hand-on’ bagi menemu dan
mencapai sesuatu matlamat. Pengajaran menerusi kaedah amali yang biasanya
dijalankan dalam makmal sains. Makmal sains yang dilengkapi dengan ciri-ciri makmal
sains bestari yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan mewujudkan peluang
kepada guru dan murid meneroka dan mengkaji tentang sesuatu konsep dengan
menjalankan amali sesuai dengan pendekatan inkuiri penemuan. Oleh yang demikian
satu kajian tentang pengurusan makmal sains telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Seremban Jaya 2 selama 1 bulan dari 22 Jun hingga 16 Julai. Sekolah Jenis
Kebangsaan Seremban Jaya 2 merupakan sebuah sekolah yang mula beroperasi pada
2 Jan 2010 yang terletak di bandar Seremban. Sekolah ini menampung seramai 50
orang guru dan 1300 orang murid pada tahun 2015. Dalam jumlah 50 orang guru,
seramai 7 orang guru bagi mata pelajaran Sains dilaporkan pada tahun 2015.

1.1 Objektif kajian

Kajian tentang pengurusan makmal ini dilakukan untuk mengenal pasti


kelengkapan kepelbagaian infrastruktur yang terdapat di sekolah berdasarkan kepada
ciri-ciri makmal sains bestari yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti dan memahami tentang ciri-ciri
makmal sains di sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2 seperti susun atur perabot,
notis amaran dan peraturan serta pengurusan penggunaan makmal yang mematuhi ciri-
ciri makmal sains bestari yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

1.2 Dapatan kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kelengkapan pengurusan makmal


sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2 yang mematuhi ciri-ciri pengurusan makmal
bestari. Makmal bestari merujuk kepada kurikulum sains bestari yang digubal
berdasarkan kepada faktor kemanusiaan sebagai pengguna dan mesin komputer
sebagai alat untuk mencapai ilmu pengetahuan diharmonikan dengan sebaik mungkin
untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, inovatif dan celik teknologi
serta mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan pelajar.
Pengurusan makmal di Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2 ini dikaji berdasarkan
kepada 4 aspek. Antaranya;

1.2.1 Kelengkapan Infrastruktur

Kelengkapan infrastruktur merujuk kepada kemudahan-kemudahan yang


ditentukan dalam sesuatu sekolah. Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2 juga
memenuhi kelengkapan infrastruktur dalam usaha mengaplikasikan ciri-ciri
makmal bestari. SK Seremban jaya 2 mempunyai 3 buah makmal yang dapat
menampung seramai 90 orang murid serta mempunyai ukuran dan luas makmal
seperti mana yang dapat memenuhi ciri-ciri makmal bestari.

Bil Makmal Ukuran makmal Jumlah menampung


(meter) pelajar
1 Makmal 1 15x30 30 orang

2 Makmal 2 15x25 30 Orang

3 Makmal 3 15x30 30 Orang

Jadual 1: Kemudahan makmal sains di SK Seremban Jaya 2

Selain itu, makmal sains SK Seremban Jaya 2 juga mempunyai kedudukan dan
ruang yang selesa di mana pelajar membolehkan melakukan eksperimen secara
aktif. Ia akan memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi

2
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.


Kedudukan dan ruang yang kondusif ini dapat memperkembangkan lagi
semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta
mengamalkan nilai-nilai murni serta menggalakkan murid mengikuti pelajaran
Sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam
kalangan murid. Tambahan lagi, makmal SK Seremban Jaya 2 mempunyai
ruang pengedaran udara dan cahaya yang kondusif di mana iklim yang stabil
membantu murid menjalankan eksperimen sains dengan berkesan.

Ruang yang selesa yang mengandungi ruang udara dan cahaya yang baik
di makmal sains SK Seremban Jaya 2

Selain itu, kemudahan-kemudahan peralatan dan perabot juga


memainkan peranan penting dalam kelengkapan infrastruktur dalam sesebuah
makmal sains. Berpandukan kepada pemerhatian saya secara menyeluruh ke
atas ketiga-tiga makmal sains didapati bahawa kemudahan yang terdapat dalam
makmal sains di sekolah tersebut masih kurang memuaskan memandangkan
kepada ciri-ciri makmal bestari. Kemudahan-kemudahan peralatan seperti kerusi,
meja, komputer dan sebagainya memainkan peranan penting dalam usaha
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan. Berikut
adalah perbandingan kemudahan-kemudahan yang asas terdapat di sekolah dan
kemudahan-kemudahan yang disarankan oleh Kementerian merujuk kepada ciri-
ciri makmal bestari.

BILANGAN UNTUK
PERABOT/PERALATAN (30 ORANG MURID)
BIL SAINS Kemudahan Kemudahan yang
disarankan oleh terdapat di sekolah
kementerian

3
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

1 Meja makmal 10 8
2 Bangku makmal 30 35
3 Komputer 1 0
4 Printer 1 0
5 DCD 1 0
6 Meja komputer 1 0
7 Skrin 1 1
8 Pembesar suara 1 0
9 Papan tulis 1 1
10 Papan tulis beroda 1 0
11 Bakul sampah 1 1
12 Langsir 1 set bilik 1 set
13 Kabinet 1 2
14 Almari cermin 1 1
15 Rak buku 1 1
16 Penggantung carta 1 0
17 Rak peralatan sains 1 2
18 Kit pertolongan cemas 1 1
19 Pemadam api 1 1
20 Penggera kebakaran 1 1
21 Selimut kalis api 1 0

Jadual 2: Perbandingan kemudahan-kemudahan yang disarankan oleh kerajaan

dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah.

Kemudahan-kemudahan perabot dan peralatan yang terdapat di makmal

4
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

Makmal SK Seremban Jaya 2 mempunyai beberapa kekurangan dari


segi kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi. Antaranya adalah,
kegunaan ICT dalam makmal sains di SK Seremban Jaya 2 masih tidak dapat
mencapai ciri-ciri makmal Bestari. Penggunaan ICT dalam makmal masih tidak
mencapai tahap yang optimum. Hal ini kerana, makmal sains di SK Seremban
Jaya tidak dilengkapi dengan komputer, LCD projektor dan sebagainya. Guru
hanya menggunakan komputer peribadi dan LCD projektor sendiri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, makmal sains di SK Seremban
jaya juga tidak dilengkapi jaringan Internet. Hal ini kerana, server Internet
sekolah yang dipasang terlalu jauh dari makmal Sains membuatkan jaringan
Internet tidak tercapai sehingga ke makmal tersebut.

Berdasarkan dengan kajian tersebut, beberapa usaha perlu diambil untuk


membuat penambahbaikan kelengkapan infrastruktur makmal sains sekolah SK
Seremban Jaya 2 yang memandangkan kepada ciri-ciri makmal sains bestari
yang disarankan oleh kementerian Pendidikan. Antara usaha yang boleh diambil
adalah, Ketua Panitia Sains seharusnya menjalankan peranan untuk menyemak
segala kemudahan atau kelengkapan yang diperlukan di bilik sains. Dengan
berbuat demikian, pihak sekolah mengambil inisiatif bagi mencari peruntukan
melalui PCG mahupun tajaan dari luar untuk membuat penambahbaikan
kelengkapan infrastruktur makmal sains di sekolah. Tambahan lagi, guru yang
mengajar sains juga perlu melaporkan segala kerosakan peralatan dan juga
perabot supaya dapat mengambil tindakan yang segera untuk memperbaiki
kerosakan tersebut. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif bagi
menyediakan kelengkapan ICT seperti komputer, LCD, Skrin dan sebagainya di
mana dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2 Susun atur perabot

Susun atur perabot secara sistematik juga mendorong kepada


pembelajaran yang aktif. Menurut Moslow, keselamatan persekitaran
pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bagi memastikan keselamatan dalam makmal sains, guru perlu
menyusun perabot dan peralatan dalam makmal secara bersistematik supaya

5
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

dapat menggelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Susun atur itu


merangkumi cara susun atur meja dan kerusi, perabot-perabot dan peralatan
sains serta bahan-bahan pengajaran yang terdapat di dalam bilik sains itu. Bilik
sains yang kondusif seharusnya mampu menyediakan ruang untuk menjalankan
aktiviti yang pelbagai bentuknya.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya, susun atur perabot dan


peralatan serta bahan-bahan sains bagi ketiga-tiga makmal sains tersebut
kurang memuaskan. Hal ini kerana, terdapat beberapa perabot seperti kerusi,
almari tidak disusun dengan teratur. Tambahan lagi terdapat juga beberapa
perabot rosak dan tidak diselenggarakan. Tambahan lagi, radas-radas sains
juga diletakkan secara tidak tersusun dengan rapi pada almari dan juga rak-rak
yang disediakan dalam makmal-makmal di sekolah tersebut. Keadaan ini telah
menyebabkan keadaan bilik sains agak serabut dan tidak teratur.

Penyusunan perabot dan peralatan yang agak serabut dan tidak tersusun

Selain itu, makmal SK Seremban Jaya 2 juga kekurangan perabot-


perabot untuk menyimpan radas-radas sains. Terdapat beberapa radas sains
diletakkan berselerak di atas meja disebabkan oleh kekurangan perabot. Selain
itu, terdapat juga radas-radas sains dengan berlabel diletakkan pada perabot.
Namun, terdapat juga beberapa radas sains masih tidak berlabel dalam makmal
tersebut. Tambahan lagi, sesetengah radas sains diletakkan pada kedudukan
yang kurang sesuai seperti radas kaca diletakkan pada kedudukan yang agak
tinggi. Hal ini menyukarkan murid untuk mengambilnya apabila diperlukan.

6
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

Selain itu, radas-radas seperti kanta pembesar, binocular diletakkan dalam


almari yang tidak berkunci boleh mengakibatkan risiko kecurian.

Bahan-bahan sains dan radas-radas sains berselerak di atas meja

Sehubungan dengan itu, penyelaras-penyelaras (guru) ketiga-tiga


makmal perlu mengadakan gotong-royong di ketiga-tiga makmal tersebut sama
ada selepas waktu persekolahan mahupun semasa aktiviti kokurikulum bagi
menceriakan lagi makmal-makmal tersebut. Selain itu, guru harus menyusun
perabot-perabot dalam makmal dengan teratur supaya memudahkan murid
menjalankan aktiviti di makmal dan mampu memberikan keselamatan kepada
murid. Tambahan lagi, guru harus membuat rekod tentang perabot-perabot yang
rosak supaya membuat aduan kepada pihak sekolah bagi membuat
penyelenggaraan dengan segera. Pihak sekolah dan juga penyelaras-penyelaras
makmal harus mengambil tahu tentang ciri-ciri makmal bestari supaya dapat
menyediakan kelengkapan perabot yang sistematik bagi menjamin proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

1.2.3 Notis amaran dan peraturan.

Keselamatan di makmal sains merupakan aspek utama untuk melindungi


guru dan murid dalam makmal daripada segala kemalangan akibat kecuaian
atau kejadian di luar jangkaan. Antara bahaya yang mungkin berlaku di makmal
sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan kebocoran
bahan kimia. Justeru itu, penyelaras makmal (guru) dan juga guru-guru Sains
yang lain yang menggunakan makmal harus meningkatkan pengetahuan dan

7
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

pemahaman mengenai selamatan tentang penggunaan makmal, peralatan dan


bahan sains. Oleh itu, notis amaran dan peraturan memainkan peranan penting
bagi memastikan keselamatan dalam makmal.
Melalui pemerhatian saya terhadap ketiga-tiga makmal di SK Seremban
Jaya 2, didapati terdapat kekurangan kepada notis-notis amaran. Hanya
beberapa notis dilekatkan pada bahagian papan kenyataan berhadapan dengan
bilik persediaan dan stor sahaja. Kedudukan itu kurang sesuai untuk
mempamerkan notis amaran kerana kurang dilalui oleh pelajar semasa berada di
bilik sains. Antara notis-notis amaran yang saya diperhatikan pada ketiga-tiga
makmal tersebut adalah :

Notis kebakaran Amaran simbol-simbol bahaya

Selain itu, peraturan makmal sains telah dipamerkan dengan jelas di


ketiga-tiga makmal sains. Namun, peraturan-peraturan makmal yang digantung
pada dinding agak tinggi di mana pelajar-pelajar sukar untuk membaca dan
menghayatinya. Kementerian Pelajaran Malaysia menyarankan agar setiap bilik
sains perlu mempamerkan peraturan bilik sains dengan jelas.

8
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

Peraturan-peraturan makmal

Sehubungan dengan itu, guru sains perlu menerangkan tentang notis amaran
dan peraturan makmal kepada murid apabila mereka pertama kali menggunakan
makmal tersebut. Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai bahaya
eksperimen dan memaparkan maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen.
Guru sains juga perlu pamerkan atau tampalkan banyak lagi notis-notis amaran di
sekitar bilik sains seperti “Tutup Suis Jika Tidak Digunakan” , “Jangan Sentuh Suis
Jika Tangan Basah” dan sebagainya pada ketiga-tiga makmal tersebut. Selain itu,
guru harus menampal atau menggantung notis amaran dan poster peraturan pada
tempat yang sesuai seperti laluan masuk ke makmal di mana murid dapat membaca
dan mengikutinya.

1.2.4 Pengurusan penggunaan makmal

Guru Sains dan penyelaras makmal sains juga perlu memainkan peranan
dalam menguruskan penggunaan makmal. Pengurusan makmal yang
bersistematik dan berkesan membantu guru-guru sains lain menggunakan
makmal Sains secara optimum bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pemerhatian saya tentang pengurusan makmal di ketiga-
tiga makmal SK Seremban Jaya 2 didapati mempunyai kelebihan dan turut
mempunyai beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Antara salah satu kelebihan
adalah, penyelaras sains menubuhkan jawatankuasa bagi setiap makmal di SK
Seremban Jaya 2. Hal ini terbukti apabila terdapat carta-carta organisasi
dipaparkan pada papan kenyataan setiap makmal.

Carta organisasi
makmal sains di
SK Seremban Jaya 2

Seterusnya, menyentuh
tentang kekerapan guru sains dan pelajar menggunakan makmal sains. Bagi

9
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

makmal sains di sekolah itu, terdapat sebuah buku log rekod penggunaan
makmal telah disediakan untuk merekod setiap kali makmal sains itu digunakan.
Penyediaan satu buku rekod penggunaan makmal sains itu merupakan salah
satu langkah yang sangat baik untuk dilaksanakan. Buku rekod penggunaan
makmal sains itu juga penting untuk ketua panitia bagi membuat pemantauan
atau pemeriksaan terhadap guru sains sama ada proses PdP mereka juga
menggunakan makmal sains.

Buku Log
penggunaan makmal Sains

Selain itu, buku log peminjaman radas dan bahan sains juga disediakan
di setiap makmal supaya mudah dapat untuk membuat rujukan sekiranya
berlaku sesuatu kejadian seperti kecurian, kehilangan radas sains atau alat sains
dengan merujuk guru sains dan pelajar yang menggunakan makmal sains pada
masa tertentu. Merujuk kepada buku rekod penggunaan tersebut, saya
mendapati bahawa penggunaan makmal oleh guru sains di sekolah itu baik
kerana catatan menunjukkan bahawa setiap minggu bilik sains sering digunakan
malah hampir setiap hari. Ini memberikan gambaran kepada saya bahawa
makmal sains di sekolah itu digunakan secara baik oleh guru sains.

10
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

Buku log peminjaman dan pemulangan bahan sains

Namun terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan ketiga-tiga makmal


tersebut. Antaranya, ketiga-tiga makmal tersebut tidak memaparkan jadual penggunaan
pada papan kenyataan. Hal ini menyukarkan guru-guru Sains yang lain merujuk
penggunaan makmal tersebut. Tambahan lagi, buku log penyelenggaraan perabot dan
bahan sains juga tidak disediakan dalam ketiga-tiga makmal tersebut. Hal ini
menyukarkan kepada guru-guru membuat rekod tentang kerosakan peralatan sains
Tambahan lagi, pihak sekolah juga sukar untuk membuat pemantauan dan
penyelenggaraan terhadap bahan-bahan dan peralatan sains dalam makmal.

Sehubungan dengan itu, guru penyelaras makmal harus menyediakan jadual


dan buku log penyelenggaraan supaya guru-guru menggunakan makmal secara
optimum dan berkesan. Selain itu, penyelaras makmal juga memastikan guru-guru yang
menggunakan makmal supaya merekod pada buku log penggunaan makmal ketika
menggunakannya. Penyelaras makmal juga harus mengemas kini buku log dari
semasa ke semasa supaya dapat membuat penambahbaikan sekiranya diperlukan.

1.3 Keceriaan makmal sains

Keceriaan makmal sains juga memainkan peranan penting dalam usaha


menyampaikan pembelajaran yang berkesan kepada anak murid. Melalui pemerhatian
saya, didapati ketiga-tiga makmal di SK Seremban Jaya menceriakan makmal sains
dengan baik. Misalnya, makmal-makmal sains dihiaskan dengan carta-carta tentang
pembelajaran sains, model-model dan juga dengan lukisan mirul-mirul yang cantik. Hal
ini dapat meningkatkan keyakinan pelajaran serta memotivasikan pelajar untuk
meneruskan pembelajaran yang kondusif.

11
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

Carta-carta yang menghiaskan makmal sains

Model bahagian dalam tubuh badan manusia

Mirul-mirul pada dinding makmal

12
Durai raj a/l Santhra saygan SCE 3123E Pengurusan Makmal Sains dan
Sumber

1.4 Kesimpulan

Pendidikan sains negara mengambil kira perkembangan terkini dalam sains dan
teknologi. Guru sains harus menyampaikan sesuatu konsep sains yang berkesan
dengan membuat pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan seperti demonstrasi atau memimpin pelajar untuk menjalankan amali
dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, guru haru mengambil inisiatif untuk
menyediakan makmal sains yang mempunyai ciri-ciri makmal bestari seperti mana
kehendak Kementerian pendidikan negara bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Guru harus mengambil kira tentang
kelengkapan infrastruktur supaya murid dapat menikmati pembelajaran yang berkesan.
Selain itu, guru harus memastikan penyusunan perabot dan peralatan sains secara
sistematik dalam makmal supaya dapat menjamin keselamatan murid semasa
menjalankan amali sains. Sehubungan dengan itu, guru harus menyediakan notis
amaran dan juga peraturan yang jelas supaya semua pelajar dapat menghayati dan
mengikutinya. Secara umumnya, pengurusan makmal yang baik dengan menyediakan
buku log penggunaan makmal ,buku log peminjaman bahan dan radas sains, buku log
penyelenggaraan dan kerosakan serta menyediakan jadual penggunaan membantu
guru menggunakan dan menguruskan makmal dengan bijak dan sistematik.

13

You might also like