You are on page 1of 11

SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/1

SISTEM TIGA FASA (3 Φ )

OBJEKTIF AM

Unit Memahami konsep-konsep asas sistem tiga fasa (3 Φ )

8 OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Menjelaskan prinsip asas sistem tiga fasa

 Membezakan sistem tiga (3 Φ ) dan satu fasa (1 Φ ).

 Menerangkan proses penjanaan sistem tiga fasa.

 Menyatakan maksud beban seimbang dalam sistem 3 Φ .

 Menyatakan bekalan tiga fasa mempunyai tiga dawai


hidup.
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/2

INPUT

8.0 SISTEM TIGA FASA ( 3 Φ )


Sistem banyak fasa adalah sistem yang mempunyai dua atau lebih punca voltan dengan
perbezaan sudut fasa yang tetap. Sistem tiga fasa ialah sistem yang mempunyai tiga (3)
sumber voltan yang sama magnitudnya yang dihasilkan oleh tiga gegelung pengalir yang
disusun dengan perbezaan sudut fasa 120o elektrik.

8.1 PENJANAAN VOLTAN TIGA FASA (3 Φ )


Penjana satu fasa (1 Φ ) mengeluarkan daya gerak elektrik (dge) menggunakan satu
gegelung pengalir yang diputarkan memotong fluks dalam medan magnet di antara kutub
utara dan kutub selatan stator. Jika gegelung pengalir ditambah pada rotor (pemutar)
sesebuah penjana, maka dge gelombang sinus akan bertambah dan sistem banyak fasa
akan terbentuk.

Bagi penjana 3 Φ , dge dijanakan menggunakan tiga gegelung pengalir yang disusun
supaya memberi tiga dge yang sama amplitudnya dan mempunyai anjakan fasa 120o
elektrik. Disebabkan ketiga-tiga gegelung pengalir mempunyai lilitan gegelung yang
sama dan berputar pada kelajuan tetap, tiga (3) dge yang mempunyai bentuk, nilai
puncak dan frekuensi yang sama terjana (Rujuk Rajah 8.1).

Sila baca dan faham bahagian


(8.1) dan (8.2) kerana ia
adalah komponen penting dalam
unit ini. Jika perlu jumpa
pensyarah anda !!!
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/3

Kutub Utara

Y
120o B”

R” Oo
R
240o
B Y”

Kutub Selatan

Rajah 8.1 : Tiga (3) Gegelung Pengalir Dalam Fluks Magnet

Dge

Em ER EY EB

360O θ
0O 120o 240o

Rajah 8.2 : Gambar Rajah Gelombang Sistem 3 Φ


SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/4

Pada kedudukan gegelung pada Rajah 8.1 di atas;

Dge terjana dalam gegelung RR” ialah E m sin 0 iaitu sifar.


Dge terjana dalam gegelung YY” ialah Em sin120o iaitu 0.866 Em volt.
Dge terjana dalam gegelung BB” ialah E m sin 240o iaitu –0.866 Em volt.

Dari gambar rajah gelombang pula (Rajah 8.2) ;

Voltan Talian Merah, E R = E m sin θ .


Voltan Talian Kuning, EY = Em sin(θ − 120o ) (8.1)
o
Voltan Talian Biru, EB = Em sin(θ − 240 )

Persamaan dge di atas boleh diungkapkan dalam bentuk perwakilan fasa seperti berikut ;
Em
ER = ∠0o
2
E
EY = m ∠ − 120 o (8.2)
2
E
E B = m ∠ − 240 o
2
di mana nilai ER , EY dan EB adalah nilai punca min kuasa dua dge, E pmkd .

Tahukah anda ?
Bagaimana pers. (8.1)
boleh diungkapkan
menjadi pers. (8.2) !!!.
Tanya pensyarah anda.
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/5

8.2 KEGUNAAN SISTEM 3 Φ

Di antara kegunaan sistem tiga fasa adalah ;


a) Untuk menghidupkan mesin-mesin 3 Φ .
b) Untuk membekalkan kuasa ke kilang-kilang yang besar.
c) Sebagai sistem penghantaran dan penagihan kepada pengguna.

8.3 PERBANDINGAN SISTEM 3 Φ DENGAN 1 Φ


Pada hari ini, sistem tiga fasa lebih banyak digunakan di dalam industri ynag
memerlukan kuasa yang tingi berbanding dengan sistem satu fasa. Di antara kelebihan
sistem tiga fasa berbanding satu fasa adalah ;

a) Lebih ekonomi kerana kurang kos pembinaan dan penyelengaraan. Bagi


membekalkan sejumlah kuasa ketara yang sama dengan sistem satu fasa, pengalir
yang digunakan lebih kecil dan seterusnya keperluan kuprum dapat dikurangkan.
b) Mudah dipasang kerana talian atau kabel lebih kecil dan ringan. Ini menyebabkan
struktur penyokong yang kecil boleh didirikan pada jarak yang agak jauh di antara
penyokong.
c) Peralatan 3 Φ seperti motor aruhan 3 Φ mempunyai ciriciri permulaan yang dan
kendalian yang lebih baik kerana kuasa seketikanya lebih stabil dan tetap.
d) Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sistem 3 Φ lebih tinggi berbanding 1 Φ .
e) Kebanyakan motor yang besar menggunakan motor aruhan 3 Φ kerana boleh hidup
sendiri tanpa memerlukan peralatan tambahan seperti pemuat, suis empar atau litar
tambahan yang lain
f) Produksi (keluaran) dan kualiti kerja peralatan 3 Φ lebih baik berbanding 1 Φ kerana
mempunyai kecekapan dan faktor kuasa yang lebih tinggi.

Kebiasaannya bekalan tiga fasa mempunyai tiga (3) dawai hidup atau pengalir fasa iaitu ;

a) Fasa Merah, R
b) Fasa Kuning, Y
c) Fasa Biru, B

Biasanya beban yang digunakan di setiap fasa adalah seimbang. Iaitu nilai beban (galangan)
pada setiap fasa adalah sama.

Ehhh !!! Rumah aku


guna sistem satu fasa
atau tiga fasa? Hee..
heee
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/6

Jadual 8.1 : Perbezaan Antara Sistem Satu Fasa Dan Tiga Fasa

SISTEM 1 Φ SISTEM 3 Φ

Definisi : Definisi :
Sistem yang mempunyai dua(2) kabel/dawai Sistem yang mempunyai tiga(3) kabel dari
penyambung dari bekalan ke beban iaitu, bekalan ke beban iaitu fasa merah (R), fasa
kabel hidup (L) dan kabel neutral (N). kuning (Y) dan Fasa biru (B).

Sambungan Talian : Sambungan Talian :

Kabel hidup R

Y
240V beban 240V 415V
B

Kabel neutral N

Bentuk gelombang : Bentuk gelombang :


Voltan Voltan
R Y B
240V 415V

360o 360
0
0 180 θ 120o 2400 θ
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/7

AKTIVITI 8

Uji kefahaman dan ingatan anda dengan membuat


aktiviti berikut. Sekiranya masih kabur, sila buat
ulangkaji.

8.1 Berikan definisi bagi sistem tiga fasa (3 Φ ).


8.2 Nyatakan tiga (3) kegunaan sistem 3 Φ yang anda ketahui.
8.3 Apakah yang di maksudkan dengan beban seimbang dalam sistem 3 Φ .
8.4 Senaraikan tiga pengalir fasa yang ada dalam sistem 3 Φ .
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/8

MAKLUM BALAS 8

8.1 Sistem tiga fasa ialah sistem yang mempunyai tiga (3) sumber voltan yang sama
magnitudnya yang dihasilkan oleh tiga gegelung pengalir yang disusun dengan perbezaan
sudut fasa 120o elektrik.

8.2 Di antara kegunaan sistem tiga fasa adalah ;


i. Untuk menghidupkan mesin-mesin 3 Φ .
ii. Untuk membekalkan kuasa ke kilang-kilang yang besar.
iii. Sebagai sistem penghantaran dan penagihan kepada pengguna.

8.3 Beban seimbang ialah nilai beban (galangan) pada setiap fasa adalah sama.

8.4 Kebiasaannya bekalan tiga fasa mempunyai tiga (3) dawai hidup atau pengalir fasa iaitu
i. Fasa Merah, R
ii.Fasa Kuning, Y
iii. Fasa Biru, B

Untuk perhatian pelajar. Unit 8,


keseluruhannya melibatkan teori dan
ianya memerlukan banyak kepada
bacaan dan hafalan ..!!!
Tahniah jika anda berjaya menjawab
semua soalan di atas.
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/9

Penilaian Kendiri

Untuk menilai prestasi


anda, sila jawab semua
soalan di bawah dan
hantar kepada pensyarah
anda untuk dinilai...
Semoga Berjaya !!!

1. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses penjanaan voltan tiga fasa (3Φ ) .
2. Salah satu perbezaan antara sistem satu fasa (1Φ ) dengan sistem tiga fasa
(3Φ ) adalah bentuk gelombang sinus. Lukis dan labelkan gambar rajah gelombang
sistem (3Φ ) .

3. Jelaskan tiga (3) kelebihan sistem (3Φ ) berbanding dengan sistem satu fasa (1Φ) .
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/10

MAKLUM BALAS KENDIRI

1. Proses penjanaan voltan tiga fasa :

Kutub Utara

Y
120o B”

R” Oo
R
B 240o
Y”

Kutub Selatan

Tiga (3) gegelung pengalir dalam fluks magnet

Penjana satu fasa (1 Φ ) mengeluarkan daya gerak elektrik (dge) menggunakan satu gegelung
pengalir yang diputarkan memotong fluks dalam medan magnet di antara kutub utara dan kutub
selatan stator. Jika gegelung pengalir ditambah pada rotor (pemutar) sesebuah penjana, maka
dge gelombang sinus akan bertambah dan sistem banyak fasa akan terbentuk.Bagi penjana 3 Φ ,
dge dijanakan menggunakan tiga gegelung pengalir yang disusun supaya memberi tiga dge yang
sama amplitudnya dan mempunyai anjakan fasa 120o elektrik. Disebabkan ketiga-tiga gegelung
pengalir mempunyai lilitan gegelung yang sama dan berputar pada kelajuan tetap, tiga (3) dge
yang mempunyai bentuk, nilai puncak dan frekuensi yang sama terjana
SISTEM TIGA FASA E1063/UNIT8/11

2. Rajah A2, adalah gambar rajah gelombang bagi sistem tiga fasa ;

Dge

Em ER EY EB

360O θ
0O 120o 240o

Gambar rajah gelombang sistem 3 Φ

3. Tiga (3) kelebihan sistem tiga fasa berbanding dengan satu fasa ;
i. Lebih ekonomi kerana kurang kos pembinaan dan penyelengaraan. Bagi
membekalkan sejumlah kuasa ketara yang sama dengan sistem satu fasa,
pengalir yang digunakan lebih kecil dan seterusnya keperluan kuprum dapat
dikurangkan.
ii. Mudah dipasang kerana talian atau kabel lebih kecil dan ringan. Ini
menyebabkan struktur penyokong yang kecil boleh didirikan pada jarak yang
agak jauh di antara penyokong.
iii. Peralatan 3 Φ seperti motor aruhan 3 Φ mempunyai ciriciri permulaan yang
dan kendalian yang lebih baik kerana kuasa seketikanya lebih stabil dan
tetap.
iv. Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sistem 3 Φ lebih tinggi berbanding 1 Φ .
v. Kebanyakan motor yang besar menggunakan motor aruhan 3 Φ kerana boleh
hidup sendiri tanpa memerlukan peralatan tambahan seperti pemuat, suis
empar atau litar tambahan yang lain
vi. Produksi (keluaran) dan kualiti kerja peralatan 3 Φ lebih baik berbanding
1 Φ kerana mempunyai kecekapan dan faktor kuasa yang lebih tinggi.

(Pilih tiga (3) sahaja)

You might also like