You are on page 1of 2

BULETIN

Program Pendidikan Khas


Integrasi (pembelajaran)
Sekolah Kebangsaan
Kuala Linggi
PPKI SKKL Kuala Sungai Baru,
Melaka

15 September 2017

USAHA, YAKIN, BERDIKARI


Edisi 9/2017

Pertandingan Fesyen Merdeka Molek Klasikal Orkestra


Sempena Hari Kebangsaan beraksi di Majlis Persaraan
Meriah.. Tuan Pengetua SMK Rahmat
Pada 25 Ogos yang lepas telah
berlangsungnya Pertandingan Fesyen Merdeka Tarikh 24 Ogos 2017 merupakan
sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan tarikh keramat bagi Tuan Haji Hamdan Bin
Peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi. Hashim, Pengetua SMK Rahmat kerana
Pertandingan dibahagikan kepada tiga beliau akan menamatkan perkhidmatan
kategori, iaitu Fesyen Merdeka Tahap 1, beliau sebagai penjawat awam. Satu majlis
Fesyen Merdeka Pra Sekolah dan Fesyen bagi meraikan persaraan beliau telah
Merdeka Pendidikan Khas. dianjurkan. Bagi memeriahkan lagi majlis
tersebut, PPKI SK Kuala Linggi telah
dijemput bagi mengadakan persembahan
sempena majlis persaraan tersebut.

Persembahan bermula pada jam 9.30


pagi. Para hadirin yang menyaksikan
persembahan tersebut amat terhibur. Ada
di kalangan hadirin yang tampil
menyumbang sejumlah wang kepada
anggota Molek Klasikal Orkestra.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada


SMK Rahmat atas kesudian menjemput
Antara peserta PPKI SKKL yang mengambil bahagian Molek Klasikal Orkestra melakukan
dalam Pertandingan Fesyen Merdeka
persembahan pada majlis yang pehuh
bermakna itu.
Bagi kategori Fesyen Merdeka
Pendidikan Khas, Adik MUhammad Fahmi Bin
Kamaruzzaman dari Kelas Cekal telah Tahukah Anda..?
dinobatkan sebagai Johan Pertandingan
tersebut. Naib johan pula disandang oleh Pada Tahun 2013, Muhammad Amirul Zikri
Adik Ras Seyra Sofea, juga dari Kelas Cekal, Bin Rahimi telah memenangi 4 Anugerah yang
manakala Adik Muhammad Badri Shah Bin berprestij Peringkat Kebangsaan, iaitu Anugerah
Mohd Shahir dari Kelas Ceria pula menduduki Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat
Tempat Ketiga. Kebangsaaan, Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat
Tahniah diucapkan kepada para Kebangsaan, Anugerah Kecemerlangan
pemenang, dan jutaan terima kasih kepada Kokurikulum Peringkat Negeri Melaka dan
ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
menyediakan kostum anak-anak mereka. Pendidikan Khas Negeri Melaka.
USAHA, YAKIN, BERDIKARI

Artikel Bulan Ini… 5. Sentiasa bergerak ke sana ke mari. (tidak duduk


ADHD (Bahagian 1) diam)
6. Banyak bercakap.
ADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia
melibatkan 3 jenis kepayahan : Kanak-kanak akan :
1. Kurang tumpuan 1. Menjawab dengan spontan walaupun soalan
2. Hiperaktif yang diajukan belum habis.
3.Menurut kata hati (Impulsiviti) 2. Tidak sabar menunggu giliran.
3. Sering mengganggu rakan lain semasa mereka
Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia bercakap atau bermain.
berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan
seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. * Tambahan :
Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.
Tiada punca utama di temui walaupun factor 1. Gejala-gejala dapat dikesan sebelum kanak-
genetic dan ketidakseimbangan bahan kimia di kanak berumur 7 tahun.
dalam otak mungkin menyumbang kepada 2. Gejala-gejala mestilah telah melebihi tempoh 6
terjadinya masalah ini. bulan.
3. Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat
Tanda & gejala atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat
awam.
Seorang kanak-kanak dikatakan 4. Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur
mempunyai masalah ADHD sekiranya dia kanak-kanak itu.
mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A 5. Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
dan/atau kategori B. 6. Perubahan perlakuan menimbulkan masalah
kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan
A. Kurang tumpuan rakan-rakan dan kehidupan hariannya.
Kanak-kanak sentiasa : Sekiranya anak anda memenuhi criteria seperti di
1. Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja atas, sila mendapat bantuan professional dengan
sekolah. segera.
2. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-
aktivitinya.
3. Sering kehilangan barang di rumah dan di Aktiviti Bulan September
sekolah.
6. Tidak berupaya mematuhi arahan.
7.Mengelakkan aktiviti yang memerlukan. Mesyuarat Pengurusan PPKI SKKL
konsentrasi dan fikiran. Isnin, 12 Januari, 1:35 Petang
8. Mudah hilang perhatian.
Minggu Keceriaan
9.Pelupa.
Isnin – Jumaat, 9 – 13 September.
B. Hyperaktif Bacaan Yasin

Kanak-kanak sering : Setiap Jumaat.


1. Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya.
serta mengeliat dan resah di tempat duduknya. Pemeriksaan Dan Rawatan Gigi.
2. Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun Khamis, 16 - 17 September, bermula 8.00
sepatutnya ia duduk di situ.
3. Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan pagi
berlebihan. (lebih dari kanak-kanak biasa)
4. Bising waktu bermain.

You might also like