You are on page 1of 2

Pencemaran udara yang kritikal

1. Analisis hujah :

- Pembebasan gas-gas berbahaya dan menyumbang kpd pencemaran udara


- Kesan atau Impak buruk kepada alam sekitar

2. Fakta Kes:

Jerebu: Seberang Jaya catat IPU tidak sihat 151 pagi ini
Dewi Nur Harasha Alias
April 17, 2023 06:15 MYT
SEBERANG JAYA: Seberang Jaya terus mencatatkan bacaan
Indeks pencemaran Udara ( IPU) tidak sihat iaitu 151 pada jam 10 pagi tadi.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS),
kadar IPU di kawasan itu mencatatkan peningkatan bacaan tidak sihat
dari 138 pada jam 6 pagi kepada 151 pada jam 10 pagi tadi.
Bacaan setakat 10 pagi hari ini mendapati, bacaan IPU di stesen Seberang Jaya
adalah 151, Seberang Perai (91), Minden (95) dan Balik Pulau (82).
Bacaan IPU antara 0-59 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana),
101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya

Bacaan IPU tinggi, penduduk Kota Bharu ambil langkah pakai pelitup muka
Bernama
April 17, 2023 10:26 MYT
KOTA BHARU: Kualiti udara di sekitar bandar ini yang
terjejas berikutan keadaan berjerebu membuatkan orang
ramai mula mengambil langkah memakai pelitup mengelak
sebarang risiko kepada kesihatan.Seorang guru Rosmalaili Abdul Rahman, 43,
berkata dia mengambil langkah memakai semula pelitup
muka apabila mengetahui udara terutamanya di kawasan
Kota Bharu merekodkan bacaan tidak sihat semalam.
Katanya dia khuatir dengan keadaan jerebu ketika ini akan mengundang kepada pelbagai masalah
kesihatan termasuk sakit
tekak, batuk, lelah dan sebagainya sekiranya tidak mengambil langkah penjagaan awal.

4,111 aduan pencemaran direkod sehingga Jun tahun ini


Nur Fazlizai Ali
Julai 4, 2022 03:15 MYT

MARANG: Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran


direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari
hingga 30 Jun lalu.Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air,
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, daripada jumlah itu lebih
80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara
atau pembakaran terbuka.Katanya kebanyakan pencemaran yang dilaporkan berada di kawasan
kilang yang terletak di sepanjang sungai.
3. Kesan
- Kehidupan seharian terjejas kerana ancaman masalah pernafasan

Penduduk diarah berpindah kerana pencemaran udara


Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 16, 2022 @ 2:02pm

bhnews@bh.com.my

NIBONG TEBAL: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana
Indah dan SK Bakap Indah bagi memindahkan penduduk Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru, di sini kerana
berdepan masalah pencemaran udara.

Ia susulan kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, di sini yang berlaku sejak Rabu lalu dan hingga
kini masih tidak dapat dipadamkan sepenuhnya.

Berikutan itu, usaha memindahkan penduduk yang terdiri daripada 86 keluarga membabitkan 400 individu itu
akan dilakukan dengan segera.

"Berdasarkan pemantauan didapati terdapat kandungan gas yang boleh memberi risiko kesihatan. Justeru,
penduduk yang tinggal di lokaliti Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru dinasihatkan untuk berpindah buat
sementara waktu.

- Risiko maut

Oleh :Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman

You might also like