You are on page 1of 4

KANESHVARAN A/L SELVAM PRK 3102

PISMP PRASEKOLAH 02, SEMESTER 6 IPG KAMPUS DARULAMAN


PENULISAN JURNAL

(21 OGOS 2011 – 25 OGOS 2011)

MINGGU KELAPAN

MASALAH / FOKUS : Belajar melalui Bermain

MASALAH

Ini merupakan minggu terakhir guru pelatih menjalani praktikum di SKSB. Guru pelatih telah bersedia
untuk mengajar dengan lebih terperinci dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula guru
pelatih telah diselia oleh dua orang pensyarah kanan dari Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus
Darulaman untuk tujuan RENTASAN CEMERLANG. Komen dan ulasan daripada kedua-dua pensyarah
tersebut telah meningkatkan keyakinan diri serta semangat dalam profesion perguruan ini. Pada dasarnya,
murid-murid prasekolah lebih suka bermain berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain. Guru pelatih
mendapati murid-murid prasekolah Sayangku juga sama di mana mereka lebih suka pada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik seperti aktiviti bermain. Oleh itu, guru pelatih perlu
merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid-murid prasekolah bermain dalam kalangan mereka.

ANALISIS MASALAH

Pengajaran sesuatu mata pelajaran mengikut perancangan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
dan Rancangan Pengajaran Slot (RPS) adalah baik tetapi aktiviti pengukuhan perlu dilebihkan daripada
interaksi pengajaran. Oleh hal yang demikian, guru pelatih perlu mengadakan aktiviti bermain yang lebih
untuk menarik perhatian murid-murid.

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan keseronokkan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Dengan perkataan lain, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu
atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi
bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran

atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan
semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990).
KANESHVARAN A/L SELVAM PRK 3102
PISMP PRASEKOLAH 02, SEMESTER 6 IPG KAMPUS DARULAMAN

Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai permainan
kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat
perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teorinya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak
kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing
(Kraus, 1990).

Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja
mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan
permusuhan terhadap adik tersebut. Dalam hal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa
tersebut. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperolehi perasaan mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk
berurusan dengan realiti sebenar (Kraus, 1990).

CADANGAN

Guru pelatih bercadang untuk mengajar murid-murid prasekolah dengan meluangkan lebih masa untuk
aktiviti pengukuhan melalui aktiviti permainan.

Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum


yang diseragamkan oleh pihak kementerian. Dalam konteks pendidikan prasekolah di Malaysia,
khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa
perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:
i. main yang terancang
ii. main yang berstruktur
iii. main yang fleksibel
iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif

Dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, elemen main memainkan peranan penting
dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam kalangan murid-murid prasekolah. Secara tidak langsung,
ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna sekiranya tiada
KANESHVARAN A/L SELVAM PRK 3102
PISMP PRASEKOLAH 02, SEMESTER 6 IPG KAMPUS DARULAMAN
perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis
menumpu atau mencapah.

Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara pandangan yang
dikemukan oleh Hughes (1999) dalam teorinya ialah :-
‘Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to
appreciate the fact that problems may have multiple solutions.’
Terdapat banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam konteks main. Antaranya ialah:
i. mengalakkan imaginasi
ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
iv. membina keyakinan diri
v. berorientasikan proses bukan hasil,
dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan
kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan
semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting pada masa kini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak
hairanlah jika manusia pada abad ke 21, menekankan aspek main sebagai salah satu daripada kaedah
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

TEMPOH PENYELESAIAN

Infiniti

TINDAKAN SUSULAN

Guru akan merekodkan setiap pemerhatian terhadap murid-murid prasekolah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang akan datang dengan mengadakan aktiviti pengukuhan khususnya aktiviti bermain
yang lebih banyak dan menarik.

RUJUKAN

Kraus, R. (1990). Recreation and Leisure in Modern Society, Fourth Edition. New York, NY:
HarperCollins College.
KANESHVARAN A/L SELVAM PRK 3102
PISMP PRASEKOLAH 02, SEMESTER 6 IPG KAMPUS DARULAMAN
Hughes, F. (1999). Children, play, and development (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

……………………………….. ……………………..
(PN. NOOR AINI BT HJ OSMAN) (CIK OOI SIEW TIN)
Guru pembimbing Pensyarah pembimbing

You might also like