You are on page 1of 14

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH MODEL DAN VISUAL BAGI

MENINGKATKAN PENGUASAAN TOPIK TITIK REFLEKSOLOGI KAKI KANAN


DAN KIRI

NOORFARISHAYUSNIDA BINTI YUSOF

SITI NAJIBAH BINTI MOHD NOR

SMK TAMAN TASIK

bea4601@moe.edu.my

ABSTRAK
Umumnya telah mengetahui bahawa yang berkesan dan efektif secara tidak langsung banyak menyumbang kepada
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, peranan seseorang guru amat penting dalam
menyumbang kepada kecemerlangan dan kejayaan murid. Refleksologi merupakan suatu bidang kajian dan amalan
untuk perawatan yang menggunakan “reflex points” dan kawasan-kawasan tertentu, di tapak kaki yang dikaitkan
dengan bahagian-bahagian badan yang tertentu. Ia menggunakan teknik yang memerlukan pergerakan tangan dan
jari yang jitu untuk meningkatkan peredaran darah. Kaedah menganalisis maklumat turut dilakukan bagi mengetahui
apakah cara terbaik bagi seorang guru untuk meningkatkan kaedah pdpdc yang berkesan. Hasil kajian telah
menunjukkan bahawa aspek-aspek seperti komunikasi banyak menyumbang kepada kemenjadian murid. Oleh itu,
bakal guru atau guru perlulah bersiap sedia dari semua sudut iaitu rohani, jasmani, emosi dan intelek bagi
menghadapi segala cabaran dan halangan dalam dunia pendidikan kini yang penuh pancaroba.
1.0 PENGENALAN

Penggunaan model dan visual secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kefahaman
murid tentang proses pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Menurut Ainulshahman (2012),
telah menyatakan bahawa penggunaan Model dan Pengajaran juga merupakan salah satu kaedah
inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh
guru untuk menjadikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan lebih mudah dan difahami oleh
murid.
Sehubungan dengan itu, penggunaan model dan visual bukan sesuatu yang baru dalam
proses pembelajaran, bagaimanapun ia jarang digunakan dan diaplikasikan kepada murid
pendidikan khas. Malahan penggunaan model dan visual tersebut lebih digunakan oleh murid
kelas arus perdana sahaja berbanding dengan murid pendidikan khas. Oleh kerana model dan
visual dapat membantu memberi kesan yang positif ke atas pembelajaran bagi murid pendidikan
khas, maka guru hendaklah mencari alternatif model dan visual yang sesuai dengan murid
pendidikan khas, bagi membantu murid-murid pendidikan khas ini mudah untuk mengenal dan
mengingat titik refleksologi dengan baik. Oleh itu, guru pendidikan khas haruslah bersedia untuk
menghadapi segala perubahan dalam proses pengajaran iaitu untuk menguasai kemahiran
menggunakan bahan bantu mengajar yang berkonsepkan model dan bagi memastikan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan dapat menghasilkan kualiti yang terbaik.
Dalam kajian ini, kami menumpukan kepada masalah murid sukar untuk mengingat carta
daerah atau titik refleksologi pada tapak kaki kiri dan kanan. Oleh yang demikian, kami telah
mengkaji dan memilih satu strategi pembelajaran yang bersesuaian untuk meningkatkan minat
dan semangat ingin belajar dalam kalangan murid. Strategi yang telah dipilih untuk kajian ini
adalah pembelajaran visual iaitu para murid menerima isi pelajaran dalam kelas dengan
berpandukan bahan-bahan visual yang menarik dan merangsangkan.
Hasil daripada tinjauan kajian lepas ada menyatakan bahawa proses pembelajaran dan
pemudahcaraan seharusnya setanding dengan arus perkembangan teknologi sekarang, ini kerana
dengan melalui teknologi tersebut dapat membantu guru dalam menginterpretasikan sesuatu
pengajaran dengan lebih mudah kepada murid. Oleh itu, menurut Zaidatun Binti Tasir dan
Norhayati Binti Rahmat (2003), telah menyatakan bahawa hasil pengajaran akan berubah
sekiranya proses pembelajaran dan pemudahcaraan menggunakan pelbagai model dan
terutamanya multimodel dan.
Begitu juga, Gan Siwock Lee (1996), ada menyatakan bahawa penghasilan model dan
dalam pengajaran adalah sangat digalakkan dan ia merupakan salah satu kaedah yang boleh
membawa kepada kejayaan dalam pendidikan masa kini dan pada masa yang akan datang.
Melalui penggunaan model dan visual dapat membantu guru untuk menjalankan pengajaran
dengan lebih baik serta dapat memotivasikan dan menarik minat murid untuk terus mengikuti
proses pembelajaran dan pemudahcaraan hingga ke akhir waktu.
1.1 Refleksi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Yang Lalu
Saya telah mengajar di SMK Taman Tasik selama 3 tahun. Semasa tempoh tersebut, saya
mengajar subjek Refleksologi juga selama 3 tahun. Masalah utama yang saya hadapi
ialah murid-murid sukar mengingat dan memahami perkara yang ingin disampaikan oleh
guru. Masalah ini wujud terutama semasa tema baru disampaikan. Murid-murid berasa
keliru semasa guru menyampaikan pembelajaran dan pemudahcaraan secara lisan sahaja.
Selain itu, murid-murid juga berasa segan dan tidak yakin apabila guru bersoal jawab
dengan mereka. Pada pendapat saya, saya berasa saya perlu bersikap mesra untuk
meningkatkan motivasi mereka untuk bersoal jawab dengan guru.
Apabila pembelajaran dan pemudahcaraan disampaikan secara lisan, ia cuma
mampu menarik minat murid pada tempoh yang amat singkat. Selepas itu, murid murid
akan mula berbual-bual dengan kawan, main dengan kawan, tengok tempat lain dan lain-
lain lagi. Proses pembelajaran dan pemudahcaraan tidak akan berjalan dengan lancar dan
objektif pembelajaran yang ditetapkan juga tidak akan tercapai. Dengan itu, kawalan
kelas turut menjadi tidak efisyen. Saya mendapati kebanyakkan murid mempunyai
masalah dalam memahami satu tema baru yang diperkenalkan. Murid-murid amat
memerlukan gambaran awal untuk memahami sesuatu yang disampaikan. Jika guru
mengajar secara lisan, maka murid-murid tidak akan memahami apa yang disampaikan
oleh guru..
Sebagai contoh, bagi topik mengenal bahan dan peralatan refleksologi sekiranya
guru hanya menjelaskan dengan lisan, maka murid-murid kurang memahami fungsi
bahan dan peralatan yang ingin disampaikan oleh guru. Dari pengalaman yang saya lepas,
saya dapati murid-murid akan lebih minat dan memahami apa yang ingin disampaikan
oleh saya sekiranya saya menunjukkan bahan dan peralatan yang maujud kepada mereka.

1.2 Isu Dan Permasalahan Kajian


Sepanjang tempoh saya mengajar, saya telah mendapati ada beberapa isu dan
permasalahan yang telah mendorong untuk saya menjalankan kajian ini. Murid – murid
saya, iaitu murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) kurang menguasai pembelajaran
dan pemudahcaraan yang disampaikan oleh saya dalam topik titik refleksologi pada tapak
kaki kanan dan kaki kiri. MBPK seharusnya menguasai topik ini kerana penguasaan
dalam titik refleksologi ini sangat penting dalam menjalankan amali urutan refleksologi
pada tapak kaki kanan dan kiri. Penjelasan saya terhadap sesuatu kandungan
pembelajaran mungkin kurang jelas dan tidak menepati tahap MBPK. Ini telah
mengurangkan penglibatan murid-murid di dalam kelas. Saya telah mendapati bahawa
pembelajaran dan pemudahcaraan yang saya sampaikan tanpa menggunakan model dan
visual kurang berjaya. Hal ini meyebabkan murid-murid akan hilang tumpuan dan minat
untuk mendengar apa yang disampaikan oleh guru kerana mereka sukar untuk menguasai
kandungan pembelajaran.
Masalah yang amat ketara ialah MBPK sukar untuk mengingat organ dan anggota
tubuh badan pada setiap titik refleksologi tapak kaki kanan dan kiri. Murid keliru untuk
mengenalpasti organ tubuh yang betul pada setiap titik refleksologi apabila disoal serta
tidak mengingat nombor yang betul. Hal ini menyebabkan murid melakukan urutan pada
tapak kaki dengan tidak megikut urutan yang betul.

1.3 Fokus Kajian


Fokus utama dalam kajian saya adalah untuk menguji keberkesanan cara pembelajaran
visual berpandukan gambar dalam membantu murid-murid berkeperluan pendidikan khas
(MBPK) dalam pembelajaran titik refleksologi pada tapak kaki kanan dan kiri.
Pembelajaran melalui penggunaan visual ini dikaji sama ada dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid-murid dalam mengingat rajah daerah atau titik refleksologi kaki kanan
dan kiri. Selain itu, penggunaan grafik dan gambaran visual berpandukan gambar dapat
digunakan untuk mengawal kelas. Murid-murid akan mempunyai minat dan memberi
tumpuan terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan yang disampaikan oleh guru.
Berdasarkan pembelajaran yang telah dijalankan, saya telah dapati bahawa
penggunaan bahan bantu pembelajaran saya tidak sesuai dengan murid-murid pendidikan
khas, ini kerana penggunaan bahan bantu pembelajaran yang telah saya gunakan tidak
menarik. Secara tidak langsung, ia menyebabkan ada di antara murid-murid tersebut tidak
mendapat gambaran yang jelas. Oleh yang demikian, penggunaan model dan visual
semasa proses pembelajaran merupakan salah satu bahan bantu pembelajaran yang
terbaik untuk membantu murid-murid yang bermasalah tersebut serta dapat menjadikan
proses pembelajaran menjadi lebih lancar. Seperti mana yang telah diketahui, murid
pendidikan khas ini cepat berasa bosan untuk belajar, jadi dengan penggunaan model dan
visual ini dapat membantu untuk menarik perhatian murid serta dapat mengatasi masalah
kebosanan, mengantuk dan lemah untuk belajar.

1.4 Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan untuk meneroka penggunaan pembelajaran berpandukan model dan
visual dalam usaha mengatasi masalah kurang penguasaan terhadap pembelajaran dan
pemudahcaraan yang disampaikan. Saya telah menjalankan kajian tindakan ini
berdasarkan objektif berikut, iaitu:
i. Untuk mengenalpasti hubungan antara penggunaan model dan visual dalam
meningkatkan penguasaan murid dalam mengenal titik refleksologi pada tapak
kaki kiri dan kanan.
ii. Untuk mengenalpasti perbezaan penggunaan kaedah model dan visual dalam
pembelajaran titik refleksologi berbanding kaedah lain.

1.5 Persoalan Kajian


Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk menjawab dan menjelaskan dua persoalan
berikut :
i. Apakah hubungan penggunaan kaedah modul dan visual dalam meningkatkan
penguasaan enam orang murid dalam kelas PK Ikhlas?
ii. Apakah perbezaan penggunaan kaedah model dan visual berbanding kaedah lain?

1.6 Sokongan Literatur


Sokongan literatur adalah berkenan dapatan daripada pelbagai sumber penulisan yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Perkara yang dihuraikan adalah berkenaan
konsep asas dan teori – teori yang berkaitan dengan kajian ini. Beberapa kajian yang
telah dijalankan oleh pengkaji lain tentang pengunaan model dan visual dalam membantu
murid pendidikan khas mengingat titik refleksologi pada tapak kaki kanan dan kiri.

1.6.1 Pendidikan Khas


Pendidikan Khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan
pendidikan murid – murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk
pada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan Teknik untuk
mengajar murid – murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai
target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana (Ghani & Aznan,
2011). Oleh itu, Pendidikan khas diwujudkan bagi memenuhi keperluan pendidikan
bagi murid yang kurang upaya bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dalam
pendidikan. Murid – murid pendidikan kha tidak terikat dengan silibus seperti aliran
perdana kerana perbezaan keupayaan murid – murid ini.

1.6.2 Murid Kategori Bermasalah Pembelajaran


Terdapat beberapa kategori bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK),
iaitu bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran. Namun, dalam kajian ini hanya melibatkan murid kategori
bermasalah pembelajaran. Murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang
bermasalah dari segi social dan masalah intelek yang terhad. Menurut Ghani dan
Aznan (2011), kebolehan intelek yang terhad bermaksud, murid – murid dalam
kategori ini adalah tergolong dalam golongan yang rendah kebolehan intelek
mereka.

1.6.3 Pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Refleksologi


Menurut Ghani & Aznan (2011), guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada
murid atau kemahiran prasyarat yang perlu dikuasai oleh murid sebelum merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, amat penting untuk guru mengkaji
tahap penguasan murid dan menetapkan kandungan yang perlu dikuasai oleh murid
bagi merancang aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang berkesan bagi
murid, terutamanya bagi murid berkeperluan Pendidikan khas (MBPK) yang mana
tahap mereka adalah berbeza dengan kebolehan yang pelbagai.
Mata pelajaran Refleksologi ialah salah satu mata pelajaran Kemahiran
Vokasional Spesifik (KVS) bagi MBPK berkefungsian sederhana yang mengikuti
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK).

1.6.4 Kaedah model dan visual.


Kaedah pembelajaran menggunakan model dan visual ini ialah kaedah yang
berpusatkan murid. Kaedah ini boleh dilaksanakan mengunakan gambar rajah, kad
imbas, model atau replika dan sebagainya. Menurut Hanim (2015), pembelajaran
visual yang menarik dapat mempercepatkan daya serap pelajar dalam memahami
pelajaran yang disampaikan.

2.0 METODOLOGI KAJIAN


2.1 Peserta Kajian
Kajian ini melibatkan 6 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK
Taman Tasik kefungsian sederhana dari kelas PK Ikhlas.

2.2 Kaedah Pengumpulan Data


Pengumpulan data yang sahih dan tepat amat penting dalam membuat kajian tindakan.
Bagi mengumpul data dalam kajian ini, saya telah menggunakan data kuantitatif dan data
kualitatif. Dalam kajian ini, data-data ini dikumpulkan melalui instrumen ujian awal dan
ujian akhir dan pemerhatian.

2.2.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif
yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik
dan temuduga. Kaedah ini amat sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku
murid berdasarkan aspek-aspek yang terlebih dahulu dikenalpasti. Semasa
menjalankan kaedah pemerhatian ini saya telah menyediakan satu borang
pemerhatian berbentuk senarai semak yang telah direkod oleh guru responden bagi
merekod tingkah laku responden semasa aktiviti dijalankan.
Untuk menjalankan aktiviti pemerhatian ini, saya telah meminta kerjasama dari dua
guru responden untuk membantu saya membuat pemerhatian ke atas responden
yang dipilih. Hasil pemerhatian ini telah dikumpul, untuk dibuat analisis dan
perbandingan tingkah laku serta kefahaman murid terhadap topik mengenal daerah
atau titik refleksologi.
Pemerhatian akan dinilai melalui senarai semak yang telah dibina. Pemerhatian ini
akan dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Responden
akan diperhati selama tiga minggu iaitu dalam tempoh aktiviti intervensi dijalankan.
Hasil pemerhatian akan dianalisis untuk melihat keberkesanan aktiviti intervensi
yang dijalankan terhadap responden. Analisis data bagi pemerhatian akan dibuat
menggunakan data kualitatif berdasarkan borang senarai semak pemerhatian
responden.

2.2.2 Ujian Awal


Ujian awal telah dijalankan kepada responden pada awal kajian ini dan
dilaksanakan bagi mengesan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengira
serta mendapatkan data bagi membuat perbandingan sebelum dan selepas aktiviti
intervensi dijalankan. Ujian awal ini dijalankan pada responden sebelum intervensi
dilaksanakan pada minggu pertama. Ujian awal menggunakan senarai semak yang
telah dibina pada awal minggu pertama. Ujian yang telah dijalankan itu merupakan
ujian bertulis bertujuan untuk menguji dan mengesan sama ada murid kelas PK
Ikhlas boleh melukis dan melabel titik utama refleksologi kaki dengan teratur. Ujian
awal adalah sama seperti ujian akhir yang akan dijalankan selepas aktiviti intervensi
dilaksanakan. Soalan ujian pra di lampirkan. Penyelidik menggunakan responden
yang sama dalam instrumen ujian bertulis ini dengan kumpulan responden dalam
instrumen pemerhatian, iaitu pelajar PPKI Kelas PK Ikhlas SMK Taman Tasik,
Ampang. Bilangan responden yang mengambil bahagian dalam ujian bertulis ini
adalah seramai 6 orang. Instrumen ini adalah bertujuan mengenalpasti bentuk
kekeliruan serta kesilapan yang sering dilakukan oleh murid dalam menjawab
soalan yang berkaitan dengan topik daerah atau titik refleksologi kaki kanan dan
kiri. Dapatan daripada instrumen ini adalah dalam bentuk data kualitatif yang
dianalisis dalam bentuk jadual. Instrumen ujian bertulis ini meliputi 3 bahagian
utama iaitu;

a) Bahagian A: Maklumat diri responden.


b) Bahagian B: Pengetahuan konsep asas.
c) Bahagian C: Bentuk item pentaksiran.
Dengan menjalankan pentaksiran dua bentuk instrumen ini kepada kumpulan
sampel yang mengambil bahagian dalam kajian ini, penyelidik dapat mengumpul
data samada dalam bentuk data kualitatif serta membuat rumusan terhadap dapatan
kajian bertepatan dengan objektif kajian ini. Berikut adalah yang menunjukkan
dapatan dari kajian ini selaras dengan objektif kajian yang digariskan.

2.2.3 Ujian Akhir


Ujian akhir adalah untuk menguji tahap penguasaan kemahiran murid sasaran
selepas menjalankan program intervensi. Melalui ujian akhir ini, responden
dikehendaki menjalani ujian yang sama yang sama sebelum program intervensi ini
dijalankan. Ini bertujuan untuk mengesan tahap pencapaian kumpulan sasaran sama
ada meningkat atau tidak. Ujian akhir ini telah dijalankan pada minggu ketiga
program intervensi ini dilaksanakan. Responden telah menjalani ujian akhir pada
akhir proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Markah ujian akhir ini telah
digunakan untuk membuat analisis perbandingan untuk melihat peningkatan
kumpulan sasaran selepas intervensi dijalankan.

Instrumen Kajian

Senarai semak

Bahagian A : Maklumat diri responden Kekerapan

Bahagia Murid PK Ikhlas


nB boleh melukis rajah
tapak kaki kiri dan
kanan.

Murid PK Ikhlas dapat


melukis pemetaan
refleksologi kaki
kanan dan kiri yang
terdapat 62 titik
utama.

Murid PK Ikhlas dapat


melabel 62 titik utama
refleksologi kaki kiri
dan kanan.

Murid PK Ikhlas dapat


melabel nama organ
atau anggota tubuh
badan pada setiap titik
refleksologi.

Murid PK Ikhlas
boleh mengenakan
tekanan pada daerah
atau titik reflek kaki
dengan tepat.

Bahagia Catatan pemerhatian


nC

Jadual di atas menunjukkan bahagian item pentaksiran yang terdapat di dalam


instrumen kajian iaitu senarai semak yang digunakan bagi mengukur respon dari
sampel selaras dengan objektif kajian yang ditetapkan pada awalnya. Dari taburan
bahagian item pentaksiran ini, dapat dirumuskan bahawa ia meliputi kesemua
sasaran yang digariskan dalam objektif kajian serta turut menjawab soalan kajian.

2.3 Kaedah Analisis Data


Seterusnya penyelidik membentangkan dapatan kajian dengan merumuskan data serta
maklumat yang diperolehi dari kajian yang dijalankan bagi mencapai sasaran yang
ditetapkan dalam objektif kajian.
a) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (melukis rajah tapak kaki kiri dan
kanan)
Dalam item pentaksiran senarai semak ini, penyelidik mengukur pengetahuan murid
dalam menguasai konsep asas melukis rajah tapak kaki kiri dan kanan dengan betul.
Penyelidik meminta murid melukis rajah tapak kaki kiri dan kanan tanpa bantuan dan
bimbingan guru serta pembantu pengurusan murid (PPM). Berikut adalah dapatan dari
ujian yang dijalankan berkenaan dengan pemahaman murid terhadap kaedah melukis
rajah tapak kaki kiri dan kanan dengan betul.

Soalan 1 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

melukis rajah tapak 2 3 1


kaki kiri dan kanan

b) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (melukis pemetaan refleksologi


tapak kaki kiri dan kanan yang mengandungi 62 titik utama)

Dalam item pentaksiran senarai semak ini, penyelidik mengukur pengetahuan murid
dalam menguasai konsep melukis pemetaan refleksologi tapak kaki kiri dan kanan yang
mengandungi 62 titik utama. Berdasarkan kepada bentuk item ujian yang dijalankan
dalam bahagian ini, penyelidik membentangkan analisis dapatan yang diperolehi dalam
bahagian ini kepada dua peringkat iaitu analisis pemetaan refleksologi kaki kanan dan
kaki kiri. Dalam item kedua ini, pengkaji melihat murid tidak jelas dan keliru dengan
pembahagian pemetaan tapak kaki kepada 3 bahagia utama iaitu bahagian atas tapak
kaki, tengah tapak kaki dan bawah tapak kaki. Ketiga-tiga bahagian ini mewakili
keseluruhan organ atau tubuh badan manusia. Pengkaji melihat, hanya seorang murid
yang mendapat skor tepat, manakala 3 orang murid mendapat skor kurang tepat dan 2
orang lagi tidak tepat. Ini menunjukkan penguasaan murid terhadap pemetaan tapak kaki
masih lagi rendah.

Soalan 2 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

Melukis pemetaan 1 3 2
refleksologi tapak kaki
kiri dan kanan yang
mengandungi 62 titik
utama

c) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (melabel 62 titik utama refleksologi
kaki kiri dan kanan)

Soalan 3 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

Melabel 62 titik utama 1 4 1


refleksologi kaki kiri dan
kanan

Daripada data yang ditunjukkan di dalam jadual di atas, maka dapat dirumuskan bahawa
majoriti pelajar yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini iaitu seramai 6 orang, 1
orang murid boleh melabel 62 titik utama refleksologi kaki kanan dan kiri dengan tepat
dengan rujukan jawapan daripada guru, manakala 4 orang murid kurang tepat dalam
melabel tititk utama iaitu 2 orang murid melabel 35 hingga 40 titik dengan betul,
manakala 2 orang murid lagi melabel 15-25 titik dengan betul. Seterusnya 1 orang murid
hanya dapaat melabel 10 titik dengan betul.

d) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (melabel nama organ atau anggota
tubuh badan pada setiap titik refleksologi)
Soalan 4 Tepat Kurang Tidak
tepat tepat

melabel nama organ atau 1 4 1


anggota tubuh badan
pada setiap titik
refleksologi

e) Dapatan dari instrument kajian senarai semak (mengenakan tekanan pada daerah
atau titik reflek kaki dengan tepat)

Soalan 5 Tepat Kurang Tidak


tepat tepat

mengenakan tekanan 1 4 1
pada daerah atau titik
reflek kaki dengan tepat

2.4 Model Kajian Tindakan


Model kajian yang telah saya aplikasikan dalam kajian ini adalah model Stephen
Kemmis. Model ini memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri. Persamaan yang terdapat
dalam dua model ini adalah dua kitaran kajian akan dijalankan untuk mendapatkan data
atau maklumat yang tepat.
Pelaksanaan tindakan saya dalam kajian ini adalah berdasarkan dengan satu sesi
pengajaran yang menekankan kaedah Pembelajaran Model dan Visual. Sesi pengajaran
ini diharapkan dapat mempertingkatkan minat dan semangat belajar dalam kalangan
murid. Di samping itu, kaedah pengajaran ini membolehkan pencapaian murid dalam
topik ini dipertingkatkan. Model yang telah saya aplikasikan dalam kajian tindakan
ini adalah model Stephen Kemmis. Stephen Kemmis dan Robin Mctaggart (1988) telah
memperkenalkan pendekatan ini untuk menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan
yang diutarakan terdiri daripada empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan refleksi. Dalam kajian ini, saya telah mengikut langkah-langkah yang terdapat dalam
model Stephen Kemmis untuk menjalankan kajian tindakan saya di sekolah. Pada
peringkat mulanya, saya telah membuat perancangan yang rapi untuk memulakan kajian
tindakan ini. Selepas itu, saya akan bertindak mengikut perancangan. Saya akan
memerhati dan membuat refleksi berdasarkan tindakan yang dilakukan.
Rajah 2 Menunjukkan dua kitaran tentang model kajian Stephen Kemmis dan Robin
Mctaggart (1988)

2.5 Intervensi/ Pelan Tindakan/ Sokongan Literatur

Gelungan 1.

2.5.1 Merancang.
Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, guru telah berbincang dan mendapati
punca masalah timbul adalah disebabkan oleh faktor guru yang tidak ada inisiatif untuk
mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM). Kami mendapati penggunaan bahan
bantu mengajar ialah faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Melalui pembacaan dan analisis yang
dibuat juga, penggunaan visual dan model mempunyai keberkesanan yang tinggi dalam
pdp.

Antara aspek yang dirancang:


a) Masa kajian.
Menetapkan masa untuk melakukan proses pengajaran semula iaitu selama 1 jam, dengan
melakukan penambahbaikan dari permasalahan yang dikenal pasti, iaitu penggunaan
kaedah model dan visual dalam mendalami topik daerah atau titik refleksologi kaki.
b) Murid yang terlibat.
Murid yang terlibat ialah seramai 6 orang iaitu murid dari kelas PK Ikhlas.
c) Kemahiran fokus.
Guru mengfokuskan kepada cara untuk memperbaiki kemahiran murid dalam memahami
secara menyeluruh bagi topik daerah atau titik refleksologi kaki kerana perkara ini
penting untuk mencapai objektif pengajaran.
d) Kaedah pengajaran.
Kaedah model dan visual merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi
memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal,
menyeronokkan dan bebas. Murid yang melalui proses belajar sambil bermain akan
mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran
yang mantap dan berkesan. Bermain merupakan satu laluan yang membolehkan mereka
belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan,
proses cuba-jaya dan manipulasi bahan dan alatan.
e) Alat bantu.
Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti model organ atau anggota badan yang
sebenar sebagai bahan rangsangan. Kesemua bahan bantu mengajar juga adalah jelas dan
menarik. Sebagai contoh, untuk flash card yang digunakan pada pengajaran lalu ditukar
kepada model yang sebenar di samping memudahkan murid lebih memahami. Melalui
model visual yang menarik guru sekali gus dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih
seronok dan tidak membosankan.
Alat yang digunakan untuk memungut data ialah melalui senarai semak. Berdasarkan
keputusan tersebut kami telah sama-sama membina borang penilaian yang akan
digunakan sebagai bukti pembentangan nanti.

2.5.2 Melaksanakan pengajaran dan mencerap.


Saya mengajar seperti yang telah dirancang. Rakan saya duduk di bahagian
belakang bilik darjah untuk menilai kaedah yang saya gunakan untuk menilai
pengajaran saya. Beliau menggunakan borang penilaian yang telah sama-sama kami
bina. Selain itu, rakan saya mencatatkan tingkah laku murid semasa sesi pengajaran
bagi mengukuhkan dapatan kajian kami.
2.5.3 Pemerhatian

2.5.4 Analisis Data dan Merefleks


3.0 DAPATAN KAJIAN

4.0 PERBINCANGAN

5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

You might also like