You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG

KG. LALANG, JALAN WENG,


09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 011-65735313 FAX : 04-4732641
EMAIL :kba0023@moe.edu.my

KERTAS KERJA
PERMOHONAN MENAIKTARAF
PADANG SEKOLAH
SK SIONG

TAHUN 2022
1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Siong merupakan sekolah yang terletak di Kg Lalang yang


mempunyai Enrolmen murid seramai 490 orang yang terdiri daripada Kaum Melayu dan
Orang Asli Kensiu. Saban tahun sebelum pandemik Covid -19, Hari Sukan Sekolah
diadakan di Padang Awam Kg Lalang berikutan ketiadaan padang yang sesuai. Padang
sekolah yang kondusif dan selesa merupakan kemudahan penting yang perlu ada di
setiap sekolah.
Padang juga merupakan sebahagian daripada kawasan yang digunakan untuk
proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran dalam situasi yang sebenar
terutama pengajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan akan memudahkan objektif
pembelajaran tercapai. Keadaan padang yang baik dapat meningkatkan kualiti
pengajaran guru. Di samping kualiti sukan sekolah dapat ditingkatkan.
Pada tahun 2017, pihak sekolah mengambil inisiatif membina padang sekolah di
kawasan lapang belakang sekolah dan kini padang tersebut belum siap dan perlu
dinaiktaraf.
Masalah padang tersebut adalah permukaan padang yang berbatu dan tidak rata,
rumput tidak tumbuh, tiada pagar serta sistem pengairan yang kurang sempurna.
Penambahbaikan kawasan padang penting dalam mewujudkan suasana sekolah
yang kondusif kepada murid-murid selain membawa imej yang baik kepada sekolah.
Keadaan padang yang selesa juga dapat memberikan keseronokan dan semangat
untuk menjalan aktiviti sukan dan kokurikulum selain memberi peluang kepada murid
mengembangkan potensi diri

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat melaksanakan aktiviti kurikulum dengan berkesan seperti


Pendidikan Jasmani.
2.2 Dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan terutama
permainan seperti bola sepak, bola baling, olahraga, sofball dan
sebagainya
2.3 Dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti murid yang perlu dijalankan di luar
bilik darjah.
3.0 CADANGAN KOS MENAIKTARAF PADANG

4.0 PENUTUP

Berdasarkan beberapa fakta yang dihuraikan di atas, projek menaiktaraf padang


sekolah SK Siong bergantung penuh kepada kerjasama semua pihak. Jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang berkerjasama menjayakan program ini. Semoga
dengan terlaksananya projek ini, murid-murid akan lebih optimis, kreatif dan lebih
menghargai sekolah serta mampu melonjakkan SK Siong dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum dan sahsiah setanding dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Disediakan oleh,

…………………………………..
( SAFAWI BIN ABD WAHAB )
Setiausaha Sukan
Sekolah Kebangsaan Siong
09100 Baling, Kedah.
)

Disahkan oleh,

………………………………….
( SITI RAMLAH BINTI ISHAK )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Siong
09100 Baling, Kedah.

You might also like