You are on page 1of 1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Perhimpunan kita pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku,Selamat
Sultan dan lagu Sekolah. Semua murid diminta bersedia.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Terima kasih atas nyanyian 3 buah lagu yang penuh semangat sebentar tadi. Dipersilakan pengawas
yang bertugas untuk memimpin bacaan ikrar.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi. Semua murid dipersilakan duduk.

Yang Berusaha Puan Hajah Noor Fariza Binti Che Daud, Pengetua SMK TENGKU PANGLIMA RAJA,Yang
Dihormati Encik Wan Ismail Bin Omar, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati Puan Wan
Nooraribah Binti Ishak@Wan Ishak, Penolong Kanan Hem, Yang Dihormati Tuan Haji Syed Fikri Bin
Syed Ahmad, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Yang Dihormati Encik Mohd Fairani Bin Busu Muhamad,
Penolong Kanan Tingkatan 6, barisan guru kanan, kauselor, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan
sekalian.

Bagi memulakan perhimpunan kita pada pagi ini saya mempersilakan ………………………… untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada …………………… atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada …………………………… Dengan segala hormatnya


dipersilakan.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada …………………………. atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada ………………………... Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada ……………………... atas ucapan itu tadi

Majlis perhimpunan kita telah sampai ke penghujungnya, sebelum mengakhirinya marilah kita
bersama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh pengawas yang
bertugas.

You might also like