You are on page 1of 6

PELAPORAN PAMERAN “KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!

A. Isi kandungan

1. Kolej Vokasional : Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru

2. Tajuk Aktivit : Pameran “Katakan Tidak Pada Rokok!”

3. Tarikh : 11 Febuari 2024

4. Tempat : Kelas 2 BAK

5. Penganjur : Pelajar 2 BAK SVM semester 4 Program Perakaunan

6. Peringkat aktivit : Peringkat Kolej

7. Penglibatan : Semua pelajar 2 BAK SVM semester 4 Program Perakaunan

8. Objektif Aktiviti :

a) Melahirkan pelajar yang sihat jasmani dan rohani.


b) Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bahaya rokok kepada pelajar.
c) Menambah pengetahuan dan kemahiran murid untuk berkata “TIDAK” pada rokok.
d) Membimbing pelajar ke arah cinta akan kehidupan yang bebas daripada tabiat merokok.

9. Impak aktiviti
a) Pelajar mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam rokok.
b) Pelajar mengetahui kesan buruk rokok kepada diri, keluarga dan masyarakat.
c) Pelajar mengetahui jenis rokok keluaran terkini dan dapat menghindarkan diri daripada
membelinya.
d) Pelajar mengetahui cara berhenti merokok.

10. Rumusan Aktiviti


Di dalam program ini, kumpulan kami telah mengadakan pameran untuk memberi pendedahan
kepada pelajar berkaitan bahaya merokok, serta mengadakan sesi soal jawab bersama para pelajar
tahun 2 SVM semester 4. Program ini menjadi wadah bagi para pelajar untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tentang cara menghindarkan diri daripada terjerumus dengan budaya merokok. Mereka
juga dapat mengambil iktibar daripada pelbagai kesan buruk rokok.
Secara keseluruhannya, Pameran “Katakan Tidak Pada Rokok!” ini adalah satu program yang
bermakna dan berjaya. Program ini telah membuka mata para pelajar tentang kesan rokok kepada diri
sendiri, keluarga, masyarakat malahan kepada negara. Harapannya, hasil daripada pameran ini akan
terus memberikan impak positif dan memberi inspirasi kepada generasi pelajar kejuruteraan yang akan
datang. Kami juga berharap agar pelajar mengambil iktibar daripada pendedahan yang dikongsikan
terutamanya kesan apabila merokok yang membawa impak yang sangat bahaya kepada individu yang
merokok.
B. GAMBAR

1. Sebelum program

Gambar Penerangan

Bermula perbincangan ahli kumpulan di kelas


2Bak dan melakukan pembahagian tugas yang
perlu dilakukan untuk kelancaran pameran yang
akan diadakan.

Perbincangan tentang alat bantu pameran yang


mahu dibuat bersama di surau At-Taqwa.

Penyediaan alat bantu pameran yang


menunjukkan perbezaan paru-paru sihat dan
paru-paru orang yang menghisap rokok. Kita
dapat melihat paru-paru penghisap rokok akan
menjadi hitam dan kotor. Hal ini akan
mengakibatkan perokok menghidapi kanser
paru-paru yang berisiko tinggi.
2. Semasa program

Gambar Penerangan

Pameran dijalankan di kelas 2 Bak bersama


empat orang ahli kumpuan iaitu Intan, Danish,
Anis dan Sakina.

Para hadirin yang hadir dan mendengar


penerangan daripada ahli kumpulan kami
tentang bahaya rokok.

Salah seorang pelajar bertanya soalan kepada


Danish tentang punca pelajar tertarik untuk
menghisap rokok.

Penerangan lebih lanjut berkaitan Langkah


mencegah rokok oleh Anis.
Ahli kumpulan saya menjelaskan kepada
pelajar tentang Langkah yang patut di ambil
pihak ibu bapa dan Kerajaan untuk
mengelakkan para pelajar terjerumus dengan
budaya menghisap rokok.

Sesi kuiz di jalankan oleh dua orang ahli


kumpulan. Pelbagai soalan ditanya kepada
pelajar yang hadir dan pelajar yang dapat
menjawab soalan dengan tepat akan diberikan
dua biji gula-gula sebagai hadiah.
LAMPIRAN

Disahkan oleh:

…..…………………………
(NURSAKINA WAFA BINTI MUHAMAD AZRI)
Setiausaha Program

You might also like