You are on page 1of 31

`MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER2 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2

940/2 STPM 2022


MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER2 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER2 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER2 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
SEJARAH
MODUL PENTAKSIRAN ISLAMMODUL
PDPC SEMESTER3 ( 1800 – 2000 ) PDPC SEMESTER 2
PENTAKSIRAN
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER2 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER2 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
KERTAS
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER3 2 PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER2 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
MODUL PENTAKSIRAN PDPC PSEMESTE3 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2
SATU JAM SETENGAH
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER2 MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER 2

MODUL PENTAKSIRAN PDPC


SEMESTER 2 STPM 2022
NEGERI PAHANG

SKEMA JAWAPAN
►SOALAN 1
Bincangkan peranan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar al- Siddiq sehingga beliau
dianggap sebagai penyelamat negara dan umat Islam.

Pendahuluan

Nama sebenar Khalifah Abu Bakar ialah Abdullah bin Qulafah al- Tamimi yang
merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat. Beliau terkenal dengan gelaran al-
siddiq kerana sentiasa membenarkan dan meyakini apa-apa yang dinyatakan oleh Nabi
Muhammad SAW khasnya selepas peristiwa Israq dan Mikraj. Dari segi peribadi, beliau terkenal
dgn sifat yg lemah lembut, pemurah, dan banyak mengorbankan harta bendanya demi agama
terutamanya sewaktu umat Islam menghadapi pemulauan oleh kaum Quraisy. Beliau dilantik
menjadi Khalifah Islam yang pertama pada tahun 11 Hijrah dan hanya memegang teraju
pemerintahan negara Islam selama 2 tahun. Walaupun tempoh pemerintahan singkat, beliau
berjaya menyelesaikan pelbagai masalah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya sehingga
dianggap ”penyelamat negara dan umat Islam’.

Isi-isi Penting ( 4/5 Isi untuk dapat Cemerlang )

Isi 1
Menyelesaikan isu berkaitan kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Peranan atau sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang pertama ialah
menyelesaikan isu berkaitan dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dalam hal ini,
Khalifah Abu Bakar telah memainkan peranan penting di saat-saat umat Islam kehilangan
pemimpin agung iaitu baginda Rasullullah SAW. Khalifah Abu Bakar telah berjaya
menyelesaikan isu berkaitan kewafatan Nabi Muhammad SAW samaada isu keimanan dan
isu tempat pemakaman jasad Rasulullah SAW.

Khalifah Abu Bakar telah membacakan nas-nas al- Quran dan al-Hadis untuk
menyelesaikan isu ini.

2
Mengenai krisis keimanan bahawa Nabi Muhammad SAW telah wafat, beliau telah membaca
petikan surah al-Imran ayat 144, sementara isu pemakaman dapat diselesaikan apabila beliau
menyatakan Nabi dan Rasul terdahulu dimakamkan di tempat mereka wafat. Sehubungan itu jasad
baginda Rasulullah SAW telah disemadikan di Madinah.

Isi 2
Menyelesaikan Isu Pengganti Rasulullah SAW.

Peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang kedua ialah berjaya menyelesaikan isu
penganti Rasulullah SAW. Dalam hal ini, Rasullullah SAW tidak meninggalkan wasiat siapa
bakal penggantinya. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menggugat perpaduan umat Islam selepas
kewafatan baginda.Terdapat 3 golongan utama yang berminat dengan kepimpinan negara Islam
iaitu golongan Ansar, Muhajirin dan Bani Hasyim. Sehubungan itu, golongan Ansar telah
mencalonkan Saad Bin Ubadah sebagai pengganti Rasulullah SAW tetapi tidak dipersetujui oleh
gol Aus. Saad bin Ubadah berkata kepada kaumnya bahawa mereka berhak menyandang jawatan
khalifah memandangkan kedudukan mereka sebagai tuan rumah dan kesetiaan mereka kepada
Rasulullah SAW.

Bagi menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan isu pengganti Rasulullah SAW ini,
Khalifah Abu Bakar telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti
Rasulullah SAW utk memimpin negara. Beliau menyatakan kepada golongan Ansar , bahawa ”
Kami adalah ketua (umara) dan kamu adalah pembantu”. Perkara ini akhirnya dipersetujui oleh
pemimpin Ansar, Saad bin Ubadah , Ali bin Abu Talib (Bani Hasyim) dan umat Islam lainnya.
Beliau telah mengemukakan hujah bahawa sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dari kalangan
Muhajirin bagi mengelakkan perpecahan sesama kaum Aus dan Khazraj, di samping golongon ini
sememangnya mempunyai bakat kepimpinan semulajadi.

Beliau juga telah mencadangkan bakal penggantinya iaitu Khalifah Umar bin al Khattab
bagi mengelak berlaku perselisihan antara umat Islam. Selepas Khalifah Abu Bakar meninggal
dunia, umat Islam telah memberi baiah kepada Khalifah Umar bin Al Khattab sebagai Khalifah al
Rasyidin yang kedua.

3
Isi 3
Menyelesaikan masalah golongan al Riddah.

Di samping itu, peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang ketiga ialah Khalifah Abu
Bakar berjaya menyelesaikan masalah yang dicetuskan oleh golongan al Riddah. Golongan al
Riddah adalah terdiri dari pelbagai suku Arab, yang paling berpengaruh ialah dari suku Hanifah di
Yamamah pimpinan Musailamah al Kazzab.Setelah usaha diplomasi gagal, Abu Bakar terpaksa
menggunakan kekerasan dgn membentuk 11 pasukan tentera yang akhirnya berjaya menundukkan
golongan Nabi-nabi palsu, golongan yang enggan membayar zakat, dan golongno murtad.

Dalam hal ini, Panglima Khalid al Walid telah dihantar ke Najd utk menghapuskan gerakan
Nabi palsu yang diketuai oleh Tulaihah bin Khuwailid. Tulaihah yang mengaku nabi, telah kembali
menganut Islam bersama pengikutnya. Panglima Akramah dan Syurabil Hasanah berjaya
membunuh Musailamah al Kazzab yang mengaku nabi manakala panglima al Muhajir telah berjaya
mengalahkan al Aswad al Anasi di Yaman yang mengaku dirinya nabi.

Bani Hanifah dan Bani Tamin yang murtad juga telah kembali memeluk Islam. Golong
murtad juga muncul pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Golongan yang nipis imannya
ini, seperti Bani Bakar dan Bani Qais telah memeluk Islam kerana takutkan tentera Islam. Panglima
al Ala bin Hazrami telah berjaya menghapuskan mereka iaitu al Hatan bin Dzabiah. Begitu jugal
halnya dengan Malik al Nuwairah yang mengetuai golongan yang enggan keluar zakat, akhirnya
berjaya ditumpaskan oleh panglima Khalid al Walid.

Isi 4
Menangani Masalah Ancaman Musuh Luar.

Peranan atau sumbangan Khalifah Abu Bakar yang seterusnya ialah berjaya
menangani ancaman musuh luar. Dalam hal ini, setelah mencapai kejayaan dalam menghapuskan
golongan al Riddah, negara kembali aman. Keadaan ini telah membuka jalan kepada Khalifah Abu
Bakar untuk mengalihkan usahanya bagi menghadapi kuasa Rom dan Parsi. Kedua-dua kuasa besar
ini menjadi musuh Islam secara berterusan sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

4
Khalifah Abu Bakar berjaya menangani masalah ancaman musuh luar negara Islam apabila
bertindak menggerakkan semula tentera yang dibentuk oleh Rasulullah SAW sebelum kewafatan
baginda. Tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid telah berjaya mengatasi masalah ancaman
kuasa Rom di utara Tanah Arab. Kejayaan gemilang yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini
diamanahkan menjaga keselamatan kota Madinah sekaligus mengalah dan memadamkan ancaman
golongan Zubyan dan Absy yang sebelum ini pernah menyerang Madinah.

Isi 5
Menyusun dan mengemaskini pentadbiran

Peranan atau sumbangan Khalifah Abu Bakar yang kelima ialah menyusun dan
mengemaskini pentadbiran. Dalam hal ini, Khalifah Abu Bakar telah meneruskan pentadbiran
yang dibentuk dan diasaskan oleh Rasulullah SAW dengan mengekalkan jawatan gabenor dan lain-
lain.

Bagi menjamin pentadbiran negara berjalan lancar dan mewujudkan kestabilan politik,
Khalifah Abu Bakar juga bertindak menyusun pentadbiran dengan membahagikan negara Islam
kepada 10 daerah seperti Taif, Makkah, Hadramaut, Khaulan, Najran dan Sanaa dengan diketuai
oleh seorang amir yang dibantu oleh imam dan hakim, setiausaha, dan pegawai baitulmal.

Inisiatif Abu Bakar ini diteruskan oleh Umar bin al-Khattab yang kemudiannya
membahagikan negara Islam kepada lapan buah wilayah.

Isi 6
Melaksanakan dasar ketenteraan

Peranan Khalifah Abu Bakar yang terakhir ialah Khalifah Abu Bakar melaksanakan
dasar ketenteraan dengan melantik Khalid al-Walid sebagai panglima agung dan menggerakkan
tentera untuk menghadapi ancaman musuh dari luar negara, khasnya Rom dan Parsi. Dalam hal ini,
beberapa pasukan tentera telah dibentuk dengan setiap satunya dipimpin oleh panglima – penglima
yang handal.

5
Bagi menghadapi ancaman Parsi, Khalifah Abu Bakar telah menghantar panglima Muthanna
bin Harithah bagi menghadapi pemberontakan di Teluk Parsi. Panglima Khalid al Walid pula
dihantar bagi menawan wilayah di Sungai Furat dan merancang menyerang wilayah Hirah di bawah
pimpinan Hurmuz. Kematian Hurmuz membolehkan Hirah dikuasai. Begitu juga dgn wilayah
Anbar.

Bagi menentang tentera Rom pula, Khalifah Abu Bakar membentuk 4 pasukan tentera.
Pasukan di bawah pimpinan Abu Ubadah al Jarrah dihantar ke Hims, Yazid bin Abi Suffian ke
Damsyik, Syurani bin Hasanah ke Jordan dan Amru al As ke Palestine. Akhirnya, tentera Islam
berjaya mengambil alih kawasan Damsyik, Himz di Palestine dan Jordan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kejayaan yang dicapai pada zaman Khalifah Abu Bakar al Siddiq
menyebabkan kedaulatan negara dan kedudukan agama Islam semakin kukuh. Keamanan yang
wujud di seluruh negara telah membuka peluang dan jalan kepada khalifah kemudiannya untuk
terus memajukan negara. Beliau bukan sahaja dapat menyelamatkan umat Islam daripada
perpecahan, bahkan berjaya menyelamatkan negara Islam daripada musuh luar. Malah Khalifah
Abu Bakar dikatakan telah menyediakan ruang yang secukupnya untuk bakal penggantinya iaitu
Khalifah Umar al Khattab. Kejayaan-kejayaan Khalifah Abu Bakar sepanjang pemerintahannya
menyebabkan beliau digelar sebagai Penyelamat Negara dan Umat Islam.

6
►SOALAN 2
Bincangkan dasar pemerintahan Aurangzeb pada zaman kerajaan Islam Moghul di India.

Pendahuluan

Kerajaan Islam Moghul di India berlangsung dari tahun 1526 hingga tahun 1857 masihi
iaitu sekitar 3 abad lamanya. Pemerintahaan empayar ini bermula dari pemerintahan Babur hingga
kepada pemerintah terakhirnya iaitu Bahadur Shah II yang dibuang negeri ke Myanmar oleh pihak
british.
Aurangzeb pula ialah pemerintah Moghul yang keenam yang memerintah dari tahun
1658 hingga tahun 1707 masihi di mana zaman pemerintahannya merupakan zaman kemuncak
keagungan pemerintahan kerajaan Islam di India. Nama penuh Aurangzeb ialah Muhiuddin
Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I. Beliau menggunakan gelaran Alamgir yang
bermaksud Pemegang Alam.
Aurangzeb mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang pemerintahan kerana pernah
menjadi gabenor di beberapa wilayah seperti Deccan, Gujerat, Multan dan Sind. Pengalaman beliau
yang banyak termasuk kepimpinannya dalam bidang ketenteraan telah menjadikan Aurangzeb
seorang pemerintah yang berani, cekap dan berpengaruh. Sumbangannya yang terbesar ialah
mengembangkan ajaran agama Islam, menjaga kebajikan rakyat dan meluaskan empayar kerajaan
Islam Moghul di India.

Isi-isi penting (4 Isi untuk Cemerlang – 2 politik, 1 ekonomi, 1 sosial )

Isi 1
Dasar Islamisasi Dalam Bidang Pentadbiran
Dasar pemerintahan Aurangzeb yang pertama ialah dasar Islamisasi dalam bidang
pentadbiran. Dalam hal ini, melalui buku perundangan terkenalnya iaitu Fatwa Alamgir,
Aurangzeb telah menjadikan ajaran Islam sebagai panduan utama dalam pentadbiran dan
pemerintahannya. Aurangzeb telah melantik para ulama sebagai penasihat dalam pentadbiran
kerajaan dan melaksana penguatkuasaan undang-undang Islam secara menyeluruh tanpa mengira
bangsa dan agama dengan bantuan Mufti dan Hakim Besar. Ringkasnya, pelaksanaan dasar
Islamisasi oleh aurangzeb ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan pengaruh umat Islam yang
merupakan penyokong kuatnya.

Isi 2
Dasar dalam Perlantikan Pegawai Kerajaan
Dasar pemerintahan Aurangzeb yang kedua ialah dasar dalam perlantikan pegawai
kerajaan. Dalam hal ini, beliau tidak memberikan taraf dan hak politik serta pentadbiran kepada
7
orang-orang bukan Islam sepertimana hak sama rata antara orang Islam dan penganut Hindu yang
dipraktikkan oleh pemerintah sebelumnya pada zaman Maharaja Akbar terutamanya yang
melibatkan jawatan-jawatan penting kerajaan dalam bidang perkhidmatan awam dan ketenteraan.
Dasar ini menetapkan bahawa orang bukan Islam hanya dibenarkan menjawat jawatan
rendah dalam kerajaan. Jelaslah bahawa dasar ini merupakan strategi Aurangzeb dalam
mengukuhkan pengaruh Islam dalam pentadbirannya.

Isi 3
Dasar Terhadap Penentang Kerajaan dan Musuh Politik
Dasar pemerintahan Aurangzeb yang seterusnya ialah dasar terhadap penentang
kerajaan dan musuh politik. Aurangzeb mengamalkan dasar yang tegas terhadap penentang atau
musuh politiknya. Dalam hal ini, Aurangzeb telah berjaya mengembalikan keamanan negara
dengan mengambil tindakan yang tegas dengan cara menghapuskan gerakan pemberontakan.
Contohnya, kejayaan Aurangzeb menewaskan pemberontakan golongan Sikh pimpinan Gobinal
Sikh yang marah atas hukuman pancung terhadap pemimpin agung mereka iaitu Guru Tegh
Bahadur yang dikatakan bersekongkol dengan musuh-musuh Aurangzeb.
Aurangzeb juga bertindak keras dan tegas kepada pihak pemberontak yang menentang dasar
perlantikan pemerintah wilayah yang telah dilakukannya untuk memperkuatkan pengaruh politik
dan kepentingan agama Islam. Contohnya, Aurangzeb telah mengambil tindakan ketenteraan pada
tahun 1676, apabila puteranya telah ditawan oleh pemberontak Hindu Rajput yang menentang
hasratnya untuk melantik puteranya itu sebagai raja di wilayah Jadpur.
Aurangzeb telah berusaha keras untuk mengembalikan keamanan dan menghapuskan
pemberontakan yang dilakukan oleh golongan Hindu dan Syiah akibat dari dasar liberal yang
dilakukan oleh pemerintah Moghul sebelumnya iaitu Jahangir, Syah Jehan dan Akbar dengan
melakukan strategi baru serta melantik Panglima Agha Khan. Hasilnya, pemberontakan yang
dilakukan oleh kaum Pathan pimpinan Akmal Khan berjaya ditangani.

Isi 4
Dasar Perluasan Wilayah
Dasar perluasan wilayah juga merupakan dasar pemerintahan yang dipraktikkan oleh
Aurangzeb. Dalam hal ini, Aurangzeb telah meneruskan dasar perluasan wilayah kerajaan Islam
Moghul dengan berusaha menakluki seluruh India terutamanya wilayah-wilayah yang belum
dikuasai oleh orang Islam. Contohnya antara tahun 1658 hingga 1681, Aurangzeb beruasaha keras
untuk menguasai bahagian Utara India dan selepas tahun 1681, menumpukan perhatian pula untuk
menduduki wilayah selatan India seperti wilayah Deccan yang banyak memberikan masalah kepada
pemerintah Moghul.
Aurangzeb menjalankan dasar perluasan kuasa untuk menghentikan penindasan yang
dilakukan oleh pemerintah-pemerintah Hindu yang mengenakan cukai yang tinggi dan memerah
tenaga rakyat untuk kepentingan peribadi. Selain itu, beliau berusaha untuk mengukuhkan empayar
Islam Moghul di India dan meneruskan kelangsungan agama Islam di India. Kesannya, kejayaan
Aurangzeb menguasai dan mengalahkan kerajaan-kerajaan Hindu telah mengembangkan kuasa dan
wilayah empayar Islam Moghul sehingga meliputi kawasan utara India dan Afghanistan.
8
Isi 5
Dasar Hubungan Luar
Dasar pemerintahan kerajaan pimpinan Aurangzeb yang seterusnya ialah dasar
hubungan luar yang baik. Dalam hal ini, Auarangzeb telah menjalinkan hubungan diplomatik
dengan kawasan-kawasan yang belum dikuasainya di India dan negara-negara lain. Contohnya,
kerajaan beliau telah menjalinkan hubungan dengan banyak negara dan telah menerima kunjungan
wakil-wakil kerajaan dari kerajaan Uthmaniyah, Makkah, Parsi, Balk, Bukhara dan Acheh. Impak
dari hubungan luar ini telah menyebabkan pengaruh kerajaan Islam Moghul meningkat dan berjaya
mengembangkan ekonomi dan politik kerajaan Moghul itu sendiri.

Isi 6
Dasar Ekonomi
Dasar pemerintahan kerajaan pimpinan Aurangzeb yang keenam ialah dasar ekonomi.
Aurangzeb telah menghapuskan 80 jenis cukai yang membebankan rakyat dan lebih berbentuk
kezaliman. Dalam hal ini, beliau telah menghapuskan cukai tanah yang membebankan rakyat
terutama dari golongan miskin. Selain itu, Aurangzeb juga telah memperkenalkan semula cukai
jizyah yang telah dihapuskan oleh Akbar dengan kadar yang rendah.
Aurangzeb juga telah melantik para pemungut cukai yang beragama Islam bagi
menggantikan pemungut cukai beragama Hindu bagi tujuan meningkatkan ekonomi orang Islam.
Beliau juga menggalakkan perdagangan antarabangsa di mana pedagang Portugis dan british telah
berdagang di Surat dan Hugli atas kebenarannya.
Ringkasnya, usaha-usaha yang dilakukan oleh Aurangzeb dalam bidang ekonomi telah
berjaya meningkatkan pendapatan negara sebanyak dua kali ganda daripada zaman Akbar.
Perkembangan ekonomi ini telah meningkatkan taraf hidup rakyat dan turut mengukuhkan kerajaan
Moghul.

Isi 7
Dasar sosial
Dasar pemerintahan kerajaan pimpinan Aurangzeb yang ketujuh ialah dasar sosial.
Dalam hal ini, aurangzeb telah melakukan tindakan tegas dengan menghalang pembinaan sekolah-
sekolah dan rumah ibadat orang Hindu dan walaupun tindakannya mendapat tentangan hebat dari
golongan tersebut belaiau telah berjaya mengatasinya.
Aurangzeb juga telah bertindak menghapuskan segala bentuk hiburan yang tidak berfaedah
kepada agama dan masyarakat seperti menghapuskan persembahan emas dan tembaga pada hari
ulang tahun raja di samping menghalang segala aktiviti yang bersifat kemungkaran seperti
pengharaman arak, judi, nyanyian , tarian dan lain-lain. Amalan-amalan agama Hindu seperti
desehra, vasant dan holi juga turut dihalang.
Aurangzeb juga menubuhkan Lembaga Penapis untuk menjaga kehidupan sosial rakyat agar
selaras dengan tuntutan agama Islam dan mengharamkan aktiviti pelacuran dan perjudian.

9
Beliau juga memperkenalkan takwim hijrah bagi menggantikan takwim al-Ilahi yang tidak
berunsurkan Islam dan juga takwim Hindu yang digunakan sebelumnya pada zaman Akbar. Beliau
juga menggalakkan perkembangan seni bina di mana banyak bangunan dan masjid yaang indah
dibina di Delhi, Agra dan lain-lain.

Isi 9
Dasar Pendidikan
Dasar pemerintahan kerajaan pimpinan Aurangzeb yang ke sembilan ialah dasar
pendidikan. Dalam hal ini, Aurangzeb telah menggalakkan perkembangan pendidikan Islam. Beliau
telah menderma tanah dan hartanya untuk membina sekolah di Lucknow di samping mengambil
harta orang kaya dan miskin yang meninggal tanpa waris bagi membina pusat pengajian Islam.
Aurangzeb juga bertindak tegas untuk mengatasi masalah yaang ditimbulkan oleh golongan
Hindu yang membantah pembinaan masjid dan institusi agama Islam dan juga melarang pembinaan
anjung-anjung di rumah ibadat orang Hindu bagi tujuan pendidikan bagi mengelakkan anak-anak
Islam terpengaruh dengan agama tersebut dan juga untuk mengelakkan permusuhan antara
penganut Hindu dan Islam.

Isi 10
Dasar Keagamaan
Dasar pemerintahan kerajaan pimpinan Aurangzeb yang terakhir ialah dasar
keagamaan. Aurangzeb cuba untuk menjadikan empayar di bawah kekuasaannya sebagai sebuah
negara yang mengamalkan Islam yang bermazhab Ahli sunnah wal-Jamaah dan tidak berkompromi
dengan mazhab yang lain terutamanya Syiah.
Dalam hal ini, Aurangzeb sangat tegas dalam menjalankan pentadbiran mengikut ajaran
Islam serta dalam menegakkan hukum agama Islam terutamanya terhadap rakyatnya yang
mengabaikan hal-hal keagamaan dan bertindak keras kepada golongan yang tidak beragama. Beliau
juga telah menghapuskan amalan yang bercanggah dengan Islam seperti ajaran Din Illahi yang
diasaskan oleh Maharaja Akbar dan amalan Adat Darshan. Dalam aspek perundangan, beliau telah
melaksanakan peraturan dan undang-undang Islam dengan tegas termasuk telah menyusun kitab
Fatawai Alamgiri yang mengikut mazhan hanafi yang diilhamkan oleh Syeikh Ahmad Sirhindi.
Aurangzeb juga bertindak tegas kepada golongan bukan Islam terutamanya golongan Hindu
dan Sikh dengan menyekat perkembangan agama-agama tersebut seperti menghalang pembinaan
kuil-kuil baharu dan meruntuhkan beberapa kuil Hindu di daerah Banaras, Gujarat dan Orisa dan
tindakan ini telah memperkukuhkan kedudukan agama Islam pada masa pemerintahannya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, meskipun Aurangzeb telah menghadapi banyak tentangan dan cabaran pada
zaman pemerintahannya tetapi beliau telah berjaya menanganinya dengan baik. Dalam hal ini,
Aurangzeb telah berjaya memperkukuhkan semula ajaran Islam dalam pentabiran kerajaan Islam
Moghul setelah mengalami situasi kompromi yang besar pada zaman Akbar. Beliau telah membina
dan mengukuhkan semula keagungan kerajaan dan empayar Islam Moghul sehingga berjaya
menarik perhatian kerajaan Islam Turki Uthmanniyah dan kerajaan Islam Acheh.

10
►SOALAN 3
Bincangkan faktor-faktor yang menjadikan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu
pengetahuan pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke 11 Masihi hingga abad ke 13
Masihi.

Pendahuluan

Kota Baghdad terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates. Kedudukan yang strategik
ini membantu Baghdad muncul sebagai pusat pemerintahan, pusat kegiatan ekonomi, pusat politik
dan pusat perkembangan ilmu terkemuka di dunia pada ketika itu. Perkembangan Baghdad telah
menyebabkan ianya terdedah kepada pengaruh kebudayaan dan unsur-unsur politik Parsi.

Faktor-faktor Baghdad sebagai pusat ilmu pengetahuan ( 4/5 isi untuk Cemerlang )

Isi 1

Lokasi Baghdad Yang Strategik

Faktor pertama yang menjadikan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu


pengetahuan terutamanya ilmu aqli dan naqli yang pertama ialah kedudukan atau lokasinya
yang strategik. Dalam hal ini, lokasi strategik kota Baghdad sebagai pusat pemerintahan kerajaan
Abbasiyah merupakan faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan dan kemajuan ilmu naqli
dan aqli.

Kota Baghdad juga merupakan sebuah kota yang kaya dengan kesan tamadun Parsi.
Sementara itu, bangsa Parsi yang terlibat dalam pentadbiran Abbasiyah pula jauh lebih maju
daripada bangsa Arab kerana latar belakang mereka sebagai bangsa bertamadun yang sentiasa
terdedah kepada ciri-ciri kemajuan termasuk perkembangan ilmu sains dan perubatan.

Lokasi strategik Baghdad tang berada di antara Sungai Tigris dan Euphrates membantu
Baghdad muncul sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat politik dan pusat perkembangan ilmu
terkemuka dunia.

Isi 2
Peranan dan naungan dari Khalifah

Faktor yang menjadikan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan


terutamanya ilmu aqli dan naqli yang kedua ialah naungan politik dan galakan Khalifah
Abbasiyah yangmendorong perkembangan ilmu naqli dan aqli di Baghdad.
Dalam hal ini, kecintaan dan minat khalifah Abbasiyah terhadap ilmu pengetahuan dan sikap
menghormati golongan ilmuan telah mempengaruhi tokoh-tokoh sarjana untuk datang dan menetap
di kota Baghdad.

Contohnya , Khalifah al-Muntasir Ibn Muhammad al-Zahir (1226-1242M) telah membina


institusi pengajian tinggi iaitu al-Mustansiriyyah di Baghdad pada tahun 1233 dan peruntukan
11
tahunan yang besar disediakan untuk kegiatan keilmuan.

Tambahan pula, majlis-majlis ilmu sering kali diadakan di istana para khalifah dan rumah-
rumah ulama. Bukan itu sahaja, khalifah turut mengutus wakilnya ke Eropah untuk mendapatkan
karya-karya ilmiah bagi tujuan penterjemahan dan pemindahan ilmu.

Di samping itu, sikap keterbukaan khalifah terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan
turut mendorong kegemilangan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu naqli dan aqli.

Isi 3
Kerancakan Kegiatan Penulisan dan Penghasilan Karya-karya Ilmiah

Faktor yang menjadikan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan


terutamanya ilmu aqli dan naqli yang ketiga ialah kerancakan kegiatan penulisan dan
penghasilan karya-karya ilmiah pada zaman Khalifah Abbasiyah telah memajukan lagi
perkembangan ilmu naqli dan aqli di Baghdad. Antara karya terkemuka ialah Tahafut al-Filasifah
dan Ihya Ulumudin tulisan Imam al-Ghazali (1058-1111M) yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris, Perancis dan Jerman. Hasil-hasil penulisan Imam al-Ghazali telah mempengaruhi ahli fikir
Islam selepasnya seperti Jalauddin ar-Rumi dan Ibn Rushd. Karya Mu’jam al-Buldan oleh Yaqut al-
Hamawi (1179-1229M) di mana para sarjana Barat menganggap buku ini sebagai karya terbaik
pernah ditulis oleh ahli geografi Islam.Karya Qanun Fi Tibb oleh Ibn Sina (980-1037M) turut
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing dan menjadi rujukan penting dalam bidang perubatan
di Eropah.

Isi 4
Perkembangan Institusi Pendidikan

Di samping itu, faktor yang menjadikan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu
pengetahuan terutamanya ilmu aqli dan naqli yang seterusnya ialah perkembangan institusi
pendidikan. Dalam hal ini, perkembangan ilmu naqli dan aqli menjadi semakin pesat dengan
penubuhan pelbagai institusi pendidikan.

Contohnya, peranan Masjid pada zaman Khalifah Abbasiyah bukan sekadar tempat
pembelajaran biasa. Ia boleh dianggap sebagai pusat pengajian tinggi yang banyak menumpukan
kepada perbincangan dan kajian mengenai asas perundangan samada dari perspektif al-Quran atau
al-Hadis. Oleh itu, terdapat halaqah-halaqah yang dikenali dengan nama Madrasatul al-Quran dan
Madrasatul al-Hadith. Namun, tidak semua masjid berfungsi sebagai pusat pengajian tinggi.

Di samping itu, kegiatan keilmuan dipertingkatkan lagi dengan kewujudan pelbagai akademi
termasuklah institusi perundangan dan institusi sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan
makmal-makmal khas.

Seterusnya, kemuncak perkembangan ilmu yang berlaku di kota Baghdad ialah penubuhan
institusi pengajian tinggi al-Nizamiyyah (1067M) yang diasaskan oleh Nizam al-Muluk, perdana
menteri kepada Sultan Alp Arslan dan Malikshah, pemimpin Saljuk yang menguasai pemerintahan
kerajaan Abbasiyah. Pada peringkat awal, insitusi ini hanya menyediakan tiga fakulti utama iaitu
12
Fakulti Syariah berasaskan mazhab Syafie, Fakulti Usuluddin berteraskan pendekatan al-
Ash’ariyyah dan Fakulti Sains Kemanusiaan dengan penekanan kepada bidang kesusasteraan klasik.

Institusi al-Mustanssiriyyah (1233M) diambil sempena nama pengasasnya, al-Mustansir Ibn


Muhammad al-Zahir (1226-1242M) iaitu khalifah Abbasiyah yang ke-36. Inisiatif menubuhkan
institusi ini dibuat berdasarkan keadaan masyarakat berbilang kaum dan mazhab yang wujud di
Baghdad pada masa itu, sedangkan institusi al-Nizamiyyah hanya khas untuk para pengikut mazhab
syafie sahaja. Bidang pengajian meliputi ilmu naqli dan aqli termasuk Ulum Adabiyyah (tatabahasa
dan penulisan), Ulum Riyadiyyah (pelbagai cabang ilmu matematik), Ulum Aqliyyah (falsafah dan
ilmu kalam) dan Ulum Tabi’iyyah (perubatan).

Isi 5
Asimilasi Bangsa Arab dan Bukan Arab

Faktor yang menjadikan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan


terutamanya ilmu aqli dan naqli yang kelima ialah proses asimilasi antara bangsa Arab dan
bukan Arab terutamanya pengaruh Parsi. Disebabkan oleh sifat kepelbagaian bangsa dan budaya
dalam masyarakat majmuk zaman Khalifah Abbasiyah dan sifat keterbukaan pemerintahnya
terhadap aliran-aliran pemikiran berlainan telah menjadikan Baghdad sebagai pusat ilmu terkemuka
di dunia.

Dalam hal ini juga, pengaruh Parsi sangat besar dalam bidang pentadbiran, falsafah dan
kesusasteraan manakala pengaruh Yunani meresap masuk melalui aktiviti penterjemahan khasnya
ilmu falsafah di mana asimilasi budaya tidak dapat dielak memandangkan sokongan dan sumbangan
besar bangsa Parsi dalam pemerintahan Khalifah Abbasiyah.

Pertembungan Arab Islam dengan lain-lain bangsa mendorong orang Arab ke arah
memperluas pengetahuan dan tidak membataskan kepada pengetahuan sedia ada. Orang Arab Islam
memerlukan beberapa disiplin ilmu yang mereka tidak miliki sebelumnya seperti mtematik,
perubatan dan lain-lain.

Interaksi antara golongan Arab dan Parsi telah mencetuskan perubahan minda yang
menyeluruh dalam kalangan penduduk kota Baghdad. Masyarakat majmuk Baghdad
mengasimilasikan kehidupan dengan keadaan setempat dan perkembangan semasa dengan
mengenepikan tradisi masing-masing.

Jelas ternyata, penyerapan pelbagai unsur daripada kebudayaan dan ketamadunan Parsi,
Syria dan Yunani telah memperkaya pemikiran intelektual dalam tamadun Islam pada zaman
Khalifah Abbasiyah.

Isi 6
Peranan Tokoh Ulama dan Ilmuwan

Faktor yang keenam ialah peranan para ulama dan ilmuwan yang dijemput dari
segenap pelusuk dunia untuk mengajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi di Baghdad.

13
Sumbangan tokoh ilmuwan Islam dalam bidang perubatan seperti Abdul Latif al-Baghdadi
yang telah berjaya mengemukakan penemuan baharu tentang kedudukan tulang bawahan manusia
yang dianggap jauh lebih tepat dari pandangan Jalinus (Galen) sebelumnya.

Ibn al-Nafis berjaya merumuskan satu teori baharu mengenai sistem edaran darah
(pullmonary circulation) di dalam jantung manusia yang diakui kesahihannya oleh tokoh-tokoh
perubatan Barat tiga abad kemudiannya.

I mam al-Ghazali (1058-1111M) sepanjang hayatnya pernah menghasilkan 300 karya


meliputi bidang falsafah, keagamaan dan kenegaraan. Antara karya terkemuka beliau dalam bidang
falsafah ialah Maqasid al-Falasifah dan Kitab Tahafut al-Falasifah yang telah diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa asing.

Antara tokoh ilmuan lain yang muncul pada zaman ini ialah az-Zamakhsyari (bidang tafsir,
bahasa dan teologi), Ibn Sina (bidang perubatan dan falsafah) dan Umar Khayyum (bidang algebra,
falsafah dan sastera).

Kemasukan aliran sufi, ahli kalam dan saintis ke Baghdad menyemarakkan lagi
perkembangan ilmu naqli dan aqli. Kesan dari perkembangan pendidikan ini, telah melahirkan
ramai ilmuwan tempatan yang kemudiannya mengajar dan menyebarkannya di Baghdad.

Isi 7
Perkembangan Kegiatan Penterjemahan

Faktor yang tidak kurang pentingnya juga ialah perkembangan kegiatan


penterjemahan. Kedudukan politik Islam yang stabil di kebanyakan wilayah, aktiviti peperangan
dan pembukaan wilayah yang kian mengecil. Walau bagaimanapun, penyebaran dan pemelukan
Islam dalam kalangan masyarakat bukan Arab telah berkembang pesat. Bukan itu sahaja,
pencapaian ekonomi yang kukuh juga telah menyebabkan umat Islam terdedah secara meluas
kepada pelbagai budaya dan tamadun.

Situasi ini merancakkan aktiviti penterjemahan dalam kalangan umat Islam di Baghdad
dalam usaha pemindahan ilmu baharu.

Perhatian dan sokongan pemerintah kepada kegiatan penterjemahan hingga para pemerintah
menubuhkan pelbagai institusi khusus di Baghdad untuk tujuan itu di samping menyediakan
ganjaran lumayan kepada mereka yang terlibat dalam usaha-usaha penterjemahan.

Selain penguasaan dalam bahasa Arab, masyarakat Islam bukan Arab turut menguasai
bahasa-bahasa asal mereka. Penguasaan dua bahasa atau lebih dalam kalangan masyarakat menjadi
faktor penting dalam menggiatkan usaha penterjermahan.

Karya-karya Yunani terutamanya dalam bidang perubatan dan sains telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Arab. Contohnya, karya-karya Galen, Hippocrates dan Diescarides.

Dalam bidang falsafah pula, karya-karya Plato dan Aristotle seperti Republic, Categories,
Physics dan Magna Moralia telah diterjemahkan.

14
Al-Fazani menterjemahkan karya-karya Sanskrit dalam bidang matematik.

Pada keseluruhannya, kegiatan penterjemahan telah memperkaya khazanah ilmu Islam.


Ketika zaman Khalifah Abbasiyah, didapati ianya telah bermula secara meluas terhadap keperluan
kepada pengiktirafan dan pengasimilasian ilmu Islam dengan ilmu-ilmu bukan Arab dalam
pengajaran dan kefahaman Islam.

Manakala dari sudut akidah pula, ia memperlihatkan persediaan masyarakat Islam Baghdad
ke arah aktiviti pemikiran dan intelektual.

Isi 8
Peranan Bahasa Arab

Faktor terakhir yang membawa kepada perkembangan Baghdad sebagai pusat


perkembangan ilmu pengetahuan yang terkenal ialah peranan penting bahasa arab. Dalam hal ini,
penduduk Baghdad terdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam dan kebudayaan.

Peranan penting bahasa arab ini telah mewujudan perpaduan yang berasaskan agama Islam
dan bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi kerajaan Khalifah Abbasiyah.

Kesannya, Bahasa Arab yang dahulunya digunakan dalam bidang puisi dan agama sahaja
kini telah menjadi alat melahirkan pemikiran saintifik dan idea-idea falsafah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dasar keterbukaan dan keprihatinan Khalifah Abbasiyah terhadap


kepentingan ilmu serta kewujudan pelbagai institusi pengajian tinggi telah menjadikan Baghdad
sebagai pusat perkembangan ilmu naqli dan aqli. Selain itu, kedudukan geografi yang strategik turut
menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan di Baghdad.

15
►SOALAN 4
Nilaikan sumbangan Al-Ghazali dalam perkembangan ilmu falsafah Islam.

Pendahuluan

Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid bin Muhammad bin Muhammad bin
Ahmad Al-Ghazali. Al-Ghazali telah dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun
1058 Masihi di Ghazalah, di pinggir Kota Thus, yang terletak di bahagian timur laut wilayah
Iran. Menurut Ibn Atsir, beliau digelar ’Al-Ghazali’ bersempena dengan gelaran bapanya yang
bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Walaupun begitu terdapat pendapat lain
mengatakan gelaran itu diambil sempena nama kampung kelahirannya, iaitu Ghazalah.

Selain itu, Imam Al-Ghazali juga pernah memegang jawatan ketua di Madrasah Nizamiyah,
Baghdad selama 5 tahun (1091 masihi -1095 masihi) di mana, beliau mengajar dalam bidang fiqh
dan teologi.

Dengan ketokohan dan kepandaian beliau berhujah dalam membela kesucian ajaran agama
Islam terutamanya dalam bidang falsafah menjadikan Imam al-Ghazali sangat terkenal sehingga
mendapat gelaran Hujjatul Islam ( Pembela Islam ) .

Sumbangan al-Ghazali dalam bidang ilmu falsafah ( 4 isi untuk Cemerlang )

Isi 1
Penghasilan Buku / Hasil Karya

Sumbangan pertama Imam al-Ghazali ialah penghasilan buku atau karya falsafah.
Dalam hal ini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 300 buah buku/karya. Pemikiran yang
diterjemahkan dalam penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh Imam al-Ghazali meliputi skop
ilmu yang sangat luas di mana ianya meliputi bidang falsafah, keagamaan, kenegaraan dan lain-lain.

Seterusnya, sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penghasilan kitab
Maqasid al-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan tentang teori-teori falsafah
yang berpandukan ajaran Islam. Selain itu, kitab Tahafut al-Falasifah (Kekacauan Ahli Falsafah)
dihasilkan untuk membincangkan penyelewengan falsafah Barat terutamanya pemikiran ahli
falsafah Yunani tentang fizik dan metafizik dan pandangannya tentang perkara itu mengikut sudut
pandangan Islam turut dihasilkan oleh beliau.

Ringkasnya, sumbangan terbesar Imam al-Ghazali dalam perkembangan ilmu falsafah Islam
adalah keberaniannya untuk mengecam dan mengkritik perkembangan ilmu falsafah Barat yang
tidak bertunjangkan kepada kebenaran yang hakiki.

Isi 2
Menyelamatkan Akidah Umat Islam daripada Pengaruh Sesat Falsafah Yunani
16
Sumbangan kedua Imam al-Ghazali ialah menyelamatkan akidah umat Islam daripada
penyelewengan akibat pengaruh ahli falsafah Yunani. Dalam hal ini, kemunculan pemikiran
falsafah Imam al-Ghazali bertepatan dengan suasana ketika ketaksuban terhadap falsafah
Yunani telah mencapai kemuncaknya sehingga boleh meruntuhkan akidah umat Islam pada
masa itu. Para ulama tradisional ketika itu tidak begitu mahir dengan aliran Neo-Platonisme lalu
tidak berupaya mematahkan kemaraan falsafah Yunani yang dianuti oleh sebahagian ahli falsafah
Islam.

Maka, sumbangan pemikiran falsafah Imam al-Ghazali telah berjaya membersihkan


akidah Islam dari dicemari dengan pemikiran falsafah Yunani. Contohnya,pemikiran falsafah
Yunani dalam bab ketuhanan dan akidah telah mendedahkan umat Islam kepada bahaya lebih serius
kepada aspek akidah.

Kejayaan Imam al-Ghazali dalam membezakan kebenaran dan kepalsuan ilmu falsafah
seperti yang dinyatakannya dalam bukunya yang berjudul Tahafut al-Falasifah telah memberi
tamparan hebat kepada para ilmuan falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran falsafah
Yunani.

Al-Ghazali lantang mengkritik pemikiran Aristotle berkenaan kewujudan dunia sejak


azali dan tiada permulaan, dengan menyatakan bahawa dalam pemikiran falsafah Islam dunia
berasal daripada tidak ada dan diciptakan tuhan.

Akibat dari kritikan al-Ghazali itu, ilmu falsafah Islam tidak berkembang dalam
kalangan umat Islam dimana dikatakan tidak muncul seorang pun ahli falsafah yang
berpengaruh selama 100 tahun selepas beliau.

Isi 3
Pemurnian Ilmu Falsafah

Sumbangan ketiga Imam al-Ghazali dalam perkembangan falsafah Islam ini usaha beliau
untuk memurnikan ilmu falsafah. Dalam hal ini, pemikiran dan falsafah Yunani telah banyak
meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam sejak abad ke-3 Hijrah, setelah
berlakunya kegiatan penterjemahan karya tamadun Yunani.

Pada awalnya, masyarakat Islam hanya terpengaruh dengan kaedah rasional akal yang
mereka temui dalam falsafah dan pemikiran Yunani dan kesannya, muncul golongan Muktazilah
yang meletakkan kelebihan akal dan rasionalnya dalam memahami ajaran Islam termasuk hal-
hal ketuhanan.

Oleh sebab aliran pemikiran falsafah berasaskan akal ini,kebanyakannya tidak


bertunjangkan tauhid dan akhlak Islam, maka pengetahuannya seringkali membawa kepada
bahaya dan ancaman kepada akidah umat Islam, sehingga boleh membawa kepada kesesatan
dan kekufuran.

Oleh itu, Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa menerusi akal manusia boleh
17
mengetahui wujudnya Allah swt tetapi akal tidak boleh menentukan baik buruknya sesuatu
dan tidak sebebas seperti mana yang pemikiran yang dipegang oleh golongan Muktazilah apabila
mereka membicarakan ilmu tauhid. Akal hanyalah alat untuk membantu mencari hakikat
kebenaran.

Dalam penulisannya juga , Imam al-Ghazali banyak mematahkan hujah pihak yang
keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya dalam perbincangan ilmu kalam.Al-
Ghazali membahaskan ilmu kalam menurut kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad
SAW dan para sahabat serta menguatkan hujah berpandukan ajaran al-Quran,dan as-Sunnah.

Ringkasnya, menurut al-Ghazali lagi, perdebatan berdasarkan hujah akal tanpa


berpaksikan sumber terutamanya sumber wahyu hanya akan menambahkan lagi kecelaruan
dalam masyarakat Islam. Ramai sejarawan dan agamawan bersetuju bahawa pemikiran dan
perbahasan Imam al-Ghazali mengenai masalah-masalah falsafah dikatakan lebih baik daripada
perbahasan ahli-ahli falsafah itu sendiri.

Isi 4
Pembahagian Golongan Yang Membahaskan Ilmu Falsafah

Sumbangan keempat Imam al-Ghazali dalam falsafah ialah mengkelompokkan atau


mengkategorikan golongan yang membahaskan ilmu falsafah. Dalam hal ini, al-Ghazali telah
membahagikannya kepada tiga golongan iaitu pertamanya, golongan Atheis (Dahriyyun) iaitu
golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam.

Kedua, golongan Natural (Tabi’iyyun) iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji
berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan dan haiwan. Mereka
percaya kepada kewujudan Tuhan hasil dari usaha pemerhatian terhadap penciptaan makhluk yang
sempurna namun, golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru
mereka menafikan adanya hari akhirat malah turut menafikan adanya dosa dan pahala.

Yang terakhir ialah golongan Teologi (Ilahiyyun) iaitu golongan yang membincangkan
soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Socrates. Mereka ini hanya membahaskan
perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal semata-mata.

Isi 5

Mengklasifikasikan atau mengkategorikan semula ilmu falsafah

Sumbangan seterusnya ialah Imam al-Ghazali telah mengklasifikasikan atau


mengkategorikan semula ilmu falsafah. Dalam hal ini beliau telah meletakkan semula ilmu
falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.

Ilmu Matematik menurut al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan
dan ianya tidak berkaitan dengan perbahasan dari sudut agama.

Ilmu Mantiq pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal
18
berperanan sebagai ejen penyusunan hujah-hujah yang dikemukakan.

Ilmu fizik berkaitan dengan kajian alam secara keseluruhnya.

Ilmu ketuhanan dalam falsafah pula mengkaji tentang aspek ketuhanan daripada perspektif
akal dan ianya berdasarkan perbincangan ilmu mantiq dan ilmu logik. Oleh itu, ilmu ini menurut
Imam al-Ghazali telah tersimpang jauh daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.

Menurut Imam al-Ghazali, ilmu Siasah adalah pemikiran atau ilmu yang berkaitan dengan
unsur-unsur keduniaan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Ilmu terakhir dalam pemikiran falsafah al-Ghazali ialah ilmu akhlak. Ilmu akhlak
merupakan ilmu yang memimpin manusia untuk menjalani kehidupan dengan mengamalkan sifat-
sifat dan nilai-nilai keperibadian yang mulia.
Ringkasnya, menurut Imam al-Ghazali lagi , bidang-bidang ilmu ini kadang kala selari dengan
agama dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Islam tidak menghalang umatnya mempelajari
ilmu-ilmu tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kerosakan.
Contohnya, Kitab al-Ma'riful' Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan Yang Rasional) hasil karyanya telah
memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional dan baik yang selaras dengan
agama Islam serta tujuan penghasilannya untuk memaju dan mengharmonikan kehidupan
masyarakat Islam di dunia dan akhirat.

Isi 6

Mempelopori Dan Memperkenalkan Metodologi Baru Kajian Ilmu Falsafah

Sumbangan seterusnya, Imam al-Ghazali turut memperkenalkan metodologi kajian ilmu


falsafah yang baru. Dalam hal ini, beliau telah mengemukakan metodologi ilmu falsafah yang jauh
lebih jelas dan terperinci jika dibandingkan dengan ahli falsafah sebelumnya. Pemikiran beliau
tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan falsafah dikatakan lebih baik daripada pemikiran
ahli-ahli falsafah itu sendiri.

Untuk mendalami ilmu falsafah, Imam al-Ghazali telah mengembara ke beberapa tempat
seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem dan akhirnya berjaya menghasilkan kaedah dan
metodologi kajian ilmu falsafah yang bukan sahaja tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ajaran
Islam , tetapi juga boleh diguna dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam perkembangan
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Islam.

Isi 7
Mempengaruhi Perkembangan Ilmu Falsafah Dunia

Sumbangan Imam al-Ghazali yang terakhir dalam bidang falsafah ialah memberikan
pengaruh yang besar kepada perkembangan ilmu falsafah dunia. Dalam hal ini, kebanyakan
hasil penulisan dan pemikiran Imam al-Ghazali adalah dalam bentuk ilmu falsafah dan ilmu agama.
Lantaran itu, kebanyakan ilmuan Barat menganggap beliau adalah seorang ahli falsafah. Oleh itu,
19
beberapa karya falsafahnya telah dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi di Eropah dan
turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Contohnya , bukunya iaitu Tahafut al-Falasifah dan Ihya Ulumuddin telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Perancis, Jerman dan Inggeris.

Pemikiran falsafah Imam al-Ghazali juga turut mempengaruhi kemunculan dan kefahaman
ahli falsafah Islam selepasnya seperti Jalaluddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan lain-lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Imam al-Ghazali dikagumi di seluruh dunia disebabkan kemampuannya
memanfaatkan ilmu falsafah dan kebijaksanaannya berhujah dengan mengemukakan pandangan-
pandangan yang menyakinkan.

Gelaran Hujjatul Islam yang diberikan kepadanya amatlah tepat berdasarkan keberaniannya
untuk mengkritik kesalahan yang dilakukan oleh ahli falsafah Islam sebelumnya di samping turut
memiliki ketinggian akal fikiran dalam memberikan pendapat atau hujahan yang relevan

Akhirnya, Imam al-Ghazali telah berjaya mempertahankan kemurnian ajaran Islam daripada
penyelewengan yang berlaku terutamanya dalam usaha menyanggah amalan mengagung-agungkan
falsafah Yunani tanpa menyedari bahawa ianya adalah bertentangan dengan akidah dan ajaran
agama Islam.

20
►SOALAN 5
Jelaskan reaksi masyarakat tempatan di Mesir terhadap peluasan kuasa Barat pada abad ke
19 Masihi.

Pendahuluan

Pada abad ke-18 masihi, Mesir merupakan sebahagian dari wilayah kekuasaan empayar
kerajaan Turki Uthmaniyyah.Campurtangan kuasa-kuasa Barat di Mesir bermula apabila Mesir
mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah yang menyebabkan
berlakunya huru-hara dan menjejaskan ekonominya.Sejarah penguasaan kuasa-kuasa Barat ke atas
Mesir dari tahun 1798 hingga 1801 oleh Perancis dan selepas itu diikuti oleh British. British
berkuasa di Mesir sejak tahun 1882 hingga tahun 1918 iaitu sehingga tamatnya Perang Dunia
Pertama. Biarpun, British mula melonggarkan cengkaman ke atas pentadbiran Mesir selepas tahun
1910, namun British tetap melindungi kepentingan ekonomi di Mesir.Campurtangan Perancis dan
British di Mesir telah memperlihatkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak di Mesir.

Isi-isi utama (4 Isi untuk Cemerlang dan isi abad ke 20 tidak diterima )

Reaksi masyarakat Mesir

Isi 1
Gerakan Kaherah Kedua 1800 masihi.
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir terhadap peluasan kuasa Barat yang pertama
ialah Gerakan Kaherah Kedua 1800 masihi. Gerakan Kaherah Kedua yang telah berlaku dari 20
Mac hingga 21 April 1800 apabila gabungan rakyat Mesir yang terdiri daripada orang Islam dan
penduduk Qibti Kristian bersepakat ntuk mengumpul wang bagi membeli senjata dan ubat bedil
untuk menentang Perancis.

Beberapa siri peperangan kemudiannya berlaku lagi dengan ketibaan tentera Turki
Uthmaniyah dan British yang bergabung dengan penduduk tempatan menentang penjajahan
Perancis. la mengakibatkan kerugian yang banyak dari segi nyawa dan harta benda bagi kedua-dua
pihak.Gerakan ini dikatakan sebagai gerakan pertama yang berlaku untuk menentang penjajah di
Mesir.

Isi 2
21
Gerakan Rosetta 1807

Reaksi masyarakat tempatan di Mesir terhadap peluasan kuasa Barat yang kedua
ialah Gerakan Rosetta 1807. Dalam hal ini, penaklukan Perancis di Mesir telah membuatkan
kuasa asing yang lain seperti British membuka mata dan menilai sendiri potensi ekonomi dan
kekayaan bumi Mesir.
Bagi memastikan hasrat untuk menguasai Mesir tercapai, British telah mengambil peluang untuk
berbaik-baik dengan Turki Uthmaniyah bagi mengusir Perancis termasuk menghantar bantuan
ketenteraan.Setelah berjaya mengusir Perancis, tentera British terpaksa berundur dari bumi Mesir
pada tahun 1802 berdasarkan Perjanjian Amein.

Namun, British sentiasa berusaha dan menunggu peluang untuk menakluki Mesir dan ini
terbukti dengan cubaan untuk menguasainya pada 1807 melalui hubungan antara British dengan
pemimpin Mamluk Mesir, Alfi Bey sekitar tahun 1806. Hasil hubungan tersebut. British sanggup
membantu Alfi Bey menguasai Mesir dengan syarat pihak British perlu diberi peluang menguasai
pantai-pantai Mesir

Meskipun British mengetahui Alfi Bey telah meninggal dunia pada Januari 1807, namun
mereka tetap meneruskan hasrat tersebut. Seramai 2,000 tentera British tiba di bandar Rosetta pada
Mac 1807 masihi dan berhasrat menjadikan Bandar pesisir pantai itu sebagai pusat gerakan.
Dalam hal ini, penduduk Rosetta dan gabenornya, Ali Bey telah berusaha mempertahankan bandar
Rosetta dan akibatnya ramai penduduk tempatan dan tentera British sendiri telah terkorban dalam
pertempuran tersebut.

Isi 3
Gerakan Naqib al-Ashraf as-Sayyid Umar Makram
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir terhadap peluasan kuasa Barat yang ketiga
ialah Gerakan Naqib al-Ashraf as-Sayyid Umar Makram. Reaksi masyarakat Mesir terhadap
campurtangan penjajah khasnya British telah dihangatkan lagi apabila tokoh nasionalis Naqib al-
Ashraf as-Sayyid Umar Makram telah menyalakan semangat perjuangan rakyat Mesir dan pelajar-
pelajar Universiti al-Azhar untuk menentang British.

Lantaran itu dua serangan telah dilakukan melalui dua kumpulan tentera iaitu satu kumpulan
menguasai Sungai Nil dan satu lagi menyerang al-Hammad (selatan Rosetta). Kemenangan
berpihak kepada kumpulan Sayyid Umar Makram apabila tentera British menyerah kalah pada 21
April 1807 dan meninggalkan pelabuhan Iskandariah,Mesir pada September 1807.

Isi 4
Gerakan Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir terhadap peluasan kuasa Barat yang keempat
ialah Gerakan Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan penentangan terhadap

22
penjajahan Barat terutamanya British di Mesir telah disokong oleh golongan intelektual Islam
terkemuka iaitu Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.

Dalam hal ini , kedua-dua tokoh ini memimpin gerakan islah (gerakan pemulihan Islam)
iaitu gerakan penentangan tanpa senjata. Gerakan ini bersifat intelektual bertujuan membangkitkan
kesedaran rakyat.Gerakan islah ini agak berbeza dengan gerakan penentangan anti-Barat lain yang
lebih bersifat fizikal di mana ciri-ciri utama gerakan ini termasuklah penubuhan gagasan al-Jamiah
al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan .

Selain itu, perjuangan Jamaluddin al-Afghani dalam menentang imperialis Barat terhadap
dunia Islam khasnya Mesir, terlihat apabila beliau mendesak para pemimpin negara Islam menerima
teknologi Barat dan menggesa pemimpin menerima kembali Islam sebagai dasar perjuangan
menentang Barat.

Kaedah dan idea perjuangan serta program islah Jamaluddin al-Afghani dilaksanakan
melalui perbagai cara termasuklah proses pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan
seperti al-akhbar mingguan Arab al-Urwah al-Wushqa yang berkisar tentang isu penentangan
terhadap imperialisme kemerdekaan dan penjajahan merupakan mala petaka terhadap umat Islam
selain turut menubuhkan telah menubuhkan Misri al-Falar ( Pertubuhan Mesir Muda) iaitu sebuah
pertubuhan sulit bersifat nasionalisme yang bertujuan untuk menamatkan penjajahan Barat .
Jamaluddin al-afghani juga telah menubuhkan al-Hibawaal Habal Watani al-Hurr ( Parti
Kemerdekaan Kebangsaan) iaitu sebuah kumpulan rahsia untuk membebaskan Mesir dari
penjajahan Barat.

Di samping itu, Muhammad Abduh pula telah menyokong perjuangan Jamaluddin al-Afgani
dan melaksanakan reformasi di Mesir sewaktu menyandang jawatan mufti dan Syeikh al-Azhar.
Dalam hal ini, kaedah dan idea perjuangan Muhammad Abduh dilaksanakan melalui proses
pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan, jawatan yang disandang dan sebagainya.
Ringkasnya, usaha-usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh ini berjaya membangkitkan semangat
nasionalisme atau perasaan anti-penjajah Barat dalam kalangan masyarakat tempatan Mesir .

Isi 5
Gerakan penentangan golongan awam dan tentera
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir terhadap peluasan kuasa Barat yang kelima
ialah gerakan penentangan golongan awam dan tentera. Dalam hal ini, sebelum meletusnya
Pemberontakan Urabi 1881-1882, di Mesir telah muncul dua golongan penentang terhadap
penguasaan asing.

Pertama, penentangan golongan awam yang terdiri daripada para bangsawan (pasha), ulama
dan tuan tanah daripada keturunan fellahin.Golongan awam terutama ulama menentang penguasaan
asing terutama kuasa Barat Kristian ke atas bumi Mesir. Mereka bimbang penularan pengaruh
sekular dan bertindak untuk menentang kuasa Barat melalui sentimen agama.

Manakala, golongan tuan tanah fellahin pula menerima tekanan dari peminjam wang
berketurunan Kristian yang berasal dari Lebanon. Kadar faedah pinjaman yang terlalu tinggi telah
23
menyebabkan golongan ini gagal untuk membayar hutang dan tanah mereka dirampas tanpa tolak
ansur selain turut menanggung beban cukai yang tinggi dalam bidang pertanian yang dikenakan
pihak pemerintah bagi membayar hutang kerajaan sebanyak £100 juta kepada pemodal asing.

Kedua, penentangan golongan tentera terutamanya pegawai tentera Mesir yang berketurunan
fellahin. Tumpuan gerakan golongan tentera Mesir adalah untuk menentang kepimpinan Turki
Circassia yang mempunyai taraf istimewa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan Turki
Uthmaniyah di Mesir.

Perasaan tidak puas hati golongan tenteta ini bertambah serius apabila ada usaha untuk
menghadkan saiz tentera Mesir di mana ramai pegawai berbangsa Mesir telah diberhentikan
perkhidmatan berbanding dengan pegawai tinggi tentera berketurunan Turki-Circassia.
Akhirnya, kemuncak kepada penentangan itu, golongan awam dan tentera ini telah bergabung
untuk mendokong gerakan nasionalisme Mesir dan bersatu dibawah pimpinan Kolonel Ahmad
Urabi yang bercita-cita mengusir penjajah Barat khasnya British dari bumi Mesir.

Isi 6
Pemberontakan Urabi 1881-1882
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir terhadap peluasan kuasa Barat yang keenam
ialah Pemberontakan Urabi 1881-1882. Gerakan pimpinan Kolonel Ahmad Urabi ini berjuang
menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajah British. Dalam hal ini, perjuangan Urabi dipengaruhi
oleh gerakan Islah yang dibawa oleh Syeikh Jamaluddin alAfghani dan Muhammad Abduh di mana
gerakan ini menjadi tonggak kepada permulaan semangat nasionalisme di Mesir.

Kolonel Ahmad Urabi telah menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi
mengatasi masalah diskriminasi sosial, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat. Selain
itu, Urabi yang telah mendapat galakan daripada wakil pemerintah Turki Uthmaniyah di Mesir iaitu
Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan (Hizb al-Watani) yang
berjuang untuk menghapuskan diskriminasi dalam pentadbiran Mesir dan mendesak supaya British
mengembalikan semula hak rakyat Mesir khususnya dari aspek ekonomi.

Peringkat awal perjuangan, gerakan ini hanya bersifat anti orang asing iaitu Perancis dan
British tetapi semakin agresif pad peringkat seterusnya apabila gerakan ini menuntut perubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan Mesir .

Namun usaha Urabi tidak berjaya apabila pihak British dan Perancis bertindak balas dengan
mendesak Sultan Abdul Hamid II, pemerintah Turki Uthmaniyah untuk menyingkirkan Khedif
Ismail dan digantikan dengan puteranya, Khedif Taufik pada 1879.

Di samping itu, situasi bertambah tegang apabila pihak British sentiasa menolak belanjawan
Mesir dan kadar potongan cukai dari perdapatan negara yang menguntungkan British dan
perkembangan ini menimbulkan ketegangan sehingga berlaku rusuhan sehingga ada orang Kristian
yang dibunuh.

24
Akhirnya pada tahun 1881. Ahmad Urabi dan penyokongnya telah mengambil alih kuasa daripada
Khedif Taufik (boneka British) dan Khedif Taufik bertindak meminta perlindungan daripada
British.

British di bawah pimpinan Laksamana Seymor telah menyerang dan berjaya mengalahkan
pasukan Ahmad Urabi di Iskandariah dan kesannya Ahmad Urabi telah dibuang negeri ke Sri Lanka
manakala Muhammad Abduh yang menyokong perjuangan Urabi telah diusir ke Perancis.

Ringkasnya, walaupun perjuangan Ahmad Urabi gagal, tetapi inspirasi perjuangannya tetap
mendapat tempat di hati masyarakat Mesir dan perjuangannya telah diteruskan oleh tokohtokoh
nasionalisme Mesir selepasnya.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kezaliman dan ketidakadilan pihak penjajah telah membangkitkan gerakan
rakyat Mesir untuk menentang pihak British dan Perancis. Hasilnya, akibat penentangan yang
berterusan oleh golongan nasionalis Mesir telah memaksa British untuk mengisytiharkan
kemerdekaan Mesir pada tahun 1922, walaupun kemerdekaan dalam erti kata sebenar hanya berlaku
pada tahun 1952, apabila Mesir menjadi sebuah negara republik.

25
►SOALAN 6
Bincangkan kesan-kesan politik dan ekonomi Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan
Uthmaniyah.
Pendahuluan

Perang Dunia Pertama yang berlangsung dari tahun 1914 hingga 1918 diantara dua blok
kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga yang terdiri daripada Britian, Perancis dan Rusia (Tentera
Bersekutu) menentang Perikatan Kuasa Tengah yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungry
(Kuasa-Kuasa Pusat).
Apabila perang berterusan, negara-negara lain turut menyertai pihak Pakatan Bertiga
manakala kerajaan Turki Uthmaniyah pula bertindak menyertai Perikatan Kuasa Tengah.

Dalam hal ini, Kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa menyertai Perang Dunia Pertama
sebagai usaha terakhir untuk melindungi wilayah-wilayah penguasaannya daripada dikuasai oleh
kuasa-kuasa Barat.

Isi-isi utama ( 4/5 Isi untuk Cemerlang. mesti ada sekurang-kurangnya 2 politik.. 2 ekonomi )

Kesan politik

Isi 1
Kejatuhan dan kemerosotan pengaruh politik kerajaan Turki Uthmaniyah

Kesan politik Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan Uthmaniyah yang pertama
ialah kejatuhan dan kemerosotan pengaruh politik kerajaan Turki Uthmaniyah. Kesan yang
sangat besar ini terjadi apabila berlakunya perpecahan wilayah umat Islam yang dahulunya berada
di bawah pemerintahan monarki tunggal kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan politik kerajaan
Turki Uthmaniyah ekoran penglibatan dan kekalahan dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan
wilayah-wilayah di bawah naungan politiknya sebelum itu telah bertindak membebaskan diri dari
cengkaman Turki Uthmaniyah dan sebahagiannya pula telah ditakluki oleh kuasa Barat
termasuklah wilayah Palestin.

26
Seterusnya, kemunculan negara bangsa di wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah telah berlaku
apabila sempadan-sempadan wilayah yang baru telah digariskan oleh pihak Barat dengan
memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun mereka menganuti agama yang sama.

Selain itu, pemberontakan yang berlaku di Montenegro, Bosnia dan Herzegovina telah
menyebabkan berlakunya perpecahan wilayah Turki Uthmaniyah dan menjejaskan pengaruh
politiknya di rantau Balkan.

Akhirnya, kemerosotan dan kejatuhan pengaruh politik kerajaan Turki Uthmaniyah semakin
teruk apabila kuasa Barat telah menguasai negara-negara Arab di samping sebahagian daripada
negara-negara Arab tersebut mahu membebaskan diri dari kekuasaan dan cengkaman kerajaan
Turki Uthmaniyah.

Isi 2
Turki Uthmaniyah Kehilangan Banyak Wilayah

Kesan politik Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan Uthmaniyah yang kedua ialah
kerajaan Turki Uthmaniyah telah kehilangan banyak wilayah. Dalam hal ini, dasar penjajahan
Barat telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya. Sebagai
contohnya, melalui Perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916 telah menyebabkan wilayah Turki
Uthmaniyah dikuasai oleh Perancis manakala wilayah utara pula telah diambil oleh Rusia.
Pada tahun 1918 pula, Britishtelah berjaya menduduki Istanbul yang merupakan pusat
pemerintahan Turki Uthmaniyah.

Ringkasnya, kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah menyebabkan
kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan sebahagian besar wilayahnya.

Isi 3
Perubahan dari sebuah empayar besar kepada sebuah negara bangsa Turki

Seterusnya, kesan politik Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan Uthmaniyah yang
ketiga ialah perubahan dari sebuah empayar kepada negara bangsa Turki. Pada zaman
kegemilangannya, empayar Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang sangat luas yang meliputi
wilayah-wilayah Semenanjung Balkan, Asia Kecil, Timur Tengah dan Utara Afrika.

Empayar Turki Uthmaniyah juga dihuni dan didiami oleh rakyat dari pelbagai bangsa
termasuklah bangsa Turki, Kurdish, Arab dan Eropah.

Namun, selepas kekalahan memalukan dalam Perang Dunia Pertama, akhirnya Turki
Uthmaniyah berubah dari sebuah empayar yang besar kepada sebuah negara bangsa yang kecil

27
sahaja iaitu mereka hanya menguasai Istanbul, Anatolia Utara dan kawasan yang diduduki oleh
bangsa Turki dan Kurdish sahaja.

Isi 4
Perubahan dari sistem pemerintahan khilafah kepada republik.

Selain itu, kesan Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan Uthmaniyah yang keempat
ialah berlakunya perubahan dari sistem pemerintahan bercorak khilafah kepada sistem
republik. Dalam hal ini, penawanan dan pendudukan tentera Bersekutu selepas Perang Dunia
Pertama keatas Istanbul dan Smyrna telah mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan Turki.
Gerakan ini berlaku kerana mereka mendakwa kerajaan monarki Turki Uthmaniyah gagal
mempertahankan wilayah Turki daripada ancaman musuh serta berpendapat kepimpinan khalifah
telah menyerah kalah dengan cara yang tidak wajar dan memalukan melalui perjanjian-perjanjian
yang berat sebelah dan merugikan.

Oleh itu, Gerakan Kebangsaan Turki telah melancarkan Perang Kemerdekaan Turki bagi
menarik balik terma-terma Perjanjian Sevres 1920 dan membebaskan Istanbul dan wilayah Turki
yang lainnya dari cengkaman penjajah.

Akhirnya, pada 18 September 1922, tentera-tentera penjajah Barat telah diusir dari Istanbul
dan Gerakan Kebangsaan Turki telah menubuhkan negara Republik Turki yang baharu.
Hasilnya, pada 1 November 1922 pula, gerakan ini telah menubuhkan parlimen baharu Turki dan
secara rasminya telah membubarkan sistem khilafah Islam yang telah berlangsungnya selama 623
tahun.

Perjanjian Lausanne 1923 pula telah membawa pengiktirafan dunia terhadap Republik Turki
sekular yang dipimpin oleh seorang presiden yang berpusat di Ankara iaitu Mustapha Kemal
Artaturk dan khalifah terakhir, iaitu Sultan Abdul Majid II dan keluarganya telah dibuang negara.

Isi 5
Negara Turki berubah dari negara Islam kepada negara sekular

Kesan politik Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan Uthmaniyah yang terakhir
ialah perubahan negara Turki daripada negara Islam kepada negara sekular. Selepas
kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama maka bermulalah proses
sekularisasi oleh kerajaan Turki yang baru terhadap rakyat Turki dalam semua bidang kehidupan
apabila kerajaan melaksanakan dasar pemisahan antara agama daripada politik. Mereka berpendapat
bahawa punca kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah adalah kerana mengamalkan ajaran Islam.

28
Dalam hal ini, berlaku banyak pembaharuan radikal yang berunsur sekular iaitu
Kementerian Wakaf dan Mahkamah Syariah telah dihapuskan dan asetnya dibekukan, jawatan
Syeikhul Islam dimansuhkan dan penggunaan huruf Arab diganti kepada huruf latin. Tambahan
pula, gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan gelaran keluarga mengikut
budaya Barat.

Lebih malang lagi, pentadbiran sekolah agama dipindahkan ke Jabatan Sivil yang
bertanggungjawab terhadap pendidikan umum dan rakyat juga digalakkan memakai topi dan
pakaian gaya Eropah. Akhirnya muncullah kerajaan dan rakyat Turki baru yang mengamalkan
politik dan budaya ala Barat.

Kesan ekonomi

Isi 6
Turki Uthmaniyah Menagalami Kemerosotan Ekonomi Yang Teruk

Kesan ekonomi Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan Uthmaniyah yang pertama
ialah kemerosotan ekonomi yang teruk. Dalam hal ini, kerajaan Turki Uthmaniyah mengalami
kemerosotan ekonomi yang parah kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk
membiayai keperluan peperangan yang mereka sertai

Akibatnya, berlakulah krisis hutang kerajaan Turki Uthmaniyah yang sangat serius dan
situasi ini membuka peluang kepada campurtangan kuasa-kuasaEropah dalam usaha untuk
menyelesaikan krisis kewangan kerajaan tersebut

Situasi ini juga menyebabkan wilayah-wilayah Islam dibawah pengaruh Turki Uthmaniyah
seperti wilayah-wilayah di Timur Tengah dan Afrika Utara turut mengalami kemerosotan ekonomi
dan akhirnya, menyebabkan empayar Turki Uthmaniyyah menjadi semakin lemah.

Isi 7
Turki Uthmaniyah Kehilangan Banyak Sumber Ekonomi

Kesan ekonomi Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan Uthmaniyah yang kedua
ialah kehilangan banyak sumber ekonomi. Sebagai cntohnya, pihak Barat telah menjadikan Selat
Bosporus yang berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah sebagai laluan antarabangsa dan
keadaan ini melemahkan ekonomi Turki Uthmaniyah kerana tiada lagi cukai perkapalan yang
merupakan sumber penting ekonomi empayar sebelum itu

29
Selain itu, kerajaan Turki Uthmaniyah juga kehilangan banyak sumber ekonomi utama
apabila kehilangan wilayah strategik yang kaya dengan minyak di Timur Tengah seperti wilayah
Mesir (Terusan Suez) dan Semenanjung Tanah Arab.

Di samping itu, sistem percukaian Islam iaitu Iqta’ dan Timur ditukar kepada percukaian
moden turut menjejaskan ekonomi Turki Uthmaniyah dan akhirnya tidak mampu lagi untuk
bersaing dengan kuasa Barat.

Isi 8
Kemerosotan sektor perdagangan negara Islam

Kesan ekonomi Perang Dunia Pertama terhadap kerajaan Uthmaniyah yang terakhir ialah
kemerosotan sektor perdagangan negara Islam. Kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam
Perang Dunia Pertama turut member kesan yang besar terutama dalam perdagangan Negara Islam.
Dalam hal ini, perdagangan negara Islam semakin merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai
perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain yang
dahulunya dikuasai oleh umat Islam.

Sebagai contohnya, penjajah British dan Perancis telah Berjaya menguasai Terusan Suez di Mesir
(wilayah Turki Uthmaniyah) yang merupakan laluan perdagangan penting di dunia. Situasi ini
menyebabkan kuasa Eropah semakin mencengkam ekonomi negara Islam.

Perkara ini diburukkan lagi apabila golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir dengan
memiliki hampir keseluruhan gedung besar perniagaan dan kebanyakan mereka melibatkan diri
dalam pasaran saham.

Rusia pula menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perdagangan asing di Iraq yang
dahulunya dikuasai oleh Turki Uthmaniyah.

Hal ini telah memperlihatkan penguasaan kuasa-kuasa barat dalam bidang ekonomi di kebanyakan
wilayah Turki Uthmaniyah yang akhirnya telah melemahkan perkembangan ekonomi umat Islam
dalam empayar Turki Uthmaniyah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penglibatan dan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama telah mengubah landskap dunia Islam terutamanya apabila menyebabkan berakhirnya
sistem Khilafah Islamiah dan kehilangan bumi suci Palestin dari penguasaan umat Islam.
Selain itu, proses sekularisasi Turki turut mempengaruhi negara Islam lain dan negara-negara Islam
turut mengalami kesan kemerosotan ekonomi dan akhlak yang akhirnya menyebabkan dunia Islam
30
berpecah-belah. Berakhirnya sistem Khilafah Islamiyah Turki Uthmaniyah merupakan kesedihan
terbesar yang menimpa umat Islam sepanjang zaman.

31

You might also like