You are on page 1of 44

Batu Pahat

16. Nyatakan tiga fungsi Dewan Undangan Negeri. [3]


• Membahas, menggubal dan menguatkuasakan undang-undang negeri
• Sebagai forum untuk membahaskan perkara-perkara yang berkaitan
dengan dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaannya serta perihal rakyat
negeri.
• Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak berpelembagaan negeri dan
rakyat
• Membahas dan meluluskan belanjawan negeri
• Melulus dan menolak sebarang Rang Undang-Undang atau melakukan
pindaan.
• Memeriksa akaun awam
• Melantik jawatankuasa pilihan untuk siasatan.
• Membahaskan titah ucapan ketua negeri ( Sultan / Raja atau Yang di
Pertua Negeri )
17. Senaraikan empat keburukan penggunaan internet. [4]
• Melalaikan individu
• Ketagihan kepada laman web
• Menjejaskan kesihatan
• Antisosial
• Meningkatkan kos
• Membazirkan masa
18. Senaraikan empat sumber kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). [4]
• Cukai taksiran harta
• Peruntukan daripada Kerajaan Tempatan
• Sewaan ruang gerai di pasar
• Bayaran perkhidmatan
• Lesen pusat hiburan
• Lesen kedai kopi
• Lesen penjaja
• Peruntukan dari kerajaan negeri
• Sewaan tempat berjaja
• Denda
19. Terangkan dua prinsip utama yang menjadi teras kepada tadbir urus baik. [4]
• Fokus kepada pelanggan
-Memberikan keutamaan yang menyeluruh kepada pelanggan
-Meningkatkan kepuasan hati pelanggan
• Beretika
-Memastikan semua anggota setiap agensi mempunyai etika yang
tinggibdan mengamalkan nilai-nilai murni
• Ketelusan
-Semua anggota agensi perlu mengamalkan ketelusan dalam perkongsian
maklumat dengan pihak yang berkepentingan
• Akauntabiliti dan integriti
-Setiap kakitangan kerajaan berkewajipan untuk memberikan penjelasan
terhadap apa-apa jua tindakan dalam pelaksanaan tugas
• Efektif dan efisien
-Setiap organisasiperlu mempunyai system yang dinamik, cepat dan tepat
melalui penggunaan sumber yang minima tetapi penghasilan kerja yang
maksima
• Pengurusan perubahan
-Cara ketua satu-satu organisasi mengurus dan menangani perubahan
agar organisasi menjadi lebih dinamik dan berdaya saing
SMKTKB (Johor)
16. Nyatakan empat perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang
memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis
Raja-Raja. [4]
• Hal Ehwal Agama Islam
• Kewarganegaraan
• Kedudukan Bahasa Kebangsaan
• Keistimewaan Parlimen
• Hak-hak dan kedaulatan Raja-raja
• Tugas dan kuasa majlis Raja-raja
• Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
• Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

17. Nyatakan empat tugas Perbendaharaan sebagai agensi pusat. [4]


• Merancang dasar kewangan negara
• Merancang belanjawan negara / Menyedia dan memantau belanjawan
• Menganalisis ekonomi negara dan ekonomi antarabangsa
• Mendapatkan sumber kewangan negara
• Mengagihkan kewangan kepada agensi kerajaan
• Merumus dan melaksanakan dasar percukaian
• Menyelia dan mengatur industri insurans
• Menggubal dan menyediakan prosedur dan tatacara sistem pengurusan
kewangan semua agensi awam
• Menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik Menteri
Kewangan Diperbadankan

18. Huraikan dua jenis pengundian yang dijalankan di Malaysia. [4]


• Pengundian biasa
-Pemilih akan mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi
• Pengundian awal
-Anggota tentera/polis/Pasukan Gerakan Am dan pasangannya akan
mengundi lebih awal mengikut ketetapan SPR
• Pengundian pos
-Penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangannya
-Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dan pasangannya
-Anggota tentera dan Polis Diraja Malaysia yang tidak dapat hadir pada
hari mengundi awal kerana bertugas di luar kawasan
-Pegawai dan kakitangan SPR
-Petugas-petugas Pilihanraya yang telah dilantik
-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
-Petugas media/ warganegara malaysia yang tinggal diluar negara kecuali
Singapura, Brunei, Selatan Thailand dan Kalimantan

19. Senaraikan tiga cabaran dalam pelaksanaan tadbir urus baik dalam
perkhidmatan awam.[3]
• Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi(ICT)
• Integriti
• Karenah birokrasi
• Globalisasi
• Kompentensi modal insan
• Sistem dan prosedur kerja yang kompleks
• Masalah Kewangan

Kelantan
16. Nyatakan empat faktor penyertaan Sabah dan Sarawak dalam penubuhan
Malaysia pada tahun 1963. [4]
• Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak
• Mempercepatkan proses kemerdekaan
• Kerjasama ekonomi/Kemajuan ekonomi bersama
• Keselamatan/Ancaman komunis
• Kedudukan istimewa Bumiputera
• Mengimbangi penduduk mengikut kaum
17. Nyatakan tiga sebab pindaan perlembagaan perlu dilakukan. [3]
• Melindungi kepentingan rakyat/hak asasi rakyat
• Menjaga keselamatan/keamanan/keharmonian negara
• Melicinkan pemerintahan dan pentadbiran negara
• Memastikan perlembagaan sesuai dengan keperluan/kegunaan semasa
• Memastikan kandungan perlembagaan dipatuhi
• Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan
• Menambah atau memansuhkan sesuatu dasar mengikut keperluan
semasa
• Mengukuhkan perpaduan/integrasi

18. Huraikan dua bidang kuasa Suruhanjaya Pilihanraya. [4]


• Persempadanan bahagian pilihan raya
-Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan
raya parlimen dan negeri dalam tempoh 8 hingga 10 tahun
• Pendaftaran dan semakan
-Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih.
• Proses pilihan raya
-Menjalankan Pilihan Raya Umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri, dan Pilihan Raya Kecil sekiranya berlaku kekosongan
luar jangka.

19. Nyatakan empat kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam sektor


perkhidmatan awam. [4]
• Mengelakkan amalan rasuah
• Meningkatkan integriti penjawat awam
• Meningkatkan kecekapan operasi/pengurusan/pentadbiran sektor awam
• Meningkatkan produktiviti
• Mengatasi kelemahan pengurusan dan pentadbiran
• Memenuhi kepuasan/ekspektasi/tanggapan/persepsi/rakyat terhadap
kerajaan/sector awam
• Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan/sektor awam
KTE Hj Zainul Abidin, Pulau Pinang
16. Nyatakan empat perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang
memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis
Raja-Raja. [4]
• Hal Ehwal Agama Islam
• Kewarganegaraan
• Kedudukan Bahasa Kebangsaan
• Keistimewaan Parlimen
• Hak-hak dan kedaulatan Raja-raja
• Tugas dan kuasa majlis Raja-raja
• Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak
• Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

17. Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih empat keadaan yang melayakkan
keanggotaan ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. [4]

Bermastautin di Kuala
Kedah Pernah di denda RM 1000 oleh mahkamah

Mempunyai Baharu selesai menjalani


firma guaman Keanggotan ahli Dewan hukuman penjara selama 18
Undangan Negeri bulan

Bertanding tidak mewakili


Disyaki muflis
mana-mana parti

• Pernah didenda RM 1000 oleh mahkamah


• Disyaki muflis
• Mempunyai firma guaman
• Bertanding tidak mewakili mana-mana parti
18. Namakan tiga jawatan ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri [3]
• Setiausaha Kerajaan Negeri
• Penasihat Undang-Undang Negeri
• Pegawai Kewangan Negeri
19. Nyatakan empat kesan Sistem Penyampaian Khidmat Awam yang lemah.[4]
• Mengakibatkan kos operasi yang tinggi dan mahal
• Wujudnya budaya kerja negatif yang berleluasa
• Tekanan dan banyak aduan dalam komuniti
• Merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak
bisnes dan komuniti
• Mengakibatkan usaha pembangunan negara terjejas
• Menjejaskan reputasi/imej perkhidmatan awam
• Menjejaskan kemasukan pelabur-pelabur asing
• Mewujudkan karenah birokrasi
• Menjejaskan kepuasan dan ekspektasi pelanggan

Terengganu
16 Nyatakan empat hasil kerajaan negeri yang dikutip melalui Enakmen yang
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. [4]
• Hasil tanah
• Hasil hutan
• Hasil sungai
• Hasil lesen kenderaan (tidak berenjin)
• Hasil daripada tanah, lombong dan hutan
• Hasil daripada lesen-lesen di bawah Kerajaan Negeri
• Duti hiburan
• Bayaran-bayaran dalam mahkamah Syariah
• Hasil daripada Bekalan Air
• Zakat
• Harta karun
• Faedah pelaburan
• Hasil sewa harta benda kerajaan
• Bayaran Perkhidmatan dan Jabatan Kerajaan Negeri
17 Huraikan dua konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan (PP) [4]
• Undang-undang tertinggi negara
-Ketinggian perlembagaan mengatasi Yang Dipertuan Agong, Badan
Perundangan (Parlimen), Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman
(Mahkamah).
-Semua lapisan masyarakat tertakluk kepada perlembagaan.
• Sumber kepada semua undang
-Menjadi punca atau sumber rujukan kepada semua undang-undang.
• Semua undang-undang tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan.
-Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak
sah dan terbatal setakat yang berlawanan itu.
-Mahkamah diberi kuasa dalam Perlembagaan untuk membatalkan
undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
• Peruntukan Kuasa kepada institusi-institusi lain.
-Yang Dipertuan Agong mendapat kuasanya mengikut Perlembagaan.
-Badan Perundangan (Parlimen), Badan Eksekutif dan Badan kehakiman
mendapat kuasa mengikut Perlembagaan
-Tidak ada institusi di Malaysia boleh mengatasi kuasa dan kedudukan
Perlembagaan Persekutuan.

18 Berdasarkan jadual di bawah, pilih tiga majlis yang ditubuhkan di bawah


peruntukan Perlembagaan Persekutuan (PP). [3]
Majlis Ekonomi Negara Majlis Kewangan Negara
Majlis Tanah Negara Majlis Keselamatan Negara
Majlis Tindakan Negara Majlis Angkatan Tentera
Majlis Air Negara Majlis Perumahan Negara

• Majlis Kewangan Negara


• Majlis Tanah Negara
• Majlis Angkatan Tentera
19 Huraikan dua kesan kerenah birokrasi dalam tadbir urus negara. [4]
• Membuka ruang kepada berlakunya rasuah
-Pelanggan inginkan kelulusan segera terhadap sebarang urusan dan
enggan mematuhi prosedur atau peraturan yang telah ditetapkan bagi
sesuatu urusan
• Melambatkan proses kerja
-Birokrasi melibatkan banyak peringkat pengurusan yang perlu dilalui bagi
menyelesaikan sesuatu urusan dan urusan tersebut hanya boleh
diselesaikan dengan proses kerja yang Panjang
• Penyalahgunaan kuasa
-Kerenah birokrasi membuka ruang kepada aktiviti kronisme dalam
urusan pentadbiran kerajaan dan berlaku ketidakadilan kepada pelanggan
yang berurusan dengan kerajaan.
• Pembaziran sumber
-Proses & prosuder kerja yang panjang memerlukan sumber tenaga yang
banyak / ramai. Meningkatkan perbelanjaan perkhidmatan awam.
• Menjejaskan kecekapan
-Hal ini disebabkan sesuatu urusan mengambil tempoh yang lama untuk
diselesaikan dan akibat pertindihan kerja.
• Menjejaskan imej sector awam
-Proses kerja yang lama dan berperingkat diperlukan dalam
menyelesaikan sesuatu urusan pelanggan menyebabkan imej sektor
awam di pandang rendah.

SMK Penanti Penang


16 Nyatakan tiga eleman penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia.
[3]
• Bahagian pilihan raya
• Pemilih / Pengundi
• Calon
• Proses pilihan raya
17 Senaraikan empat kuasa Ketua Negara Malaysia dalam pentadbiran negara.
[4]
• Melantik Perdana Menteri
• Melantik Ahli Kabinet / Jemaah Menteri
• Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
• Memanggil/meminta Mesyuarat Raja-Raja Melayu diadakan bagi
membincangkan kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu
• Menjadi Ketua Agama Islam di negeri baginda dan negeri-negeri yang
tidak mempunyai Raja/Sultan.
• Melantik jawatan-jawatan tertentu seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan
• Mengisytiharkan darurat

18 Nyatakan empat tugas pihak berkuasa tempatan. [4]


• Menyediakan perancangan tempatan
• Mengeluarkan lessen tertentu
• Mengutip cukai-cukai tertentu
• Menbina bangunan, perumahan, dan unit-unit perdagangan
• Mengurus dan mengawal lalu lintas bandaran
• Merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam
• Menguatkuasakan undang-undang kecil tempatan

19 Huraikan dua cara tertuduh boleh memberikan keterangan di mahkamah. [4]


• Memberi keterangan di kandang orang salah
-Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pendakwa.
• Memberi keterangan bersumpah
-Tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwa.
• Memilih untuk berdiam diri di mahkamah
-Pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah sehingga
tidak ada syak wasangka yang munasabah.
SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU
16. Nyatakan empat perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan
Agong. [4]
• Tidak boleh manjalankan tugas-tugasnya sebagai sultan di negerinya
kecuali sebagai ketua Agama Islam, memindah perlembagaan negeri, atau
melantik pemangku Raja atau Ahli Jemaah Pemangku Raja
• Tidak boleh memegang jawatan yang membawa saraan
• Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perniagaan
• Tidak boleh meninggalkan persekutuan melebihi 15 hari tanpa
persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali atas lawatan rasmi negara

17. Jelaskan dua perbezaan antara badan berkanun dan badan tidak berkanun.
[4]
• Penubuhan
-Badan Berkanun - ditubuhkan di bawah Akta Parlimen/ Enakmen DUN
-Badan Tidak Berkanun - ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
• Kawalan
-Badan Berkanun - dikawal oleh kementerian secara longgar
-Badan Tidak Berkanun - dikawal oleh menteri secara tidak langsung
tetapi kerajaan mempunyai ekuiti ke atasnya.
-Badan Berkanun - kegiatannya agak terikat dengan kawalan pentadbiran
kerajaan
-Badan Tidak Berkanun - kegiatannya adalah luas seperti syarikat swasta.
• Belanjawan
-Badan berkanun - anggaran belanjawan tahunan dan rancangan
pembangunan 5 tahun tertakluk kepada kawalan agensi pusat iaitu
Perbendaharaan
-Badan Tidak Berkanun - anggaran belanjawan tahunan tidak tertakluk
kepada kawalan agensi pusat
• Kakitangan
-Badan Berkanun - pegawai-pegawai perkhidmatan awam Persekutuan
boleh dipinjamkan kepadanya
-Badan Tidak Berkanun - pegawai-pegawai perkhidmatan awam tidak
boleh dipinjamkan kepadanya.
• Perjawatan
-Badan Berkanun - Penambahan bilangan penjawatan dan skim
perkhidmatan perlu dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Perbendaharaan untuk kelulusan
-Badan Tidak Berkanun - pengambilan kakitangan bebas dan tidak
tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan kerajaan
-Badan Tidak Berkanun - boleh menentukan skim perkhidmatan sendiri.
• Fungsi
-Badan Berkanun - menjalankan kegiatan pembangunan sosioekonomi
dengan tumpuan kepada keperluan rakyat dan negara
-Badan Tidak Berkanun - menjalankan kegiatan berunsurkan perniagaan
dan mementingkan keuntungan.

18. Nyatakan tiga kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. [3]
• Kes Pertunangan
• Kes Perceraian
• Kes Pembatalan perkahwinan
• Tuntutan Nafkah tanggungan
• Tuntutan Hak Penjagaan anak

19. Jelaskan dua peranan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA). [4]
• Menggubal Dasar
-Melaksanakan dasar-dasar personel
-Menentukan gaji, elaun dan kemudahan kakitangan awam
• Merancang keperluan tenaga manusia
-Tenaga kerja sektor awam yang berkualiti
• Menjaga hubungan baik majikan dan pekerja
-Hubungan harmoni antara majikan dan pekerja
• Bantuan kewangan
-Menawarkan biasiswa kepada pelajar untuk belajar ke peringkat
universiti dalam dan luar negara
SMKTS Perlis
16 Kemukakan empat syarat yang membolehkan seseorang menjadi
warganegara Malaysia secara masukan. [4]
• Berumur 21 tahun ke atas
• Berkelakuan baik
• Berniat untuk terus bermastautin di Malaysia
• Mempunyai pengetahuan dalam bahasa Melayu yang memadai / boleh
berbahasa Melayu
• Tiada rekod jenayah
• Telah bermastautin di Malaysia dalam tempoh 10 – 12 tahun

17 Senaraikan empat peranan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan terhadap


negara. [4]
• Melaksanakan pentadbiran negara
• Melaksanakan pembangunan negara
• Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
• Melaksanakan program kesejahteraan hidup rakyat
• Menguatkuasakan undang-undang
• Menjaga ketenteraman/keamanan awam
• Menyediakan kemudahan pembangunan sosial
• Menyediakan kemudahan infrastruktur / prasarana awam
• Menjaga keadilan/ kesejahteraan rakyat
• Mempertahankan kedaulatan/keselamatan negara

18. Senaraikan tiga fungsi badan kehakiman. [3]


• Menyelesaikan pertikaian
• Mentadbir keadilan secara saksama
• Memelihara hak warganegara
• Mengesahkan undang-undang
• Mentafsirkan sesuatu undang-undang
• Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
• Membicarakan kes sivil dan jenayah
• Membuat keputusan/menjatuhkan hukuman
19. Nyatakan empat cara agensi kerajaan boleh meningkatkan kecekapannya. [4]
• Mengurangkan karenah birokrasi
• Meningkatkan latihan/kemahiran kakitangan
• Menambah baik peraturan/garis panduan/prosedur kerja
• Mematuhi/mengikut prosedur yang ditetapkan/SOP
• Mengurangkan karenah birokrasi
• Menggunakan pelbagai saluran komunikasi
• Melaksanakan urusan secara elektronik/ICT
• Menyelesaikan urusan dengan segera

SMK DATO’PENGGAWA TIMUR


16. Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih empat keadaan yang
menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan
Undangan Negeri. [ 4 ]

Berumur 20 tahun
Didenda melebihi
RM 2000 dan belum
Ahli Dewan
dilepaskan
Undangan
Memegang jawatan Cacat anggota
Negeri
bergaji

Diisytiharkan muflis Tidak mengangkat


dan belum dilepaskan sumpah kerahsiaan

• Didenda melebihi RM 2000 dan belum dilepaskan


• Memegang jawatan bergaji
• Diisytiharkan muflis yang belum dilepaskan
• Tidak mengangkat sumpah kerahsiaan
17. Nyatakan tiga jenis pengundian yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya. [3]
• Pengundian Biasa
• Pengundian Awal
• Pengundian Secara Pos

18. Nyatakan empat jenis kesalahan jenayah yang dibicarakan di Mahkamah


Tinggi [4]
• Kesalahan jenayah yang dilakukan oleh sesiapa sahaja di Malaysia
• Kesalahan kes jenayah yang berlaku di dalam kapal atau kapal terbang
yang didaftarkan di Malaysia
• Kesalahan jenayah yang dilakukan oleh sesiapa sahaja di perairan
Malaysia
• Semua kes kesalahan yang melibatkan hukuman mati.
• Kesalahan pelanunan dibawah undang-undang antarabangsa
• Kesalahan dibawah kanun keseksaan,kanun prosedur jenayah dan lain-
lain.

19. Berikan empat cabaran yang dihadapi oleh kerajaan semasa pelaksanaan
tadbir urus baik .[4]
• Memantapkan integriti penjawat awam
• Pembangunan pesat teknologi Maklumat dan Komunikasi
• Menghadapi persaingan di peringkat antarabangsa
• Memenuhi ekspektasi pelanggan/stakeholder
• Karenah birokrasi
• Amalan rasuah
• Menerajui transformasi perkhidmatan kerajaan
• Ancaman globalisasi
• Meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
SMK Bukit Gambir
16. Huraikan dua cara untuk sesorang itu mendapat kewarganegaraan Malaysia.
[4]
• Kuatkuasa undang-undang
-Lahir pada/selepas Hari Malaysia
-Dilahirkan di Malaysia dengan salah seorang ibu/bapa adalah
warganegara
-Dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya adalah warganegara Malaysia
• Pendaftaran
-Wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia
-telah bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun sebelum tarikh
permohonan
-Wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan
perkahwinannya didaftarkan di Malaysia.
-Berkelakuan baik
-Berniat untuk bermastautin di Malaysia
-Mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa Melayu

• Masukan/naturalisasi
-Berumur 21 tahun dan ke atas
-Bermastatutin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam
tempoh 12 tahun sebelum tarikh permohonan
-Berniat untuk bermastautin di Malaysia
-Berkelakuan baik
-Tiada rekod jenayah
-Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu
• Percantuman/Penggabungan wilayah
-Wilayah baru yang diterima masuk ke dalam Malaysia selepas Hari
Malaysia.

17. Nyatakan tiga fungsi Dewan Rakyat. [3]


• Menggubal dan meluluskan Rang undang-undang
• membahaskan isu-isu/ hak kepentingan rakyat
• membahaskan atau menyemak dasar-dasar kerajaan
• Menolak dan meluluskan undang-undang pindaan Akta atau
Perlembagaan
• Mempunyai kata pemutus dalam Rang undang-undang Kewangan/baget

18. Senaraikan tiga keadaan sesorang itu layak untuk pendaftar sebagai pemilih.
[4]
• Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada ketika tarikh pendaftaran
• Tinggal dimana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
• Tidak hilang kelayakan
19. Nyatakan empat kuasa budi bicara Sultan atau Raja dalam pentadbiran
negeri. [4]
• Melantik Menteri Besar
• Memohon mengadakan mesyuarat Majlis raja-raja
• Tidak mempersetujui permintaan pembubararan dewan Undangan
Negeri
• Melantik waris, permaisuri, pemangku raja dan Jemaah pemangku raja

Muar
16. Nyatakan empat fungsi Unit Kerjasama Awam Swasta di Malaysia [4]
• Menggubal dasar / strategi kerjasama awam dengan swasta
• Merancang/ melaksana/ menyelaras/memantau / menilai Kerjasama
Awam Swasta (PPP)
• Meneliti / menilai cadangan teknikal /kewangan projek PPP (dengan
bantuan agensi yang berkaitan)
• Menyedia / menambahbaik garis panduan/ prosedur PPP
• Menjalankan penyelidikan (bagi penambahbaikan program) PPP
• Menjalin kerjasama strategik dengan agensi luar negara (yang berkaitan)
• Memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan/pihak swasta
• Mempromosi program PPP
• Merunding terma / syarat perjanjian konsesi
*PPP (Public Private Partnership)/ KAS diterima
17. Nyatakan tiga bidang kuasa Mahkamah Rayuan [3m]
• Membincangkan/ memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi
• Mendengar rayuan daripada Mahkamah Majistret yang diputuskan oleh
Mahkamah Tinggi
• Membicarakan rayuan kes sivil yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi
yang melibatkan nilai pertikaian melebihi RM250,000 (kecuali dengan izin
Majlis Raja- raja)
• Membicarakan rayuan kes jenayah yang telah diputuskan di Mahkamah
Tinggi
• Mengeluarkan waran untuk menangkap tertuduh (jika sudah bebas atau
menahan di penjara untuk sementara sehingga keputusan rayuan)
• Boleh menerima/mengekalkan hukuman / membatalkan hukuman yang
dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi
• Boleh meminta perbicaraan semula kes/ulang bicara kes di Mahkamah
Tinggi
18. Nyatakan empat ketidakbolehan Yang diPertuan Agong [4m]
• Tidak boleh menjadi raja/sultan di negerinya
• Tidak boleh memegang jawatan berpendapatan/bergaji/saraan
• Tidak boleh terlibat secara aktif dalam perniagaan/perusahaan
• Tidak boleh meninggalkan Persekutuan tanpa izin Majlis Raja-Raja lebih
daripada 15 hari
• Tidak boleh menerima apa-apa emolumen/gaji dari negerinya.

19. Jelaskan empat usaha yang boleh diambil bagi meningkatkan kualiti
pendidikan negara [4m]
• Memantapkan pentadbiran / pengurusan sekolah
• Menyediakan infrastruktur pendidikan moden/canggih/lengkap
• Meningkatkan profesionalisme/kualiti guru
• Penambahbaikan/ memantapkan/ memperkasakan kurikulum
• Meningkatkan keberkesanan kegiatan kokurikulum
• Meningkatkan sahsiah/adab/budi pekerti pelajar/murid
• Meningkatkan peranan/kerjasama masyarakat
SMK SULTAN ISMAIL
16. Huraikan dua ciri kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menguruskan
perjalanan pilihan raya. [4]
• Keanggotaan/Keahlian
-Dilantik oleh YDPA tanpa pengaruh mana-mana pihak.
-Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain.
• Pengaruh
-Tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
-Tidak dipengaruhi oleh badan pemerintahan.
• Kuasa
-Berkuasa penuh terhadap proses pilihan raya.
• Kelulusan Parlimen
-Segala peraturan mengenai pilihan raya perlu mendapat kelulusan
Parlimen.
• Penyelesaian pertelingkahan
-Segala pertelingkahan dalam pilihan raya diselesaikan di mahkamah.
• Saraan
-Ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Persekutuan Yang
Disatukan.
• Pemecatan ahli
-Hanya dipecat oleh YDPA melalui satu tribunal khas.

17. Nyatakan empat fungsi Majlis Raja-Raja. [4]


• Memilih YDPA / Timbalan YDPA.
• Memecat YDPA / Ttimbalan YDPA.
• Mempertimbangkan soal-soal dasar negara.
• Bersetuju atau tidak bersetuju perbuatan / amalan / upacara agama Islam
meliputi seluruh Persekutuan.
• Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang pindaan Perlembagaan
Persekutuan berkaitan;
-Perbuatan / amalan berkaitan agama Islam.
-Keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, kebesaran Raja-Raja.
-Pengubahan sempadan sesuatu negeri.
-Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
-Kepentingan sah kaum-kaum lain.
-Bahasa Kebangsaan.
-Kewarganegaraan.
-Keistimewaan Parlimen.
*Mana-mana satu pilihan diterima.
• Memberi rundingan / Berunding tentang pelantikan
-Ketua Hakim Negara.
-Ketua Audit Negara.
-Pengerusi dan anggota suruhanjaya.
-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi.
*Mana-mana satu pilihan diterima
• Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas (Raja-Raja).
• Meringankan hukuman / Memberi pengampunan terhadap YDPA / Raja
oleh Mahkamah Khas (Raja-Raja).
• Melantik wakil Majlis Raja-Raja ke Majlis Angkatan Tentera.
18. Senaraikan empat badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. [4]
• Majlis Raja-Raja
• Majlis Tanah Negara
• Majlis Kewangan Negara
• Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

19. Berikan tiga kes jenayah yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah. [3]
• Minum arak
• Berjudi
• Berzina
• Berkhalwat
• Menukar agama / Murtad
• Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
• Ajaran sesat
• Sumbang agama / Mengaibkan agama di khalayak
• Tidak solat jumaat melebihi tiga kali berturut-turut
• Tidak membayar zakat fitrah / harta
SMK Ledang
16 Nyatakan empat sebab jika Perlembagaan dipinda . [4]
• Melindungi kepentingan rakyat
• Menjaga keselamatan negara
• Melicinkan urusan pentadbiran negara
• Menyesuaikan perlembagaan dengan keadaan semasa supaya relevan/
munasabah
17 Huraikan empat keistimewaan Ahli-Ahli Parlimen. [4]
• Bersidang dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara
• Ahli tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa jua yang
dibincangkan atau disiarkan dalam Majlis Parlimen
• Seseorang ahli tidak boleh dituduh dibawah kesalahan Akta Hasutan 1948
• Tidak boleh dikenakan prosiding dalam mana-mana mahkamah jika
menyatakan tentang YDPA atau raja kecuali tentang kedudukan YDPA
dalam perlembagaan sebagai ketua negara atau raja sesuatu negeri.
• Menambah ahli bagi setiap satu negeri sebanyak 3 orang atau
mengurangkan bilangan ahli
• Prosiding di Parlimen tidak boleh dipersoalkan atau didakwa dimana-
mana mahkamah
18. Nyatakan tiga fungsi badan kehakiman. [3]
• Menjadi pentadbir keadilan secara saksama
• Tempat penyelesaian pertikaian
• Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
• Mengesah dan mentafsirkan perlembagaan dan undang-undang
• Melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan

19. Huraikan dua perbezaan di antara Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. [4]
• Bilangan Penduduk
-Majlis Perbandaran mempunyai bilangan penduduk melebihi 150 000
orang manakala Majlis Daerah mempunyai bilangan penduduk kurang
daripada 150 000 orang
• Sumber kewangan
-Majlis Perbandaran adalah melebihi RM20 juta setahun manakala Majlis
Daerah kurang daripada RM20 juta setahun

KEDAH
16. Nyatakan empat Suruhanjaya Perkhidmatan yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan [4]
• Majlis Angkatan Tentera
• Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
• Surujanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan
• Suruhanjaya Pasukan Polis
• Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
17. Kemukakan empat sebab seseorang individu hilang kelayakan sebagai calon
dalam pilihan raya di Malaysia. [4]
• Didapati tidak siuman/ gila
• Memegang jawatan berpendapatan
• Didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tidak
kurang dari 1 tahun
• Mendapat kewarganegaraan asing
• Bankrap/muflis yang belum dilepaskan oleh mahkamah
• Didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan denda tidak kurang
RM2000.00
18. Terangkan dua majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan untuk
menyelaraskan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri? [4]
• Majlis Kewangan Negara
-Menyelaraskan peruntukan kewangan, pinjaman, pemberian royalti
kepada setiap negeri
• Majlis Tanah Negara
-Menyelaraskan dan menyeragamkan undang-undang dan dasar tanah di
seluruh persekutuan.
-Mengawal penggunaan tanah untuk pertanian, perlombongan dan
perhutanan, serta penggunaan lain.
• Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
-Menyeragamkan undang-undang dan dasar pihak berkuasa Tempatan.
• Majlis Raja-raja
-Menyelaraskan dasar-dasar kerajaan, menyelaraskan upacara agama
Islam seluruh Persekutuan.
19. Kemukakan tiga kesan negatif globalisasi terhadap sosiobudaya masyarakat
Malaysia. [3]
• Mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia
• Meminggirkan warisan budaya tradisional
• Menjejaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan
• Membudayakan henonisme dalam kehidupan
• Masyarakat terpengaruh dengan budaya Barat
• Menjejaskan perpaduan kaum

KTE DESA MAHKOTA


16. Nyatakan tiga kategori individu yang layak memohon kewarganegaraan
secara pendaftaran. [3]
• Perempuan yang bersuami dengan warganegara Malaysia
• Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun sekurang-kurangnya
ibu atau bapanya seorang warganegara kerana permohonan mesti dibuat
oleh ibu bapa
• Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan dilahirkan di
Persekutuan sebelum Hari Merdeka
• Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan biasanya bermastautin
di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia

Soalan 17 berdasarkan penyataan di bawah.

Setelah dua bulan daripada tarikh pilihan raya, Tuan Zaki telah diisytiharkan
tidak layak menjadi ahli Dewan Rakyat lagi.

17. Nyatakan empat kemungkinan yang menyebabkan Tuan Zaki hilang


kelayakan sebagai ahli dewan. [4]
• Didapati tidak sempurna akal
• Disytiharkan bankrap/muflis dan belum dilepaskan
• Memegang sesuatu jawatan berpendapatan/bergaji
• Disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang
daripada 1 tahun dan dia tidak diampuni
• Disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum dendatidak kurang
daripada RM2000 dan tidak diampuni
• Memperoleh kewarganegaraan asing
• Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya

18. Senaraikan empat bidang kuasa Mahkamah Persekutuan. [4]


• Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri
• Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri
• Menyelesaikan pertikaian antara negeri dengan negeri atau antara negeri
dengan persekutuan
• Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi 4 Memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
tentang perlembagaan
• Memberi pandangan dan membuat keputusan tentang sesuatu undang-
undang apabila dirujuk
• Mendengar rayuan kes petisyen pilihan raya daripada Mahkamah Tinggi

19.Huraikan dua kesan akibat Sistem Penyampaian Khidmat Awam yang lemah.
[4]
• Kos operasi tinggi dan mahal
• Berleluasanya budaya kerja negatif
• Tekanan dan banyak aduan dalam komuniti
• Merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak
peniaga / pedagang dan komuniti
• Menjejaskan usaha pembangunan negeri dan negara
• Menjejaskan reputasi perkhidmatan awam dan kerajaan
• Menjejaskan kemasukan pelabur-pelabur asing
SMK DATUK MANSOR
16. Nyatakan empat perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang
memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis
Raja-Raja. [4]
• Hal Ehwal Agama Islam
• Kewarganegaraan
• Kedudukan Bahasa Kebangsaan
• Keistimewaan Parlimen
• Hak-hak dan kedaulatan Raja-raja
• Tugas dan kuasa majlis Raja-raja
• Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
• Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

17. Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri [3]
• Hilang kelayakan (muflis belum dilepaskan, dipenjara 1 tahun atau denda
lebih rm2000, tidak sempurna akal memperoleh kewargaegraan asing,
tidak menghadiri persidangan selama 6 bulan berturut-turut – DITERIMA)
• Meletakkan jawatan
• Meninggal dunia
• Dibatalkan kemenangan oleh mahkamah

18. Jelaskan dua jenis Rang Undang-undang yang digubal oleh Parlimen Malaysia
[4]
• Rang Undang-undang Awam / Kerajaan
-Melibatkan keseluruhan undang-undang berkaitan dengan dasar awam,
negara dan rakyat
• Rang Undang-undang Persendirian
-Melibatkan rakyat, pertubuhan, persatuan atau perbadanan
-Undang-undang ini bercorak tempatan atau persendirian dan tidak
melibatkan semua lapisan masyarakat
• Rang Undang-undang Ahli Persendirian
-Dibentangkan oleh mana-mana ahli Dewan rakayat atau bukan pihak
kerajaan
-Undang-undang ini boleh meliputi seluruh negara atau pihak-pihak
tertentu sahaja
• Rang Undang-undang Hibrid
-Undang-undang campuran yang dikemukakan oleh kerajaan atau bukan
kerajaan yang mempunyai kepentingan tertentu

19. Nyatakan empat faktor yang menjejaskan daya saing negara. [4]
• Kurang ilmu pengetahuan
• Gaji rendah
• Kurang inovatif
• Kurang kreatif
• Teknologi yang rendah
• Dasar kerajaan kurang berkesan/mantap
• Sistem Penyampaian yang lemah
• Kegawatan ekonomi/ kemelesetan ekonomi/ kelembapan ekonomi/
kemerosotan ekonomi
• Kegawatan politik/ketidakstabilan politik dalam dan luar negara
• Kurang tenaga mahir dan separa mahir

SMKA AL MASHOOR (L)


16. Nyatakan dua hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan.[4]
• Hak terhadap pendidikan
-tidak boleh diskriminasi terhadap mana-mana rakyat dalam pendidikan.
Rakyat berhak mendapat pendidikan yang sempurna dan tidak boleh
dibezakan dari segi agama, kaum, keturunan dan jantina.
• Hak untuk memiliki harta benda
-Seseorang itu tidak boleh dilucutkan haknya ke atas harta benda
melainkan mengikut undang-undang. Di samping itu, jika terdapat
undang-undang yang membolehkan harta benda diambil secara paksa
untuk tujuan umum, ia harus diberikan pampasan yang mencukupi.
• Hak kebebasan untuk bersuara dan menyuarakan pendapat
-Boleh bersuara dan mengeluarkan pendapat tanpa menyentuh sensitiviti
perkauman
• Hak kebebasan untuk bergerak dalam negara
-Seseorang rakyat tidak boleh disekat atau dikecualikan atau dibuang
negeri dan boleh bergerak dengan bebas melalui sempadan negeri.
• Hak sama rata disisi undang-undang dan berhak untuk mendapat
perlindungan sama rata.
-Perkara ini juga menghalang apa-apa jenis diskriminasi atas dasar agama,
bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina melainkan dibenarkan
secara khusus oleh perlembagaan sendiri.
17. Nyatakan empat fungsi parlimen. [4]
• membuat atau menggubal rang undang-undang yang boleh
dikuatkuasakan di seluruh negara,
• meluluskan undang-undang persekutuan,
• membincangkan atau membahaskan perkara-perkara yang berkaitan
dengan kepentingan orang ramai atau awam,
• membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada,
• memeriksa dasar-dasar kerajaan,
• Meluluskan perbelanjaan atau bajet kerajaan,
• meluluskan hasil-hasil cukai yang baharu,
• membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Encik X ialah seorang pegawai kaunter di Pejabat Imigresen Malaysia

18. Nyatakan empat cara Encik X boleh mempamerkan tadbir urus yang terbaik,
iaitu dari segi sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap kepada
pelanggan? [4]
• melayan pelanggan tanpa perasangka
• menyampaikan maklumat dengan tepat/sempurna/jelas/cukup
• menjawab pertanyaan pelanggan secara bersopan dan mesra
• mempermudah pelanggan untuk mendapatkan maklumat di kaunter
• menghargai masa pelanggan yang berurusan di kaunter
19. Nyatakan tiga cara mencegah perbuatan rasuah dalam sektor awam. [3]
• meningkatkan kesedaran melalui kempen kesedaran bahaya rasuah
• memperkasa penguatkuasaan undang-undang rasuah
• menggubal undang-undang pencegahan rasuah
• memperhebat fungsi SPRM

SMK Simpang
16. Huraikan dua cara bagaimana seorang tertuduh boleh dihadapkan ke
mahkamah. [4]
• Melalui surat saman. Surat saman mencatatkan kesalahan, tarikh, dan
waktu yang dituduh harus hadir ke mahkamah.
• Melalui waran tangkap. Apabila seseorang tertuduh tidak hadir ke
mahkamah pada tarikh dan waktu yang ditetapkan tanpa kebenaran
mahkamah, maka waran tangkap dikeluarkan.
• Tangkap tanpa waran. Keadaan ini berlaku apabila tertuduh ditangkap
ketika sedang melakukan jenayah.

17. Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia.
[3]
• Persempadanan kawasan pilihan raya
• Pendaftaran pengundi / semakan daftar pengundi
• Penamaan calon yang bertanding
• Proses pilihan raya / pengiraan undi
• Pengumunan keputusan pilihan raya

18. Encik Z telah ditahan dalam satu serbuan polis kerana disyaki terlibat
dalam satu kes jenayah.

Berdasarkan situasi di atas, nyatakan empat hak Encik Z menurut


peruntukan Kebebasan Diri dalam Perlembagaan Persekutuan. [4]
• Encik Z mesti diberitahu tentang sebab dia ditahan
• Encik Z tidak boleh ditahan lebih daripada 24 jam tanpa perintah reman
majistret / mahkamah
• Encik Z berhak berunding dengan peguamnya
• Encik Z boleh memohon writ Habeas Corpus jika penahanannya tidak sah

19. Terangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan agensi bebas?
[4]
• Ahli-ahli SPR bebas dan berkecuali.
-Mereka bukanlah ahli politik, wakil rakyat atau pegawai kerajaan.
• Perlantikan ahli oleh Yang Di-Pertuan Agong.
-YDPA melantik ahli SPR tanpa pengaruh daripada mana-mana pihak.
• SPR bebas bertindak.
-Tindakan SPR tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau oleh
kerajaan.
• SPR bertanggungjawab kepada YDPA.
-Badan perundangan, badan eksekutif atau badan kehakiman tidak
mempengaruhi SPR.
• SPR bebas daripada pertelingkahan keputusan pilihan raya.
-Semua isu pilihan raya diselesaikan di Mahkamah Pilihan Raya.

SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH


16. Nyatakan tiga syarat seseorang individu mendapatkan kewarganegaraan
secara naturalisasi.[3]
• Berumur 21 tahun atau lebih
• Telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki
• Berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan
• Berkelakuan baik
• Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu
17. Nyatakan empat peranan kerajaan dalam sesebuah negara.[4]
• Menentukan arah pentadbiran negara
• Menyediakan kemudahan ekonomi
• Menyediakan pelbagai perkhidmatan
• Menjaga ketertiban dan keamanan negara
• Menyediakan keperluan asas
• Menjaga kedaulatan negara
• Memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat

18. Kerajaan Persekutuan membelanjakan sebahagian besar kewangan untuk


pembangunan negara. Jelaskan dua sumber hasil berkenaan. [4]
• Hasil cukai.
-Terdiri daripada cukai langsung iaitu secara terus ke atas pendapatan
atau kekayaan mengikut akta yang diluluskan seperti cukai pendapatan
dan cukai tidak langsung iaitu cukai yang dikenakan secara tidak langsung
ke atas individu apabila membeli barang atau perkhidmatan seperti cukai
jalan.
• Hasil bukan cukai.
-Hasil yang dikutip dari perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada
rakyat seperti lesen, denda, bayaran pendaftaran dan lain-lain
• Terimaan bukan hasil.
-Kutipan yang bukan berasaskan mana-mana akta atau perundangan
seperti pulangan balik perbelanjaan

• Hasil Wilayah Persekutuan.


-Hasil yang diterima daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya seperti duti hiburan, lesen dan permit
• Dividen dan royalti.
-Dividen yang diagihkan oleh Petronas atau syarikat milik kerajaan
Persekutuan (GLC) dan royalti petroleum serta bayaran tunai gas yang
dijual oleh kerajaan
19. Jelaskan dua impak negatif terhadap keselamatan negara jika fenomena
globalisasi tidak terkawal. [4]
• Campur tangan kuasa besar / asing.
-Mendapat bantuan mengguling kerajaan atau melakukan
pemberontakan
• Berlaku kegiatan pengintipan.
-Mendapatkan maklumat oleh negara maju terhadap musuh / negara
tertentu
• Berlaku penggodaman sistem pertahanan.
-Mencari kelemahan / menceroboh sistem pertahanan sesebuah negara.
• Memanipulasi hak-hak asasi manusia.
-Mempengaruhi rakyat untuk memberontak
• Menggiatkan jenayah antarabangsa.
-Menyukarkan jenayah / keganasan dibendung
• Penyebaran berita palsu.
-Mengancam keharmonian negara

SMJK SAM TET


16. Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan seseorang warganegara Malaysia
dilucutkan taraf kewarganegaraan. [3]
• Telah menjadi warganegara asing.
• Telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan.
• Telah membuktikan dia tidak lagi setia kepada negara sama ada melalui
percakapan atau tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan
kedaulatan negara.
17. Huraikan dua tanggungjawab Ketua Audit Negara seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. [4]
• Pengauditan. Memeriksa,menyiasat dan mengaudit, mana-mana akaun-
akaun kerajaan Persekutuan dan negeri.
• Pelaporan. Membuat pelaporan dan Ketua Audit Negara hendaklah
menghantar laporan-laporannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong yang akan mengarahkan laporan- laporan itu
dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
18. Nyatakan empat tanggungjawab Ketua Kerajaan Persekutuan. [4]
• Menjadi penasihat YDPA.
• Menamakan senarai menteri Kabinet untuk dilantik atau dipecat oleh
YDPA.
• Merancang/menggubal/menyelaraskan/membuat keputusan tentang
dasar-dasar awam/kerajaan.
• Menjadi jurucakap kerajaan dalam hal ehwal antarabangsa dan domestik.
• Melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA menerusi
Kabinetnya.
• Membentuk dan mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
• Memohon kepada YDPA untuk membubarkan Parlimen.
• Melantik atau memecat setiausaha politik.
• Menasihati YDPA dalam soal pelantikan & pemecatan jawatan-jawatan
utama tertentu.
19. Nyatakan empat kesan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. [4]
• Memudahkan urusan pelanggan@rakyat.
• Meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran kerajaan.
• Meningkatkan kepuasan@keyakinan@kepercayaan pelanggan/rakyat.
• Meningkatkan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
• Meningkatkan integriti dalam kalangan penjawat awam.
• Meningkatkan imej negara@perkhidmatan awam.
• Mengurangkan karenah birokrasi.

SMK ALANG ISKANDAR


16. Encik Dezongpa:
-Seorang warganegara Nepal
-Telah bermastautin di Malaysia selama 15 tahun

Kemukakan 3 syarat lain yang melayakkan Encik Dezongpa untuk mejadi


warganegara Malaysia secara naturalisasi. [3]
• Berumur 21 tahun ke atas
• Berniat untuk terus bemastautim
• Berkelakuan Baik
• Boleh berbahasa Melayu
• Tiada rekod jenayah

17. Nyatakan empat jenis rang undang-undang. [4]


• Rang undang awam /kerajaan
• Rang undang undang persendirian
• Rang undang-undang ahli persendirian
• Rang undang-undang ahli persendirian
18. Huraikan dua cara tertuduh boleh memberikan keterangan di mahkamah. [4]
• Memilih memberi keterangan secara di kandang orang salah.
-Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pendakwa.
• Memberi kenyataan bersumpah daripada kandang saksi.
-Tertuduh boleh disoal balas oleh pendakwaraya
• Berdiam diri.
-Mahkamah akan terus jatuhkan hukuman kerana kes dah terbukti dan
tidak dijawab
19. Nyatakan empat persamaan fungsi Sultan dengan Yang Dipertua Negeri. [4]
• Melantik ketua kerajaan negeri ( Menteri Besar/Ketua Menteri)
• Mempersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan
Dewan Undangan Negeri
• Melantik majistret
• Menganugerahkan pingat-pingat kebesaran negeri
• Merasmi persidangan Dewan Undangan Negeri
• Melantik ahli Majlis Kerajaaan Negeri
• Menjadi Pengerusi Jemaah Pengampunan Negeri
• Mengampunkan kesalahan di mahkamah awam yang dilakukan di negeri
masing-masing
• Melantik penghulu mengikut nasihat Kerajaaan Negeri
• Memperkenan atau menyetujui undang-undang yang telah diluluskan di
Dewan Undangan Negeri
SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG
16 . Nyatakan 4 perkara dalam Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda
oleh Dewan Undangan Negeri. [4]
• Warisan takhta kerajaan
• Kedudukan para pembesar istana
• Para pembesar adat Melayu
• Pelantikan waris takhta
• Pengurniaan gelaran kehormatan

17. Nyatakan 4 elemen penting dalam proses melaksanakan pilihan raya di


Malaysia. [4]
• Bahagian Pilihanraya
• Calon
• Pemilih
• Proses Pilihanraya

18. Nyatakan 4 sebab yang boleh menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi
Dewan Rakyat. [4]
• Seorang ahli Dewan Rakyat meletak jawatan
• Seorang ahli Dewan Rakyat meninggal dunia
• Seorang ahli Dewan Rakyat hilang kelayakan
• Seorang ahli Dewan Rakyat dibatalkan oleh Mahkamah Pilihanraya

19. Nyatakan 3 kuasa budi bicara yang ada pada Speaker Dewan Rakyat. [3]
• Menolak soalan yang dikemukakan oleh ahli dewam
• Menangguhkan persidangan dewan Rakyat
• Menyingkirkan ahli daripada persidangan Dewan Rakyat
SMK SYED SIRAJUDDIN
16. Kemukakan empat tanggungjawab kerajaan dalam sektor sosioekonomi
terhadap masyarakat negara ini. [4]
• Mengusahakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat/masyarakat
• Menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat/masyarakat
• Menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat/masyarakat
• Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat/masyarakat
• Menyediakan peluang perniagaan/ekonomi yang baik kepada
rakyat/masyarakat
• Membuka peluang pelaburan domestic
• Menggalakkan penerimaan budaya dalam kalangan rakyat/masyarakat

17. Nyatakan empat jenis rang undang-undang yang boleh dibentang di


Parlimen. [4]
• Rang Undang-Undang Awam/Kerajaan
• Rang Undang-Undang Persendirian
• Rang Undang-Undang Ahli Persendirian
• Rang Undang-Undang Hibrid

18. Senaraikan tiga tugas Perbendaharaan Negara. [3]


• Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara
• Menganalisis ekonomi negara dan antarabangsa
• Mendapatkan sumber kewangan negara
• Mengagih kewangan kepada agensi kerajaan
• Merumus dan melaksana dasar cukai
• Menyelia dan mengatur industri insurans
• Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara system
pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dilaksanakan oleh semua
Jabatan/Agansi Kerajaan
• Menyediakan dan memantau palaksanaan belanjawan negara
• Menubuh dan menyususn semula syarikat-syarikat milik Menteri
Kewangan Diperbadankan (MKD)
19. Perbadanan awam boleh terdiri daripada Badan Berkanun dan Badan Tidak
Berkanun. Jelaskan dua perbezaan antara Badan Berkanun dengan Badan Tidak
Berkanun. [4]
Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun
Akta Parlimen atau Enakmen Negeri Akta Syarikat
Ketua - Pengarah Ketua Eksekutif
Kawalan Menteri secara terus Kawalan Menteri secara tidak terus
Kewangan disediakan oleh kerajaan Sumber kewangan sendiri
pusat, mematuhi peraturan
kewangan yang ditetapkan oleh
Kementerian Kewangan
Kakitangan – perlu dirujuk JPA dan Bebas mengambil kakitangan tanpa
Perbendaharaan sebelum mengubah merujuk agensi pusat
bilangan pekerja
Fokus utama – mengutamakan Memperoleh keuntungan
perkhidmatan masyarakat

SMK ST. THOMAS KUCHING


16. Nyatakan empat fungsi Kabinet. [4]
• Menentukan / menggubl dasar kerajaan
• Memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan
• Bertindak sebagai badan penasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam
pelaksanaan tugas
• Mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa dalam Senarai
Persekutuan
• Memperincikan dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina
kerajaan yang cekap dan efektif
• Menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan
rakyat
• Merancang dasar pembangunan negara
• Memperincikan dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat
17. Huraikan dua perbezaan antara Sultan/Raja dengan Yang di-Pertua Negeri.
[4]
• Pemilihan
-Raja/Sultan dipilih mengikut pewarisan takhta.
-YDN dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan kerajaan Negeri
• Pelantikan YDPA
-Raja/Sultan terlibat dalam pelantikan YDPA
-YDN tidak boleh memilih YDPA
• Hak didakwa
-Raja/Sultan didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja atas sifat peribadi
dalam kes sivil dan jenayah
-YDN didakwa di mahkamah awam atas sifat peribadinya
• Pelantikan Menteri Besar / Ketua Menteri
-Raja/Sultan melantik Menteri Besar
-YDN melantik Ketua Menteri
• Peranan sebagai Ketua Agama Islam
-Raja/Sultan merupakan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing
-YDN bukan Ketua Agama Islam bagi negerinya dan diambil alih oleh YDPA
• Ketua Negeri
-Sultan/Raja merupakan ketua negeri beraja
-YDN merupakan ketua negeri tidak beraja

18. Berikan tiga sebab hilang kelayakan menjadi pemilih dalam pilihan raya. [4]
• Pada tarikh kelayakan, ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal /
sedang menjalani hukuman penjara
• Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersaah dan dihukum mati atau
penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada
tarikh kelayakan
• Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
• Telah memperoleh kerakyatan asing
• Nama tiada dalam daftar pengundi
19. Senaraikan empat kesan akibat daripada sistem penyampaian awam yang
lemah. [3]
• Kos operasi tinggi dan mahal
• Berleluasanya budaya kerja negatif
• Tekanan dan banyak aduan dalam komuniti.
• Merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak
• peniaga/pedagang dan komuniti.
• Menjejaskan usaha pembangunan negeri dan negara.
• Menjejaskan reputasi/imej perkhidmatan awam dan kerajaan
• Menjejaskan kemasukan pelabur-pelabur asing

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH


16. Nyatakan tiga fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). [3]
• Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih.
• Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan
raya parlimen dan negeri.
• Menjalankan pilihan raya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri.
• Menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan disebabkan
keadaan luar jangka.

17. Nyatakan empat peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. [4]


• Merancang dasar-dasar negeri
• Menjalankan kuasa pemerintahan negeri
• Memperincikan dasar-dasar umum yang dijanjikan
• Menangani masalah kecemasan yang melibatkan negeri dan rakyat.
18.
• Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen
X Negeri
• Diletakkan di bawah pengawasan sebuah
Kementerian

(a) X merujuk kepada [1]


• Badan berkanun
(b) Nyatakan tiga sebab yang membawa kepada penubuhan X [3]
• Membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada
rakyat
• Membolehkan penglibatan kerajaan yang aktif dalam perniagaan
berinsentif keuntungan
• Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam perniagaan dan
perusahaan
19. Jelaskan dua punca kerajaan Malaysia melucutkan taraf kewarganegaraan
seseorang. [4]
• Memperoleh taraf kewarganegaraan asing.
-Didapati mempunyai dua kewarganegaraan yang bertentangan dengan
perlembagaan.
• Menggunakan keistemewaan sesebuah negara asing.
-Menggunakan keistimewaan negara lain untuk kepentingan diri.

SMK SUNGAI CHOH


16. Nyatakan empat perkara yang menjelaskan konsep ketertinggian
Perlembagaan Persekutuan. [4m]
• Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di
Malaysia.
• Badan perundangan, pentadbiran dan kehakiman mendapat kuasa
masing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.
• Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara juga menjalankan kuasanya
mengikut Perlembagaan Persekutuan.
• Parlimen memperolehi kuasanya daripada perlembagaan.Parlimen tidak
boleh meluluskan undang-undang yang dianggap bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan.
• Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang yang bercanggah akan
terbatal setakat bahagian yang bercanggah sahaja.

17. Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan seseorang warganegara boleh


hilang kelayakan sebagai pemilih dalam pilihan raya. [3m]
• Pada tarikh kelayakan didapati tidak sempurna akal.
• Pemilih sedang menjalani hukuman penjara.
• Pemilih telah memperoleh kewarganegaraan asing.
• Tiada nama pemilih dalam daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
• Sebelum tarikh kelayakan disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman
mati atau penjara melebihi 12 bulan dan masih tertanggung menjalani
apa-apa hukuman.

18. Berikan empat punca tadbir urus yang lemah dalam perkhidmatan awam.
[4m]
• Kepimpinan yang lemah
• Kekurangan sokongan/galakan
• Sikap kakitangan yang negatif/kurang professional
• Sistem pengurusan yang tidak sistematik/dinamik
• Kakitangan awam tidak akur kepada polisi dan dasar tadbir urus
• Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan

19. Terangkan dua fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. [4m]


• Melantik
-Melantik anggota dalam perkhidmatan awam secara tetap, sementara,
kontrak, tukar sementara dan pinjaman.
• Mengesahkan jawatan
-Mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan dan melanjutkan tempoh
percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya/menamatkan
perkhidmatan kerana gagal disahkan dalam jawatan.
• Menguruskan pemberian taraf berpencen
-Pemberian taraf berpencen kepada anggota perkhidmatan awam yang
telah disahkan dan telah berkhidmat selama tidak kurang daripada 10
tahun.
• Membuat pertukaran
-Secara sementara dan meminjam kakitangan antara kementerian dan
negeri.
• Menaikkan pangkat
-Menaikkan pangkat kakitangan dalam perkhidmatan dan berfungsi
sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat ke jawatan pegawai-pegawai yang
menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam
• Mengambil tindakan tatatertib
-Pihak Berkuasa Tatatertib yang akan mengambil tindakan tatatertib
dengan tujuan membuang kerja/menurun pangkat ke atas pegawai-
pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional

SMJK YU HUA
16. Nyatakan empat tujuan perlembagaan dipinda. [4]
• Melindungi kepentingan rakyat
• Menjaga keselamatan negara
• Melicinkan urusan pentadbiran negara
• Menyesuaikan perlembagaan dengan keadaan semasa supaya relevan
dan munasabah untuk dipatuhi

17. Nyatakan tiga bidang kuasa Peguamcara Negara. [3]


• Menjalankan mana-mana fungsi yang dijalankan peguam negara
• Berhak mendengar prosiding di mana-mana mahkamah atau tribunal
Persekutuan
• Melaksanakan fungsi yang diberikan kepadanya berdasarkan undang-
undang bertulis mempunyai semua kuasa sebagai Timbalan Pendakwa
Raya dan akan bertindak sebagai Pendakwa Raya dalam hal ketiadaan
atau ketidakupayaan Peguam Negara untukbertindak.
• Mengetuai, menyelia dan memantau Sektor Litigasi dan Bahagian
Pengurusan bagi pihak Peguam Negara
• Bertanggungjawab bagi urusan pengambilan pegawai undang-undang
kontrak, pertukaran dan penempatan pegawai undang-undang dan
melaksanakan apa-apa tugasan lain sebagaimana yang diarahkan oleh
Peguam Negara
18. Huraikan dua cara seorang tertuduh boleh memberi keterangan di
mahkamah. [4]
• Bersumpah di kandang saksi
-Memberi keterangan bersumpah di kandang saksi dan boleh diperiksa
balas
• Keterangan di kandang orang salah
-Beri keterangan di kandang orang salah dan tidak boleh dikenakan
pemeriksaan balas oleh pendakwa
• Berdiam diri
Pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah

19. Jelaskan dua langkah memperkasakan TVET [4]


• Memperkukuh kurikulum TVET
• Meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET
• Mempromosi TVET sebagai laluan pilihan
• Memperluas akses lepasan TVET ke pendidikan tinggi
SMJK Jit Sin
16. Nyatakan empat ciri negara berdaulat. [4]
• Negara merdeka iaitu tidak dijajah oleh kuasa lain
• Berkuasa sendiri iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara
tanpa campur tangan atau pengaruh kuasa asing
• Berwibawa, iaitu kedaulatan negara diiktiraf oleh negara-negara lain
• Beridentiti iaitu mempunyai ideologi sendiri yang mencorakkan politik
dan sosial negara
• Mempunyai perlembagaan yang menentukan organisasi kerajaan;
pengasingan kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip
umum untuk menggariskan pelaksanaan kuasa

17. Nyatakan tiga bidang kuasa Dewan Negara. [3]


• Membahaskan hal/masalah rakyat
• Membahaskan bajet/belanjawan negara
• Membincangkan/menyemak/membahaskan dasar-dasar kerajaan
• Membahaskan titah ucapan diraja
• Kawalan/semak imbang terhadap kerajaan
• Meluluskan hal-hal kewangan
• Membahaskan/menyemak/menangguhkan kelulusan/meluluskan rang
undang-undang, pindaan akta atau pindaan Perlembagaan Persekutuan
• Memulakan rang undang-ndang kecuali rang undang-undang kewangan
18. Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih empat jenis kes jenayah yang
dibicarakan di Mahkamah Syariah. [4]

Berkhalwat
Hak terhadap anak
Tidak berpuasa

Wakaf Kes Jenayah Berjudi

Zina
• Tidak berpuasa
• Berkhalwat
• Berjudi
• Zina

19. Nyatakan empat langkah bagi mengawal gejala rasuah dari aspek
perundangan. [4]
• Menggubal/meminda undang2 antirasuah
• Meningkatkan pendidikan undang2 antirasuah kepada masyarakat
• Meningkatkan/memperkasa penguatkuasakan undang2 antirasuah
• Mengambil tindakan undang2 terhadap pesalah rasuah
• Mewujudkan mahkamah khas antirasuah
• Memberatkan hukuman terhadap pesalah rasuah
• Menubuhkan/memperkasa agensi penguatkuasaan undang2 antirasuah
seperti SPRM

You might also like