You are on page 1of 5

Jawapan Soalan Struktur Pengajian Am

2013
Soalan 16

Soalan ini menghendaki calon menghuraikan dua cara seseorang tertuduh boleh dihadapkan ke
mahkamah.

Jawapan yang sepatutnya adalah melalui surat saman yang mengandungi kesalahan, tarikh, dan
waktu untuk hadir ke mahkamah, melalui waran tangkap yang dikeluarkan apabila orang kena tuduh
(OKT) tidak hadir di mahkamah pada tarikh dan waktu yang ditetapkan, dan melalui tangkap tanpa
waran, iaitu apabila tertuduh tertangkap ketika melakukan jenayah atau apabila tangkapan yang
perlu disegerakan.

Soalan 17

Soalan ini menghendaki calon menyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di
Malaysia.

Jawapan yang sepatutnya ialah bahagian pilihan raya, pemilih, calon, dan proses pilihan raya.

Soalan 18

Soalan ini menghendaki calon menerangkan empat peranan Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Jawapan yang sepatutnya ialah MAMPU berperanan sebagai penggerak dalam melakukan
pemodenan dalam pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan, penasihat kepada sistem,
struktur, dan prosedur kerja perkhidmatan awam, peneraju dalam pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) sektor awam, dan pemudah cara bagi pelaksanaan program
pemodenan dan transformasi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam.

Soalan 19

Soalan ini menghendaki calon menerangkan dua keadaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu
merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri sebelum sesuatu perkara yang baharu dilaksanakan.

Jawapan yang sepatutnya ialah PBT hendaklah melaksanakan sesuatu dasar baharu supaya hal ini
tidak berlaku percanggahan dalam pelaksanaan dasar, PBT hendaklah mewujudkan perjawatan
baharu kerana hal ini melibatkan peruntukan kewangan. Begitu juga, apabila PBT hendak melantik
ahli majlis kerana hal ini melibatkan peruntukan kewangan, apabila PBT hendak melaksanakan
perubahan sempadan kerana hal ini tertakluk kepada kuasa negeri, apabila PBT hendak melakukan
perancangan pembangunan tempatan kerana hal ini akan melibatkan dasar dan kewangan, dan
apabila PBT hendak melaksanakan undang-undang kecil kerana hal ini terletak di bawah kuasa
kerajaan negeri.

Cikgu Suresh Rao


2014

Soalan 16

Soalan ini menghendaki calon menyatakan empat hak seseorang individu menurut peruntukan
Kebebasan Diri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan calon yang sepatutnya ialah individu tersebut mestilah diberitahu sebab dia ditahan,
individu tersebut berhak untuk berdiam diri, individu tersebut dibenarkan untuk berunding dengan
peguamnya atau mendapatkan nasihat daripada peguamnya, individu tersebut tidak boleh ditahan
lebih daripada 24 jam tanpa kebenaran majistret, dan individu tersebut boleh memohon habeas
corpus jika penahanannya tidak sah.

Soalan 17

Soalan ini menghendaki calon menerangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan
agensi yang bebas.

Jawapan calon yang sepatutnya adalah dari aspek keanggotaan, pengaruh, kelulusan Parlimen,
kuasa, penyelesaian pertelingkahan, dan saraan.

Soalan 18

Soalan ini menghendaki calon menyatakan empat cara seseorang individu boleh mempamerkan
tadbir urus yang baik, iaitu dari segi sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap kepada
pelanggan.

Jawapan calon yang sepatutnya ialah melayan pelanggan tanpa perasangka, menyampaikan
maklumat dengan tepat/sempurna/jelas/cukup, menjawab pertanyaan pelanggan secara bersopan
dan mesra, mempermudah pelanggan untuk mendapatkan maklumat di kaunter, dan menghargai
masa pelanggan yang berurusan di kaunter.

Soalan 19

Soalan ini menghendaki calon menyatakan tiga impak amalan tadbir urus terbaik dalam
perlaksanaan projek program transformasi kerajaan.

Jawapan calon yang sepatutnya ialah dasar dan hala tuju kerajaan tercapai, sistem penyampaian
kerajaan semakin cekap, daya saing negara dapat ditingkatkan, akauntabiliti kerajaan ditingkatkan,
dan modal insan semakin berkualiti.

Cikgu Suresh Rao


2015

Soalan 16

Soalan ini menghendaki calon menyatakan tiga sebab Perlembagaan Persekutuan ialah undang-
undang tertinggi negara.

Jawapan calon yang sepatutnya ialah Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan kepada semua
undang-undang, undang-undang lain akan terbatal setakat yang bercanggah dengan Perlembagaan,
panduan kepada pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong/ Parlimen/Kehakiman), panduan
kepada pentadbiran negara, dan tidak ada institusi yang boleh mengatasi Perlembagaan

Soalan 17

Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama menghendaki calon memberikan
definisi Doktrin Pengasingan Kuasa, dan bahagian kedua pula menyatakan tiga sebab Doktrin
Pengasingan Kuasa dilaksanakan di negara ini.

Jawapan calon yang sepatutnya bagi definisi Doktrin Pengasingan Kuasa ialah pengasingan atau
pemisahan kuasa antara badan pentadbiran (eksekutif), perundangan (legislatif), dengan kehakiman
(judisiari). Tiga sebab Doktrin Pengasingan Kuasa dilaksanakan di negara ini adalah untuk
mengelakkan pemusatan kuasa pada satu pihak, mewujudkan sistem timbang tara (check and
balance), mengelakkan pertindihan kuasa, meningkatkan kecekapan pemerintahan, dan
mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Soalan 18

Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama menghendaki calon menyatakan
dua majlis yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, dan bahagian kedua
pula menyatakan dua tujuan penubuhan majlis penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan
Negeri.

Jawapan calon yang sepatutnya diberikan adalah menyatakan dua majlis yang ditubuhkan mengikut
peruntukan Perlembagaan Persekutuan, iaitu Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis
Negara Bagi Kerajaan Tempatan, Majlis Raja-Raja, dan Majlis Angkatan Tentera. Calon sepatutnya
menyatakan dua tujuan penubuhan majlis penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan
Negeri, iaitu menjadi badan penghubung antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri, menjadi
badan perunding berkaitan isu antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri, dan menjadi badan
penyelaras untuk aktiviti pembangunan (pentadbiran/kewangan) antara Kerajaan Pusat dengan
Kerajaan Negeri.

Soalan 19

Soalan ini menghendaki calon menyatakan empat kesan tadbir urus baik kepada sektor awam
negara.

Jawapan calon yang sepatutnya adalah memantapkan pengurusan dan pentadbiran awam negara,
meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam, menambah baik prestasi
penyampaian perkhidmatan awam, mengelakkan atau menghindarkan pemborosan atau

Cikgu Suresh Rao


pembaziran, memenuhi jangkaan pihak berkepentingan, meningkatkan imej pentadbiran sektor
awam negara, dan meningkatkan daya saing negara.

2016
Soalan 16

Soalan ini menghendaki calon menerangkan dua kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah
negara yang berdaulat.

Isi atau idea bagi jawapan calon yang sepatutnya ialah mewujudkan satu pemerintahan yang adil,
mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, menjamin pentadbiran yang teratur atau
sistematik, menjamin hak asasi rakyat atau warganegara, dan memupuk perpaduan atau integrasi.

Soalan 17

Soalan ini menghendaki calon menyatakan tiga keadaan yang menyebabkan kekosongan luar jangka
kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Jawapan calon yang sepatutnya ialah ahli dewan hilang kelayakan (muflis, dipenjara, hilang akal,
memegang jawatan yang berpendapatan, memperoleh kewarganegaraan asing, atau didenda
RM2000 dan ke atas), ahli dewan meletakkan jawatan, ahli dewan meninggal dunia, dan ahli dewan
dibatalkan kemenangannya oleh mahkamah.

Soalan 18

Soalan ini menghendaki calon menyatakan empat fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Jawapan calon yang sepatutnya adalah membuat pelantikan jawatan dalam perkhidmatan awam,
mengesahkan jawatan kakitangan, menukar kakitangan, menaikkan pangkat kakitangan,
melaksanakan kawalan tatatertib, dan memberikan taraf pencen.

Soalan 19

Soalan ini menghendaki calon menghuraikan dua cara tertuduh boleh memberikan keterangan di
mahkamah.

Jawapan calon yang sepatutnya adalah memberikan keterangan di kandang orang salah,
memberikan keterangan bersumpah, dan memilih untuk berdiam diri di mahkamah.

2017
Soalan 16

Soalan ini menghendaki calon mengemukakan tiga syarat lain yang melayakkan Encik X untuk
menjadi warganegara Malaysia secara masukan selain telah bermastautin di Malaysia selama l5
tahun.

Antara syarat menjadi warganegara Malaysia secara masukan yang boleh dikemukakan oleh calon
selain daripada yang dinyatakan dalam soalan adalah seperti berumur 2l tahun dan ke atas,

Cikgu Suresh Rao


berkelakuan baik, bemiat untuk terus bermastautin di Malaysia" mempunyai pengetahuan dalam
Bahasa Melayu yang memadai, dan tiada rekod jenayah.

Soalan 17

Soalan ini menghendakr calon memilih empat keadaan yang menyebabkan seseorang pemilih tidak
Iayak meng:ndi pada hari mengundi.

Jawapan yang sepatutnya dikemukakan oleh calon adalah tidak sempuma akal, nama tiada dalam
daftar pengundi, memperoleh kewarganegaraan asing, dan didapati bersalah di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Soalan 18

Soalan ini menghendaki calon menyatakan empat tugas Pihak Berkuasa Tempatan

Calon sepatutnya memberikan jawapan, seperti menyediakan perancangan tempatan,


mengeluarkan lesen tertentu, mengutip cukai cukai tertentu, membina bangunan atau perumahan
atau unit-unit perdagangan, mengurus dan mengawal lalu lintas bandaran, merancang dan
rnenyediakan kemudahan-kemudalan awam, dan menguatkuasakan undang-undang kecil tempatan.

Soalan 19

Soalan ini menghendaki calon menjelaskan dua langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan
daya saing negara.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan daya saing negara adalah, seperti
meningkatkan penggunaan teknologi moden, meningkatkan kualiti pendidikan, menghasilkan
produk yang mempunyai nilai tambah, memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,
dan menjemput pakar teknikal.

Cikgu Suresh Rao

You might also like