You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) Telefon: : 07-2245628

JALAN YAHYA AWAL, No.Fax : 07-2216525


e-mail :sjktjya@yahoo. com.
80100 JOHOR BAHRU. Kod Sekolah: JBD 1001

Tarikh :

Pengarah Yayasan Warisan Johor


Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar
Lot 888, Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bahru, Johor.

U.P : Bahagian Pembangunan Seni Budaya

Tuan,

MEMOHON TENAGA PENGAJAR TEATER BAGI PERTANDINGAN TEATER BAHASA MELAYU SEKOLAH-
SEKOLAH TAMIL PERINGKAT KEBANGSAAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2 Sukacita dimaklumkan pihak sekolah ingin memohon mendapatkan jurulatih teater di bawah
pentadbiran tuan bagi tujuan melatih murid sekolah untuk ke Pertandingan Teater Bahasa Melayu
antara Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh : 3 April 2020
Bilangan peserta : 10 orang

3 Sehubungan dengan iu, kami ingin memohon jasa baik tuan untuk mendapatkan jurulatih
teater di bawah selian tuan. Semoga permohonan kami ini mendapat keizinan daripada pihak tuan.
Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima
kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Nur Syafiqah Mohd Arif di talian 013-2941539 guru
pembimbing teater Persatuan Bahasa Melayu Sjkt Jalan Yahya Awal.

Sekian, terima kasih.

Jeganathan A/L Selvarajoo


Principal

You might also like